Saturday, May 14, 2011
MENYELAMI 63 TAHUN “ NAKBAH PALESTIN “
Ahad ini, 15 Mei 2011, genaplah 63 tahun peristiwa nakbah yang melanda umat Islam Palestin. Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat organisasi-organisasi yang prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu. So, penulis ingin membawa pembaca sekalian untuk sama-sama kita membongkar kembali peristiwa ‘ Nakbah ‘ ini yang merangkumi:
- Bila & dari mana rancangan ini bermula
- Punca berjayanya rancangan ini
- Kesan penubuhan Negara Haram Israel & pelbagai lagi perbincangan yang menarik…..
PENCETUS RANCANGAN PENUBUHAN NEGARA HARAM YAHUDI
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan berbangsa Hungary, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29 Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.
PEMANGKIN KEJAYAAN MENGUASAI PALESTIN
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 apabila kerajaan British ini telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan ketenteraan di Palestin oleh tentera British.
Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
PERANAN PBB DALAM MEMANIPULASI PALESTIN
Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa oleh British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agenda mereka. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidakadilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan “ Ketetapan 181 ” pada 29 November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya pula yang hanya 1/3 keluasan tanah diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.
Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.
KELEMAHAN LIGA ARAB SEBAGAI PUNCA ???
Tahukah kita yang rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab ketika itu pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara
Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.
Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang sebelum itu digembar-gemburkan hanyalah merupakan ‘ tragedi ‘ apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam kepimpinan tentera Liga Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % ke atas bumi Palestin, Yahudi Zionis dengan beraninya telah mengumumkan kewujudan Negara Haram Israel pada petang 14 Mei 1948. Setelah itu, British mengundurkan tentera dan pemerintahannya dari Palestin apabila Negara Haram Israel yang merdeka telah diistiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.
TERTUBUHNYA NEGARA HARAM ISRAEL ADALAH MALAPETAKA ( NAKBAH ) KEPADA PALESTIN & UMAT ISLAM
SEUSAI pengambilalihan secara haram oleh Yahudi, kesan langsung dari nakbah ( malapetaka ) ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah melancarkan pembersihan etnik ( etnic cleansing ) dengan bertindak mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan sekurang-kurangnya 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Yahudi mencabul Masjidil Aqsa, meletupkan pejuang-pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata. Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam, Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain-lain telah menemui syahid dihujung senjata Yahudi Laknatullah. Para mujahid dan pemuda-pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya di dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap. Mereka diperlakukan umpama binatang, bahkan binatang mybe lebih berhati perut berbanding mereka ( Yahudi ).
Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak secara membabi buta. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya. Allahu akbar !!!
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan :
“Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu“
Apabila pemimpin Yahudi disoal mengenai tindakan kejam itu, hujah mereka ialah :
“Yahudi ingin menjadikan Holocaust ( peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh tentera Nazi Jerman ) sebagai alasan untuk menghalalkan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin”
Serentak dengan itu, rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi di Tebing Barat yang menyekat fitrah kehidupan bersosial rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Mereka sengaja melupai sejarah bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah terancang yang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya dikembalikan hak lebih 4.4 juta pelarian Palestin iaitu dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
Enam Dekad Nakbah
Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :
1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin…lihat peta di bawah
Warna hijau di kiri sekali menggambarkan tanah milik Palestin ketika tahun 1946 diikuti perampasan secara haram oleh Israel pada gambar kanan sekali iaitu pada tahun 2000...cube kite fikirkan...dah berapa banyak tanah Palestin yang telah dirampas ???
2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis ( pelampau ) Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rancangan mereka untuk Mengyahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi ( Haikal Sulaiman ) di atas tapak masjid Aqsa sekarang.
3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.
4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.
8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.
Cukuplah penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja !!!
PERANAN KITA ???
Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sendiri.
Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke-3 yang juga merupakan bumi para anbia. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Umat Islam di seantero dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara-negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.
SENARIO DI MALAYSIA
Terus terang penulis katakan, kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik.
Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa. Sebabnya, negara kita merupakan antara yang berpengaruh dalam pertubuhan Negara Islam OIC, tapi apa yang telah dilakukan Negara kita & pertubuhan itu untuk membantu Negara Islam ??? Jawapannya……kosong…….
Umat Islam di seantero dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, politik, geografi, bahasa dan bangsa wajib diketepikan bagi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.
Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitulmaqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari oleh tangan-tangan kufur berkurun lamanya. Kini, Baitulmaqdis kembali ke tangan kufur, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam ??? Adakah akan muncul Salahuddin al-Ayyubi ke-2 ???.....Same-same kite fikir sejanak….
Wallahu’allam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment