Pages

Tuesday, April 19, 2011

Dari Meja Muallaf : Indahnya Syahadah Islam


Mukaddimah

Republik Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian Barat Lautan Pasifik, iaitu kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Negara ini mempunyai pengaruh agama yang kuat, selain pengaruh kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari negara Sepanyol, Portugal dan Amerika Syraikat memandangkan mereka telah dijajah selama hamper 4 abad oleh kuasa-kuasa besar tersebut.

Filipina juga adalah salah satu daripada 2 buah negara di Asia selain Timor Leste yang majoriti penduduknya menganuti agama Kristian. Oleh itu, umat Islam di negara ini terpaksa melakukan ‘ survival ‘ untuk membolehkan mereka terus hidup. Disebabkan tekanan dan penindasan yang dikenakan terhadap umat Islam, maka mereka keluar beramai-ramai berjuang menuntut hak sebagai warganegara. Penindasan ini juga tidak dipersetujui oleh penganut Kristian Katolik yang menjadi penduduk majoriti di sana memandangkan umat Islam juga adalah warganegara di Filipina. Melihat penindasan yang berterusan terhadap Islam, maka timbul perasaan simpati salah seorang bekas penganut tegar Kristian yang sekarang ini sudah dikenali sebagai Aisha Canlas setelah mendapat hidayah dan taufiq ALLAH selepas kejadian tersebut.


Mengenali peribadi Aisha Canlas

Mungkin masih ramai yang belum mengenali gadis ini. Aisha Canlas adalah penganut Katolik sebelum menjadi seorang Muslimah. Kedua ibubapanya juga berpegang dengan ajaran Katolik, namun ketika itu dia dan ibubapanya berbeza dari sudut pendekatan beragama. Walaupun berbeza, mereka masih menyembah patung yang sama iaitu sebuah patung lelaki yang diyakini sebagai Tuhan oleh penganut Kristian. Canlas sering berbisik dalam hatinya :

“ Benarkah ini wajah Tuhan ? “

“ Bagaimana manusia boleh tau macamana rupa Tuhan ? “

“ Adakah mereka pernah bertemu Tuhan ? “

Dari sudut lain pula, Aisha selalu berasa tenang dan damai ketika mendengar seruan azan dari sebuah masjid di bandar raya Manila, Filipina.

“ Saya selalu memejamkan mata dan berasa tenang mendengarnya meskipun saya tidak memahami kata-kata dalam azan itu. Suara azan seperti suara muzik di hati saya “ tegas Aisha

Sejak itu, dia bertekad mencari pekerjaan di Arab Saudi dalam bidang perubatan untuk memperoleh pendapatan yang lebih baik bagi menampung keluarganya. Namun sebelum membuat sebarang keputusan ke Saudi, dia terlebih dahulu mempelajari selok-belok budaya orang Arab bagi memudahkannya menyesuaikan diri ketika berada disana.

“ Saya belajar tentang budaya orang arab secara keseluruhannya, dari segi bahasa dan juga berkaitan agama Islam, sebab majority penduduk di Saudi adalah Islam. Setelah itu,saya mulai nampak keindahan Islam dan tertarik dengan Islam “ ujar Aisha

Namun begitu, proses pengislamannya memakan masa yang agak lama, kerana dia telah melakukan ‘ analisis ‘ sendiri bagi mengetahui secara lanjut tentang Islam dengan cara melontarkan pertanyaan terutama kepada rakan-rakan doctor yang menjadi rakan sekerjanya. Disamping itu, pada dia juga telah mendaftarkan diri sebagai pelajar di sebuah Madrasah yang tidak berjauhan dengan tempat kerjanya.

Kehadirannya di Madrasah berkenaan menjadikannya tarikan umum memandangkan dia adalah antara warga asing beragama Kristian yang belajar tentang pengajian Fardhu Ain di situ. Dia menunjukkan minat yang cukup tinggi untuk memahami Islam dengan menumpukan sepenuh perhatian terhadap penyampaian ilmu berkaitan Islam, al-Quran, ALLAH s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Al-hasilnya, dalam tempoh seminggu sahaja, dia telah berjaya memahami Islam dengan cukup baik sekali. Alhamdulillah !!!


Sejarah Tercipta

Sejak itu, dia bertekad untuk memeluk agama Islam yang disifatkannya sebagai agama yang paling lurus dan baik, namun sebelum meneruskan niatnya itu, dia terlebih dahulu meminta keizinan ibunya dengan mengirim surat bagi mendapatkan restu kedua orang tuanya. Alhamdulillah ibunya merestui tindakan anaknya itu namun bimbang jika anaknya akan melupakan mereka setelah menganuti agama baru.

Aisha membuktikan bahawa Islam itu cukup indah dan tidak pernah melarang seorang anak daripada berbuat baik terhadap ibubapa, dengan sentiasa bertanya khabar kepada ibunya walaupun mereka sudah berlainan agama dan budaya. Bak kata pepatah, ibarat air yang dicincang tak akan putus.

Setelah seminggu menuntut di Mdrasah tersebut, Aisha telah melafazkan kalimah Syahadah di hadapan guru-guru dan rakan-rakan siswa-siswi yang lain. Aisha menganggap bahawa itu merupakan tarikh keramat dalam hidupnya, memandangkan dia sudah bergelar seorang Muslimah, yang semestinya mengenakan pakaian yang lengkap bagi menutup seluruh auratnya dengan sempurna.

Aisha mengaku tidak percaya yang dia mampu mengungkapkan kalimah Syahadah :

“ Yang saya tau, selepas bersyahadah, saya merasa hati saya seolah-olah terlepas dari sebuah bebanan. Saya dapat merasakan kedamaian yang selama ini saya cari dalam kehidupan ini. Menjadi seorang Muslimah amat berbeza dengan wanita-wanita agama lain khususnya dari sudut penampilan dan pemakaian “ akuinya terus-terang

Rakan-rakan non-Muslim sering bertanya mengenai tidakannya menganuti Islam, namun dia menjawab dengan tenang dan simple :

“ Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain ALLAH, iaitu Tuhan yang menurunkan kebenaran kepada utusan-Nya, Nabi Muhammad s.a.w “

Tegas Aisha lagi kepada rakan-rakanya, dia sebenarnya tidak mahu mengkhianati agama Kristian, atau berpura-pura bahawa agama Kristian itu bagus, kerana dia melihat banyak kelemahan dari kebaikan. Justeru ujarnya, lebih baik baginya memilih Islam yang menurutnya sebagai agama yang paling baik.


Menjadi Tetamu ALLAH

Beberapa bulan selepas pengislamannya, dia telah dibimbing oleh guru-gurunya bagi menunaikan ibadah umrah secara percuma yang ditaja oleh pihak tertentu. Dia berasa sangat bahagia sebagai seorang Muslimah yang dimuliakan oleh banyak pihak terutama guru-guru serta rakan-rakannya. Melalui pelaksanaan ibadah umrah tersebut, dia telah berjaya menimba banyak ilmu dan pengalaman bagi menjadi seorang Muslimah sejati.

“ Saya berdoa dan berharap pada ALLAH agar dapat meyakinkan keluarga saya untuk menerima dan memeluk Islam. Saya ingin mereka selamat dari api neraka pada Hari Kiamat nanti “ harap Aisha

Demikianlah harapan Aisha agar ibubapanya juga akan dikurniakan hidayah Islam dan mengikut jejak langkahnya suatu hari nanti.
Subhanallah……….Indahnya Kalimah Syahadah !!!

Berikut saya sertakan sebuah video buat tatapan sahabat2 sekalian.....Moga dengan video ini kita akan kembali menghayati erti sebenar disebalik ' Lafaz Syahadah '...
Slamat menonton

No comments:

Post a Comment