Monday, May 30, 2011
CETUSAN : SIAPAKAH PEMBINA SEBENAR AL-AQSA ???
Regim Zionis telah sampai ke kemuncak usaha mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa. Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid ke-3 suci umat Islam dan juga tempat berlakunya Isra’ & Mi’raj Rasulullah s.a.w kini berada di ambang bahaya. Bila-bila masa je, bila-bila saat je, bila-bila waktu je kaum Zionis akan merobohkan Masjidil Aqsa dan membina kuil ( Haikal Sulaiman ) mereka di atas runtuhan tersebut. sayangnya majoriti umat Islam masih kurang memberikan perhatian tentang bahaya yang menanti al-Aqsa.
Artikel ini ditaip sebagai meniti usaha hebat yang dilakukan oleh “ Syeikh al-Aqsa “, Raed Solah, pemimpin Gerakan Islam di Bumi Palestin 1948 untuk menyedarkan umat Islam tentang bahaya-bahaya yang menanti al-Aqsa. Kempen “ al-Aqsa fi khatar “ yang dilancarkan oleh beliau telah dapat menyedarkan sebilangan daripada umat Islam tentang bencana yang bakal menimpa al-Aqsa dari ancaman Zionis. Sayangnya di Malaysia ini kempen ini tidak begitu dirasakan, mungkin kerana umat Islam di Malaysia terlalu sibuk mengirim SMS untuk AF, Mentor atau juga sibuk menjadi pengadil untuk Malaysian Idol selain menjadi penonton setia Juara Lagu dan Konsert Jom Heboh yang tumbuh mekar bagai cendawan di saluran-saluran TV di Malaysia. So, semoga dengan artikel ini, semua mendapat manfaatnya…..
Siapakah pembina yang telah membina Masjid al-Aqsa ???
Satu persoalan yang cukup menarik untuk dibongkar. Bagi kaum Yahudi, mereka beriman bahawa Daud a.s pernah bercita-cita untuk membina Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai Haikal Sulaiman atau kuil ( dalam bahasa Hebrew yakni Ibrani dipanggil sebagai HaMikdash ), tetapi telah dihalang oleh Tuhan Yahweh. Tuhan Yahweh mengkehendaki Sulaiman a.s untuk mendapatkan kemuliaan tersebut, maka menurut tanggapan mereka, Sulaimanlah Pembina Haikal atau Kuil tersebut. Ini dapat kita lihat di dalam Old Testament yang sama diimani oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian di dalam buku Kings (1) 6 : 14 yang berbunyi :
“ So Solomon ( Sulaiman ) built the temple and complete it “
Inilah juga pegangan yang diimani oleh penganut agama Kristian yang turut berpegang kepada Old Testament ( Kitab Perjanjian Lama ) atau Torah ( Taurat ) menurut bangsa Yahudi. Namun, bagaimanakah pula pendirian kita sebagai Muslim ???
Ya, memang ada diceritakan dalam al-Quran tentang pembinaan bangunan yang kemudiannya diambil menjadi Masjid al-Aqsa oleh Sulayman ( Nabi Sulaiman ) dengan menggunakan tenaga para jin. Persoalannya adakah itu menunjukkan Islam juga mengiktiraf sejarah yang diriwayatkan di dalam Old Testament itu ???
Jawapannya….NOP !!!
Sulayman ( Nabi Sulaiman ) a.s hanyalah membina semula bangunan masjid al-Aqsa tersebut setelah bangunan asalnya telah roboh sama ada kerana berlakunya bencana alam yang menimpa kawasan tersebut. Sebagai umat Islam, sudah tentulah al-Quran dan Hadis sahih sahaja yang menjadi rujukan dalam menjawab persoalan ‘ ghaibiyat ‘ seperti ini…
DALIL-DALIL BERKAITAN
Berikut adalah dalil-dalil yang menceritakan tentang siapakah yang membina Masjid al-Aqsa dan bilakah ianya dibina :
Hadis Imam Bukhari :
حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة
Maksud : Hadis Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Dzar telah meriwayatkan, saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
“ Apakah masjid pertama yang dibina di atas muka bumi ini ??? “
Rasulullah s.a.w menjawab :
“ Masjid al-Haram “
Saya bertanya lagi :
“ Kemudiannya ??? “
Balas Rasulullah s.a.w :
“ Masjidil Aqsa “
Saya bertanya lagi :
“ Berapakah jarak antara keduanya ( tempoh binaan kedua-dua masjid ini ) ??? “
Balas Rasulullah s.a.w :
“ 40 tahun, dimana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah, disana ada kelebihan ( untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut ) “
Jelas dalam hadis tersebut, ianya menunjukkan bahawa masjid yang pertama dibina ialah Masjid al-Haram di Makkah dan kemudiannya dibina pula Masjid al-Aqsa, yakni selepas 40 tahun terbinanya Masjid al-Haram.
Berdasarkan hadis di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulama’ berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.
Menurut fahaman majoriti umat Islam, Nabi Ibrahimlah yang telah membina Masjid al-Haram berdasarkan ayat 128 dalam surah al-Baqarah yang bermaksud :
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ
Maksud : Dan ketika Ibrahim mengangkat dasar al-bait ( al-Haram atau Ka’bah ) dan Ismail
Jumhur ulama’, walau bagaimanapun menyatakan ayat di atas hanyalah menunjukkan yang Nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.
Masjid al-Aqsa pula menurut fahaman majoriti masyarakat, ianya dibina oleh Sulaiman. Persoalannya, jarak antara Ibrahim a.s dengan Nabi Sulaiman a.s adalah lebih kurang 750 tahun, dan bukannya 40 tahun seperti yang telah disebutkan dalam hadis Abu Dzar tadi. Maka…….
SIAPAKAH PEMBINA SEBENAR AL-AQSA ???
Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam.
Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor bencana alam yang lain.
Jika dilihat kepada hadis Abu Dzar di atas, ternyata Masjid al-Aqsa telah dibina 40 tahun selepas Masjidil haram. Berhubung dengan kekhilafan ini, Ibnu Hajar telah membawakan beberapa andaian, tetapi akhirnya beliau telah memilih pendapat Ibnu Hisyam di dalam kitabnya al-Tijaan, termasuk memilih pendapat ulama-ulama lain seperti al-baihaqi, Abdul Razzaq, dan Wahab ibn Munaibih yang sepakat mengatakan bahawa Nabi Adamlah yang terlebih dahulu membina Masjid al-Aqsa kerana tempoh waktu 40 tahun pembinaan al-Aqsa selepas terbinanya Masjid al-Haram adalah lebih dekat dengan Nabi Adam a.s berbanding nabi-nabi yang lain.
TUNTASNYA………
Konklusinya, Masjid al-Aqsa telah dibina oleh Nabi Adam a.s ataupun anak-anaknya, yakni beribu tahun sebelum Nabi Sulaiman membinanya kembali buat kali ke-2.
Kebanyakan hujah-hujah mereka yang mengatakan bahawa Nabi Sulaiman adalah pembina asal Masjid al-Aqsa adalah tidak kuat dan tidak bersandarkan dalil-dalil yang sahih. Manakala dalil-dalil yang mengatakan bahawa Nabi Daud yang membinanya pula adalah hadis-hadis yang lemah selain diperoleh daripada sumber Israeliyyat ( ahli kitab ).
Satu-satunya hadis yang sahih dan kuat adalah seperti yang dikemukakan oleh penulis seperti diatas ( Hadis Abu Dzar ) yang diriwayatkan Imam Bukhari. So, benarlah….pembina sebenar al-Aqsa adalah Nabi Adam a.s…
Wallahu’allam...........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
buang la widget budak tersengih ni.
ReplyDeletecam mengganggu