Pages

Saturday, April 30, 2011

CETUSAN : Berterusannya kempen ‘pengeksploitasian‘ terhadap wanita


Adegan seorang lelaki asyik menonton siaran langsung sukan renang dan gimnastik di TV dimarahi isterinya kerap menjadi bahan lakaran para kartunis tanah air. Bukan apa, isteri meradang melihatkan keasyikan si lelaki melihat tubuh wanita yang terbabit dalam acara sukan tersebut.

Penulis akui, memang dunia sukan zaman kini kerap menampilkan atlet-atlet wanita yang memakai pakaian ‘ dedah sana dedah sini ‘, selain ditambah pula dengan acara sukan seperti bola tampar pantai malahan dalam acara olahraga pun pesertanya kini tampil dengan pakaian yang betul-betul ‘ daif ‘ seolah-olah tak cukup kain menyamai pakaian Mat Saleh di pantai. Sesetengah atlet wanita negara masih kekal dengan pakaian singlet + seluar pendek tapi ade segelintir yang sudah berani mencontohi pakaian seolah-olah atlet luar negara.

Dalam acara badminton misalnya, kebiasaannya peserta wanita tampil dengan baju-T + seluar pendek. Tapi mulai 1 Mei ini, pemain wanita dikehendaki memakai skirt pendek pula – itulah kod pakaian terbaru Persekutuan Badminton Dunia ( BWF ). Ini bermakna semua pemain wanita yang ingin menyertai kalendar ( BWF ) perlu memakai skirt pada kejohanan Grand Prix dan kejohanan utama. Hujahnya, peraturan terbaru itu akan menjadikan ia sebagai daya tarikan terbaru kepada sukan badminton dunia. Mmm…bagi lelaki ape tak tertariknya….sebab apabila pemain wanita tersebut melompat, maka akan terangkatlah skirt itu dan berdebar-debarlah hati + terbelalaklah biji mata masing-masing melihatkan perkara tersebut !!!


Itu baru satu. Sebenarnya banyak lagi bukti yang dunia moden sekarang samada dalam bidang sukan, mahupun model fesyen telah ‘ slow-slow ‘ mengeksploitasi tubuh wanita. Tetapi yang herannya, wanita sendiri tidak membantah eksploitasi tersebut, malah kelihatan seolah-olah suka dan menggalakkan lagi…ada laaa….so….apa yang boleh kami (kaum Adam) lakukan ???

Dalam isu ini, tak terdengar pula penulis akan pemimpin-pemimpin dan aktivis-aktivis wanita yang biasanya lantang bersuara menyatakan bantahan. Mungkin mereka pun setuju agaknya ( just andaian penulis ). So, kalau mereka pun suka, takkan kami (kaum Adam) yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong nak ke depan membantah pulak ???

Namun sukacita nak penulis nyatakan dalam isu pakaian sukan wanita ini, pemimpin dan dan aktivis Iran kerap ke depan bagi memperjuangkan hak wanita untuk berpakaian sempurna ketika bersukan. Tidak lama dulu, Persekutuan Bola Sepak Iran memperjuangkan agar anggota pasukan bola sepak wanita mereka diberi hak untuk mengenakan pakaian menutup aurat secara total pada kejohanan antarabangsa di Singapura.

Jika anda masih ingat, Iran juga pernah menganjurkan Sukan Negara-Negara Islam suatu ketika dahulu yang membabitkan atlet wanita yang menutup aurat secara total ditambah dengan gelanggang sukan tertutup. Di kejohanan-kejohanan antarabangsa pun wanita Iran muncul dengan pakaian menutup aurat.

Persoalannya, jika pemerintah Iran boleh bertegas dalam isu ‘ eksploitasi terhadap tubuh wanita ini ‘, bagaimana pula sikap pemimpin negara-negara lain termasuk Malaysia ??? JIka atlet Bahrain, Rugaya al-Ghasari istiqamah dalam berhijab walaupun dia bertanding di Sukan Olimpik, bagaimana pula ahli sukan wanita kita ???


Rugaya atlet bertaraf dunia yang menjuarai acara 200 meter Sukan Asia di Doha beberapa tahun lalu pun boleh berhijab, apalah sangat atlet-atlet wanita kita yang masih ‘ terhegeh-hegeh ‘ mencari medal di Sukma dan Sukan Sea boleh memakai ‘ pakaian adik mereka ‘ dan mendedahkan segalanya kepada umum. Pendek cite, medal tak dapat, tapi saham akhirat dapat….tak ke rugi macamtu ???

Bersukan tak salah, malah boleh dijadikan satu ibadat jika kita mengikut syariat yang ditetapkan Islam. Penulis juga merupakan seorang ‘ kaki sukan ‘…dan oleh sebab itu penulis rasa terpanggil untuk membincangkan isu ini.

Jika wanita Islam sendiri tidak bangkit menyatakan ketidakadilan dan kebebasan terhadap ‘ kempen ekploitasi terhadap tubuh mereka ‘, maka siapa pula mahu memperjuangkan harga diri dan maruah kalian ??? Nak harapkan pemimpin dan aktivis berfikiran jumud dan sekular ???……jangan mimpilah jawabnye

Wallahu'allam......

Friday, April 29, 2011

RENUNGAN : Jangan Ambik al-Quran Hanya BILA Dah Terdesak


Bismillahiwa’ala barokatillahiwa’ala rosulillah……

Menariknya, apabila terdesak, orang Melayu kita kerap menggunakan al-Quran sebagai bukti mereka berada di pihak yang benar, lalu bersumpah dengan menjunjung al-Quran. Maklumlah, apabilaal-Quran dijulang, orang yang bersumpah itu boleh dipercayai sebagai bercakap benar. Apatah lagi dalam sumpah itu, dia rela dimakan sumpah sekiranya berbohong.

Selalunya orang yang mengambil al-Quran sebagai sumpahan adalah orang yang tidak ada lagi hujah untuk membela dirinya. Dia benar-benar terdesak. Seolah-olah dia berkata,:

“ Hanya ALLAH menjadi saksiku !!! “

Ironinya, kekadang cara dia mengatur system hidupnya pun tak pula mencerminkan yang dia merupakan seorang yang menjunjung al-Quran, tapi bila dah ditimpa musibah baru mula ‘ gabra ‘ menjunjung al-Quran.


Namun cara sedemikian tak boleh berlaku dalam hidup para salafussoleh. Cerita seorang budak pengembala kambing pada zaman Saiyyidina Umar boleh dijadikan perbandingan.

Suatu masa, ketika dipujuk Umar supaya dia menjual seekor kambing atas alasan tuannya tidak mengetahui kedudukan kambingnya itu, dia dengan tegas berkata :

“ Kalau bergitu, di mana ALLAH ???

Ertinya disini, dia takut melakukan penyelewengan kerana berasa ALLAH menjadi ‘ saksi ‘ yang sentiasa melihat segala perbuatannya.

Tapi perkara ini berbeza sungguh dengan isu-isu rasuah yang melibatkan orang Melayu masa kini. Bila bersumpah je mesti ada ayat ‘ demi al-Quran ‘. Bak kata pepatah, bila dah terhantuk, baru tengadah !

Inilah sikap sesetengah umat Islam terhadap al-Quran. Naskhahnya hanya lebih dijadikan ‘ eskapisme ‘ dalam menyelesaikan satu-satu masalah. Jadi bagaimana hendak mengubah persepsi orang Melayu terhadap al-Quran ???

Kat sini, kita mesti mulakan dengan usaha menanamkan keyakinan ( iman ), pandangan alam ( worldview ) dan asas nilai. Semua ini melibatkan proses pendidikan sama ada secara formal or tak formal.

So, penyelesaian masalah ‘ Melayu ‘ mesti ditangani menerusi kaedah-kaedah yang bersifat ‘ dari dalam ke luar ‘ ( inside-out ) bukannya ‘ dari luar ke dalam ‘ ( outside-in ).


Inilah akar umbi prinsip ajaran Islam dalam menyelesaikan apa jua masalah – Iman & Taqwa!!! Tidak keterlaluan jika saya katakana, selama ni pendekatan penyelesaian masalah rasuah, ekonomi, sosial dan pendidikan kurang dilihat dari sudut yang tersirat. Fokus kita selalunya terbatas untuk menangani ‘ presenting problem ‘ yang bersifat luaran. Jarang kita menyelam untuk mencari hakikat atau ‘ the real problem ‘ yang bersifat dalaman.

Akibatnya Melayu menagih ‘ tongkat ‘ demi tongkat – yang akhirnya malu untuk dinamakan lagi sebagai tongkat kerana terlampau acap kali digunakan.
Mudah-mudahan lepas ni, kita mampu bergerak ke hadapan lagi apabila al-Quran dan Tuhan tidak lagi hanya dijadikan ‘ bahan sumpah dan saksi ‘ di pertengahan jalan.

Tapi al-Quran mesti dijadikan sebagai panduan di permulaan, di tengah, di hujung bahkan disepanjang jalan.

Tuntasnya……..
“ Jadikan diri kita The Walking al-Quran, bukannya The Silent al-Quran “
Wallahu’allam

Wednesday, April 27, 2011

KhalifahTV : Zionis Mengganas Lagi !!!


Pergolakan di dunia Arab telah memalingkan seketika perhatian dunia daripada isu umat Islam di Palestin khasnya di Gaza.

Sejak 7 April lalu, pasukan bersenjata Israel telah membunuh lebih 20 orang rakyat Palestin yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dewasa serta kanak-kanak di Gaza.
Berdasarkan rekod yang dikeluarkan pihak berkuasa Palestin, serangan berterusan pihak regim Yahudi itu semakin merebak dan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Hamas mengatakan mereka yakni Hamas akan mempersiapkan bekalan senjata bagi mempertahankan nyawa penduduk Gaza.


Malangnya, pemerintah Israel kerap kali menggambarkan kepada umum yang perbuatan menyeludup senjata ke Gaza adalah jenayah berat yang tidak boleh dibiarkan. Sumber daripada pentadbiran Israel mencadangkan agar satu serangan dan operasi pembunuhan dilakukan terhadap mereka yang terlibat menyeludup senjata ke wilayah tersebut. Segala tindakan Israel itu membayangkan seolah-olah warga Gaza hanya berdiam diri tanpa bertindak mempertahankan diri. Namun mereka silap……

Mengimbas kembali kepada sejarah Perang Dunia ke-2, bangsa Yahudi juga menghadapi kecaman di penempatan Warsaw di Poland, apabila pihak Nazi menutup kawasan itu dengan tembok batu dan kawat duri serta dikawal ketat oleh tentera bersenjata bermula 16 Oktober 1940. Orang-orang Yahudi juga terpaksa bertahan dengan menyeludup masuk bekalan makanan dan senjata dari tahun 1943-1944.


Jika dilihat, tindakan yang dilakukan oleh Hamas sekarang ini adalah sama. Penduduk Gaza berhak untuk terus hidup da mempertahankan diri daripada serangan musuh yang melampaui batas. Sehubungan itu, tidak wajar jika pihak antarabangsa mengatakan tindakan Hamas tersebut salah disisi undang-undang antarabangsa. Tindakan ini diambil Hamas memandangkan peningkatan serangan bertali arus Zionis ketika tumpuan masyarakat dunia beralih kepada konflik pergolakan di ( Jazirah ) sempadan Arab.

Saya tergelak besar bila ketika melihat di TV kenyataan menteri Israel yang mengajak masyarakat dunia menolak keganasan yang kononnya dilakukan oleh pejuang Hamas. Adakah mereka buta dengan perlakuan ( pencerobohan & pembunuhan ) yang mereka sendiri mulakan di Palestin ??? Segala pertumpahan darah dan pembersihan etnik di Palestin adalah hasil perlakuan mereka sendiri. So mcmana plak mereka boleh katakan pejuang Hamas sebagai pengganas ???


Tanggungjawab ???

Negara-negara Arab yang berdekatan mempunyai tanggungjawab agama dan kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza. Sepatutnya, dengan ‘ Era baru ‘ Mesir pasca kejatuhan regim Hosni Mubarak member peluang kepada negara itu untuk menghulurkan bantuan kepada Gaza, bukannya terus menyekat pembekalan senjata dan barang-barangan asasi. Sehubungan dengan kepimpinan baru di Liga Arab, mereka telah mendesak agar Majlis Kselematan Dunia ( PBB ) untuk menghentikan serangan rakus regim Zionis termasuk pengharaman memasuki ruang udara Gaza dengan sewenang-wenangnya.

Walaupun usaha itu belum tentu menampakkan hasilnya, namun pemerintah Palestin pimpinan Ismael Haniyyah sangat menghargai ‘ respons segera ‘ kepimpinan Liga Arab yang bersidang mencari penyelesaian terbaru terhadap serangan berterusan di Gaza sejak 3 minggu yang lalu.



Amaran Buat Israel !!!

Usamah Hamdan, wakil hubungan antarabangsa Hamas member amaran keras kepada Israel tentang serangan mereka terhadap Gaza sejak kebelakangan ini. Hamdan mengingatkan tindakan Zionis itu akan hanya mencetuskan ‘ Revolusi anti-Zionis ‘ di seantero jazirah Arab. Kenyataan Hamdan itu dipetik daripada satu wawancara dengan akhbar Filistin al-Yaum 10 April lalu di Beirut. Beliau menambah, salah satu sebab berlakunya serangan Zionis dalam waktu terdekat ini adalah disebabkan kebimbangan mereka dengan perubahan angin di sempadan Arab dan Palestin.

“ Perubahan sedang berlaku dengan sokongan padu Hamas terhadap Hamas semakin kuat !!! “ kata Hamdan

“ Tidak ada istilah mengalah dalam pendirian kita, terutamanya di Gaza kini terdapat sokongan yang kuat kepada Hamas. Jika kami akan terus bersabar dan mencari peluang terbaik untuk meneruskan pertempuran dengan Zionis “ ujarnya lagi

Tak de Istilah ‘ Genjatan Senjata ‘

Berkaitan dengan kemampuan Hamas dalam menangkis serangan terbaru ini, Hamas menegaskan yang mereka tidak akan sama sekali tertipu lagi dengan helah istilah genjatan senjata yang dimainkan Israel & Amerika Syarikat. Mengimbau sejarah, Hamas pernah diaibkan oleh Israel dan sekutunya US apabila regim Zionis itu mengkhianati perjanjian genjatan senjata yang dicapai suatu ketika dahulu. Benarlah kata-kata yg terukir dalam al-Quran yang mengatakan pengkhianatan dari berpegang kepada janji sudah menjadi mainan dalam bangsa Yahudi laknatullah !!!

Wallahu’allam……..


Jom same2 hayati Video ni....Khalifah Special Edition....for Mujahidin

Saturday, April 23, 2011

MUNAFIK moden : Mayat Mustafa Attartuk tak diterima BUMI ???


Kengkawan sekalian.. tahukah kalian bahawa mayat Mustafa Kamal Attartuk tidak diterima oleh bumi? Berikut adalah sedikit tauladan dari kisah hidupnya. Bukan bertujuan untuk mengaibkan…. Tetapi sebagai Iktibar dan pengajaran.. Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kita sebagai hamba dan khalifahNya di muka bumi ini.....bukan untuk menentang agamaNya.

CORETAN SECARA RINGKAS SEJARAH HIDUP MUSTAFA KAMAL ATTARTUK

Mustafa Kamal Atatürk hidup dari tahun 1881 sehingga 10 November 1938. Dia adalah pengasas Republik Turki . Dia merupakan seorang pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama..

Selain itu, dia adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinannya berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang cuba dimusnahkan oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki. Dia juga telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Dia memerintah Turki bermula dari tahun 1918 sehingga 1934. Dia yang merupakan seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik telah memperkenalkan sistem politik sekularisme, dan dia ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan rentetan kisah kezalimannya menyebabkan azab yang cukup berat diberikan ALLAH ‘ cash ‘ sebelum dia mati.


KEZALIMAN BERMULA...

Kadang-kadang orang yang jahil menampakkan kejahilan mereka dengan menyerang orang alim...menyerang hukum Allah….berhujah memenangkan logik akal daripada memenangkan dalil naqli....mengasingkan agama dengan urusan-urusan keduniaan… membuang peranan agama dalam arus kemajuan.

Begitulah yang dilakukan oleh Kamal Attartuk dan begitulah sikap manusia sesetengahnya di muka bumi ini. Terlalu egois.. macam dunia ini mereka yang punya….Semoga kisah manusia bernama Kamal Attartuk ini menjadi I’tibar dan pengajaran berguna kepada kita semua….

APA YANG TELAH DIA LAKUKAN ???

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Dia sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Dia pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Namun bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dihapuskan sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Akibat kebiadabannya terhadap ALLAH dan umat Islam tersebut, ketika saat kematiannya, telah didatangkan beberapa penyakit oleh Allah SWT kepadanya sehingga dia rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletakkan ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, menteri-menteri yang bertanggungjawab telah membawanya ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan dia akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang !!!

Pada 26 September 1938, Attartuk pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi dia telah hilang ingatan. Pada 9 November 1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu dia meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayatnya. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuanya datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Setelah puas berikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar yang beratnya 44 tan. Berikut adalah marmar yang menempatkan mayat Attartuk....



Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa :

" Jangan kata bumi Turki tak menerima jasadnya,malah seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!!! ".....Na’uzubillahiminzalik....!!! Mintak jauh....

Smoga kita semua dijauhkan azab ALLAH....
Wallahu'allam

Wednesday, April 20, 2011

Songkok & Kopiah Jadi Mangsa " GILA POLITIK " ???


“ Tolong tukar kepada songkok, kalau tak susah kertas kerja kamu ni nak lulus nanti“ cadang seorang kakitangan sebuah syarikat kepada saya tak lama dulu.

“ Kenapa dengan kopiah bang ??? “ tanya saya

“ Kamu faham-faham sendirilah “ balasnya simple

Saya mengangguk saja walaupun pada hakikatnya saya belum benar-benar faham dengan apa yang dimaksudkannya.

“ Apa kena-mengenanya antara kopiah dan songkok yang saya pakai dengan kertas kerja saya tu ?? Sepatutnya yang penting ialah ketepatan format kertas kerja itu yang harus menjadi penilaian dan pertimbangan “ bisik hati kecilku

Bila saya cuba menjelaskan hakikat itu, kakitangan itu berkata :

“ Ini soal sensitif. Ada ‘ orang dalam ‘ yang berpangkat dalam syarikat ini tak senang dengan kopiah putih. Tak kan kamu tak faham .”

Saya mulai faham perlahan-lahan. Namun saya berfikir sejenak

“ Dimana sikap rasional dan professional mereka dalam urusan pentadbiran ?? Takkan semua benda nak dikaitkan dengan Po**t*k ?? “ soal hatiku sendiri

*************************************************


Pada waktu yang lain pula, sahabat saya yang bersongkok pernah disindir apabila kami singgah di sebuah masjid untuk mengerjakan solat.

“ Dia dah datang dah….” kata seorang Pak Cik ahli kariah setempat

“ Musim-musim macam nilah baru nak hantar orang jenguk muka kita “ sampuk seorang lagi

Sahabat saya yang bersongkok itu terpinga-pinga, tak mengerti apa maksud sindiran mereka yang berkopiah itu. Kami kebetulan singgah di masjid itu untuk mengerjakan solat. Hanya selepas membaca risalah-risalah, poster-poster dan iklan-iklan ceramah yang ditampal di sekitar masjid, barulah kami faham apa yang dimaksudkan mereka.

Rupa-rupanya dengan bersongkok begitu dia dianggap ahli politik parti lawan yang pada tanggapan mereka dihantar oleh pihak tertentu ke masjid itu untuk menyebarkan berita-berita dan mengampu penduduk kampung di kawasan itu. Maklum sajalah, Pilihanraya Umum akan menjelang tak lama lagi……

*********************************************************


Seorang kenalan saya yang lain pernah meluahkan rasa hatinya kepada saya tentang betapa terujinya dia bila memakai kopiah di tempat praktikalnya

“ Aku bengang betollah fif…bos aku tu curiga betol dengan aku, macam tak puas hati dengan aku je “ katanya

“ Kenapa plak ?? Sebab kopiah ke ?? “ tanya saya

Dia mengangguk. Kawan saya disyaki membawa agenda politik ke tempat praktikalnya. Padahal saya tau yang dia memang berkopiah sejak di sekolah rendah lagi. Dia merupakan anak seorang ustaz yang memang sudah dibiasakan bapanya untuk berkopiah sejak kecil. Tak ada kene-mengena dengan soal politik.

Bagi saya, sangat ‘ praktikal ‘ jika kita memakai kopiah ketika bermusafir dari satu tempat ke satu tempat. Kopiah senang dilipat dan dibersihkan ataupun dibasuh, berbanding songkok yang perlu dijaga selalu. Jika terhenyak apalagi kalau terduduk ia akan mudah terpesok. Namun kopiah juga mungkin ade kekurangannya bagi sesetengah pihak.
Apabila kita menghadiri majlis-majlis rasmi umpamanya, songkok kelihatan lebih segak dan manis bila dipadankan dengan baju Melayu malah pakaian kasual sekalipun.

Soalnya sekarang, apakah kita hendak bersongkok atau berkopiah ?? Atau lebih tepat lagi mana lebih baik, songkok atau kopiah ?? Terus terang saya katakan, mana-mana pun boleh sebenarnya. Yang penting semuanya harus dipakai berdasarkan hukum syariat, kerana syariat juga mengiktiraf soal budaya serta adat setempat selagi tidak bertentangan dengan agama.


FLEKSIBEL

Seorang kiyai muda yang tersohor di Indonesia, Abdullah Gymnastiar, apabila ditanya mengapa ada kalanya dia berserban, berkopiah atau kekadang tidak memakai apa-apa di kepala, dia menjawab :

“…..Saya memutuskan untuk lebih ‘ fleksibel ‘. Kekadang berkopiah, kekadang berserban dan kekadang tak memakai apa-apa sama sekali, kerana ternyata Rasul pun begitu. Oleh kerana itu, kita tak boleh mengikat diri kita kepada aksesoris tertentu. Yang penting ialah kita berusaha menjadi lebih baik daripada ‘topeng’ yang kita pakai….”

Walaupun kiyai muda itu dikatakan selalu tampil berserban pada kebanyakan waktu dan keadaan ( kerana itu pakaian sunnah dan tradisi orang soleh ), tetapi beliau tetap praktikal dalam menghadapi kepelbagaian suasana dan menyesuaikan diri mengikut keadaan sekitar.

Bagi saya, kata-katanya di atas tadi adalah neutral. Dia tidak memisahkan antara golongan yang berkopiah, bersongkok, berserban atau tak memakai apa-apa. Dan jawapannya itu merupakan satu didikan tarbiah untuk setiap golongan bagi membaiki hati masing-masing.

Melihat keadaan semasa, saya melihat masyarakat sekarang lebih gemar memainkan isu politik, dengan ‘ kopiah dan songkok ‘ ini dijadikan bahan dalam menghentam lawan masing-masing.

Satu masa ketika menghadiri satu program ilmu peringkat negeri, saya telah dinasihatkan agar menanggalkan kopiah.

“ Kalau nak tutup kepala juga, kamu boleh pakai songkok je “ kata seorang penyambut tetamu yang kelihatan begitu cemas. Ya, saya faham dia terpaksa menjaga hati banyak pihak dan pada masa yang sama tak mahu mengecilkan hati saya.

“ No problem bang “ jawab saya

“ Kalau abg mintak saya tak pakai apa-apa kat kepala pun tak pe, asalkan saya boleh joint program ilmu ni “ tegas saya

Ya !!! Kalau apa yang saya pakai di kepala menjadi penghalang kepada saya dari memasuki majlis ilmu itu, maka biarlah kopiah atau songkok itu ‘ terkorban ‘ sementara. Kita mesti pandai menilai keutamaan. Memakai penutup kepala seperti kopiah itu adalah sunat, tetapi menuntut ilmu itu adalah wajib !!!


PERLUKAH BERTELAGAH SEBAB KOPIAH DAN SONGKOK ???

Demikian, rentetan kisah remah-temeh tentang kopiah dan songkok yang menjadi isu dalam masyarakat sekarang. Tapi macamane remeh pun, isu ini sering menjadi besar berbanding isu menjaga hubungan silaturrahim dan perbezaan fahaman.

Saya tak berniat nak menyindir sesiapa, tapi kebanyakan masyarakat lelaki sekarang seolah-olah tak faham dengan konsep menutup kepala. Tak kesah sebenarnya nak pakai kopiah ke songkok ke, yang penting niat memakai tu ikhlas kerana ALLAH, bukan nak tunjuk diri ini alim atau sebagainya. Namun jika ingin berkopiah atau songkok misalnya, jagalah akhlak kita sesuai dengan ‘ status Islamik ‘ yang dibawa di kepala. Saya pelik, kenapa bila memakai songkok ni dikatakan just untuk golongan U**O dan kopiah ni untuk golongan P**. Kenapa pula pemakaian baju Melayu, jubah dan baju ‘ Raihan ‘ tak digolongkan seperti parti politik yang saya sebutkan tadi ??
Sebenarnya tak perlu ditimbulkan isu sebegini kerana Islam tak pernah kata “ Memakai songkok itu haram “ dan “ Memakai kopiah itu cmfirm masuk syurga “….mungkin sebahagian masyarakat lebih gemar berkopiah putih kerana ia melambangkan kebersihan.

Namun ini tak bermakna kita tak boleh memakai songkok. Yang penting ialah bekalan amal ibadah yang kita lakukan. Kalau kita pakai kopiah misalnya, tapi selalu langgar perintah ALLAH, buat maksiat dan sebagainya….comfirm berdosa gak. Samelah juga jika kita bersongkok, kalau kita buat maksiat tetap berdosa….so jangan jadikan songkok dan kopiah ni penyebab kita bergaduh sesame Muslim !!!

RENUNGKAN

Saya rasa kita semua pun dah tau, memakai penutup kepala itu sunat….tapi menjaga hubungan sesame Muslim itulah yang wajib. Namun masyarakat sekarang lebih memilih untuk berdebat isu-isu yang ‘ sunat ‘ dilakukan berbanding menjaga amalan yang wajib.

Kita seolah-olah sengaja mencari point untuk bertelagah, curiga dan berprasangka. “ Gila Politik “ tak kira tempat, tak kira musim, sampai isu pakaian di kepala pun boleh menimbulkan polemik. Padahal yang lebih penting ialah dahi yang sujud kepada ALLAH. Bukankah kita semua tak kira P** or U**O still menyembah Tuhan yang Maha Satu. So, what’s the problem ???
Wallahu'allam......

Tuesday, April 19, 2011

Dari Meja Muallaf : Indahnya Syahadah Islam


Mukaddimah

Republik Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian Barat Lautan Pasifik, iaitu kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Negara ini mempunyai pengaruh agama yang kuat, selain pengaruh kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari negara Sepanyol, Portugal dan Amerika Syraikat memandangkan mereka telah dijajah selama hamper 4 abad oleh kuasa-kuasa besar tersebut.

Filipina juga adalah salah satu daripada 2 buah negara di Asia selain Timor Leste yang majoriti penduduknya menganuti agama Kristian. Oleh itu, umat Islam di negara ini terpaksa melakukan ‘ survival ‘ untuk membolehkan mereka terus hidup. Disebabkan tekanan dan penindasan yang dikenakan terhadap umat Islam, maka mereka keluar beramai-ramai berjuang menuntut hak sebagai warganegara. Penindasan ini juga tidak dipersetujui oleh penganut Kristian Katolik yang menjadi penduduk majoriti di sana memandangkan umat Islam juga adalah warganegara di Filipina. Melihat penindasan yang berterusan terhadap Islam, maka timbul perasaan simpati salah seorang bekas penganut tegar Kristian yang sekarang ini sudah dikenali sebagai Aisha Canlas setelah mendapat hidayah dan taufiq ALLAH selepas kejadian tersebut.


Mengenali peribadi Aisha Canlas

Mungkin masih ramai yang belum mengenali gadis ini. Aisha Canlas adalah penganut Katolik sebelum menjadi seorang Muslimah. Kedua ibubapanya juga berpegang dengan ajaran Katolik, namun ketika itu dia dan ibubapanya berbeza dari sudut pendekatan beragama. Walaupun berbeza, mereka masih menyembah patung yang sama iaitu sebuah patung lelaki yang diyakini sebagai Tuhan oleh penganut Kristian. Canlas sering berbisik dalam hatinya :

“ Benarkah ini wajah Tuhan ? “

“ Bagaimana manusia boleh tau macamana rupa Tuhan ? “

“ Adakah mereka pernah bertemu Tuhan ? “

Dari sudut lain pula, Aisha selalu berasa tenang dan damai ketika mendengar seruan azan dari sebuah masjid di bandar raya Manila, Filipina.

“ Saya selalu memejamkan mata dan berasa tenang mendengarnya meskipun saya tidak memahami kata-kata dalam azan itu. Suara azan seperti suara muzik di hati saya “ tegas Aisha

Sejak itu, dia bertekad mencari pekerjaan di Arab Saudi dalam bidang perubatan untuk memperoleh pendapatan yang lebih baik bagi menampung keluarganya. Namun sebelum membuat sebarang keputusan ke Saudi, dia terlebih dahulu mempelajari selok-belok budaya orang Arab bagi memudahkannya menyesuaikan diri ketika berada disana.

“ Saya belajar tentang budaya orang arab secara keseluruhannya, dari segi bahasa dan juga berkaitan agama Islam, sebab majority penduduk di Saudi adalah Islam. Setelah itu,saya mulai nampak keindahan Islam dan tertarik dengan Islam “ ujar Aisha

Namun begitu, proses pengislamannya memakan masa yang agak lama, kerana dia telah melakukan ‘ analisis ‘ sendiri bagi mengetahui secara lanjut tentang Islam dengan cara melontarkan pertanyaan terutama kepada rakan-rakan doctor yang menjadi rakan sekerjanya. Disamping itu, pada dia juga telah mendaftarkan diri sebagai pelajar di sebuah Madrasah yang tidak berjauhan dengan tempat kerjanya.

Kehadirannya di Madrasah berkenaan menjadikannya tarikan umum memandangkan dia adalah antara warga asing beragama Kristian yang belajar tentang pengajian Fardhu Ain di situ. Dia menunjukkan minat yang cukup tinggi untuk memahami Islam dengan menumpukan sepenuh perhatian terhadap penyampaian ilmu berkaitan Islam, al-Quran, ALLAH s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Al-hasilnya, dalam tempoh seminggu sahaja, dia telah berjaya memahami Islam dengan cukup baik sekali. Alhamdulillah !!!


Sejarah Tercipta

Sejak itu, dia bertekad untuk memeluk agama Islam yang disifatkannya sebagai agama yang paling lurus dan baik, namun sebelum meneruskan niatnya itu, dia terlebih dahulu meminta keizinan ibunya dengan mengirim surat bagi mendapatkan restu kedua orang tuanya. Alhamdulillah ibunya merestui tindakan anaknya itu namun bimbang jika anaknya akan melupakan mereka setelah menganuti agama baru.

Aisha membuktikan bahawa Islam itu cukup indah dan tidak pernah melarang seorang anak daripada berbuat baik terhadap ibubapa, dengan sentiasa bertanya khabar kepada ibunya walaupun mereka sudah berlainan agama dan budaya. Bak kata pepatah, ibarat air yang dicincang tak akan putus.

Setelah seminggu menuntut di Mdrasah tersebut, Aisha telah melafazkan kalimah Syahadah di hadapan guru-guru dan rakan-rakan siswa-siswi yang lain. Aisha menganggap bahawa itu merupakan tarikh keramat dalam hidupnya, memandangkan dia sudah bergelar seorang Muslimah, yang semestinya mengenakan pakaian yang lengkap bagi menutup seluruh auratnya dengan sempurna.

Aisha mengaku tidak percaya yang dia mampu mengungkapkan kalimah Syahadah :

“ Yang saya tau, selepas bersyahadah, saya merasa hati saya seolah-olah terlepas dari sebuah bebanan. Saya dapat merasakan kedamaian yang selama ini saya cari dalam kehidupan ini. Menjadi seorang Muslimah amat berbeza dengan wanita-wanita agama lain khususnya dari sudut penampilan dan pemakaian “ akuinya terus-terang

Rakan-rakan non-Muslim sering bertanya mengenai tidakannya menganuti Islam, namun dia menjawab dengan tenang dan simple :

“ Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain ALLAH, iaitu Tuhan yang menurunkan kebenaran kepada utusan-Nya, Nabi Muhammad s.a.w “

Tegas Aisha lagi kepada rakan-rakanya, dia sebenarnya tidak mahu mengkhianati agama Kristian, atau berpura-pura bahawa agama Kristian itu bagus, kerana dia melihat banyak kelemahan dari kebaikan. Justeru ujarnya, lebih baik baginya memilih Islam yang menurutnya sebagai agama yang paling baik.


Menjadi Tetamu ALLAH

Beberapa bulan selepas pengislamannya, dia telah dibimbing oleh guru-gurunya bagi menunaikan ibadah umrah secara percuma yang ditaja oleh pihak tertentu. Dia berasa sangat bahagia sebagai seorang Muslimah yang dimuliakan oleh banyak pihak terutama guru-guru serta rakan-rakannya. Melalui pelaksanaan ibadah umrah tersebut, dia telah berjaya menimba banyak ilmu dan pengalaman bagi menjadi seorang Muslimah sejati.

“ Saya berdoa dan berharap pada ALLAH agar dapat meyakinkan keluarga saya untuk menerima dan memeluk Islam. Saya ingin mereka selamat dari api neraka pada Hari Kiamat nanti “ harap Aisha

Demikianlah harapan Aisha agar ibubapanya juga akan dikurniakan hidayah Islam dan mengikut jejak langkahnya suatu hari nanti.
Subhanallah……….Indahnya Kalimah Syahadah !!!

Berikut saya sertakan sebuah video buat tatapan sahabat2 sekalian.....Moga dengan video ini kita akan kembali menghayati erti sebenar disebalik ' Lafaz Syahadah '...
Slamat menonton

Saturday, April 16, 2011

Cetusan : Hukum ALLAH dah Relevan laaaa…......



“ Ish..kalau aku dapat sape yang curi henset aku, aku akan kerat 4 !!! “ Itulah luahan hati seorang kenalan sewaktu kami bertemu satu ketika dulu.

“ Begitu geram, marah ??? “ balas saya

“ Yelah, dalam hanset tulah aku simpan macam-macam maklumat, no phone mak ayah, no phone makwe aku pun skali. Hanset tu merupakan seolah-olah nyawa aku. “

“ sampai nak kerat 4 ??? “ soal saya

“ Ha, tu memang comfirm !!! Kalau dapat aku tak lepasnye, siaplah dia aku kerjakan “ akuinya terus-terang

Melihat dia marah sampai tahap macam tu, membuatkan saya tersenyum dalam hati. Bukan ape, saya dah mengenalinya beberapa tahun lalu. Masih segar dalam ingatan saya tentang perbualan kami 5 tahun yang lalu. Time tu dia begitu ‘sinis’ dengan hukum hudud.

“ Bagi aku lah kan, ayat Quran tentang hudud ni perlu dikaji & ditafsir balik la. Realiti dunia dah berubah bro.”

Saya terdiam, berfikir bagaimana siswa jurusan Pengurusan itu begitu ‘arif ‘ dalam ilmu tafsir Quran.

“ Kenapa macamtu plak ??? Syariat tu sesuatu yang evergreen, sesuai untuk setiap waktu & zaman “ balas saya

“ Bukan pe, aku fikir hudud ni kejam sangat laa. Asal curi je potong tangan. Habis macamane pencuri tu nak teruskan kehidupan ??? “

Begitulah besarnya simapatinya kepada pencuri. Walaupun saya dah cuba menerangkan bahawa sebagai hamba kita sepatutnya akur dengan segala suruhan yang diperintahkan, namun dia tetap berkeras dengan hujahnya. Ketika saya tengah bermati-matian cuba sedarkan dia yang ilmu manusia tu terbatas dan tak mampu menjangkau ilmu ALLAH yang sangat luas, dia menambah pula :

“ Tuhankan member kita akal, so kita gunakanlah akal tu untuk menghasilkan kreativiti dan inovasi bagi menyesuaikan hukum-Nya mengikut peredaran masa dan zaman“

“ Pergh !!! Kate-kate die bleh tahan gak “ bisik hatiku


Masih segar juga diingatan tentang bagaimana reaksinya ketika saya menegaskan bahawa kitalah yang sepatutnya tunduk dengan menyesuaikan keadaan dan masa menurut hukum ALLAH, bukannya hukum ALLAH yang diubahsuai mengikut masa dan keadaan. Dia begitu marah dengan kata-kata saya itu. Muzakarah itu hamper-hampir je menjadi medan mujadalah kerana hamper timbul riak-riak perbalahan, maka saya menukar tajuk perbualan. Bisik hati saya, semoga saatnya tiba juga untuk dia memahami hakikat sebenarnya.
Ya !!! Detik itulah yang berlaku sekarang. Mengingatkan kisah tersebut, membuatkan saya tidak melepaskan peluang untuk saya memberikan penjelasan sebenar walaupun masalah itu sudah lepas.

“ Kamu berubah “ kata saya tiba-tiba

“ Berubah apenye ??? “ soalnya

“ Kamu dah menyokong hudud sekarang “ balas saya tanpa berselindung

Dia terdiam. Mungkin ingatannya mula terusik oleh imbasan ‘ muzakarah ‘ kami tentang hudud beberapa ketika yang lepas. Saya tak kesah jika die menerima hudud tetapi just berbeza pandangan dari segi pelaksanaanya, tapi masalahnya dia menolah secara TOTAL….itu yang bahaya. Dia masih diam.

“ Tak simpati ke dengan pencuri hanset kamu ??? “ soal saya

“ Bukan tak simpati tapi……”

“ Tapi geram ? Marah or kamu rasa dizalimi kan ??? pintas saya

Sebenarnya saya bukan je simpati dengan nasibnya, tapi empati dengan kecurian hansetnya itu. Saya sendiri pernah kehilangan sesuatu yang disayangi and that’s why kenapa saya boleh berempati tahap kegeramannya walaupun tahap kegeraman saya tidaklah sampai berazam mengerat 4 si pencuri tersebut.

“ Hudud tak sampailah kerat 4, just kerat sebelah pergelangan tangan. Itupun dengan syarat yang begitu ketat, teliti dan rapi. Bukan untuk menyeksa, tapi sekadar mendidik pencuri dan menegakkan keadilan untuk masyarakat.”
Malihat dia diam, saya menambah lagi :

“ Jangan apabila hak ALLAH dicabar kita diam. Tetapi apabila hak kita tercabar, barulah kita marah. Jangan hanya apabila kita atau keluarga kita yang menjadi mangsa curi, rompak, ragut, zina dan rogol….barulah kita jadi menyokong hukum ALLAH “


Namun begitulah realiti masyarakat. Bile dah terkena batang hidung sendiri, barulah manusia sedar betapa relevannya hukum ALLAH.

So, tepuk dada and Tanya IMAN….

Wallahu’allam…

Thursday, April 14, 2011

Muhasabah Remaja-Remaji : Contohilah Tsa’labah.....


Bismillahiwa'ala barokatillahi wa'alarosulillah....

Diceritakan seorang pemuda dari kaum Ansar yang bernama Tsa'labah bin Abdurrahman telah memeluk Islam. Dia sangat setia dengan Rasulullah SAW. Suatu ketika Rasulullah SAW mengutusnya untuk suatu keperluan.
Dalam perjalanannya dia melalui rumah salah seorang kaum Ansar, maka tanpa sengaja dia terlihat seorang wanita Ansar yang sedang mandi. Oleh kerana takut akan turun wahyu kepada Rasulullah SAW mengenai perbuatannya itu, maka dia terus berlari dan. menuju ke sebuah gunung yang berada di antara Mekah dan Madinah dan terus mendakinya.

Selama empat puluh hari Rasulullah SAW tidak menjumpainya. Lalu Jibril a.s turun kepada Nabi SAW dan berkata,
"Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam buatmu dan berfirman kepadamu, "Sesungguhnya seorang lelaki dari umatmu berada di gunung ini sedang memohon perlindungan kepada-Ku.""

Maka Nabi SAW berkata,
"Wahai Umar dan Salman! Pergilah cari Tsa'labah bin Aburrahman, lalu bawa kemari."

Lalu kedua-dua mereka pun pergi menyusuri bukit-bukau di sepanjang Madinah. Dalam pencarian tersebut mereka bertemu dengan salah seorang penggembala Madinah yang bernama Dzufafah.
Umar bertanya kepadanya,
"Apakah engkau tahu ( pernah lihat ) akan seorang pemuda di antara bukit-bukau ini?"
Penggembala itu menjawab,
"Jangan-jangan yang engkau maksud seorang lelaki yang lari dari neraka Jahanam?"
"Bagaimana engkau tahu bahwa dia lari dari neraka Jahanam?" tanya Umar. Dzaufafah menjawab,

"karena, apabila malam telah tiba, dia keluar kepada kami dari sempadan bukit-bukau ini dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata, "Mengapa tidak cabut saja nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti keputusan!"

"Ya, dialah yang kami maksud," tegas Umar. Akhirnya mereka bertiga pergi bersama-sama.

Ketika malam menjelang, keluarlah dia dari antara bukit-bukau itu dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata,
"Wahai, seandainya saja Engkau cabut nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti-nanti keputusan!"

Lalu Umar menghampirinya dan mendekapnya. Tsa'labah berkata,
"Wahai Umar! Apakah Rasulullah telah mengetahui dosaku?"
"Aku tidak tahu, yang jelas kemarin Baginda menyebut-nyebut namamu lalu mengutus aku dan Salman untuk mencarimu."

Tsa'labah berkata,
"Wahai Umar! Jangan kau bawa aku menghadap Baginda kecuali Baginda dalam keadaan solat"


Ketika mereka datang untuk menemui Baginda, Rasulullah SAW tengah melakukan solat, Umar dan Salman segera mengisi saf. Tatkala Tsa'laba mendengar bacaan Nabi saw, dia tersungkur pengsan. Setelah Nabi mengucapkan salam, beliau bersabda,
"Wahai Umar! Salman! Apakah yang telah kau lakukan Tsa'labah?"

Keduanya menjawab,
"Ini dia, wahai Rasulullah saw!"

Maka Rasulullah berdiri dan menggerak-gerakkan Tsa'labah yang membuatnya tersedar. Rasulullah SAW berkata kepadanya,
"Mengapa engkau mengelakkan diri dariku?"

Tsa'labah menjawab, "Dosaku, ya Rasulullah!"

Beliau mengatakan, "Bukankah telah kuajarkan kepadamu suatu ayat yang dapat menghapus dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan?"

"Benar, wahai Rasulullah."

Rasulullah SAW bersabda,
"Katakan Ya Tuhan kami, berilah kami sebahagian di dunia dan di akhirat serta peliharalah kami dari azab neraka."

Tsa'labah berkata, "Dosaku, wahai Rasulullah, sangat besar."


Baginda bersabda,
"Akan tetapi Kalamullah lebih besar." Kemudian Rasulullah membawa Tsa’labah pulang ke rumahnya. Di rumah dia jatuh sakit selama lapan hari. Mendengar Tsa'labah sakit, Salman pun datang menghadap Rasulullah SAW lalu berkata,

"Wahai Rasulullah! Masihkah engkau mengingat Tsa'labah? Dia sekarang sedang sakit keras." Maka Rasulullah SAW datang menemuinya dan meletakkan kepala Tsa'labah di atas pangkuan beliau. Akan tetapi Tsa'labah menyingkirkan kepalanya dari pangkuan beliau.

"Mengapa engkau singkirkan ( ketepikan )kepalamu dari pangkuanku?" tanya Rasulullah SAW.

"Kerana kepalaku penuh dengan dosa." Jawabnya.

Baginda bertanya lagi,
"Bagaimana yang engkau rasakan?"
"Seperti diselubungi semut pada tulang, daging, dan kulitku." Jawab Tsa'labah.

Baginda bertanya,
"Apa yang kau inginkan?"
"Hanya keampunan dari Tuhanku," Jawabnya.

Maka turunlah Jibril as. dan berkata,
"Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu mengucapkan salam untukmu dan berfirman kepadamu, "Kalau saja hamba-Ku ini menemui Aku dengan membawa sepenuh bumi kesalahan, niscaya Aku akan temui dia dengan ampunan sepenuh itu pula." Maka segera Rasulullah SAW memberitahukan hal itu kepadanya. Mendengar berita itu, terpekiklah Tsa'labah dan langsung terus meninggal dunia. Innalillah.....

Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar Tsa'labah segera dimandikan dan dikafan. Sesudah selesai disolatkan, Rasulullah SAW berjalan sambil berjingkat-jingkat ( seolah-olah berjalan dalam keadaan tersekat-sekat ). Setelah selesai pemakamannya, para sahabat berkata,
"Wahai Rasulullah! Kami lihat engkau berjalan sambil berjingkat-jingkat ( tersekat-sekat )"

Baginda bersabda,
"Demi Zat yang telah mengutus aku sebagai seorang nabi yang sebenarnya! Kerana, banyaknya malaikat yang turut menziarahi Tsa'labah.".
Allahuakbar !!!
Inilah remaja yang kita sepatutnya cita-citakan !!!

MUHASABAH

Saya ingin mengajak teman2 sekalian....mari kita muhasabah diri kita....sudikanlah mendengar nasihat IKHLAS ini....menangislah dengan dosa2 kita
( Saye galakkan anda memakai earphone supaya ada feeling Insya-ALLAH )



KATA-KATAKU BUATMU

Remaja-Remaji Sekalian….
Ayuh kita lihat ke dalam diri kita sendiri….
Selama ni kita hanya ingat ketampanan & kecantikan wajah kita….
Kita hanya bangga dengan tubuh badan yang cantik dan gagah….
Tapi kita lupa dari mana kita diciptakan kita….Dari setitis air yang HINA…..
Kita lupa siapa yang menghidupkan jantung dalam dada…..
Kita lupa siapa yang mengalirkan darah di dalam tubuh kita…..
So….bacalah dengan nama TuhanMu….
Siapa yang Maha Pemurah…
Siapa yang mengajarkanmu melalui pena dan tulisan….
Siapa yang ajar kita perkara yang tidak kita ketahui…..
Renungkan…..
Kemana kamu bawa tangan dan kakimu….???
Apa yang kau lihat dengan kedua matamu….???
Apa yang keluar dari lisanmu ketika berbicara…???
Bacalah,bacalah remaja sekalian dengan nama TuhanMu…..

RENUNGKAN

Kita tak boleh hanya menjadi seperti kapal yang bagus, indah bentuknya…
Tp tak mempunyai ( sauh ) pegangan kehidupan…
Pegangan yang kita miliki tak boleh salah……harus berdasarkan al-Quran & as-Sunnah…
Tak ade salahnya kita bina sebuah kapal yang cantik….
Tapi sebagus manapun kapal yang kita bina…
Tanpa sauh ( pegangan )….boleh jadi kapal itu akan karam atau melanggar kapal-kapal lain….

Ingatlah, kedatangan kita kedunia ini bukan begitu sahaja,
Kehadiran kita dimuka bumi ALLAH ini,
bukanlah sekadar untuk memeriahkan kehidupan,
Tapi ada tugas yang harus kita laksanakan
Dan tugas ini akan gagal,
Jika gagal mengenali tujuan kehidupan kita yang sebenar....

Wallahu’allam…..

Sunday, April 10, 2011

Ada apa pada NAMA ???



Bismillah…..

Mengingati nama seseorang bukan sahaja penting untuk tujuan membina hubungan social atau silaturrahim malah menjadi terlalu mustahak dalam hubungan yang formal seperti perniagaan, politik dan sebagainya.

Apabila mampu mengingati nama seseorang dalam sesuatu proses komunikasi kita, tentu secara tak langsung dapat menimbulkan kemesraan dan merasakan bahawa diri mereka dihargai dan diingati. Kata pepatah Melayu, “ Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.” Begitulah pentingnya nama pada manusia.

Keutamaan memberikan nama yang baik bukan sahaja kepada manusia, malah merangkumi segala benda yang wujud di dunia ini. Sebelum Nabi Adam dihantar ke dunia, beliau telah diajar oleh malaikat tentang nama-nama benda yang terdapat di muka bumi ini. Firman ALLAH yang bermaksud :

“ Dia telah mengajari Adam akan nama-nama seluruhnya “
( Surah al-Baqarah 2:31 )

Allah sendiri memiliki 99 nama ( Asma’ al-Husna ) malah ALLAH akan memberikan kita ganjaran sekiranya kita menghafal dan memahaminya. Nama-nama ALLAH ini menggambarkan kepada kita betapa hebatnya sifat-sifat ALLAH dengan kehebatan nama-Nya. ALLAH berfirman yang bermaksud :

“ ALLAH mempunyai 99 nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang memahaminya akan masuk syurga.”
( Riwayat Bukhari & Muslim )

Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa kita boleh menggelar seseorang dengan gelaran yang baik dan yang disukainya. Sebagai contoh, nama-nama gelaran para sahabat antaranya:

- Saiyyidina Abu Bakar diberi gelaran ‘Atiq’ (yang dimerdekakan daripada api neraka)
- Sayyidina Umar al-Khattab diberi gelaran ‘al-Faruq’ ( yang membezakan kebenaran daripada kebatilan )
- Sayyidina Hamzah diberi gelaran ‘Asadullah’ ( singa ALLAH )


PANGGILAN NAMA YANG DITEGAH

Kalau diperhatikan, ramai orang yang suka mempermainkan nama dengan memberikan pelbagai gelaran yang tidak baik kepada sahabat-sahabat mereka. Gelaran-gelaran ini tidak kira sama ada ia disebabkan kekurangan orang itu seperti jongang, juling, rabun, bisu, bongkok ataupun disebabkan berkaitan sifat ibubapa dan diri seseorang itu. Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa hukum memanggil dengan gelaran yang buruk tersebut adalah HARAM. Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud :

“ Dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. “
( Surah al-Hujurat 49:11 )

Namun tidak terlepas juga fenomena yang semakin menular sekarang iaitu memanggil seseorang dengan singkatan yang tidak ada ‘ Makna ‘ dan seolah-olah mempermainkan nama nabi, para isteri dan sahabat baginda antaranya :

- Muhammad dipanggil ‘ Mat ‘
- Fatimah dipanggil ‘ Timah ‘
- Salahuddin dipanggil ‘ Salad ‘
- Abu Bakar dipanggil ‘ Burn ‘
- Aminah dipanggil ‘ Minah ‘………Dan yang sama waktu dengannya…

Gelaran-gelaran sebegini tidak digalakkan menurut sebahagian ulama kerana tidak memberikan makna dan tidak memberika manfaat. Kebanyakkan masyarakat sekarang menggunakan alasan seperti ‘ tak kenal orang tu ‘ untuk menghalalkan mereka memanggil seseorang itu dengan gelaran Mat bagi lelaki dan Minah bagi wanita.


Sebaiknya, jika kita ingin memanggil seseorang yang tidak dikenali dan tidak tahu namanya, kita mengambil pendekatan yang diajar oleh Imam al-Nawawi iaitu dipanggil dengan gelaran yang baik-baik seperti ‘ Encik, Sahabat, Kawan, Tuan, Puan, Saudara, Cik, ‘ dan seumpamanya yang bersesuaian dengan keadaan.

Jelas disini, memberi dan menggunakan nama yang baik dan berunsur keislaman itu sememangnya sangat penting untuk diambil perhatian. Nampak macam remeh, tapi sangat penting. Nama yang baik akan mendatangkan semangat dan pengaruh yang baik.

So, elakkanlah menggunakan nama-nama yang buruk kerana ia secara tak langsung boleh mendatangkan pengaruh negatif kepada segenap aspek kehidupan manusia.
Wallahu’alam

Jom kita hayati 99 Nama ALLAH...

Friday, April 8, 2011

Analisis : Membongkar Pemalsuan ‘ IMEJ ‘ Sebenar al-Quds


Bismillahiwa’ala barokatillahiwa’ala rosulillah…

Anda pernah lihat gambar tersebut ???

Pasti ramai dari kalian yang sudah mengenalinya, iaitu Masjid al-Aqsa, simbol perjuangan sahabat pejuang Palestin. Namun tahukah kalian yang selama ini kita telah ditipu oleh ‘ Imej al-Aqsa ‘ tersebut ??? Dilaporkan di dunia barat, gambar ini telah diedarkan secara percuma melalui poster dan video sebagai ‘ gambar sebenar Masjid Al-Aqsa ‘. Ternyata maklumat yang kita perolehi dari BBC, CNN dan segala media antarabangsa selama ini mengenai gambar sebenar Masjidil Aqsa ini adalah sebuah bangunan seperti masjid yang ‘ berkubahkan ‘ kubah berwarna kuning seperti di bawah kan ???


Namun syukur pada ALLAH, segala penyelewengan, penipuan dan propaganda Israel dalam menghanyutkan orang-orang Islam daripada mengetahui imej Masjid Al-Aqsa berjaya dibongkar oleh ahli-ahli sejarah Islam dengan membuktikan imej sebenar masjid ke-3 paling suci umat Islam ini. Berikut merupakan imej sebenar al-Quds …






Berdasarkan imej-imej tersebut, sangat jelas kepada kita bahawa imej ‘ Kubah Kuning ‘ yang ditonjolkan selama ini bukanlah Masjid al-Aqsa yang sebenar, sebaliknya ia adalah imej bagi ‘ Kubah al-Sakhrah ‘ ataupun dikenali sebagai Masjid Umar bagi penduduk Palestin. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila umat Islam dah keliru untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenar, maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan agenda ‘ penggalian ‘ bagi melenyapkan al-Aqsa.

Apakah itu Dome Of The Rock ???

Dome of the Rock didirikan pada Dinasti Umayyah tahun 687-691 merupakan sebuah bangunan yang menyerupai masjid, dan dipercayai terdapat sebongkah batu tempat Nabi Muhammad berdiri sebelum naik ke langit ketujuh dalam peristiwa Isra' Mi'raj.



Berikut pula merupakan gambar dari dalam Dome of the rock




Dome Of The Rock ataupun ‘ Kubah al-Sakhrah ‘ lebih dikenali sebagai Masjid Umar al-Khattab bagi penduduk Palestin. Dome of the rock dan Masjid Al Aqsa terletak di dalam satu tempat iaitu Kompleks Masjidil Aqsa atau Al Haram Al Syarif. Berikut imej menunjukkan imej Kompleks Masjidil Aqsa…




Berdasarkan maklumat imej di atas, maka kita perlu mengetahui yang Dome of the rock itu bukan Masjid al-Aqsa tetapi sebahagian daripada Kompleks al-Aqsa.
Seperti yang kita ketahui, Kompleks al-Aqsa ini merupakan tempat ke-3 paling suci bagi umat Islam dan tempat paling suci bagi umat Yahudi (Kuil Sulaiman) dan Nasrani (makam Kristus). Golongan Radikal Yahudi Israel ingin menghancurkan kompleks tersebut karena tempat itu diyakini oleh mereka sebagai tempat suci selain tempat pembinaan semula Haikal Sulaiman ( Kuil Sulaiman ). Sasaran Zionis sekarang ialah untuk membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita untuk mempertahankan al-Aqsa palsu itu ( Dome of the Rock ), maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa yang sebenar.



Apakah itu Masjidil Aqsa ???

Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya merupakan tempat di mana Allah ‘ memperjalankan ‘ nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.



Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadis:

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah)

( Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari )



Sehinggalah penjajahan Zionis ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionis, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.



Konklusi

Secara tuntasnya, Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar-gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.



So, Dome of the rock memang merupakan sebahagian daripada Kompleks al-Aqsa tetapi bukannya Masjid al-Aqsa yang sebenar seperti yang digembar-gemburkan oleh media antarabangsa selama ini.

Wallahu’allam…