Friday, April 29, 2011
RENUNGAN : Jangan Ambik al-Quran Hanya BILA Dah Terdesak
Bismillahiwa’ala barokatillahiwa’ala rosulillah……
Menariknya, apabila terdesak, orang Melayu kita kerap menggunakan al-Quran sebagai bukti mereka berada di pihak yang benar, lalu bersumpah dengan menjunjung al-Quran. Maklumlah, apabilaal-Quran dijulang, orang yang bersumpah itu boleh dipercayai sebagai bercakap benar. Apatah lagi dalam sumpah itu, dia rela dimakan sumpah sekiranya berbohong.
Selalunya orang yang mengambil al-Quran sebagai sumpahan adalah orang yang tidak ada lagi hujah untuk membela dirinya. Dia benar-benar terdesak. Seolah-olah dia berkata,:
“ Hanya ALLAH menjadi saksiku !!! “
Ironinya, kekadang cara dia mengatur system hidupnya pun tak pula mencerminkan yang dia merupakan seorang yang menjunjung al-Quran, tapi bila dah ditimpa musibah baru mula ‘ gabra ‘ menjunjung al-Quran.
Namun cara sedemikian tak boleh berlaku dalam hidup para salafussoleh. Cerita seorang budak pengembala kambing pada zaman Saiyyidina Umar boleh dijadikan perbandingan.
Suatu masa, ketika dipujuk Umar supaya dia menjual seekor kambing atas alasan tuannya tidak mengetahui kedudukan kambingnya itu, dia dengan tegas berkata :
“ Kalau bergitu, di mana ALLAH ???
Ertinya disini, dia takut melakukan penyelewengan kerana berasa ALLAH menjadi ‘ saksi ‘ yang sentiasa melihat segala perbuatannya.
Tapi perkara ini berbeza sungguh dengan isu-isu rasuah yang melibatkan orang Melayu masa kini. Bila bersumpah je mesti ada ayat ‘ demi al-Quran ‘. Bak kata pepatah, bila dah terhantuk, baru tengadah !
Inilah sikap sesetengah umat Islam terhadap al-Quran. Naskhahnya hanya lebih dijadikan ‘ eskapisme ‘ dalam menyelesaikan satu-satu masalah. Jadi bagaimana hendak mengubah persepsi orang Melayu terhadap al-Quran ???
Kat sini, kita mesti mulakan dengan usaha menanamkan keyakinan ( iman ), pandangan alam ( worldview ) dan asas nilai. Semua ini melibatkan proses pendidikan sama ada secara formal or tak formal.
So, penyelesaian masalah ‘ Melayu ‘ mesti ditangani menerusi kaedah-kaedah yang bersifat ‘ dari dalam ke luar ‘ ( inside-out ) bukannya ‘ dari luar ke dalam ‘ ( outside-in ).
Inilah akar umbi prinsip ajaran Islam dalam menyelesaikan apa jua masalah – Iman & Taqwa!!! Tidak keterlaluan jika saya katakana, selama ni pendekatan penyelesaian masalah rasuah, ekonomi, sosial dan pendidikan kurang dilihat dari sudut yang tersirat. Fokus kita selalunya terbatas untuk menangani ‘ presenting problem ‘ yang bersifat luaran. Jarang kita menyelam untuk mencari hakikat atau ‘ the real problem ‘ yang bersifat dalaman.
Akibatnya Melayu menagih ‘ tongkat ‘ demi tongkat – yang akhirnya malu untuk dinamakan lagi sebagai tongkat kerana terlampau acap kali digunakan.
Mudah-mudahan lepas ni, kita mampu bergerak ke hadapan lagi apabila al-Quran dan Tuhan tidak lagi hanya dijadikan ‘ bahan sumpah dan saksi ‘ di pertengahan jalan.
Tapi al-Quran mesti dijadikan sebagai panduan di permulaan, di tengah, di hujung bahkan disepanjang jalan.
Tuntasnya……..
“ Jadikan diri kita The Walking al-Quran, bukannya The Silent al-Quran “
Wallahu’allam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment