Pages

Wednesday, May 25, 2011

MUNAKAHAT : DASAR PEMILIHAN SUAMI & ISTERI


Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang hak mengikut lunas-lunas peraturan tertentu.

Sebab itulah ALLAH menjadikan makhluk-mahkluk-Nya khusunya manusia dengan fitrah suka kepada ketenangan yakni sakinah dengan kehidupan beristeri dan seterusnya berkeluarga. Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.

Tuntutan perkahwinan bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu mengikut batas-batas yang ditetapkan syarak semata-mata, malah untuk mendamaikan kerungsingan yang melanda hati sanubari manusia. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah kepada ALLAH pada separuh yang belum disempurnakan lagi “

Macamana nak cari calon SUAMI ???

Lelaki memainkan peranan yang cukup penting sebagai ketua keluarga bagi membimbing isteri dan anak-anak. So wanita sekalian, perhatikan tips bagi memilih calon lelaki yang berkenan antaranya :

- KUAT AGAMA DAN BERAKHLAK MULIA
Lelaki soleh ialah bakal ketua keluarga yang mampu mentadbir isteri, anak-anak dan rumah tangga dengan baik dan bertanggungjawab. Itulah asas penerimaan seorang lelaki sebagai menantu oleh keluarga pihak wanita.
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Apabila datang kepadamu seorang ( lelaki ) yang kamu redai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi “

- BUKAN KELUARGA TERDEKAT
Tidak digalakkan bakal si suami itu terdiri daripada kalangan keluarga terdekat kerana dibimbangi berkurangnya keinginan syahwat dan kemesraan.

- BEBAS DARIPADA PENYAKIT BERAT
Seorang lelaki mestilah bebas daripada penyakit-penyakit yang menghalangnya daripada berkahwin seperti gila, kusta, lemah syahwat dan yang sewaktu dengannya.


Macamana nak cari calon ISTERI ???

Peranan isteri sangat penting kerana padanya terletak segala urusan rumah tangga yang diamanahkan. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan yang sewaktu dengannya. Oleh itu terdapat beberapa point dalam memilih isteri mengikut syarak antaranya :

- Perempuan Yang Taat Beragama
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara : kerana hartanya, dan kerana keturunannya, dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, kelak kamu akan beruntung “
( Riwayat Bukhari & Muslim )


Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah s.a.w menekankan agar lelaki mencari isteri berdasarkan 4 perkara, namun faktor agama lebih diberikan penekanan supaya memperoleh keuntungan di dunia dan akhirat. Persoalannya, bagaimanakah yang dikatakan wanita yang BERAGAMA ???

Kita sebagai kaum Adam hendaklah faham konsep wanita beragama dengan sebenar-benarnya. Memetik buku ‘ Bimbingan Mu’min ‘ karangan Imam Ghazali yang diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait :

“ Hendaklah si isteri itu seorang yang solehah dan berpegang teguh dengan agamanya “

Ya, inilah sebenarnya yang dimaksudkan dengan wanita beragama, iaitu wanita yang solehah dan berpegang teguh dengan agamanya. Beragama itu tidak semestinya seseorang wanita itu ‘ hanya ‘ menuntut di Institusi Islamik atau dipamerkan agama Islamnya di ‘ MyCard ‘ atau belajar ilmu Islam semata-mata, tetapi yang dimaksudkan beragama itu ialah beramal dengan ilmu islamnya secara istiqamah.


Penulis harap kaum Adam yang sudah mula mencari pasangan diluar sana, agar tidak hanya fokus kepada luaran seseorang wanita itu. Misalnya, hanya melihat kepada tudung labuh yang dipakai wanita, ataupun status pendidikan agama mereka. Tetapi cubalah melihat kepada kecantikan dalaman ( hati & akhlak ) wanita itu disamping kemampuan wanita itu berpegang kepada Islam secara istiqamah.

Sebab itulah Islam sangat menekankan aspek wanita ‘beragama’. Ini bermakna wanita beragama itu bukannya wanita yang hanya mempunyai status agama atau belajar jurusan agama sahaja. Jika seseorang wanita itu menuntut di jurusan medik atau arkitek misalnya, tetapi dia mampu menjaga batas pergaulan sosialnya, menjaga akhlak dan adab setiap masa dengan lelaki ajnabi dan berusaha mempelajari Islam melalui pembacaan atau kuliah ustaz-ustaz di masjid, maka wanita inilah yang dikatakan beragama, kerana kemampuannya mengamalkan ilmu Islamnya dan berpegang teguh dengannya. Bukan hanya menuntut di jurusan agama, tetapi tidak langsung menjaga batas pergaulan sosial, tergedik-gedik di hadapan lelaki ajnabi, keluar ‘dating’ dengan pasangan couple sambil menaiki motosikal dan kereta tanpa ditemani mahram wanita tersebut !!!


KENAPA WANITA BERAGAMA ???

Baik, dalam menjawab persoalan ini, kita hendaklah memahami kenapa Islam sangat menekankan soal agama dalam pemilihan calon isteri. Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud :

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Sekiranya seseorang isteri itu lemah pegangan agamanya, bagaimana mungkin dia dapat memelihara diri dan maruah dirinya. Misalnya, jika berlaku sesuatu insiden yang menyentuh kehormatan dirinya, tentulah muka si suami yang akan terconteng arang sambil dirinya pula akan dihiasi dengan perasaan cemburu tak bertempat. Maka akan berlakulah pertelingkahan yang memungkinkan rosaknya Istitusi Kekeluargaan !!!

Selain itu, kelemahan agama seseorang wanita itu juga akan memungkinkan wanita tersebut mempermainkan harta si suami. Misalnya, wanita itu mengahwini si suami mungkin kerana kekayaan harta si suami bukannya dinikahi kerana ALLAH dan ingin mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.

ADAKAH SEMUA WANITA YANG MENUNTUT DI INSTITUSI ISLAM ITU .........???

Terus terang, penulis melihat ramai dalam kalangan masyarakat sekarang seolah-olah sudah keliru dengan maksud wanita ‘ beragama ‘ seperti yang dimaksudkan dalam Islam. Sebenarnya, ungkapan beragama itu tidak bermaksud hanya wanita yang memiliki status agama ( Islam ), belajar di Institusi agama Islam dan yang sewaktu dengannya. Tetapi yang dimaksudkan beragama itu ialah wanita yang mempelajari Islam dan beramal dengan amalan syariat Islam secara istiqamah.


Penulis sering bertanya kepada sahabat-sahabat tentang persoalan wanita beragama ini. Majoriti daripada mereka menjawab, wanita beragama ini ialah wanita yang belajar di sekolah agama, bertudung labuh atau yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi berunsur Islamik.

Ya, betul. Penulis tidak berniat nak menafikan kata-kata mereka. Memang jawapan mereka itu ada kebenarannya. Cuma bagi penulis, jika seseorang wanita itu hanya menuntut atau belajar di sesuatu Istitusi yang berunsur Islamik, tambahan mereka menuntut dalam bidang Islamik pula seperti Syariah, Usuluddin, Tahfiz dan yang sama waktu dengannya, itu bukanlah jaminan wanita itu boleh dikatakan wanita beragama yang dikehendaki dalam Islam. Wanita harus faham, mempelajari ilmu Islam itu adalah wajib dan ia hanya merupakan ‘ langkah ‘ bagi wanita itu untuk menjadi wanita beragama, bukannya sebagai jaminan untuk ‘ dicop ‘ sebagai wanita yang beragama.
Baik, mungkin ada pembaca yang rasa marah kenyataan ini, tapi inilah realiti yang mesti difahami dengan sebaik-baiknya.

Sebabnya mudah, kalau wanita beragama yang dimaksudkan ialah semua wanita yang menuntut di Institusi islamik ( Kolej Islam or Universiti Islam ) atau yang menuntut jurusan agama sahaja, maka bagaimanakah pula nasib wanita yang mengambil jurusan lain ??? Adakah mereka tidak dikatakan beragama ???
Inilah kekeliruan yang wujud sebenarnya.


Penulis rasa, umum juga pasti pernah mendengar berita atau cerita mengenai beberapa wanita non-Muslim yang mempelajari subjek Islam di sekolah menengah dan tak lupa juga ada yang mengambil jurusan Islam seperti Syariah dan Usuluddin secara diam-diam di Istitusi Pengajian Tinggi, dan mereka ini kebanyakannya adalah perintis ( budak baru ) kepada pendakyah Kristian yang mempelajari Islam untuk mengetahui selok-belok agama ini sebagai langkah mereka merencana strategi merosakkan masyarakat Islam. So, adakah mereka yang belajar jurusan agama ini juga boleh dikategorikan sebagai wanita beragama ??? Of course not !!!

Berdasarkan pengamatan dan kajian pula, penulis melihat ada ‘segelintir’ wanita Muslim yang menuntut di bidang islamik, hanya mahukan Diploma atau Ijazah semata-mata. Ada yang hanya menuntut di bidang agama, tetapi menonjolkan aurat mereka ketika di luar dan bersosial yakni bergaul bebas antara lelaki dan wanita tanpa batasan seolah-olah mereka tidak ada perbezaan dengan wanita biasa. Senang cerita, mereka just belajar ILMU ISLAM semata-mata tapi tak beramal dengannya !!!

Oleh itu, berhati-hatilah kaum Adam sekalian. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti kekayaan harta, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah s.a.w menyifatkan wanita sebagai perhiasan sebagaimana sabda Baginda :

“ Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu ialah wanita solehah “


- BERKETURUNAN YANG BAIK DAN DIBESARKAN DALAM PERSEKITARAN YANG SEMPURNA AKHLAKNYA
Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai ALLAH s.w.t. Ini penting untuk membentuk suasana yang harmoni, saling kasih-mengasihi dan hormat-menghormati antara suami dan isteri.


- PEREMPUAN YANG SUBUR DAN BERPOTENSI MELAHIRKAN RAMAI ANAK
Nabi s.a.w akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari akhirat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertaqwa.
Justeru itu, amat tepat sekiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara-saudara mara perempuannya yang terdekat.

- SEKUFU ATAU HAMPIR SEKUFU
Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya, janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal si isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki tua daripada wanita tersebut.
Namun, jika si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri kepada si suami.


- MASIH GADIS ATAU ANAK DARA
Ya, ini merupakan antara faktor terpenting yang digariskan Islam. Rasulullah s.a.w menggalakkan umat Islam memilih bakal isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda s.a.w kepada seorang sahabat, Jabir r.a kerana perkahwinan dengan anak gadis akan menimbulkan kemesraan yang lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.

- PASANGAN BUKAN DARIPADA KELUARGA TERDEKAT
Islam tak begitu mengalakkan berkahwin dengan pasangan yang terdiri daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu. Antara sebabnya ialah mengurangkan keinginan syahwat yang sekaligus boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.


Smoga dengan perkongsian ini, kita semua mendapat manfaatnya......Wallahu’allam
Jom Dengar Lagu Ni....hayati liriknya...memang best....Salamat menonton

1 comment: