Pages

Friday, April 8, 2011

Analisis : Membongkar Pemalsuan ‘ IMEJ ‘ Sebenar al-Quds


Bismillahiwa’ala barokatillahiwa’ala rosulillah…

Anda pernah lihat gambar tersebut ???

Pasti ramai dari kalian yang sudah mengenalinya, iaitu Masjid al-Aqsa, simbol perjuangan sahabat pejuang Palestin. Namun tahukah kalian yang selama ini kita telah ditipu oleh ‘ Imej al-Aqsa ‘ tersebut ??? Dilaporkan di dunia barat, gambar ini telah diedarkan secara percuma melalui poster dan video sebagai ‘ gambar sebenar Masjid Al-Aqsa ‘. Ternyata maklumat yang kita perolehi dari BBC, CNN dan segala media antarabangsa selama ini mengenai gambar sebenar Masjidil Aqsa ini adalah sebuah bangunan seperti masjid yang ‘ berkubahkan ‘ kubah berwarna kuning seperti di bawah kan ???


Namun syukur pada ALLAH, segala penyelewengan, penipuan dan propaganda Israel dalam menghanyutkan orang-orang Islam daripada mengetahui imej Masjid Al-Aqsa berjaya dibongkar oleh ahli-ahli sejarah Islam dengan membuktikan imej sebenar masjid ke-3 paling suci umat Islam ini. Berikut merupakan imej sebenar al-Quds …






Berdasarkan imej-imej tersebut, sangat jelas kepada kita bahawa imej ‘ Kubah Kuning ‘ yang ditonjolkan selama ini bukanlah Masjid al-Aqsa yang sebenar, sebaliknya ia adalah imej bagi ‘ Kubah al-Sakhrah ‘ ataupun dikenali sebagai Masjid Umar bagi penduduk Palestin. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila umat Islam dah keliru untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenar, maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan agenda ‘ penggalian ‘ bagi melenyapkan al-Aqsa.

Apakah itu Dome Of The Rock ???

Dome of the Rock didirikan pada Dinasti Umayyah tahun 687-691 merupakan sebuah bangunan yang menyerupai masjid, dan dipercayai terdapat sebongkah batu tempat Nabi Muhammad berdiri sebelum naik ke langit ketujuh dalam peristiwa Isra' Mi'raj.



Berikut pula merupakan gambar dari dalam Dome of the rock




Dome Of The Rock ataupun ‘ Kubah al-Sakhrah ‘ lebih dikenali sebagai Masjid Umar al-Khattab bagi penduduk Palestin. Dome of the rock dan Masjid Al Aqsa terletak di dalam satu tempat iaitu Kompleks Masjidil Aqsa atau Al Haram Al Syarif. Berikut imej menunjukkan imej Kompleks Masjidil Aqsa…




Berdasarkan maklumat imej di atas, maka kita perlu mengetahui yang Dome of the rock itu bukan Masjid al-Aqsa tetapi sebahagian daripada Kompleks al-Aqsa.
Seperti yang kita ketahui, Kompleks al-Aqsa ini merupakan tempat ke-3 paling suci bagi umat Islam dan tempat paling suci bagi umat Yahudi (Kuil Sulaiman) dan Nasrani (makam Kristus). Golongan Radikal Yahudi Israel ingin menghancurkan kompleks tersebut karena tempat itu diyakini oleh mereka sebagai tempat suci selain tempat pembinaan semula Haikal Sulaiman ( Kuil Sulaiman ). Sasaran Zionis sekarang ialah untuk membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita untuk mempertahankan al-Aqsa palsu itu ( Dome of the Rock ), maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa yang sebenar.



Apakah itu Masjidil Aqsa ???

Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya merupakan tempat di mana Allah ‘ memperjalankan ‘ nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.



Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadis:

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah)

( Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari )



Sehinggalah penjajahan Zionis ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionis, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.



Konklusi

Secara tuntasnya, Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar-gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.



So, Dome of the rock memang merupakan sebahagian daripada Kompleks al-Aqsa tetapi bukannya Masjid al-Aqsa yang sebenar seperti yang digembar-gemburkan oleh media antarabangsa selama ini.

Wallahu’allam…

1 comment:

  1. Semoga Allah Memberi rahmat kepada kita....

    ReplyDelete