Pages

Saturday, April 2, 2011

Bila Mata Menyihir ???



Bismillahi wa’alabarokatillahi wa’alarosulillah….

Wahai sahabat sekalian….Tahanlah sebahagian pandangan matamu daripada apa yang tidak perlu. Awaslah, pandangan mata boleh menyihir !!! Kerana larangan pandangan mata ini berkait rapat dengan memelihara diri daripada lembah terkutuk yakni ZINA.

Tak hairanlah, sungguh hikmah peringatan ALLAH s.w.t dalam Surah al-Nur ayat 30-31 yang bermaksud :

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki beriman : ‘ Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.’ Katakanlah pula kepada wanita beriman : ‘ Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.”

Perintah ALLAH s.w.t bukan bermaksud menahan pandangan secara ‘total’ tetapi pada sebahagian pandangan yang boleh memandu seseorang kepada kerosakan. Manakala menjaga kemaluan pula ‘wajib’ secara total.

KISAH LIRIKAN MATA AL-FADHL

Berikut saya selitkan sebuah cerita mengenai bahaya ‘panahan mata’. Dikisahkan dalam al-Sahih, al-Fadhl bin Abbas pernah dalam satu perjalanan dari Mudzalifah ke Mina, menumpang unta Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan ibadah korban di sana. Dalam perjalanan itu, tiba-tiba ada beberapa ekor unta yang ditunggangi oleh kaum wanita melepasi mereka.

AL-Fadhl teruja melihatnya. Lirik matanya terpesona dengan kecantikan wanita-wanita tersebut. Rasulullah s.a.w lantas memalingkan kepala al-Fadhl ke arah lain.
Tindakan Rasulullah s.a.w ini jelas kepada kita, jika pandangan sebegitu dibolehkan, sudah tentu Rasulullah s.a.w membiarkan saja al-Fadhl menikmati pandangannya.



SIHIR MATA

Zina mata adalah dasar kepada zina tangan, kaki, hati dan kemaluan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah menetapkan atas diri anak keturunan Adam bahagiannya daripada zina. Dia mengetahui yang demikian tanpa dimungkiri “

Ketahuilah sahabat sekalian :

-Mata itu boleh berzina, dan zinanya ialah pandangan
-Lidah itu boleh berzina, dan zinanya ialah perkataan
-Kaki itu boleh berzina, dan zinanya ialah ayunan langkah ke arah maksiat zina
-Tangan itu boleh berzina, dan zinanya ialah tangkapan keras ke arah zina

Ini semuanya bertepatan seperti hadis nabi yang bermaksud :

“ Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya,”

( Riwayat al-Bukhari, Muslim, Al-Nasa’ie dan Abu Daud )

Rasulullah s.a.w bersabda dalam Musnad Ahmad bin Hanbal yang bermaksud :

“ Pandangan mata itu laksana anak panah iblis. Sesiapa menahan pandangannya daripada keindahan-keindahan wanita, maka ALLAH mewariskannya kelazatan beribadat di dalam hatinya yang akan dimilikinya hingga saat dia bertemu dengan-Nya.”

So, kengkawan sekalian….same-samelah kita renung-renungkan hadis nabi tu ye…

Wallahu’allam….

No comments:

Post a Comment