Pages

Wednesday, January 18, 2012

FENOMENA Ustaz Keras + LANTANG vs Ulama Bisu + PEKAK



Fenomena Ustaz Azhar Idrus sejak kebelakangan ini memang tidak dapat dinafikan. Apabila disebut sahaja nama beliau, pasti akan dikenali oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, remaja, dan orang tua. Usaha dakwah yang dibawa beliau sudah menjangkau ke seantero pelosok tanah air selain Indonesia dan Singapura juga dikatakan mempunyai peminat yang tersendiri. Kepandaian UAI dalam menyampaikan kuliahnya dengan menyelitkan unsur jenaka disamping ‘teguran keras’, dilihat telah membuka mata masyarakat supaya kembali kepada Islam. Dengan menggunakan tema ‘JOM GI KULIAH’, kini masyarakat khasnya remaja dilihat sudah cenderung untuk hadir ke masjid-masjid bagi mendengar kuliah agama pada waktu maghrib.

Namun, sejak akhir-akhir ini, kelihatan ‘satu puak’ yang mula menghentam UAI dari pelbagai sudut. Mereka mendakwa bahawa UAI tidak beradab dalam majlis ilmu kerana menggunakan kata-kata kesat, mempermainkan agama dengan lawak jenaka sehinggalah kepada isu ‘Countdown’ baru-baru ini di Stadium Shah Alam yang dikatakan ‘program yang sangat bahawa hanya disebabkan ada nyanyian dan permainan gitar’ dalam majlis tersebut. Penulis tidak bermaksud hendak menghentam sesiapa, tetapi dakwaan yang ingin ‘menjatuhkan’ UAI itu penulis lihat amatlah tidak berasas dan dibuat atas dasar dengki dan ‘ busuk hati’.


Benarkah Ustaz Azhar Idrus ‘cakap kasar’ ???

Terus terang penulis katakan, UAI merupakan seorang pendakwah yang lantang dan berani dalam menegakkan kebenaran. Apa yang penulis lihat, UAI tidak bercakap kasar tanpa fakta dan bukti. Kelantangan UAI itu adalah untuk menegur sikap masyarakat, ahli agama dan PEMIMPIN Negara yang sangat jauh dari agama. Apa yang diucapkan beliau adalah teguran yang sememangnya ‘realiti’ berlaku dalam masyarakat.


Adakah perlu kekerasan dan kelantangan ???

Ilmu DAKWAH ini kadang-kadang memerlukan kelembutan, tetapi dalam masa yang sama memerlukan kekerasan dan ketegasan. Itulah yang cuba diubah oleh UAI hari ini. Beliau lembut dalam beberapa perkara, tetapi dalam masa yang sama cukup keras dan lantang dalam isu-isu besar seperti pemerintahan Negara, isu aqidah umat Islam dan akhlak masyarakat umat Islam. Beliau berani menegur pemimpin Negara yang melakukan kesalahan dan kezaliman kepada rakyat. Beliau juga lantang menyindir ahli agama yang PRO-SEKULAR dan sanggup menjual agama demi kepentingan periuk nasi mereka sendiri.

Cuba kita fikir secara logik akal, jika semua ulama dan ahli agama bersifat ‘lemah-lembut’ dalam menegur kesalahan dan kemungkaran yang berlaku di dalam masyarakat, agak-agaknya, kemungkaran dan maksiat tersebut akan berkurangan atau sebaliknya ??? Anda boleh jawab sendiri…..

Penulis ingin menukilkan satu contoh. Seorang ibu dan bapa yang sudah bergelar haji, pada suatu ketika anak gadis mereka keluar dengan memakai pakaian ‘ketat + sendat’ dan lalu di hadapan mereka untuk meminta izin keluar berdua bersama ‘boyfriendnya’ menaiki motosikal. Di sini penulis sertakan 2 pilihan jawapan kepada pembaca, mengenai cara teguran si ayah + si ibu wanita tersebut :

A) “ Amboi, cantiknya pakaian kamu Kiah. Pakai la yang sopan sikit. Satu lagi nak pergi mana tu ??? Jangan selalu sangat keluar dengan lelaki, nanti orang kata ape pulak. Jangan balik lewat sangat ye….

ATAU

B) “ Apa yang kamu pakai ni Kiah ??? Sape yang ajar kamu pakai macamni ??? Dah tu sape pulak yang ajar kamu keluar dengan lelaki ni ??? Ayah tak izinkan kamu keluar….

Agak-agak pembaca yang budiman sekalian, mana satu jawapan pilihan anda : A atau B. Terserah kepada pembaca. Tetapi kalau penulis, sememangnya penulis memilih jawapan B.

Alasannya mudah. Kalau semua ibubapa menggunakan pendekatan seperti jawapan A yakni lemah-lembut, maka si anak tersebut tidak akan ada langsung perasaan takut dengan teguran tersebut. Si anak pasti akan buat ‘endah tak endah’ je teguran tersebut dan tidak takut untuk berterusan berpakaian seperti itu selain keluar berdua bersama pasangannya. Kesannya kita dapat lihat sekarang. Disebabkan ‘majoriti’ ibubapa sekarang menggunakan pendekatan A, maka gejala maksiat dan keruntuhan akhlak remaja semakin berleluasa.

Untuk jawapan B pula, jawapannya sangat mudah. Jika semua ibubapa di Malaysia menggunakan pendekatan tegas dan keras tersebut, maka penulis yakin akan berkuranglah masalah sosial remaja selain masalah keruntuhan akhlak remaja.


Realitinya, majoriti ahli agama menggunakan kaedah mana ???

Secara jujurnya, tidak ramai yang menggunakan pendekatan lantang & keras seperti UAI melainkan penulis melihat kebanyakan ahli agama cenderung menggunakan pendekatan lemah-lembut. Alasan mereka :

“ Islam itu lembut dan mudah, jadi jangan kita menyusahkan. Kalau isteri PEMIMPIN kita tak nak pakai tudung, itu hal dialah. Itu DOSA DIA. Yang kita nak masuk campur dan jaga tepi kain orang buat apa ??? ”

Penulis tak tau apa sebenarnya yang sudah meracuni pemikiran manusia ini yang kononnya digelar ‘ULAMA’ oleh murid-muridnya. Dari segi kata-katanya itu bagi penulis, ia menggambarkan pemikiran dan IQ yang lebih rendah daripada budak darjah 4 !!!

Inilah masalah yang berlaku dalam realiti dalam ahli agama yang PRO-SEKULAR ini. Mereka yang selayaknya digelar ‘ULAMA BISU’ ini sanggup menggadaikan agama demi menjaga kepentingan periuk nasi mereka. Mereka lebih gemar membuka mulut mengenai isu-isu remeh dan bersifat KHILAFIYAH seperti membaca doa qunut, menyapu muka selepas solat, membaca Yaasin malam Jumaat dan hukum membuat tahlil. Tetapi isu-isu seperti jenayah RASUAH, RIBA, MINUM ARAK, HUKUM HUDUD dan KONSERT-KONSERT liar yang membabitkan pemimpin tertinggi, mereka seolah-olah menjadi BISU dan PEKAK. Mereka lebih suka ‘bising’ tentang isu perkara-perkara yang sunat ( tahlil dan doa qunut ) daripada perkara-perkara mungkar yang terang-terang berlaku dalam masyarakat dan kepimpinan negara. Pembaca boleh menilai sendiri…….


Betolke UAI mempermainkan agama ???

Sebenarnya, dalam berdakwah ini, banyak medium atau KAEDAH yang boleh digunakan bagi menarik orang dan masyarakat supaya mengikuti dakwah yang dibawakan. Penulis tidak nafikan, UAI merupakan seorang penDA’I yang pendai menyelitkan unsur jenaka dalam setiap kuliahnya. Tetapi perlu diingat. Setiap jenaka yang dibuat itu adalah sebagai contoh untuk memahamkan masyarakat mengenai sesuatu hukum dan sebagainya.

Penulis tidak nampak jenaka yang dibuat oleh UAI itu tujuannya adalah untuk mempermainkan agama, sebaliknya jenaka yang dibuat itu adalah berdasarkan REALITI yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Sebagai contohnya ialah dalam bab takbiratulihram. UAI pernah mengulas mengenai wujud takbir ‘ultraman’ dalam masyarakat kini. Maksud takbir ultraman itu adalah kepelbagaian jenis takbir yang wujud dalam masyarakat kini. Ada yang takbir dengan cara A, B dan macam-macam lagi. Dalam bab ini, UAI telah menekankan cara yang mudah untuk mengangkat takbir ketika permulaan solat iaitu menggunakan konsep ‘angkat takbir paras puting telinga dan letak’. Penulis sendiri pernah melihat pelbagai jenis takbir yang wujud dalam masyarakat sebagaimana yang diceritakan oleh UAI. Jadi, jenaka yang diselitkan UAI dalam kuliahnya itu adalah bertujuan untuk MEMAHAMKAN masyarakat mengenai masalah yang timbul.


Siapa sebenarnya yang mempermainkan AGAMA ???

Jawapannya ialah ahli-ahli agama dan ulama-ulama yang BISU dan PEKAK dalam menegakkan kebenaran. Pernah suatu ketika, seorang ahli agama mengatakan :

“ Malaysia tidak perlu melaksanakan HUDUD di kerana ia ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan keadaan masyarakat MAJMUK di Malaysia ”

Subhanallah….adakah tokoh agama ini berfikir sebelum berkata-kata ??? Adakah dia tahu bahawa hukum HUDUD itu adalah undang-undang yang ALLAH ciptakan untuk dilaksanakan di bumi ciptaan-NYA ??? Adakah dengan pangkat Ph.D yang diterimanya sudah membolehkan menafikan undang-undang ALLAH ???

Penulis sertakan satu contoh mudah dalam menjawab isu ini. Dalam sebuah sekolah, ada seorang murid yang akan dirotan kerana mencuri. Ketika pihak sekolah yakni pengetua ingin melaksanakan hukuman tersebut, maka murid itu pun berkata :

“ Kenapa cikgu nak rotan saya ??? ”

“ Mengikut peraturan sekolah, hukuma bagi pencuri seperti kamu adalah dengan ROTAN sebanyak 10 kali. Hukuman ini bukan untuk menyeksa kamu, tetapi lebih kepada memberi peringatan supaya kamu menyesal dengan perbuatan kamu selain memberi peringatan kepada murid-murid yang lain agar tidak mencuri. Semoga dengan hukuman ini kamu akan berubah ” kata pengetua

“ Ala cikgu..Hukuman ni ketinggalan zaman lah cikgu. Apa kata cikgu bagilah nasihat atau teguran je kat saya. Lepas ni saya tak buat lagi, saya janji ”

Agak-agaknya, apa yang akan dijawab oleh guru tersebut ??? Lihat di bawah….

“ Ini sekolah, ada undang-undang dan peraturan. Undang-undang ni dibuat oleh pihak sekolah. Ikut suka kamu je nak ubah peraturan sekolah ikut NAFSU dan AKAL kamu. Kalau kamu tak suka, kamu boleh berpindah ke sekolah lain…..!!! ”

Yap ! Itulah jawapannya. Bumi ini diciptakan oleh Maha Pencipta yakni ALLAH untuk hamba-NYA. Bumi ini seolah-olah sekolah yang sudah ada undang-undang yang tersendiri. Jadi kita sebagai ‘tetamu’, bolehkah mengubahnya sesuka hati ???....anda jawab….

Berbalik kepada persoalan di atas, bumi ini sudah ada peraturannya. Jadi sesiapa yang ‘mencabar’ arahan ALLAH itu, sebenarnya merekalah yang mempersendakan agama. Gelaran ulama dan ahli agama yang diberi sememangnya tidak layak bagi mereka yang berfikiran seperti itu. Mereka itu ibarat tetamu yang menumpang di sebuah tempat, jika dia tidak suka dengan peraturan di tempat itu, maka SILALAH keluar dari bumi ALLAH dan buat bumi dan undang-undang sendiri….!!!


Selain itu, golongan ulama PRO-SEKULAR yang mempermainkan agama ini juga pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan Pengerusi Ulama Sedunia yakni Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi sebagai sesat selain mengatakan sesiapa yang menyertai demonstrasi jalanan sebagai HARAM !!!

Penulis dalam hal ini ingin menggunakan pendekatan yang cukup mudah. Adakah manusia yang ‘kononnya’ digelar ulama ini sudah cukup ilmunya sehingga dia boleh mengatakan Dr. Qardawi itu sebagai sesat ??? Setinggi manakah ilmunya sehingga dia boleh berkata sedemikian rupa ??? Wallahu’allam…mungkin dia mendapat ‘ilmu LADUNNI’ daripada ALLAH, yang sekaligus membenarkan dia mempertikai kredibiliti Dr. Qardawi yang sangat dikenali di seantero dunia, malah Amerika Syarikat dan Zionis juga cukup gerun dengan keberanian Dr. Qardawi dalam memperjuangkan isu Palestin. Bagi penulis, kenyataan ulama BISU itu seolah-olah menggambarkan KEBODOHANnya di mata masyarakat.


Mengenai isu demonstrasi jalanan pula, penulis cukup terkejut apabila ulama PRO-SEKULAR itu juga mengatakan bahawa tindakan itu adalah HARAM dan TIDAK BERTAMADUN. Penulis tidak tau tahap IQ ke berapa yang digunakan oleh ulama ini. Kenyataannya itu seolah-olah mengatakan bahawa REVOLUSI demonstrasi yang berlaku di Negara-negara Arab seperti Mesir, Syria, Yaman dan Jordan itu adalah haram kerana menimbulkan kekacauan dan menggugat ketenteraman Negara ??? Adakah mereka ( ulama BISU ) ini berfikir yang demonstrasi itu adalah langkah terakhir yang dilakukan bagi menuntut keadilan selain menggulingkan PEMIMPIN yang zalim dan menindas rakyat di Negara mereka ??? Sebagai contoh di Malaysia, demonstrasi jalanan di buat bagi menyatakan ketidakpuasanhati rakyat dengan PEMIMPIN Negara yang terlalu menindas dan menzalimi rakyat. Penulis lihat situasinya sama, yakni di Malaysia ataupun di luar Negara. Rakyat bangkit bagi menuntut keadilan kepada pemerintah agar ada perubahan yang dibuat oleh kerajaan. Cuma sedikit perbezaan yang penulis lihat ialah, demonstrasi di Malaysia ini berlaku dalam keadaan terkawal dan bertujuan membuka mata kepimpinan Negara, sementara demonstrasi di luar Negara itu berlaku dalam keadaan tidak terkawal dan bertujuan untuk menggulingkan terus kepimpinan yang menzalimi rakyat. Penulis berharap agar Malaysia tidak menjadi seperti itu ( menggulingkan kerajaan ). Jadi, PEMIMPIN Negara pakat fikirlah ye……


Sambutan ‘Countdown’ dikatakan BAHAYA kepada masyarakat ???

Ini satu lagi isu yang penulis tengok cukup pelik. Pelik sebab bagaimana boleh dijadikan isu untuk menghentam UAI. Ada segelintir ulama PRO-SEKULAR mengatakan bahawa sambutan ‘Countdown’ di Shah Alam yang membabitkan UAI baru-baru ini adalah salah dan boleh membahayakan anak-anak muda. Alasan mereka adalah kerana adanya nyanyian dan slot ‘ustaz bermain gitar’. Ada juga segelintir pihak yang mendakwa program itu adalah sebahagian DAKYAH YAHUDI.!!! Pelik…pelik…

Penulis cukup hairan kenapa ulama BISU ini boleh berkata-kata dalam Countdown di Shah Alam, tetapi dalam masa yang sama BISU dan PEKAK dalam sambutan Countdown di KL, IPOH, dan seantero pelosok tanah air yang ‘menyajikan’ pergaulan bebas lelaki dan wanita bukan muhrim selain artis-artis wanita yang tidak menutup aurat ???

Sambutan Countdown di Shah Alam itu antara pengisiannya adalah sesi soal-jawab agama bersama UAI, selingan lagu daripada Akhil Hayy dan Sham Kamikaze, bacaan doa selain tazkirah daripada Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang dan UAI sendiri. Dengan kehadiran lebih kurang 80 ribu rakyat pada malam itu, penulis tidak nampak kemungkaran atau maksiat yang wujud dalam majlis tersebut kerana ia bersifat ilmiah dan kerohanian selain jemaah lelaki dan wanita yang diasingkan kedudukan mengikut jantina.


Tetapi yang hairannya kenapa sambutan berkonsep ‘KEAGAMAAN’ itu pula yang dihentam oleh ulama BISU ini, sedangkan sambutan Countdown di KL misalnya yang mengundang PM dan MENTERI-MENTERI Negara dengan diselitkan unsur maksiat ( artis wanita dedah aurat & pergaulan bebas remaja-remaji ) tidak pula menjadi isu. Inilah yang penulis sangat pelik dan hairan dengan sikap segelintir ahli agama ini. Mereka tidak berani menegur majlis yang berunsur MAKSIAT kerana adanya PEMIMPIM mereka, tetapi dalam masa yang sama menghentam majlis agama yang di dalamnya dipenuhi dengan pengisian yang berguna kepada masyakarakat. Mengapa program maksiat itu tidak pula dikatakan DAKYAH YAHUDI ???

KESIMPULAN

Tuntasnya, fenomena UAI sebagai seorang pendakwah KERAS sememangnya berguna kepada masyarakat. Dengan adanya penDA’I seperti beliau, dilihat mampu untuk menarik kembali masyarakat khasnya remaja untuk kembali kepada masjid dan kuliah-kuliah agama. Penulis tidak dapat bayangkan, jika tiada pendakwah yang seKERAS dan seKREATIF UAI dalam menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh seratus peratus mengharapkan UAI, kerana tugas berdakwah itu adalah tugas semua manusia yang bergelar MUSLIM.


Kepada ulama BISU pula, sama-samalah kita mendoakan agar meraka berani menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin mereka yang ZALIM. Ingatlah, manusia yang bergelar ahli agama dan ulama perlulah berani menyatakan kebenaran, bukannya hanya berfikir untuk menjaga PERIUK NASI mereka. Jika tidak, mereka seolah-olah makan GAJI BUTA dan tidak berfungsi kepada masyarakat.
Wallahu’allam…..

Thursday, January 5, 2012

Jom KETAHUI Syarat-Syarat Nak Lamar 'Si Die'....


Apa itu LAMARAN ???
Lamaran atau peminangan daam ilmu fiqh disebut sebagai ‘khitbah’ yang bermaksud permintaan. Menurut istilah, makna khitbah atau lamaran adalah sebuah permintaan atau pernyataan dari pihak lelaki kepada pihak wanita untuk mengahwininya, sama ada baik dilakukan secara langsung ataupun melalui perantaraan pihak lain selagi tidak melanggar syariat agama.

Syarat melamar dalam Islam........

Secara ringkasnya, terdapat dua syarat untuk melakukan lamaran mengikut Islam iaitu :

1.Syarat Muhtasinah

Syarat Muhtasinah ini bermaksud syarat yang ‘disarankan’ kepada seseorang lelaki yang akan melamar seorang wanita agar lelaki tersebut meneliti terlebih dahulu wanita yang akan dilamarnya itu supaya segala urusan rumah tangga yang akan dibina akan menuju matlamat yang diinginkan syariat. Syarat Muhtasinah ini bukanlah syarat yang wajib dipatuhi tetapi ianya merupakan anjuran atau galakan dengan niat yang baik iaitu bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang mungkin timbul ketika berumah tangga kelak. Antara perkara yang termasuk di dalam syarat Muhtasinah ini adalah seperti :

- Wanita yang akan dilamar itu sebaik-baiknya adalah setaraf dengan lelaki tersebut. Ini bermaksud, kedua-dua wanita dan lelaki adalah sama ‘darjat’ dari segi sama cantik rupa paras, sama taraf dari sudut taraf hidup sosial dan ekonominya, dan sebagainya.
- Perempuan yang akan dilamar hendaklah seorang wanita yang mempunyai sifat kasih sayang dan mampu memberikan zuriat ataupun keturunan ( subur ), sebagaimana anjuran Rasulullah s.a.w yang menggalakkan setiap lelaki mencari wanita yang mampu melahirkan anak yakni subur.
- Wanita yang akan dilamar itu sebaiknya hendaklah bukan ‘saudara dekat’ dengan lelaki tersebut. Islam tidak menganjurkan ( menggalakkan ) perkahwinan yang membabitkan saudara terdekat kerana ia akan menyebabkan hubungan silaturrahim sesebuah istitusi keluarga itu tidak berkembang.
- Seelok-eloknya setiap lelaki yang ingin melamar seseorang wanita itu mengetahui terlebih dahulu budi pekerti wanita tersebut.


2.Syarat Lazimah

Syarat Lazimah pula adalah syarat yang wajib dipenuhi sebelum proses melamar atau khitbah dilakukan. Ini bermaksud, pengesahan ( syarat sah ) sesuatu lamaran itu bergantung kepada ‘wujudnya’ syarat-syarat Lazimah ini. Antara perkara yang termasuk di dalam syarat Lazimah adalah seperti berikut :

- Wanita yang akan dilamar itu hendaklah ‘free’ ataupun bebas daripada lamaran lelaki lain. Pendek kata, wanita tersebut bukanlah tunangan orang ataupun sudah menjadi tunang orang lain. Islam melarang keras perbuatan ‘masuk daun’ ataupun mencuri tunang orang lain.
- Wanita yang akan dilamar itu hendaklah tidak dalam keadaan tempoh ‘iddah’ yakni dalam keadaan waktu menunggu seseorang wanita yang ditalak bekas suaminya. Ringkasnya, haram hukumnya bagi seseorang lelaki melamar wanita yang masih dalam keadaan iddah.
- Wanita yang akan dilamar itu hendaklah wanita yang ‘boleh dinikahi’. Maksudnya ialah wanita tersebut bukan muhrim bagi lelaki tersebut seperti adik-beradik, ibu, nenek dan sebagainya.

Bila dah selesai melamar.......

Setelah proses melamar berjalan atau khitbah berjaya dan diterima oleh pihak yang dilamar, ini secara tidak langsung telah menggambarkan bahawa kedua-dua belah pihak dengan kerelaan hati telah mengadakan satu perjanjian untuk melaksanakan proses seterusnya yakni akad nikah ( perjanjian melaksanakan perkahwinan ). Biasanya, tempoh lamaran ( pertunangan ) ini sebaiknya tidak terlalu lama sementara menunggu waktu diijabkabulkan.


TAPI INGAT YE !!!

Harus difahami dengan jelas, bahawa setiap pertunganan atau lamaran itu bukanlah ‘tiket’ untuk menghalalkan hubungan seperti suami isteri. Meskipun sudah terikat dengan kalimah ‘pertunangan’, tetapi hubungan kedua-dua ( lelaki & wanita ) itu tetap sama yakni masih seperti hubungan bukan muhrim. Ketika waktu ini juga, pihak wanita dilarang keras untuk menerima ‘tawaran’ pertunangan daripada lelaki lain. Selain itu, hantaran ketika majlis pertungan TIDAK WAJIB dikembalikan sekiranya pertunangan itu terputus samada sengaja atau sengaja.
Wallahu’llam.