Saturday, May 7, 2011
CETUSAN : Menuju Generasi Dermawan
“ Salam dik, abang nak pinjam duit sket boleh tak. Abang nak balik kampong, tapi tak cukup duit tambang. Abang baru sampai KL pagi semalam, puas dari semalam abg merayau mintak duit dengan orang, tapi tak dapat. Abang sangat-sangat perlukan duit nak buat tambang balik Kelantan pagi ni “ pinta seorang lelaki yang mungkin berpangkat abang
Kebetulan pagi itu, saya baru je sampai di Hentian Putra, KL…semata-mata untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Dalam keadaan boleh tahan letihnya, saya cuba bersembang dengan ‘ brother ‘ tu.
“ Abang merayau-rayau dari semalam ??? Tak letih ke bang ??? “ tanye saya cube membuka idea pertanyaan
“ Abang terdesak dik, abang perlukan duit cepat. Ada ‘ urgent ‘ kat kampong, keje pun tak sempat cari lagi, poket pun kosong lagi “ balasnya
Saya mengamati wajahnya. Pelbagai persepsi yang timbul. Namun saya cuba bersangka-baik ( husnu al-dzan). Sambil mengeluarkan sejumlah wang,
“ Ni je yang saya mampu bang, saya harap boleh membantu serba sedikit. Maaf jika still tak cukup “
“ Alhamdulillah, tak ape dik. Syukur pada ALLAH. Ni pun dah cukup banyak. Smoga ALLAH yang membalas jasa adik. Ok dik, abang gerak dulu, smoga abang dapat cukupkan duit ni untuk beli tiket bas nanti “ balas brother itu dalam keadaan tergesa-gesa
“ Ok bang, no hal punye. Smoga abang dapat balik dengan selamat “ balas saya pendek.
Walaupun banyak cerita yang saya dengar tentang penipuan dengan cara seperti itu, tapi hati saya tak rase yang brother tu menipu..papepun Wallahu’allam. Saya menganggap sejumlah wang yang diberi itu adalah rezeki die. Walaupun duit yang dibawa boleh dikatakan ‘ cukup-cukup ‘ je untuk shopping di pesta buku nanti, saya anggap itu sebagai sedekah selain berserah pada ALLAH, kerana bagi saya membantu orang yang memerlukan, itu lagi penting !!!
*****************************************
Seusai solat subuh berjemaah di surau stesen bas tersebut, saya ke gerai makanan berdekatan. Setiba saya di sebuah gerai makanan, saya disapa oleh seorang pak cik yang duduk berseorangan di salah satu sudut ruang gerai itu.
“ Salam dik, dari mane ??? nak penggil ape ye..Jom makan skali dengan pak cik “ pelawanya
“ Wassalam. Panggil afif je. Saya dari ganu pak cik. Baru sampai pagi tadi “ balas saya
“ Ooo, nak kemane ???
“ Saya nak ke pesta buku kat PWTC. Dengar cite hari ni last day “ ujar saya
“ Oo..betulah…last day. Takpe-takpe, pergi ambik makanan dulu. Pak Cik belanja “
Haa !! Saya macam terkejut dengan kata-kata pak cik tu. Dahlah tak pernah kenal, tapi tiba-tiba je nak belanja…mmm…pelik. Tapi saya cuba cover. Buat macam biasa je.
Ketika memesan makanan di kaunter, saya menjeling ke arah pak cik tersebut, kelihatan tak ade yang meragukan. Saya cuba bersangka baik.
Sambil menjamah makan pagi, kami bersembang tentang banyak perkara. Ternyata betollah kata-kata pujangga yang berbunyi ‘ Banyakkanlah berbual dengan orang yang lebih tua dari kamu, nescaya kamu akan mendapat pengalaman darinya ‘
“ Pak Cik nak tanye afif, kita diciptakan ALLAH kat bumi ni sebab ape ??? “ tiba-tiba soalan pak cik itu cukup mengejutkan saya.
“ Sebagai Khalifah ( pemimpin ) “ jawab saya ringkas
“ Yap, betol. Pak cik tak nafikan. Tapi afif jangan lupa, kita ni juga hamba ALLAH. Kita diciptakan ALLAH kat dunia ni untuk mengabdikan diri kepada ALLAH selain membantu sesame manusia yang dalam kesusahan. Sebab nasib setiap kita adalah berbeza“
Saya mengangguk tanda setuju. Kemudian pak cik itu menyambung lagi
“ Kita semua tak kira kaya, miskin, menteri, raja, rakyat, dan macam-macam lagi, semuanya sama disisi ALLAH. Cume mungkin kat dunia je kita berbeza, tapi kat akhirat never. Mungkin nasib kita baik, mampu beli macam-macam. Tapi sahabat kita kat luar sana, ramai yang memerlukan. Afif faham ape yang pak cik maksudkan ??? “ tiba-tiba pak cik itu bertanya
Saya cube menyelongkar kembali kata-katanya tadi.
SEDEKAH MEMBAJAI BARAKAH
“ Pasal konsep sedekah kan pak cik “ teka saya
“ Haa, tu yang pak cik maksudkan. Bukan ape, zaman sekarang ni, pak cik tengok, masyarakat kita kurang sangat dalam bab ni. Senang cite, masyarakat kita sekarang suka & sibuk sangat mencari duit, tapi sangat sukar memberi duit ( sedekah ) “
Saya mengangguk tanda setuju. Kata-katanya membuatkan saya kembali teringat tentang peristiwa seorang brother yang meminta duit untuk menampung tambang pulang ke kampungnya. Pak cik itu menambah lagi
“ Yang paling pak cik nampak sifat kedekut ni ialah orang ‘ Melayu Islam ‘ kita sendiri. Bukan pak cik nak kutuk bangsa sendiri, tapi kalau tidak dikritik, kita akan terus hanyut dengan sifat bakhil “ ujar pak cik itu tiba-tiba dengan nada serius
Saya rasa seolah-olah tersentak. Kata-kata pak cik itu saya anggap seolah-olah ‘ sebuah batu besar menghentak ke kepala saya ‘. Kemudian saya bertanya,
“ Kenapa pak cik kata macamtu ??? “
“ Ok. Afif pernah dengar tentang manusia bernama Warren Buffet atau Bill Gates ??? “ soalnya
“ Jutawan dunia tu ke…kenapa pak cik ??? “
“ Ok, afif tau tak, tahun 2008 dulu, Bill Gates pernah mewasiatkan sebanyak US$58 bilion untuk Yayasan Bill and Melinda Gates. Warren Buffet pun same gak, memberi kebajikan di yayasan tu sebanyak US$44 billion. Banyak kan. Ha, tapi pak cik bukan nak cite pasal jumlah wang yang didermakan mereka, Cuma pak cik nak tekankan kat sini yang keberanian diorang ni ‘ membudayakan ‘ derma atau dalam Islam kita panggil sedekah. Pak cik tertarik dengan kata-kata Bill Gates :
‘ We want to give it back to society in the way that it will have the most positive impact, I want to make a positive contribution to the world ‘
Menarik kan kata-kata dia. Tapi bile pak cik cakap kat masyarakat, diorang kata :
‘ Ya, tentulah boleh. Diorang tu dah ade berbilion dalam bank, bolehlah derma berjuta-juta. Kita ni baru nak merangkak, dan tak ade jaminan pun lagi pasal kejayaan. Sebab tu kami tak menderma ‘
“ Bolehke diorang cakap macamtu afif ? ” soal pak cik itu sambil terus menyambung kata-kata
“ Bagi pak cik, kita sebagai seorang Muslim tak perlu timbul soal duit banyak atau duit sikit baru nak menderma. Perasaan takut menderma tu sebenarnya adalah sifat syaitan macam dalam surah al-Baqarah ayat 268 pun ALLAH ade sebut :
‘ Syaitan menjanjikan ( menakut-nakuti ) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan ( kikir ), sedang ALLAH menjanjikan untukmu keampunan daripada-NYA dan kurnia ‘
Saya sekali lagi tergamam. Pak cik yang penampilannya simple, tapi mempunyai ilmu yang sangat hebat, siap hujahnya diselit dengan ayat Quran !!!
Mendengar hujah panjang lebar pak cik tersebut, mengingatkan saya dengan persaingan Saiyyidina Umar dalam menewaskan Saiyyidina Abu Bakar dalam bab mendermakan harta di jalan ALLAH. Namun Saiyyidina Abu Bakar ternyata lebih beruntung setelah beliau menyedekahkan seluruh hartanya just untuk Islam. Sepatutnya kisah persaingan mereka itu menjadi ikutan dalam masyarakat usahawan di Malaysia.
“ Saya setuju dengan pak cik. Sedekah tu tak semestinya bile duit dah banyak, tapi bile duit sikit pun boleh “ balas saya menambah rempah dalam perbualan kami
“ Betol tu afif, derma dari seorang yang sedikit hartanya adalah lebih besar ganjarannya berbanding derma dari individu yang banyak harta. Tapi jangan pula ganjaran yang kita kejar, biarlah keikhlasan itu yang menjadi keutamaan. “
“ Betol tu pak cik, tapi saya ade perasan jugak. Sesetengah orang tu bersedekah dengan mengharapkan ganjaran segera seperti keutungan dalam bisnes dan sebagainya. Bila sedekah yang diberikan tu tak menampakkan hasilnya, mereka dah mula merungut, mengungkit dan secara automatiknya dia dah tak bersedekah lagi..macamana tu pak cik ??? “ soal saya mengharapkan jawapan
“ Ok, dalam bab ni, pak cik lebih suke merujuk firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 262 yang bermaksud :
‘ Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkan dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti perasaan si penerima, maka mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. ‘
“ Pak cik rase afif pun mesti faham maksud ayat tu. Pendek cite, setiap pemberian sedekah mestilah diiringi dengan rasa puas, gembira, tak khuatir, tak sedih dan tak pernah kesal dengan pemberian ( sedekah ). Sebab bukan ke ALLAH dah gerakkan hati dan minda kita sama ada dengan memberi pelbagai kemudahan dan rezeki yang tak pernah putus. Jadi, kita hendaklah yakin dengan ALLAH dan bersangka baik dengan-NYA. Dalam bab sedekah ni, pak cik bukan nak lebihkan non-Muslim, tapi yang pak cik lihat, diorang lebih maju ke depan dalam memberi derma dan kebajikan berbanding orang Islam. Pak cik tertarik dengan kata-kata seorang jutawan Britain iaitu :
‘ While owning property and making money is important, it is not as important as people. The biggest thing with most people is money, but with me it is not. I want to give it up and do something more for others. We can all do something by leaving money to charity when we die, but why don’t we do something while we are still living ??? ‘
“ Dalam maknenya tu pak cik “ ujar saya
“ Ya, memang mendalam. Law afif prasan, ape yang disebutkan pada permulaan tadi bertepatan dengan tanggungjawab sosial dalam Islam. Malah dalam Islam, pembangunan jati diri individu dan rakyat sememangnya jauh lebih penting daripada pembangunan material seperti bangunan pencakar langit dan sebagainya. Yang ke-2 pula bertepatan dengan ajaran Islam agar tidak bersikap selfish dan sentiasa memikirkan manfaat yang diperoleh untuk dikongsi dengan orang ramai. Yang last skali pula bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari bermaksdu :
‘ Dan janganlah kamu bertangguh-tangguh ( dalam bersedekah ) sehingga sampai (nyawamu) di kerongkong yakni ketika hampir mati ‘
Saya cube memahami setiap kata-kata yang diungkapkan pak cik itu. Memang tak syak lagi, pak cik ini merupakan seorang yang cukup berilmu namun ditutupi ilmunya dengan penampilan yang bersahaja. Itu yang membuatkan saya betul-betul tertarik dengannya. Pendek kata pak cik itu mempunyai serba sedikit ciri-ciri seorang yang tawadduk !!!
“ Tapi pak cik, mungkin ade orang Islam yang menderma, cume mereka mungkin menyembunyikannya sesuai dengan saranan Islam ‘ tangan kanan memberi sampai tangan kiri pun tak tau ‘ “ soal saya ingin sengaja menguji pandangan
“ Ya, pak cik tak nafikan, ramai orang Islam yang ade menyumbang secara senyap atau terbuka. Memang ada macam Tan Sri Mokhtar al-Bukhari, Dato Haji Rameli Musa dan tak ketinggalan pengasas al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd, Ali Hassan bin Mohd Hassan. Pemberian secara senyap itulah yang membezakan antara dermawan Islam dengan dermawan bukan Islam. Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :
‘ Sedekah yang dilakukan secara tersembunyi memadamkan kemurkaan ALLAH ‘
Ali Hassan pernah mendedahkan rahsia kejayaannya sebagai usahawan yang berjaya iaitu:
- Penuhi hak ALLAH tanpa berkira-kira iaitu memberi zakat dan bersedekah
- Jalankan tanggungjawab kepada manusia
- Penuhi hajat ibu walaupun terpaksa mengorbankan banyak kepentingan
“ Bagaimana pula dengan orang kaya yang tak bersedekah ??? “ soal saya lagi
“ Ini satu lagi masalah orang kita. Macam-macam alasan, dulu bile bisnes baru nak mula, kata taka de duit, tapi bile dah kaye pun still tak bersedekah jugak. Hujahnya nak bagi anak-anak senang. Golongan kaya sepatutnya ingat, meninggalkan harta yang begitu banyak kepada anak-anak adalah satu tindakan yang tak rasional. Pak cik pernah terbaca satu artikel, juga mengenai seorang jutawan tentang falsafah hidupnya iaitu :
‘ Giving your children too much money is a burden, not a gift, and is not a rational thing to do with all that wealth. A very rich person would leave his kids enough to do anything, but not enough to do nothing ‘
Pak cik suke falsafah ni. Jika anak-anak terlalu disogok dengan kemewahan, kelak si anak pasti tak dapat berkongsi rasa sukar, cabaran dan jerih perih yang dilalui ayahnya dalam mencari rezeki, malah si anak itu akan hanyut dan lemas dengan kemewahan itu “
MEMBENTUK GENERASI DERMAWAN
Setelah itu, pak cik itu menjawab satu panggilan telefon, mybe dari kawannya.
“ Ok lah afif, panjang jugak kita sembang ye. Pak cik pun nak gerak dulu. Ade janji dengan kawan. Pak cik cite kat afif tentang sedekah ni bukan ape, pak cik tengok afif muda lagi. Pak cik harap golongan sebaya macam afif nilah yang akan menjadi perintis kepada ‘ generasi dermawan ‘. Kita kene ingat, menderma dan bersedekah tak akan sesekali mengurangkan harta kita, tapi akan menambah lagi harta selain mendapat pekej bonus iaitu berkat ALLAH ke atas setiap rezeki yang kita perolehi, ingat tu…ok…Assalamu’alaikum “
Kata-kata terakhir pak cik itu saya anggap sebagai satu kesimpulan yang cukup menarik setelah perbincangan panjang lebar tersebut. Teringat pula saya akan kata-kata Nabi s.a.w yang bermaksud :
“ Tiadalah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah “
Alhamdulillah, saya seolah-olah telah mendapat manfaat dari kebenaran hadis nabi tersebut. Buktinya, duit ( sedekah ) yang saya berikan tak seberapa kepada seorang brother pagi itu telah dibalas ALLAH dengan ganjaran berlipat kali ganda iaitu :
- Mendapat teguran dan peringatan yang percuma dari pak cik tersebut….cukup berguna !!!
- Makanan pagi disupport oleh pak cik tersebut…x perlu keluar modal untuk breakfast
- Sebelum pulang, saya dibekalkan oleh mak saudara dengan sejumlah wang yang nilainya 5 kali ganda dari hasil sedekah saya pagi itu……. Allahu Rabbi…..So…ape lagi….
Bersedekahlah…….tak miskinnya kita…..percayalah !!!
Wallahu’allam
Di bawah ni penulis sertakan sebuah lagu yang cukup menarik liriknya...sedekahlah walaupun 10 sen....selamat menonton
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
amcam2 care Allah nak kte wat baek...dapat pahale...
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Saya ingin memohon sedikit bantuan kewangan bg membantu saya.saya muhammad ahlam firdaus seorang mahasiswa yg skrg sedang melanjut kan pengajian saya di Indonesia dlam bidang syariah
Saya tidak menerima mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,hanya tajaan dari kedua orgtua saya,mereka tidak la berpendapatan tinggi.ayah saya hanya la bekerja sebagai jaga keselamatan di kilang,manakalah ibu saya suri rumah yg menanggung saya dan adik2 sy yg masih di bangku sekolah.sy mempunyai 8 adik beradik dan skrg tinggal 7 kerana abg saya batu shj pergi menghadap ilahi akibat kanser tulang tahap 4.
Jadi,sy amat2 lah memerlukan bantuan dari pihak tuan utk membantu saya,jika pihak tuan memberi bantuan dlam bentuk pinjaman sekali pun sy sudi membayar nya semula.
Sekian wasalam.
Whatsapp:0196135660
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Saya ingin memohon sedikit bantuan kewangan bg membantu saya.saya muhammad ahlam firdaus seorang mahasiswa yg skrg sedang melanjut kan pengajian saya di Indonesia dlam bidang syariah
Saya tidak menerima mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,hanya tajaan dari kedua orgtua saya,mereka tidak la berpendapatan tinggi.ayah saya hanya la bekerja sebagai jaga keselamatan di kilang,manakalah ibu saya suri rumah yg menanggung saya dan adik2 sy yg masih di bangku sekolah.sy mempunyai 8 adik beradik dan skrg tinggal 7 kerana abg saya batu shj pergi menghadap ilahi akibat kanser tulang tahap 4.
Jadi,sy amat2 lah memerlukan bantuan dari pihak tuan utk membantu saya,jika pihak tuan memberi bantuan dlam bentuk pinjaman sekali pun sy sudi membayar nya semula.
Sekian wasalam.
Whatsapp:0196135660
ReplyDeleteMereka yang mencari bantuan keuangan atau di mana untuk mendapatkan pinjaman bulan suci Ramadan ini, periksa Clara Pinjaman, karena saya baru saja pinjaman saya dari mereka sekarang. Saya bertemu mereka melalui Linkedin (Clara Pinjaman), dan saya mengikuti arahan mereka dan saya mendapat pinjaman saya hanya setelah membayar biaya penerimaan saya, yang bagian dari itu digunakan untuk membayar sedekah untuk anak-anak muslim pengungsi dari Suriah. Conact mereka untuk pinjaman Anda saat Anda membantu anak Suriah juga.
Email: Claraloan@financier.com
Website: Claraloans.wordpress.com