Friday, April 1, 2011
Cetusan : Artis paling seksi jadi 'SAHAM' bertemu ALLAH ???
Tanggal 25 Mac 1991, Harian Metro, akhbar petang berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan dan berada di pasaran. So, tahniah diucapkan kepada akhbar ini sempena ulang tahunnya yang ke-20. Untuk pengetahuan umum, akhbar itu kini muncul sebagai antara yang terlaris dan terbesar di pasaran tempatan dengan kira-kira 350,00 naskah terjual sehari.
Sudah agak lama diri ini tidak membaca akhbar ini apatah lagi membeli Harian Metro atau Metro Ahad, namun pada ahad lalu, agak memeranjatkan apabila melihat gambar muka depan Metro Ahad mempamerkan tubuh seksi artis Fasha Sanda dan Rozita Che Wan dengan tajuk ‘Paling Seksi’. Di dalamnya pula mempamerkan tajuk ‘Pinggul Fasha Menggoda’. Ya ALLAH….Dimana maruah wanita ini ???
Seterusnye, memasuki laporannya pula ditulis seperti berikut :
“…..Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman wab rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 mac lalu. Pilihan 5 orang artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian. Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat teratas carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak kepada Rozita Che Wan. Namun nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 % sehingga kelmarin.”
Ya ALLAH…ape dah jadi dengan artis wanita dan akhbar tempatan sekarang…???
Metro Ahad ‘terpanggil’ untuk mencari 5 artis paling seksi tanah air ??? Adakah akhbar ini seperti sudah tidak ada isu lain untuk manarik perhatian umum sehingga boleh mencetuskan isu seperti itu ??? Ke mana pula perginya maruah wanita Islam kita yang tanpa segan silu mempamerkan ‘tubuh gebu’ mereka kepada masyarakat umum ???
Secara peribadinya, keterpanggilan akhbar tersebut untuk mencari artis paling seksi itu menggambarkan betapa merudumnya minda peneraju apatah lagi dalam menyemarakkan peranan akhbar dalam membina bangsa hebat yang terarah untuk selamat di dunia & akhirat. Sebagai media massa yang berwibawa, akhbar seharusnya berperanan untuk mendidik masyarakat, bukan sebaliknya. Dalam kes yang diutarakan diatas, seolah-olah golongan artis diberi peranan untuk mencorak serta mengajar masyarakat terutama anak muda tampil seksi seperti mereka.
Apakah golongan ini hendak membawa ‘peraduan’ pencarian or title artis paling seksi tersebut sebagai saham atau bekalan untuk kita bertemu dengan ALLAH ???
Tepuk dada, Tanya Iman…….Wallahu’allam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
artis yg byk tunjuk sikap negatif pd generasi baru....
ReplyDelete