Pages

Wednesday, March 17, 2010

NEWS FROM AL-JAZEERA















REJIM ISRAEL BUKA SEMULA KUIL YAHUDI DI BAITULMAQDIS

BAITULMAQDIS, RABU, 17 MAC 2010 – Beratus-ratus penduduk Palestin bertempur dengan tentera Israel selepas rejim Tel-Aviv itu membuka semula kuil lama Yahudi di Kota suci tersebut.
Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal turut mengecam pembukaan semula kuil tersebut. Beliau mendakwa pembukaan mercu tanda penganut Yahudi itu adalah permulaan kepada kemusnahan Masjid Al-Aqsa dalam kawasan Kota Lama. “ Kami menentang tindakan tentera zionis membina dan mendirikan kuil Hurva. Ia menandakan kemusnahan Masjid Al-Aqsa”. katanya.
Kenyataan keras Khaleed itu diucapkan ketika mengadakan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Hamas dan kumpulan Palestin di Gaza.
Kuil Yahudi itu, pertama kali dibina pada 1694 dan dimusnahkan pada 1948 selepas askar Jordan menawan Kota Lama daripada tentera zionis semasa perang Arab-Israel.
Namun kelmarin kuil berkenaan dibuka semula selepas 62 tahun ia dimusnahkan dalam majlis yang dilihat sengaja memburukkan lagi pelan damai dan ketegangan agama di Baitulmaqdis. Khaleed mengutuk majlis tersebut dengan menyifatkannya sebagai pembohongan sejarah dan pemalsuan monumen-monumen agama dan sejarah Baitulmaqdis,- AL-JAZEERATV…….

Tuesday, March 16, 2010

ULUM QURAN





















PENYUSUNAN AYAT & SURAH AL-QURAN

Para ulama tidak berselisih pendapat tentang panyusunan ayat al-Quran, bahawa penyusunan tersebut merupakan ketetapan daripada Rasulullah S.A.W berdasarkan hadis dan ijmak

Uthman r.a. meriwayatkan bahawa adalah Rasulullah S.A.W pada masa yang berlalu ke atasnya, diturunkan kepadanya surah-surah yang mempunyai bilangan, maka apabila diturunkan keatasnya sesuatu daripadanya, Baginda akan memanggil sesetengah daripada penulis wahyu lalu bersabda yang bermaksud: “ Letakkanlah ayat ini pada surah yang disebutkan padanya kisah ini.” ( Riwayat Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasa’i ). Bagaimana pula dengan penyusunan surah-surah dalam al-Quran??? Ulama berselisih pendapat tentang hal ini kepada 3 pendapat iaitu:


1-PENDAPAT PERTAMA

Penyusunan surah adalah TAUQIFI ( berdasarkan arahan Rasulullah S.A.W sebagaimana diberitahukan Jibrail kepadanya atas perintah Tuhan ) seperti penyusunan ayat.


2-PENDAPAT KEDUA

Ijtihad para sahabat berdasarkan perbezaan susunan surah dalam mushaf para sahabat. Contohnya: Mushaf Saiyyidina Ali: Disusun mengikut penurunan ayat iaitu bermula dengan surah Iqra’ kemudian al-Muddaththir.

Mushaf Ibnu Mas’ud, susunan bermula dengan surah al-Baqarah, al-Nisa’ kemudian Ali-“Imran


3-PENDAPAT KETIGA

Sebahagian surah adalah TAUQIFI ( berdasarkan arahan Rasulullah S.A.W sebagaimana diberitahukan Jibrail kepadanya atas perintah Tuhan ) dan sebahagian surah disusun berdasarkan ijtihad para sahabat.

Konklusinya: Menurut Manna’ al-Qattan, setelah membicarakan tentang dalil dan kekuatan dalil yang dikemukakan bagi setiap pandapat, pendapat yang pertama lebih tepat, Wallahua’lam…….

Sunday, March 14, 2010

MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN


Terdapat beberapa hasil kajian menangis dari sudut saintifik antaranya :

1-MENYAHKAN ZAT BERBAHAYA DARI TUBUH BADAN

Menangis merupakan kaedah semulajadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.

2-MENINGKATKAN KADAR DEGUPAN JANTUNG

Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga manimbulkan perasaan yang tenang.

3-MENGHALANG PENYAKIT

Satu kajian oleh Universiti Temple, Amerika Syarikat kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Hasil kajian mendapati jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semulajadi jika dilakukan pada waktu dan untuk tujuan yang sesuai.

4-MEMBEBASKAN RACUN DARI BADAN

Arthur Frank, seorang ilmuan Amerika berkata, “ Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur baracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti mambiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh melalui tangisan.”

Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mangandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh dengan malalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun tersebut.

5-AIR MATA MENGANDUNGI 25% PROTEIN

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis, Wallahua’llam…….

Hukum Ber”COUPLE”

Bismillahiwa'ala barokatillahiwa'alarosulillah

Apakah hukum ber”couple”?? Ada yang mengatakan hukumnya haram. Sejauh manakah kebenarannya?

Jawapan : Ber”Couple” yang dimaksudkan di atas ialah berdua-duaan antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Sesiapa yang beriman kepada ALLAH S.W.T dan hari akhirat, maka janganlah ia berkhalwat dengan seorang wanita tanpa ada mahram wanita tersebut kerana syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua.”
( Riwayat Ahamad daripada Jabir,3/339).



Daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “ Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali jika bersama dengan mahram wanita tersebut.” Lalu berdirilah seseorang dan berkata : “ Wahai Rasulullah, isteriku keluar untuk berhajidan aku telah mendaftarkan diriku untuk berjihad dalam peperangan.” Maka Rasulullah S.A.W bersabda : “ Kembalilah dan hajilah bersama isterimu.”
( Riwayat Al-Bukhari no.5233 dan Muslim, 2/975).

Persoalannya. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Nabi, “ Syaitan menjadi orang ketiga di antara mereka berdua”? Al-Munawi berkata, “ Iaitu syaitan menjadi perantara ( orang ketiga ) di antara keduanya dengan membisikkan kepada mereka ( supaya melakukan maksiat ) dan menjadikan syahwat mereka berdua bergejolak dan menghilangkan rasa malu daripada kedua-duanya serta menghiasi kemaksiatan sehingga nampak indah di hadapan mereka berdua. Akhirnya syaitan pun menyatukan mereka berdua dalam kenistaan ( berzina ) ataupun setidak-tidaknya menjatuhkan mereka ke dalam perkara yang lebih ringan daripada zina iaitu perkara pembukaan zina iaitu hampir-hampir menjatuhkan mereka kepada parzinaan.”
( Faid Al- Qadir,3/78)

Al-Syaukani berkata, “ Sebanya adalah lelaki senang kepada wanita. Kerana itulah ia telah diciptakan memiliki kecenderungan kepada wanita. Demikian juga kerana sifat yang telah dimilikinya berupa syahwat untuk berkahwin. Demikian juga wanita suka kepada lelaki kerana sifat-sifat semulajadi dan naluri yang telah tercipta dalam dirinya. Oleh sebab itu syaitan mencari jalan untuk menaikkan syahwat yang satu kepada yang lainnya, maka terjadilah maksiat.”
( Nail Al-‘Autar, 9/231).

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap lelaki daripada fitnah wanita.”
( Riwayat al-Bukhari no.5096 dan Muslim no. 97 dan no. 98 )

Sungguh syaitan sentiasa mengajak anak Adam untuk melanggar perinyah ALLAH. Jadi bersamalah kita hindari berdua-duaan antar lelaki dan perempuan ajnabi terutamanya di tempat tertutup,
Wallahu'alam……Kepada Remaja-remaji yg dlam prses " bercouple " tu,jom layan video ni.....Try faham liriknye....x de hal pnye