Pages

Tuesday, November 1, 2011

CETUSAN : Takabbur Membenci DAKWAH ???


Bismillah...
Takabbur secara umumnya bermaksud sombong, bongkak ataupun merasakan dirinya lebih tinggi, lebih baik kedudukannya, lebih berketurunan, lebih elok dan lebih mulia daripada orang lain. Dalam erti kata yang lain, apabila seseorang itu mempunyai sifat Takabbur dalam dirinya, dia akan merasakan yang dia itulah ‘orang’ yang sebenar sementara manusia lain itu adalah sebaliknya.

Manusia bersifat takabbur ini juga secara tidak langsung akan membenci apabila melihat kehidupan golongan-golongan yang ingin menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w seperti membenci orang yang memakai pakaian sunnah sama ada jubah, purdah ataupun mini telekung yang menutup aurat. Mereka akan membenci perjuangan sunnah dan undang-undang yang terdapat dalam Kitabullah ( al-Quran ). Selain itu, mereka juga akan membenci apabila melihat manusia lain membangunkan ibadah-ibadah fardhu dan sunat, membenci pada pergerakan dakwah Islam dan segala perkara yang berkaitan dengan Islam. Walaupun begitu, boleh jadi juga, mereka ini masih solat, berpuasa dan juga membuat tahlil arwah, tetapi dalam hati mereka sangat jelas yang mereka sangat membenci segala perkara yang berkaitan dengan Islam.


MENGAPA TERJADI BEGITU ???

Secara jelas dapat diterangkan disini adalah kerana sifat Takabbur tersebut telah menjadi hijab atau pendinding antara dirinya dengan akhlak-akhlak seorang Mu’min. Sebab itulah, manusia yang bersifat takabbur ini pasti kita lihat mereka sangat ‘anti’ dengan segala perkara yang berkaitan dengan Islam. Padahal status agama yang ‘ditampal’ pada kad pengenalan ( IC ) mereka adalah Islam bukannya agama lain. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“ Tidak masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat debu dari sifat takabur “
Riwayat Muslim

So, sangat jelas bahawa Rasulullah s.a.w pun telah menyatakan bahawa ‘tahap’ bahayanya sifat takabbur ini kepada umat Islam. Kita lihat sahaja bagaimana Iblis dilaknat oleh ALLAH s.w.t.


APA DOSA IBLIS ???

Penulis beranggapan semua pembaca mengetahui yang Iblis merupakan salah satu makhluk yang paling taat kepada ALLAH s.w.t sebelum penciptaan Nabi Adam a.s. Iblis telah beribadat kepada ALLAH selama berates-ratus tahun tanpa henti sekaligus membuktikan ketaatannya kepada ALLAH s.w.t. Namun, ibadah-ibadah Iblis itu ‘terhapus’ dalam sekelip mata sahaja, oleh sebab dosa ‘TAKABBUR’ yang dilakukan Iblis ketika peristiwa suruhan ALLAH kepadanya supaya menyembah Nabi Adam a.s. Iblis merasakan yang penciptaanya lebih mulia daripada Adam kerana dia dijadikan daripada api sementara Adam dijadikan daripada tanah. Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud :

“Ia ( Iblis ) enggan dan takabbur, dan ia termasuk dalam golongan orang-orang kafir “
Al-Baqarah ayat 34

Takabbur telah menyebabkan Iblis dilaknat oleh ALLAH sehingga hari kiamat, walaupun dia telah beribadah kepada ALLAH s.w.t selama bertahun-tahun lamanya dengan penuh taat. Tetapi, oleh kerana sifat takabburnya itu, dia telah dimasukkan k eke neraka sehingga kiamat.


SENARIO HARI INI……..

Kini, arus perkembangan dakwah Islamiah sudah tersebar ke merata tempat. Dimana-mana sahaj jika dilihat, arus perkembangan dakwah Islam sudah wujud di dalam masyarakat. Pendek kata, bilangan manusia yang ingin mendokong cita-cita al-Quran dan as-Sunnah sudah semakin ramai dan sudah berani muncul berdepan dengan masyarakat luar. Mereka kini sudah tidak gerund an gentar apabila berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran kerana mereka percaya bahawa jihad itu bukan satu ‘kesenangan ‘.
Mereka pendakwah tahu, orang yang berjihad di jalan ALLAH bukannya akan mendapat harta tetapi berkorban harta, bukan dapat pangkat tetapi mengorbankan pangkat, bukannya mendapat kemuliaan tetapi mengorbankan kemuliaan, bukannya dapat kemewahan tetapi mengorbankan kemewahan. Ringkasnya, orang yang berjuang dan berjihad sanggup mengorbankan segala-galanya hatta nyawa pun sanggup dikorbankan jika sampai ke tahap memerlukan.

Disebabkan tuntutan jihad sebeginilah, telah lahirnya masyarakat yang mahu kepada Islam dan meyakini bahawa Islamlah penyelesaian kepada segala ‘penyakit’ yang melanda masyarakat ketika ini. Mungkin kita berbangga dengan kemajuan yang kita capai hari ini. Tetapi adakah kita juga berbangga dengan perkara-perkara maksiat yang semakin menular kini ???


Sedarkah kita dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi kini seperti rasuah yang semakin banyak, pembunuhan, rogol, zina, dan seks bebas yang berlaku bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Apabila ditanya, majority masyarakat berkata: Ya, saya sangat bimbang dengan situasi masyarakat kini. Namun apabila wujudnya pergerakan dakwah bagi menegakkan Islam, mereka berkata ‘kolot’, ketinggalan zaman dan sebagainya.

SIAPA SEBENARNYA YANG KOLOT ???

Inilah penyakit masyarakat kini yang semakin dibuai mimpi dengan pengaruh-pengaruh material dan hiburan oleh Barat. Mereka telah ‘dibutakan’ mata dan hati dengan pembangunan luaran tanpa pembangunan dalaman ( rohani ). Bagi mereka yang bersifat TAKABBUR, pergerakan dakwah Islam adalah ketinggalan zaman dan tidak maju kerana soal pemakaian, makan-minum dan pergaulan yang dikatakan tidak mengikut trend semasa. Bagi mereka, masyarakat sekarang hendaklah mengikut trend semasa seperti ‘wajib’ bergaul bebas lelaki & wanita, konsert liar sana-sini, memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan sebagainya. Jika tidak, maka ‘kolot’ lah gelarannya.

Namun, tidakkah mereka sedar, penghinaan mereka terhadap segala perkara-perkara berkaitan sunnah itu, seolah-olah mereka telah menghina Rasulillah ??? Mana tidaknya, kerana semua sunnah itu adalah bersumberkan daripada Rasulillah s.a.w. Jika mereka mengeji segala perkara-perkara berkaitan sunnah, mereka secara jelas menzahirkan kepada umat Islam bahawa mereka juga sedang mengeji Nabi !!!.


Sebagai contoh, adakah dengan memakai serban, purdah dan menutup aurat itu dikatakan kolot ???...Padahal pemakaian beginilah yang dapat menghindarkan mereka daripada ‘ghairah ‘ terhadap nafsu syahwat mereka sendiri. Jarang kita dengar wanita berpurdah menjadi mangsa seksual oleh lelaki hidung belang melainkan mangsanya adalah wanita ‘terbuka’. Sepatutnya, pemakaian mendedahkan auratlah yang patut diberi gelaran ‘kolot’ kerana mereka seolah-olah takabbur dan bangga menayangkan ‘body sexy ‘ nya itu kepada khalayak umum. Mereka yang tidak menutup aurat ini seolah-olah ‘ tidak cukup kain ‘ kerana keterterbukan pakaian mereka.

Tuntas……

Konklusinya, sifat benci sebahagian masyarakat dengan usaha dakwah kini adalah bukan hanya disebabkan kejahilan mereka tentang agama, tetapi ia juga berkait rapat dengan perasaan takabbur yang telah melekat di hati mereka. Mereka beranggapan, tidak perlu wujud usaha pergerakan dakwah ini kerana bagi mereka, pergerakan ini hanyalah untuk ‘mengambil tahu tepi kain orang lain’. Ketika inilah akan lebih ketaranya sifat yang menjadi ‘manifestasi’ bagi orang-orang takabbur iaitu menolak kebenaran dan menghina makhluk. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Takabbur itu ialah menolak kebenaran dan menghina makhluk “
Riwayat Muslim, Baihaqi, Ahmad dan Tabarani

Maka secara jelas, tercelanya manusia yang takabbur ini di dunia dan akhirat. Semoga kta semua tidak termasuk dan dijauhi sifat ini. Wallahu’allam.

Sunday, October 30, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT : Jangan hanya ‘BERKOBAR’ di stadium, tp………..


Bismillahiwa’ala barokatillahi wa’alarosulillah…………

Akidah merupakan persoalan utama dalam Islam. Ia berkaitan antara hati dan keimanan terhadap ALLAH s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Justeru, menyelamatkan akidah umat Islam amat penting dan ia menjadi tanggungjawab semua pihak tanpa membezakan parti politik dan fahaman. Dalam membahaskan mengenai persoalan akidah umat Islam, kita pasti tidak dapat lari daripada menjawab permasalahan ‘Murtad’.

Sejarah Murtad

Murtad bukanlah suatu perkara yang baru bagi penganut agama tauhid. Tahukah kita, makhluk pertama yang memulakan budaya murtad ini, tidak lain tidak bukan ialah Iblis ketika peristiwa keenggannya ( Iblis ) mematuhi perintah ALLAH supaya sujud kepada Adam a.s. Ekoran itu, Iblis memohon daripada ALLAH supaya membenarkanya untuk memurtadkan seluruh keturunan Adam a.s dan ALLAH memberi laluan setakat kemampuan Iblis dengan izin dari ALLAH.

Setelah itu, budaya murtad mula berlaku dalam sejarah manusia sejak zaman Nabi Nuh, Nabi Ibrahim sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun Rasulillah s.a.w telah berjaya menyempurnakan agama Islam pada zaman Baginda, tetapi budaya murtad tetap berlaku di dalam masyarakat Islam ketika itu . Jika difikirkan secara logik, kalau pada zaman Rasulillah yang penuh aman & masyarakatnya yang sangat beriman kepada ALLAH pun masih berlaku budaya murtad, maka tidak mustahil pada zaman kini juga berlaku dan mungkin lebih teruk ‘virus’ murtad tersebut kerana didokong oleh penguasaan golongan-golongan jahil agama dan munafik yang diangkat menjadi pemimpin.


Senario Murtad di Malaysia

Sejak 54 tahun tahun lalu, gejala murtad ini telah menjadi semakin berleluasa di segenap lapisan masyarakat. Bermula daripada remaja-remaji belasan tahun sehinggalah kepada golongan warga emas, seruan dakyah pihak-pihak tertentu bagi memurtadkan masyarakat orang Islam semakin menunjukkan taring dengan pendedahan sendiri wakil agama Kristian yang mendakwa bahawa mereka semakin mudah mendapatkan ahli baru dari kalangan orang Islam sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Ini ditambah pula dengan kelulusan oleh pihak pemerintah yang membenarkan pembinaan sebuah gereja terbesar Asia di Bukit Jalil yang sekaligus menjadi bukti mengapa dakyah orang-orang Kristian sangat mudah bertapak di negara ini.


Gereja Calvary yang dipercayai menelan kos sebanyak 135 juta ringgit itu ketika ini sudah mencapai fasa terakhir dan sudah melebihi tahap 70 peratus siap dibina selain dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada tahun depan.


Gereja Calvary yang dilengkapi kemudahan serba moden itu juga dilihat mempunyai pengaruh-pengaruh pergerakan Yahudi iaitu Freemason dan Iluminati sekaligus membuktikan bukan hanya dakyah Kristian yang semakin tersebar, tetapi pengaruh Yahudi juga sudah semakin menular ke dalam Negara ini. Persoalannya kini, apakah usaha yang telah dilakukan oleh pihak berwajib ( pemerintah ) dalam membendung ‘virus’ ini ???

Himpunan Sejuta Umat

Trend memurtadkan umat Islam telah bermula sejak sekian lama. Bukti-bukti laporan yang diserahkan kepada pihak pemerintah mengenai ‘virus’ murtad ini dilihat seolah-olah lepas tangan sahaja, padahal segala laporan tersebut diambil daripada kelulusan mahkamah dan jabatan pendaftaran. Tetapi apabila timbulnya isu penangkapan beberapa umat Islam di sebuah gereja baru-baru ini, maka baru kelihatan meletupnya rasa membantah dalam kalangan umat Islam. Mungkin kerana telah lama menahan perasaan meluap-luap di dada, tetapi tidak sampai tahap meletup memungkinkan wujudnya idea mencegah murtad dengan berkumpul beramai-ramai di suatu tempat bagi menyatakan rasa tidak puas hati umat Islam. Tapi, apakah usahanya ???

Ya, dalam menjawab persoalan diatas, kita telah nampak ‘sedikit’ usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah baru-baru ini iaitu dengan mengadakan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) dengan tema ‘Selamatkan Akidah Umat Islam’ yang bertempat di Stadium Shah Alam. Walaupun tidak mencapai sasaran penyertaan (sejuta rakyat), namun kehadiran beberapa wakil dari pelbagai agensi, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain wakil pelbagai pihak dari parti politik berbeza dalam HIMPUN tersebut menggambarkan masih ada masyarakat yang mengambil tahu mengenai permasalahan agama Islam ketika ini.

Walaupun ada yang mengatakan sudah terlambat kerana sudah begitu ramai masyarakat Islam yang murtad sejak berpuluh tahun lalu, namun permulaan inisiatif seperti ‘perhimpunan raksaksa’ tersebut boleh menjadi bukti bantahan umat Islam kini yang semakin sedar dengan ‘virus’ bahaya ini. Yang paling penting ketika ini ialah, semua pihak mampu mengetepikan segala ideologi dan fahaman masing-masing untuk sama-sama bersatu di atas kalimah syahadah ‘ Lailahaillallah’ yakni tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH.


Cukupkah sekadar HIMPUN ???

Berhimpun bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap gejala murtad ini memang boleh dibanggakan. Namun perlu dinilai kembali, adakah cukup sekadar berhimpun menyatakan bantahan dengan lantang dan keras, tetapi pada masa yang sama ketika di luar stadium pula, masyarakat masih didedahkan dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah ???

Selepas program HIMPUN tersebut, penulis melihat masyarakat masih lagi didedahkan dengan pelbagai sumber yang mendorong kepada kerosakan akidah. Bermula daripada pergaulan bebas remja remaji sehinggalah kepada kebebasan konsert yang cukup melampau. Di sini timbul kembali di mana matlamat HIMPUN tersebut kepada masyarakat ??? Sepatutnya, selepas selesai sahaja HIMPUN tersebut, gerak kerja daripada pihak pemerintah untuk mencegah murtad dan kerosakan akidah umat sudah perlu dilakukan dengan giat dan berstrategi. Langkah-langkah bagi mengukuhkan akidah umat Islam perlu dipergiat kembali bagi menangkis segala hasutan dan cubaan dakyah Kristian yang semakin berleluasa kini.

Pelbagaikan Medium Dakwah

Tidak dinafikan, dalam suasana akidah umat Islam yang semakin kritikal kini, penglibatan pejuang-pejuang Islam amat diperlukan di mana-mana sahaja. Jika As-Syahid Imam Hassan al-Banna berani dan mampu berdakwah di kelab-kelab malam, mengapa pendakwah Islam sekarang tidak cuba untuk mencontohinya ???
Mungkin selama ini mesej dakwah hanya disampaikan melalui kuliah agama di masjid dan surau-surau. Jadi sudah tentulah orang yang sama sahaja yang mendengar kuliah tersebut. Jarang sekali zaman kini anak-anak muda sanggup duduk di masjid selama satu atau dua jam untuk mendengar kuliah agama. Memandangkan begitu, perlu diingat. Dakwah itu bukan hanya terbatas di dalam masjid dan surau sahaja kerana dakwah perlu dilakukan di mana-mana sahaja.


Bercakap soal akidah pula, terlalu banyak yang perlu ditekankan oleh pemerintah. Pertama sekali, jati diri umat Islam itu perlu dilihat dan dinilai kembali sama ada still dengan pegangan tauhid ataupun sebaliknya. Yang jelas, pihak pemerintah perlu memulakannya terlebih dahulu seperti memansukhkan segala konsert-konsert bebas dan berunsur maksiat kepada program hiburan berunsur ketuhanan yang memuji ALLAH. Begitu juga dengan dunia perfileman yang sekarang ini sewenang-wenangnya ‘melepaskan’ filem tanpa meneliti mutu dialog dan lakonan sehingga timbul isu sebuah filem yang dikatakan menghina Rasulillah s.a.w.

Tuntas….

Konklusinya, Syabas kepada pihak penganjur yang berusaha mengadakan program seperti HIMPUN tersebut. Namun perlu diingat, menyelamatkan akidah umat Islam bukan sekadar dengan mengadakan himpunan sejuta atau sepuluh juta umat Islam bagi menggerunkan golongan kuffar. Sebaliknya, usaha tersebut hendaklah lebih daripada itu. Oleh itu, semua pihak, terutamanya PEMERINTAH perlu peka dengan persekitaran semasa yang semakin banyak unsur-unsur dan usaha untuk meruntuhkan tamadun Islam…

Wallahu’allam

Tuesday, October 25, 2011

SEPINTAS : Rangkuman penghijrahan artis Malaysia kepada ‘Islamik’


Bismillahiwa’ala barokatillah wa’ala rosulillah……….

Subhanallah…..Industri hiburan tanah air mula menampakkan sinar kejernihan Islam apabila ‘lepas sorang, sorang ‘ lagi artis yang mula berhijrah kepada Islam. Bermula daripada 'IKON' perubahan iaitu Wardina Safiyyah sehinggalah kepada pemakaian tudung oleh Erma Fatima, dunia hiburan negara semakin indah dengan perubahan demi perubahan artis-artis popular. Bagi artis lelaki, kita dapat melihat dengan perubahan kata-kata, pergaulan dan penampilan mereka sementara artis wanita pula dapat dilihat dengan permulaan imej bertudung mereka. Berikutan itu, saya rangkumkan beberapa artis Negara yang telah melakukan hijrah tersebut. Syabas diucapkan !!! Semoga perubahan mereka ini berkekalan dan akan dapat menarik masyarakat terutamanya golongan remaja remaji untuk sama-sama melakukan HIJRAH kepada Islam…


1-Irma Hasmie Ibrahim

Fenomena artis yang kembali ke pangkal jalan merupakan suatu yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat. Sungguhpun begitu, bagi pelakon muda, Irma Hasmie Ibrahim, 29 berpendapat, cabaran utama yang perlu dilalui oleh golongan ini adalah bagaimana cara untuk mereka ‘istiqamah’ dengan perubahan tersebut.

“ Apapun, semuanya bergantung kepada niat asal seseorang itu dalam melakukan sesuatu. Kita perlu meletakkan niat hanya semata-mata kerana ALLAH s.w.t “ tegas Irma

Ujarnya lagi, perubahan dan penghijrahan sering berlaku dalam kehidupan seharian manusia tanpa mengambil kira kedudukan dan populariti menerusi hidayah dan taufik daripada ALLAH s.w.t.


Justeru itu, kata Irma lagi, seseorang artis itu hendaklah sentiasa berdoa kepada ALLAH untuk ditetapkan hati dan menguatkan tekad dalam melakukan penghijrahan proses penghijrahan itu.


2-Catriona Ross

Perubahan positif yang dilihat kepada sebilangan artis mutaakhir ini dalam mendekati Islam, jelas menggambarkan kebangkitan Islam yang kembali kepada fitrahnya. Menurut Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 31, apa yang berlaku merupakan satu fenomena yang terkandung di dalam al-Quran.

“ Ia sangat positif. Saya tumpang gembira dan bersyukur pada sahabat-sahabat artis yang telah ‘kembali’ kerana saya fikir kita sema diciptakan untuk akhirat “ ujar Catriona

Beliau sangat yakin apa yang berlaku ketika ini bukanlah suatu ‘trend’ melainkan ia adalah suatu ‘fenomena’ yang sangat menarik dan sangat baik. Catriona yang terkenal dengan drama Tv Sephia juga menegaskan, untuk melakukan perubahan adalah mudah. Namun untuk mengekalkan perubahan tersebut sangat susah.

“ Untuk itu, saya rasa sambil sambil kita berubah, kita perlu mencari ilmu supaya faham. Pilih sahabat yang baik, menghadiri majlis-majlis ilmu seperti usrah dan banyakkan berdoa agar ALLAH tidak memesongkan hati kita “ ujar Catriona dengan penuh pengharapan


3-Iwan ‘Dangdut’

Sebenarnya faktor ketakutan, ditambah usia yang semakin lanjut dan tidak tahu bila ajal akan tiba, menjadi antara penyebab beliau mula mencari dan mendapat kesedaran Islam, tegas penyanyi, Wan Shahman Mohd Yunus atau dulunya lebih dikenali sebagai Iwan ‘ Dangdut’

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu dangdut Memori Daun Pisang bersama Amalina itu menegaskan, dari kesedaran yang membuak-buak itulah, ALLAH membuka pintu hidayah dan beliau begitu bersyukur dengan nikmat Islam yang dirasai sekarang.

“ Saya sebenarnya gembira kerana ramai yang mahu kembali semula kepada fitrah, kerana ia adalah satu yang diinginkan oleh semua manusia apa yang penting, ia hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan menyerahkan kepada ALLAH. Kita berharap apabila diberi hidayah, kita akan terus mencari jalan bagaimana dapat beristiqamah dalam mengamalkan Islam “ tegasnya

Mengulas lebih lanjut, Iwan berharap, artis kembali kepada Islam bukanlah menjadi sekadar ‘trend’ sahaja, kerana trend ini lebih kepada ikutan dan ia hanya bersifat sementara dan akhirnya kembali menjadi seperti asal.Iwan yang pernah memukau dengan lagu irama dangdutnya pada era 80-an dan 90-an berkata, artis yang mahu berubah mestilah mengikhlaskan hati dengan semua yang dilakukan kerana ALLAH dan bukan untuk mencari publisiti semata-mata.

Apabila ditanya apa sebenarnya peranan lagu berbentuk Islam kepada masyarakat, beliau berkata, ianya dapat memberikan suasana yang lebih Islamik dengan lirik yang mengajak masyarakat mengingati ALLAH s.w.t.


4-Aishah

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah Ariffin, 46, berharap agar para peminat dan orang ramai dapat memberikan sokongan dan galakan kepada perubahan positif yang dilakukan oleh seseorang artis di negara ini. Ujarnya, walaupun perubahan tersebut perlahan dan tidak bersifat menyeluruh, ia adalah lebih baik daripada tiada langsung.

“ Malangnya ada sesetengah pihak yang cepat menghukum dan member kritikan tidak membina. Kita kena open-minded dan tolong sokong serta bersangka baik dengan perubahan tersebut kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana kesudahannya nanti “ tegas Aishah

Beliau mengakui , perubahan positif yang melanda artis tanah air mutaakhir ini memberikan kesan besar kepada masyarakat kerana mereka merupakan figure berpengaruh dan sentiasa jadi perhatian. Aishah melahirkan perkara ini ketika diminta mengulas mengenai ‘ hijrah ‘ beberapa artis kea rah jalan dakwah sejak kebelakangan ini.

“ Alhamdulillah ia merupakan suatu perkembangan baik dan kita lihat artis adalah ‘public figure’ yang menjadi ikutan kerana mereka mempunai peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka “ katanya

Tambahnya, jika baik pengaruh yang dibawa oleh seseorang artis itu maka dia akan beroleh pahala, begitu juga sebaliknya.


5-Bob Lokman

Kerajaan mesti merangka program pemantapan tauhid dan akidah bagi membawa kesearan kepada artis yang tidak mempunyai kesedaran Islam, kata bekas pelawak dan penulis lirik, Mohd hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman. Menurutnya, kebanyakan artis tidak langsung mempunyai pengetahuan tentang tauhid dan inilah yang menyebabkan kebanyakan daripada mereka jauh daripada Islam.

“ Kalau tidak percaya, cuba Tanya mereka ( golonagn artis ) tentang apa itu tauhid ? Kita akan dapati kebanyakan mereka akan menjawab tidak tahu. Sepanjang pengalaman saya, inilah bab yang menyebabkan mereka termenung. Baru-baru ini pun ada komposer yang telefon saya dan kami bercerita tentang topik tauhid dan dia gagal memberikan apa makna tauhid itu “ katanya

Bob Lokman berkata, setiap pekerjaan yang dilakukan juga mestilah kerana ALLAH dan bukan selain daripada-Nya. Jika ia dilakukan kerana benda lain, maka boleh rosak aqidah seseorang itu. Masalah yang berlaku sekarang dakwanya, kerana kerajaan sendiri yang gagal dan enggan membuat program seperti ini kepada masyarakat. Beliau juga menceritakan bagaimana sewaktu ketika dirinya dan beberapa rakan lain datang berdakwah di Uptown Bangi, ketika beliau menyanyi, pengungjung di situ tidak mempedulikannya. Tetapi apabila beliau membuka bab tauhid dan alam barzakh, mereka tertarik dan mula mendengarnya.

“ Mereka melopong dan bila habis majlis, ada yang datang bertanya di mana mereka boleh belajar ilmu sebegini. Saya katakana ilmu sebegini boleh dipelajari daripada ustaz dan mereka kata pergi ke masjid inilah yang leceh “ ujarnya

Katanya, ini kerana golongan yang ada di masjid adalah generasi yang berbeza. Oleh sebab itulah, kerajaan bertanggungjawab mencari jalan bagaimana mereka berminat dikumpulkan di sesuatu tempat. Semenjak beliau berhijrah mengamalkan Islam, keyakinan dan keberanian kepada hidup berbanding dengan keberanian kepada kematian berbeza.

“ Dulu kita takut mati, miskin, tak ada duit, takut susah, tetapi sekarang ini saya mempunyai keyakinan yang hidup ini berada di bawah kawalan ALLAH. Jika dahulu setiap kali saya nak keluar rumah, apabila ada perasaan takut accident, saya tak jadi keluar. Tetapi sekarang ini setiap kali keluar rumah, saya percaya kepada takdir ALLAH sekaligus perasaan takut itu hilang “ jelasnya

Beliau ketika ini merasa lebih berkeyakinan dan hilang perasaan rendah diri kepada sesame manusia walau apapun darjat orang itu. Malah dakwanya juga, semenjak berhijrah kepada Islam sepenuhya, penyakit darah tinggi yang dialaminya juga jarang menyerang kerana merasa ketenangan jiwa.


6-Sham Kamikaze

Saya selalu berdoa….

” Ya ALLAH, jangan Engkau bagi hidayah kepadaku, kemudian Engkau tarik semula hidayah itu “ cerita bekas penyanyi utama kumpulan rock Kamikaze, Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 35. Beliau memilih jalan berdakwah selepas 7 bulan berhijrah dan meninggalkan dunia hiburan.

Menurut mantan pensyarah UITM Shah Alam dalam bidang Jazz Performance itu, apabila kita tahu masa kita untuk beribadah dan mencari ilmu sangat singkat, barulah kita dapat memahami kenapa ulama’-ulama’ dan ustaz-ustaz tidak pernah cukup masa.

“ Lepas kuliah Subuh, Zohor, Asar, kemudian kuliah Maghrib dan Isyak. Lepas itu bangun malam bertahajjud. Masa dulu kita tak faham, namun sekarang baru kita faham. Menjadi sibuk itu tidak dinafikan. Cuma kita kena pilih untuk sibuk dalam mencari redha ALLAH atau mencari harta dunia. Itu beza yang paling nyata “ ujarnya
Selama 7 bulan ini, saya rasa hidup saya lebih bermakna. Ketika dalam dunia hiburan, saya mendapat pelbagai sanjungan, hinaan dan kejian. Akhirnya kita tahu mereka kutuk kta pun tidak dapat apa!

“ Saya dah lama tak cari makan. Ramai Tanya kepada saya bagaimana dengan pendapatan. ALLAH berfirman yang bermaksud : Aku akan cukupkan !. Apa yang penting Dia mahukan kita bertawakkal kepada-Nya. Contohnya dahulu, saya buat konsert dan memperoleh pendapatan mewah setiap bulan. Hari ini, ALLAH tak bagi saya macam dulu,tetapi tetap cukup. Saya tidak pernah lagi tidak dapat membayar rumah dan kereta “ tegasnya

Jadi, saya tidak mahu berpesan atau memberi nasihat kepada rakan-rakan artis yang lain, nanti mereka akan label saya ‘macam bagus !”. Lebih baik saya mendoakan semua artis dan umat Islam supaya diberi taufik dan hidayah daripada ALLAH Taala.


7-Nora

Ulang tahun hari kelahiran Nora yang ke-35 pada 26 julai 2008 merupakan satu titik penghijrahan buat penyanyi yang pernah popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema ini. Ini kerana, mulai saat itu, pemilik nama sebenar Wan Norafizah Ariffin ini mula bertudung selepas mencipta nama sebagai penyanyi sejak 1994. Menurutnya, niat memakai tudung adalah bukan kerana dipaksa, tetapi niat itu hadir daripada hatinya sendiri yang bertekad menjadi contoh kepada 3 orang anaknya yang makin membesar. Syakir Iman, 18, Syakir Alif, 12 dan Puteri Nur Dahlia, 7 merupakan ermata hati Nora yang sentiasa mahu melihatnya menjadi ibu terbaik termasuklah dari segi berpakaian. Menurut isteri kepada komposer terkenal, Johan Nawawi ini, dia seolah-olah berasa terpanggil untuk bertudung apabila sering berbicara dengan anak-anaknya mengenai perkara itu.

“ Anak-anak selalu bertanya mengapa saya tidak bertudung ? Ketika itu saya beri beberapa alas an antaranya saya memang nak bertudung, tapi belum sampai masanya lagi. Tambah menyentap perasaan apabila anak-anak semakin matang dan berkata kalau tak pakai tudung takut nanti mati masuk neraka. Sejak dari itu, saya mula berfikir banyak kali “ ujarnya

Jelasnya lagi, walaupun perubahan itu didorong oleh anak-anaknya, tetapi sebenarnya dia sudah menanamkan azam untuk bertudung sejak 5 tahun dulu. Buktinya dia sering meminta pendapat rakan-rakannya dan keluarga. Baginya, biarlah perubahannya nanti kekal dan istiqamah, dan bukannnya setakat hangat-hangat tahi ayam.

“ Saya banyak bertanya kepada kawan-kawan dan mereka memberikan pelbagai respons. Antaranya mereka mencadangkan saya memakai tudung selepas balik daripada menunaikan haji. Ketika saya nekad memberitahu pada suami saya mengenai keinginan saya itu (bertudung), saya dapat lihat perubahan pada matanya yang bergenang air mata seakan-akan tidak percaya perubahan yang akan saya lakukan. Saya tegaskan pada suami yang saya memang nekad dan tidak menyesal dengan keputusan itu. Ia satu hijrah awal saya sebelum melakukan hijrah lain seperti mendalami ilmu-ilmu agama pula “ ujarnya lagi

Sejak mengenakan tudung, katanya rezeki tidak pernah putus-putus. Malah dia turut terbabit dalam pelbagai program usrah, ceramah dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan golongan wanita di pelbagai agensi swasta dan kerajaan.


8-Ashraf Muslim

Ketika jejaka ini muncul pada majlis pelancaran musim ke-3 program realiti Gadis Melayu beberapa tahun lalu, perwatakannya jauh berbeza. Bagi pemilik nama Mohd Ashraf Muslim ataupun lebih dikenali sebagai Ashraf Muslim ini, penampilannya pada program realiti tersebut kelihatan sedikit pendiam berbanding perwatakannya sebelum ini yang peramah dan ceria. Dia kelihatan lebih serius dan tutur katanya pula disusun dengan penuh berhati-hati.

Menurut Ashraf yang lebih dikenali menerusi drama Ustaz Amirul ini, sejak menjadi Tenaga Pengamal Perubatan Islam melalui al-Quran di Syifa al-Hidayah sejak setahun lalu, dia mula berubah dan cuba mengawal diri.

“ Saya masih orang yang sama. Cuma kini saya lebih menjaga percakapan. Memang saya akui saya kurang bercakap dan tidak lagi ligat seperti dulu. Sejak terbabit dengan ilmu perubatan Islam ini, maruah diri juga perlu saya jaga dengan lebih baik lagi. Pemikiran dan wawasan saya juga berbeza. Kini saya tahu apa yang saya mahukan dalam hidup. Dulu fokus saya hanya pada kerja, tetapi sekarang saya perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat “ kata Ashraf

Sejak bergelar pengamal perubatan alternatif Islam, Ashraf menemui ketenangan kerana dapat membantu mereka yang memerlukan terutamanya penderita kanser. Malah, masanya kini dibahagi dua iaitu antara kerjaya seni dan tugasnya sebagai pengamal perubatan alternatif Islam. Ketika ditanya mengenai kemungkinan dia akan meninggalkan terus dunia seni, ini jawapannya :

“ Tak mustahil. Bagi saya tidak salah jika mahu terus berlakon, tetapi saya perlu fikir sampai ke tahap mana saya akan berlakon. Sebenarnya saya lebih suka berniaga tetapi entah bagaimana kecenderungan saya kini terarah kepada dunia lakonan. Sejak sibuk dengan klinik sendiri, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita bukan mahram dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya “ jelas Ashraf


9-Diana Amir

Bagi pelakon wanita yang semakin meningkat naik ketika ini, Diana Amir, dia juga sudah mula melakukan hijrah secara beransur-ansur. Menurut pelakon utama filem 321 CInta dan AKu Masih Dara ini, dia sudah beberapa kali bermimpi tentang hari kiamat. Seusai mendapat mimpi tersebut, Diana nekad untuk bertudung walaupun sedar yang dia masih lagi cetek ilmu agama. Cerita Diana :

“ Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali diberi petanda dan mimpi buruk tentang kiamat sejak 3 bulan lalu. Mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidupsaya beberapa bulan kebelakangan ini. Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya. Mungkin ALLAH ingin memberikan petunjuk dan saya menceritakan kepada seorang rakan. Namun rakan saya itu yang terlebih dahulu berhijrah (bertudung) daripada saya. Saya tahu yang saya masih lemah mengenai hal-hal agama, dan disebabkan itu saya ambil keputusan untuk bertemu dengan Irma Hasmie dan Wardina Safiyyah untuk mendapatkan nasihat mereka “ ujarnya panjang



Menurut Diana lagi, ketika membuat keputusan tersebut, dia telah berjumpa dengan David Teo untuk meminta pendapat tentang lakonan dan kerjayanya selepas ini. Biarpun tidak dijanjikan apa-apa oleh David, namun Diana yakin yang rezeki itu ketentuan ALLAH dan ia ada dimana-mana sahaja.


10-Nur Fazura

Tidak ketinggalan juga bagi bintang filem Pisau Cukur dan terbaru wataknya dalam drama Tahajjud Cinta juga dikatakan sudah melakukan hijrah. Nur Fazura atau lebih dikenali dengan nama Fazura dikatakan mula berniat memakai tudung setelah membintangi drama Kitab Cinta suatu ketika dahulu, kemudian diikuti pula dengan drama Tahajjud Cinta yang memerlukannya untuk bertudung. Menurut Fazura :

“ Apabila memakai jubah dan purdah semasa di Jordan untuk beberapa babak dalam Tahajjud Cinta, saya berasa sangat selesa walaupun pada hakikatnya cuaca di sana tidak seperti di Malaysia. Pada mulanya agak janggal juga mengenakan pakaian Muslimah itu, namun semua itu dapat diatasi dengan bantuan pengarah dan rakan lain. Tiada sebarang masalah sepanjang tempoh penggambaran. Mungkin itu hikmahnya untuk saya bertudung selepas ini walaupun hanya ringkas saja, Insya-ALLAH “ harap Fazura

Semoga niat Fazura ini menjadi kenyataan. Tahniah diucapkan kepada pengarah yang berjaya menghasilkan ‘produk Muslimah’ seperti ini. Bukan apa, muka dah cantik, tapi jika bertudung SUBHANALLAH, lagi bertambahlah kemanisan itu.


11-Azmil Mustapha

“ Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa penutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa ALLAH hebat. Saya terus memuji ALLAH, tapi cakap Inggerislah ( ketawa ) “ ujar Azmil Mustapha

Beliau dahulunya merupakan salah seorang pelakon terkenal pada era 90-an dengan filem Ali Setan. Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha ini bagai tidak percaya bahawa watak nakalnya dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjnaggut dan riak wajahnya kini sudah cukup untuk menggambarkan ketenangan yang dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah sedang mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Mengulas mengenai perubahannya, selepas peristiwa menonton siaran TV tersebut, beliau sering memuji ALLAH dengan berkata :

“ Wow ! ALLAH is great ! “ dan macam-macam lagi yang timbul dari mulutnya ketika itu. Akhirnya ia menjadi amalan beliau. Setiap malam, beliau mesti akan menonton siaran itu. Kalau keluar malam sekalipun, beliau akan bergegas pulang hanya disebabkan untuk menonton siaran terjemahan itu.

“ Kawan-kawan saya terkejut, tapi waktu tu saya belum berubah sepenuhnya. Jadi kawan-kawan selalu peril saya. Macam-macam la mereka kata…kepala senget, nak tengok Quran dan macam-macam lagi. Lepas tu saya jumpa seorang ustaz untuk minta diajar cara untuk bertaubat. Saya buat taubat nasuha. Saya dalami agama dan belajar sembahyang. Saya memang tidak tahu langsung tentang solat ni. Baca Quran pun merangkak-rangkak. Baca al-Fatihah pun buka buku lagi, itupun tulisan rumi. Tapi saya istiqamah. Lama kelamaan saya semakin meningkat. Saya ingat lagi jika dulu say abaca surah Yasin ambil masa 2 jam. Lepas solat Subuh saya mula baca sampai habis kira-kira pukul 8.30 pagi. Gara-gara baca merangkak la. Umur dekat 30 tahun, baru ssaya hafal al-Fatihah. Alhamdulillah, sekarang dah okey “ ujar Azmil

Beliau kemudian menambah :

“ Ketenangan yang saya rasa tak dapat nak diceritakan. Tak boleh nak nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan ditu yang dulunya saya pegang berjuta-juta. Duit boleh habis, tapi ketenangan yang saya rasa sekarang, saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Saya juga rasa satu perkembangan yang sangat baik bagi saya ialah apabila saya berceramah ni, ilmu saya bertambah. Saya membaca, bertanya kepada ustaz-ustaz kerana saya bukan latar belakang agama. Jadi saya lebih mengenali ALLAH sejak berceramah ni. Alhamdulillah, sambutan orang terhadap ceramah saya pun bagus. Maklumlah, ‘ setan ‘ datang ceramah. Kalau ulama ceramah tak ramai datang. Tarikan setan memang kuat ( ketawa ) “ jelas Azmil panjang


12-Amer Munawer & Al-Mawlid

Pertemuan di kelas agama ternate member satu wadah perjuangan baru kepada beberapa bekas ahli 3 buah kumpulan yang sememangnya cukup popular dengan lagu berentak R&B dan Soul ini. Jika sebelum ini, lagu-lagu mereka lebih menjurus kea rah mencintai wanita, kini lagu-lagu yang dipersembahkan adalah lebih kepada mencintai ALLAH dan Rasulullah s.a.w. Itulah yang diperjuangkan oleh Saiful Amir Abdul Wahab ( Pot Innuendo ), Abdullah Ahmad ( Lah VE ) , Zafri Nazarudin ( Zaf VE ), Azan Addin Abdul Wahab ( Azan Ruffedge ) dan Amer Munawer Yusoff ( Amer Ruffedge ). Amer yang mewakili kumpulan itu berkata, memandangkan minat mereka yang mendalam terhadap muzik sejak dulu lagi, kini mereka sepakat untuk meneruskan karier nanyian dengan lagu-lagu yang menjurus kepada ketuhanan.

“ Selama ini, kami memang berkawan antara satu sama lain, namun kali ini kami dipertemukan dan bersatu melalui sebuah kelas agama yang telah dihadiri sejak beberapa tahun yang lalu. Apabila sering bertemu di kelas agama, kami telah berbincang tentang pendekatan yang lebih sesuai dilakukan memandangkan minat terhadap muzik itu masih wujud dan akhirnya tertubuhlah sebuah kumpulan nasyid yang diberi nama al-Mawlid “ ujarnya.

Menurut Amer, ketika ini, ahli kumpulan nasyid tersebut dianggotai oleh 7 orang termasuk Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir ( Taj Innuendo ) dan Syed Mohammad Syed Abdullah ( Mode Ruffedge ), tetapi buat masa ini Cuma mereka berlima yang akan bergerak secara aktif terlebih dahulu.

Ujarnya, sejak beberapa tahun yang lalu, mereka semua mengikuti kelas agama yang dibimbing oleh Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid pada setiap hari Jumaat di Surau al-Hidayah, AU3 Keramat dan hari Ahad di Madras Annur, Pantai Dalam Kuala Lumpur. Ditanya tentang pengajian kelas agama yang diikuti mereka, Amer menjelaskan mereka mempelajari ilmu Talaqqi yang merangkumi 4 bidang ilmu iaitu Tauhid, Tasawwuf, Hadis dan Feqah.

“ Boleh dikatakan cara pembelajaran kami di situ lebih kepada cara tradisional iaitu mempelajari ilmu agama menerusi kitab dan akan dibimbing oleh seorang guru agama “ ujarnya

Mengenai nama kumpulan pula, mereka sepakat untuk dikenali dengan nama al-Mawlid yang bermakna kelahiran Rasulullah dan ia merupakan satu simbolik kepada kelahiran semula mereka dalam bidang nyanyian menerusi wadah perjuangan yang baru.

“ Pada mulanya, kami agak risau juga sekiranya apa yang kami lakukan ini tidak mendapat persetujuan daripada guru agama kami. Namun Alhamdulillah, beliau ternyata tidak menentang, malah member sepenuh sokongan kepada kami “ jawab Amer ringkas


Konklusi………….

Tuntasnya, perubahan sebahagian golongan artis ini adalah tindakan yang sangat tepat kerana setiap manusia memang memerlukan kesedaran dan kembali ke pangkal jalan. Artis merupakan salah satu ejen pencorak kepada masyarakat dan mempunyai peranan yang tersendiri dalam membangunkan sesebuah tamadun negara dan manusia. Namun begitu, jangan pula kita mengutuk dan mengeji sebahagian golongan artis yang ‘belum sedar’. Mereka tidak boleh dipersalahkan 100%. Ini kerana hidup mereka selama ini telah dibentuk oleh sistem yang diamalkan dalam negara yang tidak melihat Industri hiburan dalam konteks al-Quran dan As-Sunnah. Penulis ingin berkongsi mengenai kata-kata yang pernah diungkapkan Wardina Safiyyah iaitu :

" Tidak semestinya yang baik sebelum itu akan terus menjadi baik sekarang, dan yang pasti tidak semua yang jahat sebelum ini akan terus menjadi jahat pada masa akan datang. Pendek kata, semua orang boleh berubah "

Terus terang penulis cakap, kan cantik bile tengok artis wanita bertudung ditambah dengan perubahan artis lelaki yang menjadi pemimpin. Papepun, tahniah diucapkan kepada mereka yang sudah berubah dan semoga rakan-rakan artis yang lain akan menuruti jejak langkah mereka kelak, Allahumma Amiiin………Wallahu’allam

Monday, October 24, 2011

REMAJA MUSLIM : IYAS BIN MU’AWIYAH MEMATAHKAN HUJAH GURU YAHUDI


Pada ketika pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Iyas bin Mu’awiyah al-Muzani telah dipilih menjadi kadi iaitu hakim agung daerah Basrah. Beliau terkenal sebagai seorang hakim yang amat bijaksana.

Profile Iyas……..
Nama sebenarnya ialah Iyas bin Mu’awiyah bin Qurrah al-Muzani, lahir pada 46H di daerah Yamamah, Najd. Kemudian beliau berpindah ke Basrah bersama-sama seluruh ahli keluarganya. Di sanalah beliau membesar dan belajar. Beliau sering pergi ke Damsyik ketika masih remaja untuk menimba ilmu daripada para sahabat yang mulia dan tokoh-tokoh tabi’in yang masih hidup pada waktu itu.

Kecerdasan dan bakatnya telah terserlah sejak kecil lagi. Orang ramai sering membicarakan tentang kehebatan dirinya ketika beliau masih kanak-kanak. Telah diriwayatkan ketika kecil, beliau belajar ilmu matematik di sebuah sekolah yang diajar oleh Yahudi atau ZImmah.


Alkisah tumpasnya guru Yahudi………….
Pada suatu hari, berkumpullah teman-temannya daripada kalangan Yahudi itu, lalu mereka asyik membicarakan tentang masalah agama mereka tanpa menyedari yang Iyas juga turut sama mendengar perbualan mereka. Guru Yahudi berkata kepada anak-anak muridnya:

“ Tidakkah kalian hairan dengan orang Islam ? Mereka berkata bahawa mereka akan makan di syurga sebanyak yang dikehendaki tanpa membuang air besar “

Kata-kata gurur Yahudi itu membuatkan semua anak muridnya ketawa besar kerana guru tersebut telah memperbodohkan umat Islam. Iyas yang berada di situ berkata :

“ Bolehkah saya turut serta dalam perbincangan ini wahai guru ??? “

“ SIlakan “ jawab guru tersebut

Kemudian Iyas berkata :

“ Adakah semua makanan yang dimakan di dunia ini keluar menjadi najis dan kotoran yang keluar dari tubuh ??? “

“ Tidak “ jawab guru itu

Iyas berkata lagi :

“ Lantas kemana perginya makanan yang tidak keluar itu ??? “

Guru itu mla terjerat dengan kebodohannya sendiri. Dia menjawab :

“ Ia akan bertukar menjadi zat kepada jasmani “

Iyas terus menambah :

“ Lantas mengapa kalian mengingkari bahawa makanan itu boleh kekal dalam tubuh ? Jika makanan yang kita makan di dunia sebahagiannya diserap oleh tubuh, maka tentulah tidak mustahil di syurga seluruhnya diserap oleh tubuh untuk menjadi zat jasmani “

Merasai bahawa dia telah tewas oleh jawapan anak muridnya yang masih mentah itu, guru itu memberikan isyarat dengan tangannya sambil berkata kepada Iyas :

“ Semoga Allah mematikan kamu sebelum dewasa “


Sejak peristiwa itu, beliau menjadi semakin tersohor sehinggakan ramai yang dating menziarahi beliau dari seluruh pelsok tempat untuk menyaksikan sendiri kehebatan dan keluasan ilmu, kewarakan dan kecerdasan beliau. Sebahagiannya ingin belajar dengannya, sementara yang lainnya pula ingin menguji dan ada pula yang hendak berdebat dengannya.

Diuji dengan soalan……….
Pernah seorang bertaraf pemimpin kaum datang ke majlisnya sambil berkata :

“ Wahai Abu Wathilah ( gelaran buat Iyas ), apa pendapatmu tentang minuman yang memabukkan ??? “


Bagi orang yang soleh dan tinggi kedudukannya di sisi ALLAH, Iyas telah diberikan firasat yang benar menyebabkannya merasakan bahawa pertanyaan lelaki itu hanya bertujuan untuk menguji dan seterusnya ingin menghinanya. Lantas Iyas menjawab dengan tegas :

“ Haram !!! “

Pemimpin itu terus bertanya :

“ Dari sisi mana dikatakan haram, sedangkan ia buah dan air yang diperam. Kedua-duanya berasal daripada bahan yang halal “

Iyas menjawab :

“ Adakah engkau sudah selesai berbicara, wahai saudara atau masih ada yang hendak engkau tanyakan ??? “

Pemimpin itu menjawab :

“ Sudah, silakan menjawab “

Iyas kemudian lantas berkata :

“ Seandainya kuambil air dan kusiramkan ke mukamu, apakah engkau berasa sakit ??? “

Jawapan lelaki itu : “ Tidak “

Iyas berkata lagi : “ Jika kuambil segenggam pasir lalu ku lemparkan kepadamu, adakah engkau merasa sakit ??? “

Dia menjawab dengan penuh yakin : “ Tidak ! “

Iyas bertanya lagi :

“ Sekarang jika kuambil pasir, dicampurkan dengan sebekas air, lalu digaulkan. Adunan itu aku pukulkan kepada kepalamu, adakah engkau berasa sakit ??? “

Lelaki itu terkejut lalu berkata : “ Tentulah sakit, bahkan ia boeh membunuhku ! “

Iyas kemudian menerangkan :

“ Begitulah halnya dengan khamr iaitu arak. Apabila dikumpulkan bahagian-bahagiannya dan diolah menjadi minuman yang memabukkan dan merosakkan pemikiran waras, maka ia menjadi haram “

Subhanallah....itulah kehebatan remaja-remaji Islam.....Wallahu’allam

Saturday, September 24, 2011

SEJAUH MANAKAH PERANAN BARRACK HUSSEIN OBAMA DALAM ISU PALESTIN ???

Bismillah…….

Perlantikan Barrack Hussein Obama sebagai Presiden baru Amerika memberikan harapan kepada sesetengah orang untuk melakukan perubahan besar terhadap isu konflik Israel dan Palestin. Harapan ini mungkin berputik apabila Obama pernah berkata, isu pertama yang beliau beri perhatian sebaik mengambil alih jawatan Presiden ialah konflik Palestin-Israel. Persoalannya, mampukah beliau mengotakan janji ini sedangkan AS sendiri sedang mengalami krisis yang lebih utama iaitu krisis ekonomi ???

Tunggu dan lihat....

Ketika kempen di Persidangan Tahunan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC), Obama dan Hillary Clinton kedua-duanya terpaksa mengampu Israel habis-habisan untuk berebut jawatan jawatan sebagai calon Presiden Amerika. Musim panas yang melatari kempen itu menjadi saksi betapa mereka berdua menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Israel. Untuk apa dan Kenapa ??? Ya, sudah tentu kerana mereka hanyalah ‘boneka’ Israel semata-mata. Yahudilah sebenarnya yang memanipulasi Amerika.

Obama secara terang-terangan berjanji tidak akan bertolak ansur dalam soal keselamatan membabitkan Israel. Clinton pula berjanji bahawa hubungan baik Amerika dan Israel akan berkekalan selama-lamanya. Janji-janji inikah yang diharapkan boleh menghadapi konflik Israel-Palestin ??? Polisi hubungan luarnya sangat tidak adil dan berat sebelah. Adakah era pemerintahan Obama mampu mengubah polisi luar AS dan akan bertindak adil terhadap Palestin-Israel ???

Janji-janji palsu Obama…..


Obama pandai bermain kata-kata apabila dalam kempen pilihan raya, beliau cuba memancing dan memenangi perhatian masyarakat dengan menggunakan kedudukan beliau sebagai bekas pensyarah Undang-undang, kononnya akan mengendalikan isu Palestin-Israel dengan cara yang berbeza dengan Presiden-Presiden sebelumnya kerana beliau faham tentangnya. Beliau juga menyatakan akan memberi fokus dan prioriti dalam konflik ini dan beliau percaya kepada keadilan. Sukar diramal adakah ini suatu janji yang akan direalisasikan atau hanya gula-gula politik semata-mata. Tidak hairanlah apabila terdapat komentar bahawa beliau merupakan Presiden pertama AS daripada golongan Yahudi. Polis Domestik kerajaannya akan ditentukan oleh anggota Zionis seperti Timothy Geithner, Lawrence Summers, Paul Volker, Peter Orszg, Jason Furman dan Jamie Rubin, iaitu anak kepada pengasas Rubinomics.

Obama ternyata dibayangi mata-mata Israel dalam setiap langkah dan tindakannya. Dia tak ubah ibarat robot yang telah dikawal ataupun lembu yang telah diikat oleh tuannya. Jadi, untuk apa kita perlu menaruh harapan padanya untuk membela kepentingan Palestin ???

Namun ternyata masih ramai yang menaruh harapan tinggi untuk melihat bagaimana Obama menyelesaikan masalah Palestin, soal perundingan damai, masalah al-Quds, dan pendirian negara Palestin. Kita bimbang sikap terlalu menaruh harapan ini membuatkan orang Islam berhenti berusaha untuk melakukan perubahan daripada inisiatif mereka sendiri, bukan mengharap pada faktor luar yang masih samar.

Mampukah Obama yang diharapkan itu memihak kepada kepentingan orang yang berhak iaitu penduduk Palestin berbanding kepentingan Israel ??? Adakah Obama akan mewarisi cara Bush yang memang terang-terangan bersikap seperti anjing belaan Israel ??? Bush telah meninggalkan Peta Jalan Damai dalam isu Palestin, janji-janji untuk membela Israel dan pengakuan terhadap hak-hak pemukiman Israel di al-Quds dan Tebing Barat.


Rapatkah hubungan Obama dengan Israel ???

Awal-awal kemenangan Obama telah membuktikan yang dia sepenakut Bush terhadap Israel hingga terdesak menyatakan akan melantik Ram Emmanuel dari Israel sebagai ‘team’ di Rumah Putih. Obama menjawab pertanyaan harian Yediot Aharonot bertarikh 27 Februari 2008, bahawa dia bersetuju dengan Israel dalam hal Palestin dan Iran. Nilailah sendiri petikan sekilas wawancara tersebut :

SOALAN : Ada kekhuatiran dalam kalangan kelompok Yahudi di AS bahawa ada kecenderungan anda kepada Arab kerana latar belakang anda Islam ???

OBAMA : Hakikat harus diketahui. Saya bukan Muslim dan selamanya saya tidak akan menjadi Muslim. Saya tidak pernah belajar di madrasah Islam dan saya tidak bersumpah dengan al-Quran. Saya berpegang teguh dengan Kristian. Selama empat tahun di Indonesia ketika kecil, saya belajar di sekolah secular. Ketika saya bersumpah maka saya bersumpah dengan Perjanjian Lama (Taurat).

SOALAN : Selama beberapa tahun Israel melihat AS sebagai rakan, apakah ini akan berlanjutan jika anda menjadi Presiden AS ???

OBAMA : Jelas jawapannya ya. Saya akan memberikan komitmen yang tidak perlu diragui untuk menjaga keamanan Negara Israel dan keakraban antara AS dan Israel. Saya bersaksikan Hillary Clinton di depan AIPAC bahawa Obama adalah sahabat baik Israel.


Sokongan Padu Obama Terhadap Dasar-Dasar Israel

Sebelumnya, ketika memberikan ucapan pada hari ulang tahun Israel yang ke-60, Obama berjanji melarang Iran memiliki senjata nuclear dan menjadikan al-Quds sebagai ibukota Israel. Menurutnya, ini tidak boleh ditawar dan dirundingkan lagi. Obama menambah bahawa kesepakatan dengan rakyat Palestin harus tetap menjaga identiti Israel sebagai negara Yahudi yang memiliki perbatasan aman yang diakui, Israel harus dibela, dan al-Quds menjadi ibukota Israel dan sebagai kota bersatu. Dia menyebut keakraban AS dengan Israel tidak mungkin dipisahkan.

Obama menyokong Israel hingga menyebut pendiriannya sebagai mukjizat, sebagaimana Nicolas Sarkozi menyebut hal itu. Di Sidrot, wilayah Israel yang sering dibedil pejuang Palestin, Obama menyatakan :

“ Kalau saya menjadi Israel, saya akan hancurkan GAZA ”

Oleh sebab itu, dalam satu wawancara dengan radio Israel, Tespi Livni menyambut kemenangan Obama dengan ucapan :

“ Presiden baru AS ini, Barrack Obama setuju dengan prinsip-prinsip politik Israel ” D

ewan perwakilan AS yang dikuasai Parti Demokrat telah meluluskan resolusi untuk membenarkan Israel mempertahankan hak mereka daripada serangan pejuang Palestin di Gaza dengan majoriti besar 390 berbanding 5. Dalam menghadapi konflik Palestin-Israel, Barrack Obama meminta kepada gerakan Islam Hamas agar mengakui syarat-syarat team kuartet dan mengiktiraf Israel. Beliau jga berkata bahawa beliau memahami sikap Israel yang hanya mahu membela diri. Pernyataan-pernyatan ini sudah cukup kuat untuk membunuh segala harapan kepadanya.

Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum, dalam satu siding akhbar, ( Jumaat 23/01/2009 ), mengatakan :

“ Kebijaksanaan iyang salah inilah yang menjadi sebab utama penderitaan rakyat Palestin. Kebijaksanaan yang salah inilah yang telah mengheret kepada perang yang memusnahkan warga kami di Jalur Gaza ”

Barhum menegaskan apa yang dilakukan gerakan Hamas tidak lain tidak bukan adalah untuk membela diri dan melindungi kepentingan rakyat dan agama Islam, yang menjadi mangsa kehancuran oleh percaturan jahat Amerika dan Bush yang terkenal dengan kejahatannya di seantero dunia.


Hamas menjelaskan :

“ Yang harus dilakukan Presiden Obama adalah menunjukkan sikap-sikap positif yang mendukung keadilan isu Palestin, menghentikan kejahatan colonial Israel, mengakui hak rakyat Palestin dalam membela diri, sesuai dengan perjanjian antarabangsa, yang member hak kepada bangsa terjajah untuk membela diri dalam menghadapi keganasan apapun. Malangnya, pernyataan Obama ( menyokong dasar Israel ) telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Israel bagi melanjutkan misi pembunuhan dan blockade yang sudah dan sedang dipraktikkan terhadap anak bangsa Palestin ”

Renungkan wahai umat Islam………

So, jika tidak ada harapan untuk perubahan yang hak dan adil dalam politik AS terhadap Palestin, Iraq dan seluruh Jazirah Arab di era Presiden Obama, maka seharusnya Palestin dan Negara-negara Arab segera bersatu mengubah priority dan komitmen nasionalismenya dan bergerak member tekanan ke atas pemerintah AS yang baru ini. Apakah keganasan Zionis ini tidak cukup untuk membangunkan dunia Arab dan Islam pada hari ini ??? Sampai bila baru mereka akan bangkit dan menyedari tentang pertempuran hakiki antara Islam dan Zionisme ini ??? Kenapa mereka masih lagi tidak bersatu-padu di bawah panji Islam ??? Semoga kita memperoleh jawapannnya......Wallahu’alam………

Wednesday, June 8, 2011

ANALISIS : SEJARAH PENGGALIAN HARAM DI BAWAH KOTA BAITULMAQDIS


Usaha rejim Zionis untuk merobohkan Masjid al-Aqsa sambil mengYahudikan Baitul Maqdis adalah sangat serius. Usaha siang malam mereka amat memalukan umat Islam sedunia yang just memandang apa yang telah, sedang dan bakal berlaku terhadap kota suci itu. Pelbagai usaha telah dilakukan mereka dan proses penggalian ini terus berjalan sehingga kini. Bermula dengan merobohkan penempatan kaum Arab Muslim dan Kristian di kota tersebut, membina penempatan Yahudi dan membawa warga Yahudi dari seantero dunia untuk ‘ menjajahnya ‘, membawa tulang belulang datuk nenek mereka dari Eropah dan Amerika untuk ditanam di dalam kawasan kota Baitul Maqdis, kini mereka telah sampai ke tahap yang lebih agresif dengan membina tembok untuk memisahkan umat Islam Palestin dengan dunia luar selain penggalian secara senyap di dasar masjid tersebut.

Namun jika dilihat secara kasar pun, di antara semua usaha yang dilakukan itu, tidak syak lagi, usaha penggalian terowong di bawah Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsalah yang paling merbahaya kerana iainya bukan hanya mengancam masjid suci tersebut, malah ia sekaligus juga telah mencabar maruah & memadamkan sejarah tamadun suci umat Islam yang telah terbina sejak 1400 tahun yang lalu. Sayangnya, isu ini tidak begitu diambil berat oleh umat Islam, walaupun ia telah mula berlaku sejak tahun 1967 lagi. Umat Islam hanya menyedari proses ini apabila kerajaan regim Zionis Israel merasmikan terowong yang mereka gali sejak 1967 itu, pada 24 September 1996, sempena sambutan ulangtahun ‘ 3000 tahun bandar Daud ‘. Ini sekaligus membuktikan pemilikan mereka terhadap kota berkenaan. Sayangnya, ketika majlis itu berlangsung, proses penggalian telahpun menjangkau sepanjang 488 meter dengan ketinggian melebihi 13 meter selain 20 meter di sesetengah tempat. Oleh itu, penulis ingin mengajak pembaca yang budiman sekalian supaya kita sama-sama menyelusuri kembali proses bermulanya penggalian HARAM ini.......


FASA-FASA PEMBINAAN

Usaha jahat Zionis ini sebenarnya telah bermula sejak tahun 1967 lagi, ketika mereka mula-mula menawan kota al-Quds dan al-Aqsa dari umat Islam. Bermula dari tarikh tersebut, mereka telah memulakan penggalian di bawah Masjid al-Aqsa dengan alasan untuk mencari kuil lama ( Haikal Sulaiman ) yang didakwa mereka telah tertimbus di bawah bangunan Masjid al-Aqsa. Selepas itu, pelbagai lagi usaha rakus dilakukan mereka seperti membakar, pengeboman, merempuh masuk, menyembelih umat Islam yang bersolat di masjid berkenaan & yang terakhir ialah ugutan golongan fundamentalis Yahudi untuk merobohkan al-Aqsa sebanyak lebih 6 kali pada tahun 2005. Namun usaha penggalian dilihat masih bergiat aktif dan berterusan sehingga saat ini. Ayuh kita kupas satu persatu fasa-fasa pembinaan ini....

- Fasa Pertama ( penghujung 1967 – 1968 )

Terowong sepanjang 70 meter di bawah tembok sebelah barat bangunan al-Haram al-Sharif ( Masjid al-Aqsa ), di sebelah belakang kawasan solat muslimah dan di bawah muzium Islam sehingga ke kubah al-Fakhriah

- Fasa ke-2 ( 1969 )

Terowong sepanjang 80 meter pula digali bermula daripada terowong yang telah digali sewaktu fasa pertama. Terowong ini digali sehingga mencecah pintu ‘ Magharibah ‘, juga disebelah barat bangunan al-Haram al-Sharif. Ianya berada di bawah bangunan-bangunan milik Zawiyyah Fakhriah ataupun lebih dikenali sebagai Institusi al-Shafie.

- Fasa ke-3 ( bermula 1970, tergendala seketika sehingga 1974, disambuang kembali pada 1975 sehingga kini )

Ketika ini, dibina pula sejauh 180 meter di bawah Mahkamah Syariah, bersebelahan dengan bangunan al-Haram al-Sharif, yang merupakan bangunan tertua dalam kota Baitul Maqdis. Terowong yang digali ini berada di bawah 5 pintu pagar utama Majid al-Aqsa dan beberapa bangunan bersejarah serta 4 buah masjid, kubah-kubah Qayt Bay, pasar al-Qatanin, beberapa buah sekolah dan juga kawasan-kawasan perumahan di sekitar Masjid al-Aqsa. Dianggarkan 3 ribu orang Arab Muslim yang menetap di perumahan tersebut.


- Fasa ke-4 & ke-5 ( dari tahun 1973 – 1974 di 4 tempat berlainan )

Tempat pertama : di bawah mihrab Masjid al-Aqsa dengan kadar ketinggian 20 meter
Tempat ke-2 : di kawasan tenggara Masjid al-Aqsa yang utama
Tempat -3 : di kawasan sebelah barat Masjid utama
Tempat ke-4 : di sekitar keempat-empat pintu masuk utama ke Masjid utama

Di ketiga-tiga tempat tersebut, ketinggian terowong yang digali itu telah menjangkau 13 meter ke bawah. Penggalian ini telah menyebabkan keretakan yang nyata di dalam kawasan masjid utama (Masjid Umar & Masjid al-Aqsa). Sebarang gegaran yang kuat sedah cukup untuk meretakkan masjid tersebut sekaligus mampu merobohkannya pada bila-bila masa.

- Fasa ke-6 ( dari tahun 1975 sehingga kini )

Terowongnya bermula dari tembok sebelah timur, di antara tembok Mariam dan juga kawasan timur laut tembok kota Baitul Maqdis. Penggalian terowong ini menjejaskan kawasan perkuburan yang terdapat di atas terowong tersebut ( bersebelahan al-Aqsa ).

- Fasa ke-7 ( dari 1975 sehingga kini )

Ianya bertujuan untuk meluaskan medan al-Buraq ( ataupun dipanggil KOTEL oleh Yahudi yang bermaksud tembok ratapan ). Pembinaan medan tersebut sahaja telah memusnahkan beberapa bengunan milik umat Islam, seperti perpustakaan al-Khalidiya (perpustakaan tertua di Baitul Maqdis), Mahkamah Syariah, dan juga 35 buah bangunan penempatan yang menempatkan seramai 250 orang Arab Muslim. Terowong yang dibina ini juga adalah sebagai simbol kesinambungan daripada medan al-Buraq tersebut dan menjadi sebahagian daripada kawasan suci bagi penganut agama Yahudi yang pro-Zionis.

- Fasa ke-8 ( dari tahun 1976 hingga kini )

Fasa ini bertujuan untuk mencari kubur-kubur lama milik raja-raja Yahudi yang mereka dakwa ditanam di bawah kota lama Baitul Maqdis mengelilingi kawasan sebelah barat Masjid al-Aqsa. Moto utama penggalian ini ialah ‘ Discover the Graves of the King of Israel in David’s City ‘. Penggalian ini juga telah menyebabkan keretakan di beberapa bahagian barat bangunan Masjid utama ( al-Aqsa )


FASA PEMBINAAN KINI

Sehingga kini, pihak rejim Zionis still meneruskan usaha penggalian terowong di dasar al-Aqsa. Panjang terowong pertama, hasil daripada kerja-kerja 8 fasa tersebut, telah menjangkau 500 meter dari tembok al-Buraq ( KOTEL bagi agama yahudi ) sehinggalah ke kawasan sebelah timut baitul Maqdis. Terowong ke-2 pula yang bermula dari pintu al-Ghawanim di dalam bangunan masjid telah menjangkau sehingga kawasan perumahan Arab Kristian di dalam kota lama. Terowong ke-3 pula bermula dari pintu Magharibah sehingga ke pintu al-Amud. Terowong-terowong ini pada asalnya hanyalah sebagai kawasan laluan air yang telah dibina sejak zaman-berzaman untuk mengalirkan air hujan yang turun sewaktu musim sejuk. Malangnya, apabila pihak rejim Zionis berkuasa penuh ke atas Baitul Maqdis, mereka mendakwa ianya adalah sebahagian daripada bangunan lama kuil Sulayman mereka. Terowong yang telah dibuka secara rasmi oleh kerajaan rejim pada 24 September 1996 sebenarnya hanyalah penemuan 3 saluran air bawah tanah yang wujud sejak pemerintahan Islam lagi, dan berakhir di pintu Alwad berdekatan dengan kubah batu ( Qubah al-Sakhra ). Usaha rejim Zionis hanyalah membesarkan terowong tersebut sehingga boleh dilalui oleh para pengunjung, dan kemudiannya mendakwa bahawa itu adalah sebahagian kuil Sulayman mereka, seterusnya menjadikan kawasan tersebut sebagai kubu suci mereka.

PENDEDAHAN SYEIIKH RAED SOLAH

Usaha jahat rejim Zionis ini telah didedahkan oleh Syeikh Raed Solah, iaitu datuk bandar Umm al-Fahm merangkap ketua Harakah Islamiyyah ( gerakan Islam ) di Palestin. Menurut Syeikh Raed Solah :

“ rancangan jahat Zionis yakni menggali terowong-terowong yang wujud adalah sebahagian rancangan mereka untuk membina kembali Haikal Sulaiman yang mereka dakwa. Selain itu, mereka juga merancang untuk menukarkan Masjid Marwani ( tingkat bawah Masjid al-Aqsa yang dibina sejak zaman Marwan al-Hakkam, iaitu saah seorang pemimpin Bani Umayyah ), kepada Kuil Sulayman mereka di bawah tanah. Mereka juga bercadang untuk menghubungkan antara Masjid Marwani dengan tembok al-Buraq menerusi sebuah terowong yang akan merentasi Masjid al-Aqsa “


Syeikh Raed Solah juga telah mendedahkan satu dokumentari yang pernah ditayangkan oleh salah sebuah saluran televisyen Zionis mengenai keruntuhan al-Aqsa yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat.

Menurut Syeikh Raed lagi, tujuan utama penggalian terowong ini adalah untuk merobohkan al-Aqsa secara semulajadi, kerana sebarang gegaran sama ada berpunca daripada gempa bumi atau letupan yang kuat, sudah cukup untuk merobohkan Masjid al-Aqsa. Jika al-Aqsa runtuh dengan cara sedemikian, pihak rejim Zionis bolehlah berlepas tangan & tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dengan alasan al-Aqsa runtuh dengan sendiri, selain membina dengan segera kuil Sulayman yyang diidam-idamkan mereka selama ini. Di bawah ini merupakan lakaran Kuil Sulayman yang ingin dibina Zionis


Pendek kata

Secara tuntasnya, pembinaan terowong haram ini dilihat telah sampai ke tahap paling maksimum. Sedarlah kita yang al-Aqsa sekarang memang dalam keadaan ‘ sangat kritikal & tenat ‘....namun, apakah tindakan kita ????? Smoga dengan artikel ini, kita semua kembali sedar akan bahaya yang menanti qiblat pertama Muslim ni.........Wallahu’allam

Monday, May 30, 2011

CETUSAN : SIAPAKAH PEMBINA SEBENAR AL-AQSA ???


Regim Zionis telah sampai ke kemuncak usaha mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa. Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid ke-3 suci umat Islam dan juga tempat berlakunya Isra’ & Mi’raj Rasulullah s.a.w kini berada di ambang bahaya. Bila-bila masa je, bila-bila saat je, bila-bila waktu je kaum Zionis akan merobohkan Masjidil Aqsa dan membina kuil ( Haikal Sulaiman ) mereka di atas runtuhan tersebut. sayangnya majoriti umat Islam masih kurang memberikan perhatian tentang bahaya yang menanti al-Aqsa.

Artikel ini ditaip sebagai meniti usaha hebat yang dilakukan oleh “ Syeikh al-Aqsa “, Raed Solah, pemimpin Gerakan Islam di Bumi Palestin 1948 untuk menyedarkan umat Islam tentang bahaya-bahaya yang menanti al-Aqsa. Kempen “ al-Aqsa fi khatar “ yang dilancarkan oleh beliau telah dapat menyedarkan sebilangan daripada umat Islam tentang bencana yang bakal menimpa al-Aqsa dari ancaman Zionis. Sayangnya di Malaysia ini kempen ini tidak begitu dirasakan, mungkin kerana umat Islam di Malaysia terlalu sibuk mengirim SMS untuk AF, Mentor atau juga sibuk menjadi pengadil untuk Malaysian Idol selain menjadi penonton setia Juara Lagu dan Konsert Jom Heboh yang tumbuh mekar bagai cendawan di saluran-saluran TV di Malaysia. So, semoga dengan artikel ini, semua mendapat manfaatnya…..

Siapakah pembina yang telah membina Masjid al-Aqsa ???

Satu persoalan yang cukup menarik untuk dibongkar. Bagi kaum Yahudi, mereka beriman bahawa Daud a.s pernah bercita-cita untuk membina Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai Haikal Sulaiman atau kuil ( dalam bahasa Hebrew yakni Ibrani dipanggil sebagai HaMikdash ), tetapi telah dihalang oleh Tuhan Yahweh. Tuhan Yahweh mengkehendaki Sulaiman a.s untuk mendapatkan kemuliaan tersebut, maka menurut tanggapan mereka, Sulaimanlah Pembina Haikal atau Kuil tersebut. Ini dapat kita lihat di dalam Old Testament yang sama diimani oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian di dalam buku Kings (1) 6 : 14 yang berbunyi :

“ So Solomon ( Sulaiman ) built the temple and complete it “

Inilah juga pegangan yang diimani oleh penganut agama Kristian yang turut berpegang kepada Old Testament ( Kitab Perjanjian Lama ) atau Torah ( Taurat ) menurut bangsa Yahudi. Namun, bagaimanakah pula pendirian kita sebagai Muslim ???

Ya, memang ada diceritakan dalam al-Quran tentang pembinaan bangunan yang kemudiannya diambil menjadi Masjid al-Aqsa oleh Sulayman ( Nabi Sulaiman ) dengan menggunakan tenaga para jin. Persoalannya adakah itu menunjukkan Islam juga mengiktiraf sejarah yang diriwayatkan di dalam Old Testament itu ???

Jawapannya….NOP !!!

Sulayman ( Nabi Sulaiman ) a.s hanyalah membina semula bangunan masjid al-Aqsa tersebut setelah bangunan asalnya telah roboh sama ada kerana berlakunya bencana alam yang menimpa kawasan tersebut. Sebagai umat Islam, sudah tentulah al-Quran dan Hadis sahih sahaja yang menjadi rujukan dalam menjawab persoalan ‘ ghaibiyat ‘ seperti ini…


DALIL-DALIL BERKAITAN

Berikut adalah dalil-dalil yang menceritakan tentang siapakah yang membina Masjid al-Aqsa dan bilakah ianya dibina :

Hadis Imam Bukhari :

حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة

Maksud : Hadis Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Dzar telah meriwayatkan, saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w :

“ Apakah masjid pertama yang dibina di atas muka bumi ini ??? “
Rasulullah s.a.w menjawab :

“ Masjid al-Haram “
Saya bertanya lagi :

“ Kemudiannya ??? “
Balas Rasulullah s.a.w :

“ Masjidil Aqsa “
Saya bertanya lagi :

“ Berapakah jarak antara keduanya ( tempoh binaan kedua-dua masjid ini ) ??? “
Balas Rasulullah s.a.w :

“ 40 tahun, dimana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah, disana ada kelebihan ( untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut ) “
Jelas dalam hadis tersebut, ianya menunjukkan bahawa masjid yang pertama dibina ialah Masjid al-Haram di Makkah dan kemudiannya dibina pula Masjid al-Aqsa, yakni selepas 40 tahun terbinanya Masjid al-Haram.

Berdasarkan hadis di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulama’ berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Menurut fahaman majoriti umat Islam, Nabi Ibrahimlah yang telah membina Masjid al-Haram berdasarkan ayat 128 dalam surah al-Baqarah yang bermaksud :

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ

Maksud : Dan ketika Ibrahim mengangkat dasar al-bait ( al-Haram atau Ka’bah ) dan Ismail

Jumhur ulama’, walau bagaimanapun menyatakan ayat di atas hanyalah menunjukkan yang Nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Masjid al-Aqsa pula menurut fahaman majoriti masyarakat, ianya dibina oleh Sulaiman. Persoalannya, jarak antara Ibrahim a.s dengan Nabi Sulaiman a.s adalah lebih kurang 750 tahun, dan bukannya 40 tahun seperti yang telah disebutkan dalam hadis Abu Dzar tadi. Maka…….


SIAPAKAH PEMBINA SEBENAR AL-AQSA ???

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam.

Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor bencana alam yang lain.

Jika dilihat kepada hadis Abu Dzar di atas, ternyata Masjid al-Aqsa telah dibina 40 tahun selepas Masjidil haram. Berhubung dengan kekhilafan ini, Ibnu Hajar telah membawakan beberapa andaian, tetapi akhirnya beliau telah memilih pendapat Ibnu Hisyam di dalam kitabnya al-Tijaan, termasuk memilih pendapat ulama-ulama lain seperti al-baihaqi, Abdul Razzaq, dan Wahab ibn Munaibih yang sepakat mengatakan bahawa Nabi Adamlah yang terlebih dahulu membina Masjid al-Aqsa kerana tempoh waktu 40 tahun pembinaan al-Aqsa selepas terbinanya Masjid al-Haram adalah lebih dekat dengan Nabi Adam a.s berbanding nabi-nabi yang lain.


TUNTASNYA………

Konklusinya, Masjid al-Aqsa telah dibina oleh Nabi Adam a.s ataupun anak-anaknya, yakni beribu tahun sebelum Nabi Sulaiman membinanya kembali buat kali ke-2.
Kebanyakan hujah-hujah mereka yang mengatakan bahawa Nabi Sulaiman adalah pembina asal Masjid al-Aqsa adalah tidak kuat dan tidak bersandarkan dalil-dalil yang sahih. Manakala dalil-dalil yang mengatakan bahawa Nabi Daud yang membinanya pula adalah hadis-hadis yang lemah selain diperoleh daripada sumber Israeliyyat ( ahli kitab ).

Satu-satunya hadis yang sahih dan kuat adalah seperti yang dikemukakan oleh penulis seperti diatas ( Hadis Abu Dzar ) yang diriwayatkan Imam Bukhari. So, benarlah….pembina sebenar al-Aqsa adalah Nabi Adam a.s…

Wallahu’allam...........