Pages

Wednesday, April 20, 2011

Songkok & Kopiah Jadi Mangsa " GILA POLITIK " ???


“ Tolong tukar kepada songkok, kalau tak susah kertas kerja kamu ni nak lulus nanti“ cadang seorang kakitangan sebuah syarikat kepada saya tak lama dulu.

“ Kenapa dengan kopiah bang ??? “ tanya saya

“ Kamu faham-faham sendirilah “ balasnya simple

Saya mengangguk saja walaupun pada hakikatnya saya belum benar-benar faham dengan apa yang dimaksudkannya.

“ Apa kena-mengenanya antara kopiah dan songkok yang saya pakai dengan kertas kerja saya tu ?? Sepatutnya yang penting ialah ketepatan format kertas kerja itu yang harus menjadi penilaian dan pertimbangan “ bisik hati kecilku

Bila saya cuba menjelaskan hakikat itu, kakitangan itu berkata :

“ Ini soal sensitif. Ada ‘ orang dalam ‘ yang berpangkat dalam syarikat ini tak senang dengan kopiah putih. Tak kan kamu tak faham .”

Saya mulai faham perlahan-lahan. Namun saya berfikir sejenak

“ Dimana sikap rasional dan professional mereka dalam urusan pentadbiran ?? Takkan semua benda nak dikaitkan dengan Po**t*k ?? “ soal hatiku sendiri

*************************************************


Pada waktu yang lain pula, sahabat saya yang bersongkok pernah disindir apabila kami singgah di sebuah masjid untuk mengerjakan solat.

“ Dia dah datang dah….” kata seorang Pak Cik ahli kariah setempat

“ Musim-musim macam nilah baru nak hantar orang jenguk muka kita “ sampuk seorang lagi

Sahabat saya yang bersongkok itu terpinga-pinga, tak mengerti apa maksud sindiran mereka yang berkopiah itu. Kami kebetulan singgah di masjid itu untuk mengerjakan solat. Hanya selepas membaca risalah-risalah, poster-poster dan iklan-iklan ceramah yang ditampal di sekitar masjid, barulah kami faham apa yang dimaksudkan mereka.

Rupa-rupanya dengan bersongkok begitu dia dianggap ahli politik parti lawan yang pada tanggapan mereka dihantar oleh pihak tertentu ke masjid itu untuk menyebarkan berita-berita dan mengampu penduduk kampung di kawasan itu. Maklum sajalah, Pilihanraya Umum akan menjelang tak lama lagi……

*********************************************************


Seorang kenalan saya yang lain pernah meluahkan rasa hatinya kepada saya tentang betapa terujinya dia bila memakai kopiah di tempat praktikalnya

“ Aku bengang betollah fif…bos aku tu curiga betol dengan aku, macam tak puas hati dengan aku je “ katanya

“ Kenapa plak ?? Sebab kopiah ke ?? “ tanya saya

Dia mengangguk. Kawan saya disyaki membawa agenda politik ke tempat praktikalnya. Padahal saya tau yang dia memang berkopiah sejak di sekolah rendah lagi. Dia merupakan anak seorang ustaz yang memang sudah dibiasakan bapanya untuk berkopiah sejak kecil. Tak ada kene-mengena dengan soal politik.

Bagi saya, sangat ‘ praktikal ‘ jika kita memakai kopiah ketika bermusafir dari satu tempat ke satu tempat. Kopiah senang dilipat dan dibersihkan ataupun dibasuh, berbanding songkok yang perlu dijaga selalu. Jika terhenyak apalagi kalau terduduk ia akan mudah terpesok. Namun kopiah juga mungkin ade kekurangannya bagi sesetengah pihak.
Apabila kita menghadiri majlis-majlis rasmi umpamanya, songkok kelihatan lebih segak dan manis bila dipadankan dengan baju Melayu malah pakaian kasual sekalipun.

Soalnya sekarang, apakah kita hendak bersongkok atau berkopiah ?? Atau lebih tepat lagi mana lebih baik, songkok atau kopiah ?? Terus terang saya katakan, mana-mana pun boleh sebenarnya. Yang penting semuanya harus dipakai berdasarkan hukum syariat, kerana syariat juga mengiktiraf soal budaya serta adat setempat selagi tidak bertentangan dengan agama.


FLEKSIBEL

Seorang kiyai muda yang tersohor di Indonesia, Abdullah Gymnastiar, apabila ditanya mengapa ada kalanya dia berserban, berkopiah atau kekadang tidak memakai apa-apa di kepala, dia menjawab :

“…..Saya memutuskan untuk lebih ‘ fleksibel ‘. Kekadang berkopiah, kekadang berserban dan kekadang tak memakai apa-apa sama sekali, kerana ternyata Rasul pun begitu. Oleh kerana itu, kita tak boleh mengikat diri kita kepada aksesoris tertentu. Yang penting ialah kita berusaha menjadi lebih baik daripada ‘topeng’ yang kita pakai….”

Walaupun kiyai muda itu dikatakan selalu tampil berserban pada kebanyakan waktu dan keadaan ( kerana itu pakaian sunnah dan tradisi orang soleh ), tetapi beliau tetap praktikal dalam menghadapi kepelbagaian suasana dan menyesuaikan diri mengikut keadaan sekitar.

Bagi saya, kata-katanya di atas tadi adalah neutral. Dia tidak memisahkan antara golongan yang berkopiah, bersongkok, berserban atau tak memakai apa-apa. Dan jawapannya itu merupakan satu didikan tarbiah untuk setiap golongan bagi membaiki hati masing-masing.

Melihat keadaan semasa, saya melihat masyarakat sekarang lebih gemar memainkan isu politik, dengan ‘ kopiah dan songkok ‘ ini dijadikan bahan dalam menghentam lawan masing-masing.

Satu masa ketika menghadiri satu program ilmu peringkat negeri, saya telah dinasihatkan agar menanggalkan kopiah.

“ Kalau nak tutup kepala juga, kamu boleh pakai songkok je “ kata seorang penyambut tetamu yang kelihatan begitu cemas. Ya, saya faham dia terpaksa menjaga hati banyak pihak dan pada masa yang sama tak mahu mengecilkan hati saya.

“ No problem bang “ jawab saya

“ Kalau abg mintak saya tak pakai apa-apa kat kepala pun tak pe, asalkan saya boleh joint program ilmu ni “ tegas saya

Ya !!! Kalau apa yang saya pakai di kepala menjadi penghalang kepada saya dari memasuki majlis ilmu itu, maka biarlah kopiah atau songkok itu ‘ terkorban ‘ sementara. Kita mesti pandai menilai keutamaan. Memakai penutup kepala seperti kopiah itu adalah sunat, tetapi menuntut ilmu itu adalah wajib !!!


PERLUKAH BERTELAGAH SEBAB KOPIAH DAN SONGKOK ???

Demikian, rentetan kisah remah-temeh tentang kopiah dan songkok yang menjadi isu dalam masyarakat sekarang. Tapi macamane remeh pun, isu ini sering menjadi besar berbanding isu menjaga hubungan silaturrahim dan perbezaan fahaman.

Saya tak berniat nak menyindir sesiapa, tapi kebanyakan masyarakat lelaki sekarang seolah-olah tak faham dengan konsep menutup kepala. Tak kesah sebenarnya nak pakai kopiah ke songkok ke, yang penting niat memakai tu ikhlas kerana ALLAH, bukan nak tunjuk diri ini alim atau sebagainya. Namun jika ingin berkopiah atau songkok misalnya, jagalah akhlak kita sesuai dengan ‘ status Islamik ‘ yang dibawa di kepala. Saya pelik, kenapa bila memakai songkok ni dikatakan just untuk golongan U**O dan kopiah ni untuk golongan P**. Kenapa pula pemakaian baju Melayu, jubah dan baju ‘ Raihan ‘ tak digolongkan seperti parti politik yang saya sebutkan tadi ??
Sebenarnya tak perlu ditimbulkan isu sebegini kerana Islam tak pernah kata “ Memakai songkok itu haram “ dan “ Memakai kopiah itu cmfirm masuk syurga “….mungkin sebahagian masyarakat lebih gemar berkopiah putih kerana ia melambangkan kebersihan.

Namun ini tak bermakna kita tak boleh memakai songkok. Yang penting ialah bekalan amal ibadah yang kita lakukan. Kalau kita pakai kopiah misalnya, tapi selalu langgar perintah ALLAH, buat maksiat dan sebagainya….comfirm berdosa gak. Samelah juga jika kita bersongkok, kalau kita buat maksiat tetap berdosa….so jangan jadikan songkok dan kopiah ni penyebab kita bergaduh sesame Muslim !!!

RENUNGKAN

Saya rasa kita semua pun dah tau, memakai penutup kepala itu sunat….tapi menjaga hubungan sesame Muslim itulah yang wajib. Namun masyarakat sekarang lebih memilih untuk berdebat isu-isu yang ‘ sunat ‘ dilakukan berbanding menjaga amalan yang wajib.

Kita seolah-olah sengaja mencari point untuk bertelagah, curiga dan berprasangka. “ Gila Politik “ tak kira tempat, tak kira musim, sampai isu pakaian di kepala pun boleh menimbulkan polemik. Padahal yang lebih penting ialah dahi yang sujud kepada ALLAH. Bukankah kita semua tak kira P** or U**O still menyembah Tuhan yang Maha Satu. So, what’s the problem ???
Wallahu'allam......

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ikutlah sunnah Rasulullah s.a.w. secara keseluruhan kerana Rasulullah s.a.w. adalah uswatun hasanah..

    ReplyDelete
  3. Yap....ana stuju ngan anta syeikh.....kite Rasulullah....Qudwah Hasanah trbaek....

    ReplyDelete