Wednesday, March 30, 2011
Analisis : Menjawab Salah-Faham terhadap Tareqat berlandaskan al-Quran & Sunnah
Tareqat telah wujud sejak ratusan tahun. Kini pelbagai nama tareqat muncul dengan pelbagai dakwaan. Mungkin ada yang benar dan mungkin ada yang tidak. Dalam hal tareqat ini, muncul dua aliran yang bertentangan. Satu aliran pro tareqat manakala satu lagi aliran menentang tareqat.
Bagi memahami isu tareqat ini, beberapa persoalan perlu dirungkai dan difahami.
APAKAH MAKNA TAREQAT?
Tareqat adalah perkataan Arab yang boleh difahami sebagai jalan. Oleh itu, orang yang bertareqat adalah orang yang mengikut jalan tertentu. Mungkin kerana itu, disebut sebagai salik bagi orang yang menempuh jalan tareqat.
Apapun, tareqat ini sebenarnya ada kaitan dengan tasawwuf. Tasawwuf adalah satu cabang ilmu bagi membersihkan hati daripada sifat mazmumah (tercela) dan menghiasinya dengan sifat mahmudah (terpuji). Tasawwuf juga adalah akhlak. Maka jika ada penambah baikan dalam sudut akhlak, maka ia telah bertambah tasawwufnya.
Manakala tareqat pula adalah jalan untuk mengamalkan tasawwuf. Mungkin kerana itu, banyak aliran tareqat yang kesemuanya mempunyai satu tujuan bagi membersihkan diri daripada sifat tercela. Kaedahnya mungkin berbeza antara satu tareqat dengan tareqat yang lain. Mungkin sudut zikir harian, solat sunat, puasa sunat dan seumpamanya.
PENTINGKAH TASAWWUF DAN TAREQAT DALAM DIARI KEHIDUPAN MUSLIM?
Melihat kepada pengertian tasawwuf yang berkaitan dengan akhlak, sudah tentu ia satu perkara yang penting. Nabi s.a.w. sendiri dipuji dalam Quran kerana akhlak yang mulia. Sunnah Nabi s.a.w. menunjukkan baginda s.a.w. sentiasa mengutamakan soal akhlak. Akhlak hati perlu dijaga. Riyak sebagai contoh adalah sifat tercela. Banyak manusia beramal ibadah tetapi bukan kerana Allah, maka di sana tidak wujud keikhlasan. Mungkin ada unsur riyak. Kalau amalan sambil riyak, ia amalan yang sia-sia.
Akhlak zahir juga perlu dijaga. Kalau hati sahaja baik tetapi perangai macam syaitan, ia bukan sifat seorang muslim. Maknanya perlu ada hablum mina Allah wa hablum mina annas (hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia).
KADANG-KADANG WUJUD PERTENTANGAN ANTARA TAREQAT DAN SYARIAT. BAGAIMANA IA BOLEH MENJADI BEGITU?
Syariat adalah hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Sepatutnya dan semestinya tidak ada pertentangan antara syariat dan tareqat. Perumpamaan antara syariat dan tareqat bak laut dan kapal. Syariat adalah laut yang luas. Untuk mengharungi laut, kita memerlukan kapal. Kapal itu ialah tareqat. Oleh itu, sifat kapal mestilah sesuai dengan laut. Maknanya tareqat mestilah selari dan seiring dengan ajaran syariat.
Memang ada ketikanya terjadi pertentangan antara tareqat dan syariat. Kalau begitu, nampaknya inilah antara benih kesesatan apabila kita menyimpang daripada syariat yang diwakili oleh Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Sebab itu, generasi awal Islam dan juga tokoh-tokoh tasawwuf amat menitik-beratkan syariat. Selalu disebut ungkapan bahawa jalan mereka terikat dengan Quran dan sunnah. Sebagai contoh, Imam Syatibi dalam kitabnya al-I’ktisom menukilkan pelbagai riwayat generasi awal tentang kepentingan Quran dan sunnah dalam ilmu tasawwuf. Maknanya sumber tasawwuf sendiri adalah Quran dan sunnah.
Kadang-kadang ada juga yang mendakwa bahawa mereka sudah sampai kepada hakikat. Oleh itu, mereka tidak memerlukan lagi syariat. Amalan solat lima waktu hanya untuk orang biasa sahaja. Bagi mereka, niat solat sudah mencukupi. Puasa pun begitu juga.
Ini dakwaan yang batil lagi sesat. Mana mungkin begitu kerana Nabi s.a.w. sendiri bersolat hingga akhir hayatnya. Nabi s.a.w. sendiri berpuasa fardhu dan sunat. Nabi s.a.w. sendiri pergi menunaikan haji di Makkah. Oleh kerana itu, telah masyhur di kalangan ulama tasawwuf yang muktabar bahawa syariat tanpa hakikat adalah kosong manakala hakikat tanpa syariat adalah batil.
Hakikat ini umpama buah di pokok. Pokok adalah syariat manakala buah adalah hakikat. Mana mungkin wujudnya buah tanpa pokok. Hakikat adalah manifestasi perlaksanaan kedudukan ihsan yang tergambar dalam hadis Nabi s.a.w. bahawa engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatnya. Jika tidak, maka Allah melihat engkau.
DALAM TAREQAT, ADA KEDUDUKAN SYEIKH YANG DIMULIAKAN. BAGAIMANA PANDANGAN ISLAM DALAM MENILAI SEORANG SYEIKH?
Syeikh dalam tareqat seumpama guru yang membimbing seorang murid. Beliau akan mendidik dan mentarbiyyah seseorang untuk beramal ibadat dengan penuh keikhlasan. Syeikh akan memantau perjalanan muridnya. Secara logik, bolehkah seorang bayi membesar dengan baik tanpa bapanya, bolehkah seorang anak yatim menjadi baik tanpa penjaganya, bolehkah seorang buta berjalan dengan sempurna tanpa penunjuk jalannya?
DIKATAKAN BAHAWA TAREQAT BANYAK DISENARAIKAN SEBAGAI AJARAN SESAT?
Sesat atau tidak bergantung kepada pegangan kepada Quran dan sunnah. Inilah intipati satu sabda Nabi s.a.w. Oleh itu, jika ada pelbagai dakwaan pelik dalam tareqat, maka ia satu bentuk penyelewengan dan kesesatan. Sebagai contoh, ada yang mendakwa bahawa pemimpin tareqat boleh menentukan siapakah yang akan masuk syurga, mengamalkan nikah batin, boleh menangguhkan kematian, hukum-hakam agama boleh digugurkan berdasarkan peningkatan maqam dan sebagainya. Adakah ia bersumberkan Quran dan sunnah?
BAGAIMANAKAH KAEDAH UNTUK MENDALAMI TASAWWUF?
Kesemua ini berbalik kepada soal ilmu dan amal. Ilmu adalah asas utama. Oleh kerana itu, amat perlu bagi seseorang untuk berpegang teguh dengan Quran dan sunnah Nabi s.a.w. untuk memahami kedua-duanya, maka eloklah dibaca dan dikaji kitab-kitab yang muktabar dalam masalah hati ini. Antaranya kitab karya Imam al-Ghazali seperti Minhajul A’bidin (Jalan para hamba) dan Ihya U’lumiddin. Kitab Ihya mempunyai banyak mutiara berharga. Cuma mungkin sedikit kekurangannya daripada sudut hadis yang mana terdapat hadis-hadis yang agak bermasalah. Apapun, kitab ini telah disaring dengan baik oleh Imam al-Iraqi. Maka amat wajar kita membacanya bersama dengan komentar Imam al-Iraqi.
Begitu juga kitab karya Imam Ibnu Qayyim antaranya Madarijul as-Salikin. Ia kitab yang amat bermutu berpandukan Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Setiap permasalahan tasawwuf dihuraikan dengan panjang-lebar oleh tokoh ilmuan ini. Mungkin juga boleh dirujuk buku-buku yang lain.
Asas kedua ialah bagaimana untuk beramal dengan ilmu yang ada. Ini juga bahagian yang paling susah. Ramai antara kita tahu fadhilat solat berjamaah dan solat sunat, tapi berapa ramai yang gagah melakukannya. Ini hanya sekadar contoh.
Asas ketiga ialah bagaimana menjaga diri daripada sifat-sifat tercela dan menghiasinya dengan sifat yang baik. Kalau tiga asas ini dapat dipertingkatkan, maka insyaAllah kita akan mendapat limpahan rahmat Allah s.w.t.
KONKLUSINYA
Nampaknya tareqat adalah daya usaha untuk beramal dengan Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Selagi mana ajaran tareqat selari dengan kedua-duanya, maka ia adalah tareqat yang baik. Jika tidak, maka ia telah menyimpang dari Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Maka antara kewajipan utama kita ialah memahami Quran dan sunnah. Maka kalau ingin bertareqat, mestlah tareqat yang berpaksikan kedua-duanya.
Jom sama2 kite berselawat kepada Rasul Junjungan....Smoga kite semua mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti....amin
Permasalahan wanita : Darah Nifas
Darah nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak. Dinamakan nifas kerana ia keluar selepas keluarnya satu jiwa ( nafs ) dan perempuan yang mengeluarkan darah ini digelar nufasa’.
PEMBAHAGIAN NIFAS
Nifas dibahagikan kepada 3 bahagian berdasarkan kepada warnanya :
1) Nifas Rubra ( Lochia Rubra )
Iaitu darah nifas yang keluar selama kira-kira 3-5 hari selepas bersalin. Ia warna merah kehitaman dan sangat pekat kerana kandungan darahnya masih banyak.
2) Nifas Serosa ( Lochia Serosa )
Iaitu darah yang keluar pada tempoh ini berwarna perang atau merah jambu. Ia mengandungi eksudat ( exudates ) atau lelehan, erythrocytes iaitu sel darah merah matang, leukosit ( leucocytes ) dan mucus serviks. Tempoh ini berlangsung sehingga hari ke-10.
3) Nifas Alba ( Lochia Alba )
Iaitu darah nifas yang bertukar menjadi agak putih atau kuning cair. Ia keluar pada minggu ke-3 atau ke-6 selepas kelahiran, iaitu di penghujung tempoh nifas. Darah yang keluar pada waktu ini mengandungi sedikit sel darah merah, selain campuran bahan-bahan lain seperti leukosit ( leukocytes ), sel-sel epithelium, kolestrol, lemak dan mukus.
TEMPOH NIFAS
- Tempoh paling singkat ialah satu lahzah ( seketika sahaja )
- Tempoh biasa ialah 40 hari
- Tempoh paling lama ialah 60 hari
# sekiranya masih ada darah yang keluar selepas tempoh 60 hari, ia dianggap sebagai darah penyakit atau istihadhah dan perempuan tersebut sudah boleh menjalankan ibadah-ibadah wajib seperti solat fardhu dan puasa.
PERKARA YANG HARAM DILAKUKAN KETIKA NIFAS
Para ulama sepakat bahawa darah nifas adalah sama dengan haid. Oleh itu, semua hukum yang berkaitan dengannya adalah sama iaitu :
- Solat
- Tawaf
- Puasa
- Jimak
- Menyentuh, membawa dan membaca al-Quran
- Duduk di dalam masjid
TEMPOH NIFAS WANITA YANG MELAHIRKAN ANAK KEMBAR
Tempoh nifasnya dikira daripada kelahiran anak yang terakhir dan bukannya anak yang pertama. Ini bererti walaupun selang masa kelahiran anak yang pertama dan terakhir adalah lama, masa nifas tetap dihitung sejak kelahiran anak yang terakhir. Darah yang keluar pada kelahiran yang pertama dianggap sebagai darah haid sekiranya kebiasaan haidnya begitu. Jika tidak, ia dianggap sebagai darah istihadhah.
NIFAS WANITA MELAHIRKAN ANAK SECARA PEMBEDAHAN
Berdasarkan tujuan perubatan, wanita seperti ini juga boleh keluar darah melalui jalan biasa ( faraj ) walaupun pembedahan dilakukan di bahagian perut. Oleh itu, fuqaha sepakat menyatakan sekiranya seorang wanita mendapati darah pada farajnya selepas melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak, ia dianggap sebagai darah nifas. Tetapi, jika selepas pembedahan ini, tidak ada darah yang keluar, maka ia dianggap bersih.
Wallahu'allam...
Tuesday, March 29, 2011
Besarnya fadilat ZIKRULLAH !!!
Wajah mereka tenang. Biarpun bentuk fizikal mereka berlainan, pakaian mereka berbeza dan darah keturunan mereka pelbagai, namun cahaya wajah mereka adalah seakan-akan sama.
Hari itu mereka sama-sama mendengar sabda Rasulullah s.a.w dengan penuh khusyuk. Setiap patah perkataan yang terlontar dari mulu Nabi s.a.w yang ‘mubarak’ disambut dengan penuh takzim oleh hati mereka. Hari itu Rasulullah s.a.w bercerita tentang syurga dan ahlinya.
Muaz bin Jabal r.a terpegun apabila mendengar Rasulullah s.a.w menjelaskan, :
“ Tidak sesekali ahli syurga merasai rasa kesal, melainkan tatkala mereka teringat pada saat-saat dalam kehidupan dunia mereka yang telah berlalu tanpa berzikir kepada ALLAH Taala! “
Aisyah r.ha dan Abu Hurairah r.a juga terkesan sama dengan perkhabaran ini.
( Ilustrasi daripada hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabarani, dan al-Baihaqi daripada Muaz bin Jabal r.a Ibn Abid Dunya daripada ‘Aisyah r.ha, demikian juga daripada Abu Hurairah r.ha. Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim turut meriwayatkannya ).
Riwayat di atas menjelaskan tentang fadilat zikrullah atau berzikir kepada ALLAH. Betapa besar fadilatnya, hingga ahli syurga yang telah bersenang lenang menikmati kemewahan syurga pun masih timbul rasa kesal mereka apabila teringatkan sisa-sisa mereka di dunia yang telah mereka bazirkan tanpa zikrullah.
Fadhail sebenarnya ialah bentuk kata jamak kepada perkataan Arab “ fadhilat “. Perkataan ini telah dimasukkan ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu dengan ejaan “ fadilat “. Menurut Kamus Dewan, fadilat ertinya kemuliaan, ketinggian, dan kelebihan dalam beribadah .
Al-Quran sendiri dipenuhi dengan ayat-ayat yang menyentuh tentang fadilat sesuatu perkara. Begitu juga dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Fadilat ini merujuk kepada ganjaran dan pahala mahupun kesan kepada sesuatu amalan atau perkara yang dilakukan.
Contoh ayat al-Quran yang menyentuh tentang fadilat iman dan amal secara umum ialah firmah ALLAH yang bermaksud :
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu yang serba mewah. Mereka kekal di dalamnya, dan tidak ingin berpindah daripadanya.”
( Surah al-Kahfi ayat 107-108 )
Dalam Tafsir Adhwa al-Bayan dinyatakan, bahawa di dalam ayat ini ALLAH s.w.t menyatakan bahawa iman dan amal soleh itu adalah sebab kepada sampainya seseorang itu ke syurga Firdaus yang disediakan ALLAH kepada hamba-Nya. Ini jelas menunjukkan bahawa fadilat kepada iman dan amal soleh yang diterima oleh ALLAH ialah dapat memasuki syurga-Nya.
Pada tempat yang lain pula, ALLAH Taala memberitahu kita fadilat seseorang yang istiqamah dalam mengagungkan ALLAH, menyeru manusia kepada ALLAH atau Da’wah Illallah dan teguh mempertahankan seruan dan percakapannya.
“ Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : ‘ Tuhan Kami adalah ALLAH ‘, kemudian mereka tetap teguh di atas perbicaraan mereka itu, maka turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa dengan memberi ilham : ‘ Janganlah kamu bimbang dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadapmu, dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. ‘ Kamilah penolong-penolong kamu dalam urusan dunia dan pada hari akhirat, dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsumu, serta kamu akan beroleh pada hari itu, apa yang kamu cita-citakan untuk mendapatnya. (Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada ALLAH Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru yakni mendakwahnya kepada mengesakan ALLAH dan mematuhi larangan-Nya, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata : ‘ Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam yang berserah bulat-bulat kepada ALLAH ! “
( Surah Fussilat ayat 30-33 )
Bagi mereka ini, berhaklah kepada mereka untuk mendapat fadilat yang besar di sisi ALLAH (ringkasan Tafsir Fi Zilalal-Quran) antaranya :
- Persahabatan dengan para Malaikat
- Kesetiaan dan kasih sayng Malaikat kepada mereka
- Jaminan ketenangan hati
- Pengurniaan syurga Jannah buat mereka
- Dakwah ialah perbicaraan terbaik di muka bumi ini.
So, sesungguhnya fadilat dan tabsyir yang sebeginilah yang telah membentuk keimanan dan misi peribadi Rasulullah s.a.w bersama para sahabat….
Wallahu’allam...
Sunday, March 27, 2011
BERMAZHAB TANPA FANATIK SATU RAHMAT ???
Bismillahiwa'ala barokatillahi wa'alarosulillah
Ramai yang agak keliru dengan fahaman mazhab. Ada juga yang mengganggap bahawa mazhab merupakan faktor kepada perpecahan umat Islam. Ada juga yang beranggapan bahawa pegangan mazhab adalah salah dan sesat kerana tidak berpegang dengan Quran dan sunnah. Namun ada juga yang memandang serong kepada golongan yang tidak bermazhab.
ERTI BERMAZHAB
Apakah sebenarnya mazhab? Mazhab adalah perkataan Arab. Dalam pengertian umum, mazhab bermakna pendapat, fatwa, cara pengambilan hukum dan yang seumpamanya. Apabila disebut mazhab Maliki, ia bermakna pendapat Maliki, fatwanya, cara pengambilan hukumnya dan sebagainya.
Apakah apabila bermazhab Syafii bermakna kita tidak mengikut Quran dan sunnah? Apakah umat Islam yang bermazhab Hanbali tidak mengikut Quran dan sunnah? Jika benarlah ada tuduhan begini, ia satu tuduhan yang tidak berasaskan ilmu dan keinsafan.
Bermazhab bermakna mengikut Quran dan sunnah berdasarkan kefahaman seorang ulama muktabar. Umat Islam yang bermazhab Syafii bermakna mengikut Quran dan sunnah sebagaimana yang difahami oleh Imam Syafii. Sebagai manusia, sudah tentu Imam Syafii bukanlah seorang yang mak’sum (terpelihara daripada dosa dan kesilapan). Mungkin ada pendapat, kefahaman, fatwa dan huraian Imam Syafii terhadap Quran dan sunnah kurang tepat atau kurang sesuai untuk diamalkan. Oleh itu, sebagai umat yang sedar akan hakikat ini, kita sepatutnya meninggalkan pendapat Imam Syafii yang mungkin kurang tepat atau kurang sesuai untuk diamalkan.
Sebagai contoh, dalam masalah pembayaran zakat fitrah, Imam Syafii r.a. tidak mengharuskan penggunaan wang sebaliknya menekankan soal makanan asasi. Namun pendapat ini mungkin kurang sesuai diamalkan maka umat Islam telah berpindah kepada pendapat Imam Hanafi r.a.
JIKA MENGIKUT QURAN DAN SUNNAH, KENAPA BERMAZHAB
Semua mazhab yang empat mengikut Quran dan sunnah. Ini satu perkara yang tidak boleh dinafikan. Sumber-sumber pengambilan hukum setiap mazhab meletakkan Quran diikuti sunnah sebagai sumber tertinggi.
Jika ditanya kenapa rukun wudhuk enam perkara, ada dalilnya daripada Quran dan sunnah. Jika dicari kenapa rukun solat tiga belas perkara, ada dalilnya daripada Quran dan sunnah. Setiap masalah pasti ada dalilnya. Bagi yang ingin mendalami masalah ini, mungkin boleh cuba membaca buku Fiqh dalam empat mazhab (al-Fiqh a’la al-Mazahib al-Arbaa’h ). Bagi yang ingin meluaskan perbincangan, boleh juga merujuk kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Fiqh Islam dan dalil-dalilnya). Kitab ini telah pun diterjemahkan. Bagi yang bermazhab Syafii, antara kitab yang baik ialah kitab al-Fiqh al-Manhaji a’la al-Mazhab as-Syafii. Kitab ini juga telah diterjemahkan.
Secara ringkas, kesemuanya bersandarkan Quran dan sunnah. Oleh itu, kembali kepada persoalan, kenapa bermazhab jika mengikut Quran dan sunnah? Secara logik, ia boleh diibaratkan sebagai menghormati kepakaran seseorang. Sudah tentu tidak ada seorang manusia pun yang mampu menguasai ilmu pengetahuan. Jika sakit, kita akan berjumpa doktor. Apa sahaja ubat yang diberikan oleh doktor, biasanya kita akan terima dan mengambilnya. Apakah perlu kita mempersoalkan ubat yang diberikan. Jika kereta yang rosak, kita akan menghantarnya kepada mekanik. Biasanya apa sahaja yang diperbaiki oleh mekanik, kita akan akur. Begitulah mazhab di mana tidak semua orang mampu menganalisa setiap ayat Quran dan hadis. Oleh itu, kita menghormati kepakaran seorang sarjana Islam yang telah menghabiskan masa, umur dan tenaga mengkaji hukum Islam.
SALAHKAH BERMAZHAB
Sebenarnya tidak salah untuk bermazhab khususnya mazhab yang muktabar dan terpelihara. Antaranya mazhab yang empat dalam Ahli Sunnah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali. Keempat mazhab ini mempunyai pengikut yang ramai dan ulama muktabar selepas mereka. Ulama-ulama ini bertanggungjawab menyusun dan dan menapis setiap pendapat dengan dalil dan hujah.
Namun ada satu penyakit dalam masalah mazhab iaitu fanatik kepada mazhab. Fanatik ini disebut sebagai taa’sub . Fanatik akan menyebabkan banyak masalah dan musibah. Oleh itu, kemungkinan besar antara punca perpecahan umat Islam ialah ialah fanatik mazhab bukan bermazhab. Sekadar bermazhab tanpa fanatik merupakan satu rahmat kepada umat Islam. Manakala fanatik mazhab akan melahirkan perasaan bahawa mazhab anutannya sahaja yang betul, manakala mazhab lain adalah salah. Fanatik mazhab akan mengakibatkan orang tidak mahu bersolat dengan imam yang berlainan mazhab. Fanatik mazhab akan menjadikan perkahwinan antara orang berbeza mazhab tidak sah. Akhirnya umat Islam hidup dalam perpecahan.
PARADIGMA BARU DALAM BERMAZHAB
Bagi mengatasi masalah fanatik mazhab, maka menjadi kewajipan untuk umat Islam menyedari hakikat bahawa semua mazhab muktabar mengikut Quran dan sunnah. Oleh itu, adalah baik jika pengajian bermazhab dipermudahkan. Permasalahan wudhuk yang mudah dan senang janganlah diperpayahkan. Ia juga memerlukan penggunaan dalil agar umat Islam lebih terbiasa dengan Quran dan sunnah.
Pendidikan perlulah ada langlah demi langkah untuk memahamkan kita dengan Quran dan sunnah. Jika kecil, kita diajar cara berwudhuk tanpa mengetahi dalilnya. Alangkah comelnya jika kita semakin pandai membaca, maka kita cuba lagi menggali sedikit demi sedikit lautan mutiara ilmu dalam Quran dan sunnah. Bukan sekadar tahu dalilnya sahaja, tetapi dapat menyelami hikmah dan faedahnya. Semua ini akan mengukuhkan keyakinan kita terhadap ajaran Allah s.w.t.
Umat Islam juga hendaklah meletakkan Quran dan sunnah Nabi s.a.w. sebagai sumber tertinggi dalam Islam, bukannya mazhab. Sebagaimana dimaklumi, mazhab adalah tafsiran terhadap keduanya. Ada kemungkinan pandangan mazhab kurang tepat atau mungkin kurang sesuai diamalkan. Maka tanpa penyakit fanatik mazhab, tanpa menjadikan mazhab sebagai syariat, maka akan mudahlah untuk kita mengikut pandangan yang lebih hampir dengan Quran dan sunnah.
CONTOH ULUNG DALAM MENGHORMATI PERBEZAAN PENDAPAT
Satu contoh yang sering disebut adalah tentang Imam Syafii r.a. Dalam mazhab ini, doa qunut solat Subuh adalah sunat. Jika tidak dilakukan doa qunut, maka sunat diganti dengan sujud sahwi.
Satu masa, Imam Syafii r.a datang ke satu masjid di mana orang ramai di situ bermazhab Hanafi r.a. Imam Syafii r.a. diminta menjadi imam solat Subuh. Apabila bersolat, beliau meninggalkan doa qunut dan tidak pula melakukan sujud sahwi. Selesai solat, beliau ditanya masalah ini. Beliau menjawab bahawa beliau menghormati pendapat Imam Hanafi r.a. yang tidak menyunatkan doa qunut ketika solat Subuh.
Begitulah ceritanya secara ringkas. Jika benarlah cerita ini, ia patut menjadi contoh kepada umat Islam dalam adab bermazhab.
Wallahu'allam
Saturday, March 26, 2011
Mencari Kebahagiaan Di Sebalik CINTA ???
Cinta adalah anugerah ALLAH kepada setiap insan. Insan yang tidak memiliki rasa cinta ialah insane yang tidak normal. Manusia tidak dapat lari daripada perasaan cinta. Oleh sebab itu, tidak hairanlah al-Quran mengutarakan cinta sebagai sesuatu yang fitrah yang bergelojak dalam setiap jiwa manusia.
Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud, “ Dihiaskan bagi manusia itu kecintaan tentang apa yang menyenangkan iaitu daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada emas dan perak, kuda-kuda pilihan, haiwan ternakan dan tanaman.” ( Surah Ali ‘Imran 3:14 )
Manusia mencari cinta unutk kebahagiaan. Cinta di alam rumah tangga ialah cinta yang penuh keberkatan dan cinta yang diredhai. Cinta ada pasang surutnya. Ada ketika, cinta itu suram dan hambar. Setiap yang terjadi kepada cinta perlu dinilai dan digilap agar ia kembali bersinar.
Ada apa dengan “ Cinta “ ???
Penting sangatkah cinta ??? Kalau tak penting, manusia tak akan bersusah payah mencarinya. Mengapa cinta begitu penting ??? Tak lain & tak bukan kerana cinta ialah kunci kebahagiaan dan ketenangan hidup. Kebahagiaan adalah antara elemen terpenting dalam kehidupan. Semua orang ingin bahagia. Tak ada manusia yang bercita-cita untuk derita. Seorang guru pernah bertanya kepada muridnya,
“ Apa cita-cita kamu bila besar nanti ?
” Murid itu menjawab,...“ Saya ingin menjadi seorang professor.
” Guru itu bertanya lagi,
“ Profesor dalam bidang apa ?
” Murid itu menjawab....“ Profesor dalam bidang kebahagiaan”
Cita-cita untuk bahagia memang cita-cita yang mulia. Tidak guna duit yang banyak jika tak bahagia. Seandainya hadir cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Untuk apa memilih hidup yang kecewa ???
Seorang pujangga pernah berkata tentang hakikat kebahagiaan :
Rumahnya bertingkat-tingkat,
Wangnya berlipat-lipat,
Kasutnya berkilat-kilat,
Pasangannya cantik memikat,
Badannya sihat wal ‘afiat,
Tapi bahagia tak dapat,
Kerana hidup macam nak kiamat,
Sana sini jadi gamat…..
Dalam hati ada “ Cinta “
Cinta akan terbina dengan baik jika hati kita bersih dan ikhlas.Oleh itu, cinta yang tercerna nampak dalam kelakuan dan tingkah laku kita sebenarnya bermula dari hati. Jika perkahwinan itu berlaku secara paksa tanpa ada sekelumit pun rasa suka dan redha, maka istana yang dibina akan cepat PUNAH. Apatah lagi jika perkahwinan itu terbina atas dasar cinta yang dicemari maksiat, maka makin cepatlah ia berkubur. Istana kebahagiaan alam rumah tangga yang terbina akan cepat musnah jika tak dibajai.
Cinta “ Fotokopi “
Cinta tak boleh ditiru dengan begitu mudah. Ia perlu dibina dan disemai dengan baik agar ia subur. Oleh itu, jika kita bercinta kerana hanya ingin fotokopi dari cinta orang lain, ia akan menjadi kabur. Cinta fotokopi ialah cinta yang lahir tanpa perasaan yang ikhlas. Cinta mestilah berdasarkan asas yang kukuh.
Cinta khususnya cinta antara pasangan yang masih belum diikat dengan ikatan yang sah yakni akad nikah perlu melalui adab dan peraturan syariat. Islam tak mahu melahirkan cinta terlarang iaitu cinta yang melanggar hukum.
Cinta “ Terlarang ”
• Berdua-duaan di tempat sunyi or mencurigakan
• Berpegangan tangan & berpelukan
• Bertemu tanpa ditemani mahram
• Tak menjaga adab berpakaian
• SMS yang keterlaluan yang membazir wang dan masa
• Telefon terlalu kerap
• Keluar menonton wayang bersama
• Bercakap perkara-perkara yang tak perlu
• Menaiki kenderaan berdua-duaan
Ramai pasangan bercinta atau bertunang tak rasmi & rasmi menganggap pertunangan merupakan TIKET untuk melakukan semua perkara yang melampaui batas. AWAS dan berjaga-jaga dengan tipu daya syaitan. Sebab itu hadis rasul mengingatkan tentang fitnah wanita terhadap lelaki, begitu juga sebaliknya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Tak aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih mudarat ke atas kaum lelaki daripada wanita “ ( riwayat Bukhari )
Bagi menggilap cinta yang pudar, bagi membajai bunga-bunga di taman hati setiap individu dan pasangan, bagi membentuk rumah tangga bahagia, bagi mencapai cita-cita slogan “ Baiti Jannati “ iaitu rumahku syurgaku, maka setiap pasangan perlulah berusaha ke arah itu.
Prinsip asas dalam mewarnai kebahagiaan pasangan ialah berdasarkan kaedah hidup secara baik. Pasangan mesti hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu & bekerjasama. Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud “ Dan bergaullah dengan baik dengan isteri kamu dengan cara yang baik “ ( Surah al-Nisa’ 4: 19 ).
Wallahu’allam
Friday, March 25, 2011
TAFSIRUL QURAN : Surah al-An'am ayat 103
Orang beriman dapat melihat allah pada hari kiamat
Orang-orang yang beriman dapat melihat ALLAH di hari akhirat sahaja sebagai suatu nikmat yang besar lebih besar dari nikmat syurga. Bagaimanapun, golongan muktazilah berpendapat berdasarkan zahir ayat ini bahawa selama-lamanya manusia tidak akan dapat melihat ALLAH sama ada di dunia atau akhirat.
Pendapat ini disanggah oleh Ahli Sunnah Wal Jammah bahawa terdapat bukti yang jelas bahawa manusia yang beriman boleh melihat ALLAH sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran & hadis nabi s.a.w. Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud :
“ Pada hari akhirat itu, muka ( orang-orang yang beriman ) berseri-seri. Melihat kepada tuhannya.” ( surah al-Qiyamah : 22-23 )
ALLAH berfirman dan ditujukan kepada golongan yang kafir bermaksud :
“ Jangan lagi mereka berlaku demikian ! ( kalau tidak ), mereka pada hari itu, tetap terdinding daripada rahmat Tuhannya.” ( surah al-Mutaffifin : 15 ).
Berkata Imam Syafie bahawa ayat ini menunjukkan bahawa tidak ada pendinding antara ALLAH dan orang-orang yang beriman. Mereka boleh melihat ALLAH di hari akhirat.
Sementara hadis pula yang diriwayatkan secara mutawatir oleh sahabat-sahabat nabi s.a.w menjelaskan bahawa baginda s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman akan melihat ALLAH pada hari akhirat. Mereka dapat melihat ALLAH di taman-taman syurga yang menjadi tempat tinggal mereka yang kekal abadi”
Sementara dalil bagi menjelaskan kenapa orang-orang yang tidak dapat melihat ALLAH di dunia ialah sebagaimana peristiwa yang berlaku kepada Nabi Musa as. Diceritakan bahawa ketika Nabi Musa meminta kepada ALLAH untuk melihat Zat-Nya lalu ALLAH berfirman yang bermaksud :
“ Wahai Musa, sesungguhnya kamu tidak akan dapat melihat Aku ketika kamu hidup di dunia melainkan kamu mati “
ALLAH berfirman lagi yang bermaksud :
“ Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang telah Kami tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa merayu dengan berkata “ Wahai Tuhanku ! Perlihatkanlah kepadaku Zat-Mu yang Maha Suci supaya aku dapat melihat-Mu”
ALLAH berfirman :
“ Engkau sekali-kali tidak akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku “
Setelah Tuhannya “ Tajalla “ yakni menzahirkan kebesaran-Nya kepada gunung itu, maka “ Tajalli-Nya “ menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia :
“ Maha Suci Engkau wahai Tuhanku, aku bertaubat kepada-Mu, dan akulah orang yang pertama beriman pada zamanku “ ( Surah al-A’raf : 143 )
Itulah kisah yang berlaku kepada Nabi Musa a.s membuktikan bahawa Zat ALLAH tidak akan dapat dilihat di dunia ini oleh sesiapa pun. Melihat ALLAH adalah nikmat besar yang diperolehi hanya orang-orang yang beriman, tidak dinikmati oleh manusia lain di akhirat kelak buat selama-lamanya. Seterusnya ALLAH berfirman lagi yang bermaksud :
“ Dan Dialah Yang Maha Halus dalam melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan, Lagi Maha Mandalam Pengetahuan-Nya” ( Surah al-An’am : 103 ).
Dialah juga Tuhan yang Maha Mengetahui hal ehwal hamba-hamba-Nya dalam apa jua keadaan sekalipun. Tidak aka nada satu pun perbuatan manusia itu yang akan terlepas daripada ALLAH s.w.t.
Justeru itu, setiap manusia mestilah menyedari siapakah sebenarnya Tuhan yang wajib disembah dan tidak dipersekutukan dengan-Nya akan sesuatu pun. Nikmatilah iman dengan menjadi hambanya yang sentiasa taat kepada perintah-Nya…..
Wallahu’allam.
Wednesday, March 23, 2011
KESIHATAN : Teh Kunci Ketenangan ...???
KANDUNGAN kimia tumbuhan dalam daun teh dilaporkan mempunyai kesan psikologi ke atas manusia. -
________________________________________
ADAKAH anda sentiasa memikirkan cara yang menyenangkan untuk menjaga kesihatan? Berita baik ini pasti anda nanti-nantikan. Anda hanya perlukan secawan teh setiap hari untuk menjana kecerdasan mental dan menjamin kesejahteraan fizikal.Perkara ini telah dibuktikan oleh pakar teh terkenal di dunia yang membentangkan hasil kajian terbaru mereka mengenai hubung kait antara pengambilan teh dan kesihatan. Kajian itu menumpukan manfaat tianin (theanine: analog asid glutamik atau asid amino dalam teh) dan flavonoid (vitamin P atau sitrin atau kelas metabolit sekunder tumbuhan).
Hasilnya menunjukkan manfaat yang menarik, khususnya kelebihan teh dalam memperbaiki mood, meningkatkan tumpuan dan kecerdasan di samping menurunkan risiko strok iskemia.
1) Cara hidup
"Teh sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat Malaysia. Kita menikmati minuman ini dalam pelbagai cara, sama ada teh kosong, teh susu atau teh hijau. "Kami ingin memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa mereka sentiasa menghirup secawan minuman yang berkhasiat," kata Quah Seng Khie, Pengurus Jenama Peruncitan Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd.
Tambahnya, manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan teh telah menjadi tumpuan penyelidikan saintifik yang dijalankan secara meluas."Simposium ini memberi peluang kepada pakar teh untuk berkongsi kemunculan kaedah sains baru dan menggalakkan perbincangan mengenai kebaikan teh kepada fizikal," ujarnya.Hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr. Georgie Russell daripada R&D Unilever dan Institut Teh Lipton menunjukkan bahawa pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif. "Kajian kami menunjukkan bahawa mood sering dianggap kualiti subjektif dan boleh diukur dengan berkesan. "Ini adalah satu perkembangan yang menarik, ia membolehkan kita mengukur kesan rangsangan luar ke atas mood kita. Sebagai contoh, kami dapat mengesahkan bahawa teh susu memberi kesan positif ke atas mood."Kesan positif ke atas mood bukan sahaja membuatkan kita rasa ceria, tetapi beberapa kajian menyarankan bahawa teh dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imunisasi," kata Russell.
2) Lebih tumpuan
Selain kesan psikologi, Dr. Eveline De-Bruin membentangkan bukti baru yang menunjukkan bahawa pengambilan teh boleh membantu anda memberi lebih tumpuan dan membaiki kecerdasan subjektif. Mekanisme kajian inilah yang menjadi tumpuan perbincangan semua saintis.Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukkan bahawa selepas mengambil satu dos kuat tianin dan kafein, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap. "Kajian ini menunjukkan tindak balas bahan aktif dalam teh, tianin dan kafein mengoptimumkan pengaktifan bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap tumpuan kita seharian," Eveline De-Bruin.
3) Kurangkan risiko strok
Dr. Lenore Arab, Profesor di David Geffen School of Medicine di UCLA, mendedahkan hasil penyelidikan telah mengesahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpotensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21 peratus.Strok adalah punca kematian ketiga paling tinggi di Malaysia. Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 40,000 penghidap strok di Malaysia. Strok juga merupakan penyebab utama kehilangan upaya fizikal. Strok iskemia, berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83 peratus daripada semua kes strok yang dilaporkan.Dr. Sheila Wiseman dari Institut Teh Lipton, menyokong dakwaan ini dengan hasil kajian yang berbeza. Beliau menjelaskan bahawa flavonoid teh membantu menenangkan saluran darah. "Hanya 100 miligram flavanoid teh sehari iaitu bersamaan dengan kurang daripada satu cawah teh sehari dapat membantu membaiki kapasiti keanjalan saluran darah. Ini bermakna kesan positif pengambilan teh ke atas fungsi vaskular mungkin relevan bagi kebanyakan orang di dunia yang hanya minum satu atau dua cawan teh sehari," ujarnya.
Artikel ini dipetik daripada akhbar KOSMO
Penyalinan & Pengumpulan al-Quran zaman Rasulullah sehingga zaman sahabat
Penulisan Al-Quran pada zaman Rasulullah SAW.
Penulisan Al-Qur’an pada zaman Rasulullah SAW dilakukan dengan dua cara:
Pertama : al Jam’u fis Sudur
Para sahabat langsung menghafalnya diluar kepala setiap kali Rasulullah SAW menerima wahyu. Hal ini boleh dilakukan oleh mereka dengan mudah oleh faktor kebudayaan dan adat orang arab yang menjaga Turast yakni peninggalan nenek moyang mereka diantaranya berupa syair atau cerita dengan kaedah menghafal dan mereka sangat masyhur dengan kekuatan daya hafalannya.
Kedua : al Jam’u fis Suthur
Iaitu wahyu turun kepada Rasulullah SAW ketika beliau berumur 40 tahun yaitu 12 tahun sebelum hijrah ke madinah. Kemudian wahyu terus menerus turun selama 23 tahun berikutnya dimana Rasulullah. SAW setiap kali turun wahyu kepadanya selalu membacakannya kepada para sahabat secara langsung dan menyuruh mereka untuk menuliskannya selain melarang para sahabat untuk menulis hadis-hadis beliau karena khuatir akan bercampur dengan Al-Qur’an. Rasul SAW bersabda “Janganlah kalian menulis sesuatu dariku kecuali Al-Qur’an, barangsiapa yang menulis sesuatu dariku selain Al-Qur’an maka hendaklah ia menghapusnya ”
(Hadis dikeluarkan oleh Muslim (pada Bab Zuhud ) dan Ahmad (hal 1).
Biasanya sahabat menuliskan Al-Qur’an pada bahan yang terdapat pada waktu itu berupa ar-Riqa’ (kulit binatang), al-Likhaf (lempengan batu), al-Aktaf (tulang binatang), al-`Usbu( pelepah kurma). Sedangkan jumlah sahabat yang menulis Al-Qur’an waktu itu mencapai 40 orang. Adapun hadis yang menguatkan bahwa penulisan Al-Qur’an telah terjadi pada masa Rasulullah s.a.w. adalah hadis yang di Takhrij (dikeluarkan) oleh al-Hakim dengan sanadnya yang bersambung pada Anas r.a., ia berkata: “Suatu saat kita bersama Rasulullah s.a.w. dan kita menulis Al-Qur’an (mengumpulkan) pada kulit binatang “.
Dari kebiasaan menulis Al-Qur’an ini menyebabkan timbul dengan banyaknya naskah-naskah (manuskrip) yang dimiliki oleh penulis-penulis wahyu, diantaranya yang terkenal adalah: Ubay bin Ka’ab, Abdullah bin Mas’ud, Mu’adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit dan Salim bin Ma’qal. Adapun hal-hal yang lain yang boleh menguatkan fakta bahawa telah terjadi penulisan Al-Qur’an pada waktu itu tetapi Rasulullah SAW melarang membawa tulisan Al-Qur’an ke wilayah musuh. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian membawa catatan Al-Qur’an kewilayah musuh, kerana aku merasa tidak aman (khuatir) apabila catatan Al-Qur’an tersebut jatuh ke tangan mereka”.
Kisah pemelukan islamnya sahabat `Umar bin Khattab r.a. yang disebutkan dalam buku-bukus sejarah bahawa waktu itu `Umar mendengar saudara perempuannya yang bernama Fatimah sedang membaca awal surah Thaha dari sebuah catatan (manuskrip) Al-Qur’an kemudian `Umar mendengar, meraihnya kemudian membacanya, inilah yang menjadi sebab dia mendapat hidayah dari Allah sehingga dia memeluk islam. Sepanjang hidup Rasulullah s.a.w, Al-Qur’an selalu ditulis apabila beliau mendapat wahyu kerana Al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur walaupun terdapat pendapat yang mengatakan secara sekaligus.
Penulisan Al-Quran pada zaman Khalifah Abu Bakar as Siddiq
Sepeninggalan Rasulullah SAW, isterinya Siti `Aisyah menyimpan beberapa naskah catatan (manuskrip) Al-Qur’an, dan pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a terjadilah Jam’ul Quran iaitu pengumpulan naskah-naskah atau manuskrip Al-Qur’an yang susunan surah-surahnya menurut riwayat masih berdasarkan pada turutan turunnya wahyu (hasbi tartibin nuzul).
Imam Bukhari meriwayatkan dalam shahihnya sebab-sebab pengumpulan naskah-naskah Al-Qur’an terjadi pada zaman Abu Bakar iaitu Atsar yang diriwatkan dari Zaid bin Tsabit r.a. yang berbunyi:
“Suatu ketika Abu bakar menemuiku untuk menceritakan berita mujahidin yang terkorban dalam peperang Yamamah , ternyata Umar juga bersamanya. Abu Bakar berkata :” Umar menghadap kapadaku dan mengatakan bahwa jumalah korban yang gugur pada perang Yamamah sangat banyak khususnya dari kalangan para penghafal Al-Qur’an, aku khawatir kejadian serupa akan menimpa para penghafal Al-Qur’an di beberapa tempat sehingga suatu saat tidak akan ada lagi sahabat yang hafal Al-Qur’an, menurutku sudah saatnya engkau wahai khalifah memerintahkan untuk mengumpul-kan Al-Qur’an, lalu aku berkata kepada Umar : ” bagaimana mungkin kita melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. ?” Umar menjawab: “Demi Allah, ini adalah sebuah kebaikan”.
Selanjutnya Umar selalu saja mendesakku untuk melakukannya sehingga Allah melapangkan hatiku, maka aku setuju dengan usul umar untuk mengumpulkan Al-Qur’an.
Zaid berkata: Abu bakar berkata kepadaku : “engkau adalah seorang pemuda yang cerdas dan pintar, kami tidak meragukan hal itu, dulu engkau menulis wahyu (Al-Qur’an) untuk Rasulullah s. a. w., maka sekarang periksa dan telitilah Al-Qur’an lalu kumpulkanlah menjadi sebuah mushaf”.
Zaid berkata : “Demi Allah, andaikata mereka memerintahkan aku untuk memindah salah satu gunung tidak akan lebih berat dariku daripada memerintahkan aku untuk mengumpulkan Al-Qur’an. Kemudian aku teliti Al-Qur’an dan mengumpulkannya dari pelepah kurma, lempengan batu, dan hafalan para sahabat yang lain).
Kemudian Mushaf hasil pengumpulan Zaid tersebut disimpan oleh Abu Bakar, peristiwa tersebut terjadi pada tahun 12 H. Setelah ia wafat disimpan oleh khalifah sesudahnya iaitu Umar, setelah beliau wafat mushaf tersebut disimpan oleh puterinya dan sekaligus isteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Hafsah binti Umar r.a.
Semua sahabat sepakat untuk memberikan sokongan penuh mereka terhadap apa yang telah dilakukan oleh Abu bakar yakni mengumpulkan Al-Qur’an menjadi sebuah Mushaf. Kemudian para sahabat membantu meneliti naskah-naskah Al-Qur’an dan menulisnya kembali. Sahabat Ali bin Abi Thalib mengulas peristiwa yang bersejarah ini dengan mengatakan : ” Orang yang paling berjasa terhadap Mushaf adalah Abu bakar, semoga ia mendapat rahmat Allah kerana beliaulah yang pertama kali mengumpulkan Al-Qur’an, selain itu juga, Abu bakarlah yang pertama kali menyebut Al-Qur’an sebagai Mushaf).
Menurut riwayat yang lain, yang pertama kali menyebut Al-Qur’an sebagai Mushaf adalah sahabat Salim bin Ma’qil pada tahun 12 H dengan akhir perkataannya iaitu : “Kami menyebut di negara kami untuk naskah-naskah atau manuskrip Al-Qur’an yang dikumpulkan dan dinamakan sebagai MUSHAF” dari perkataan salim inilah Abu bakar mendapat inspirasi untuk menamakan naskah-naskah Al-Qur’an yang telah dikumpulkannya sebagai al-Mushaf as Syarif (kumpulan naskah yang mulya). Dalam Al-Qur’an sendiri kata Suhuf (naskah ; jama’nya Sahaif) tersebut 8 kali, salah satunya adalah firman Allah QS. Al Bayyinah (98):2 ” Iaitu seorang Rasul utusan Allah yang membacakan beberapa lembaran suci. (Al-Qur’an)”
Penyalinan semula al-Quran zaman Khalifah Sayyidina Uthman bin Affan
Pada masa pemerintahan Khalifah Usman bin ‘Affan terjadi perluasan wilayah islam di luar Jazirah arab sehingga menyebabkan umat islam bukan hanya terdiri dari bangsa arab saja (‘Ajamy). Keadaan ini tentunya memiliki impak positif dan negatif.
Salah satu impaknya adalah ketika mereka membaca Al-Qur’an, karana bahasa asli mereka bukan bahasa arab. Fenomena ini diatasi secara bijak oleh salah seorang sahabat yang juga sebagai panglima perang pasukan muslimin yang bernama Hudzaifah bin al-yaman.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. suatu ketika Huzaifah bin al-Yaman bersama pasukan tentera Muslimin yang lain terlibat dalam peperangan di Armenia dan di Azerbaijan pada tahun ke-2 atau ke-3 Sayyidina Uthman menjadi khalifah. Dalam peperangan itu, terdapat ramai jemaah dari Syam tang membaca al-Quran menurut bacaan Miqdad bin Aswad dan Abu Darda’ sementara jemaah dari Iraq pula membaca menurut bacaan Ibnu Mas’ud dan Abu Musa al-Asy’ari.
Dalam mengutamakan bacaan pilihan mereka itu, sebahagian mereka ada yang sudah melampaui batas sehingga timbul perselisihan yang membuat mereka berkelahi dan berpecah-belah sehingga sampai satu tahap seseorang berkata kepada yang lain :
“ Bacaan saya lebih baik dari bacaanmu “
Perselisihan itu sudah mencapai klimaksnya dengan timbulnya pergaduhan, berselisih pendapat yang teruk, saling tuduh-menuduh antara satu sama lain, melaknat sesama sendiri, mengkafirkan orang lain dan menganggap hanya bacaan dirinya yang benar.
Melihat kepada perselisihan itu, Huzaifah bin al-Yaman pulang ke Madinah dan lantas menemui Khalifah Uthman lalu berkata :
“ Cepat selamatkan ummat ini sebelum menemui kehancuran “
“ Mengenai apa ? “ tanya Uthman
“ Kitabullah “ kata Huzaifah
Seterusnya beliau menceritakan tentang kejadian perselisihan tersebut seraya berkata:
“ Saya khuatir mereka akan berselisih pendapat tentang kitab suci kita seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani “
Khalifah Uthman kemudian mengumpulkan beberapa Cendiakawan Islam untuk membincangkan permasalahan tersebut. Seorang cendiakawan telah mencadangkan supaya harus ada satu sahaja bacaan, kerana bimbang perselisihan tersebut akan lebih parah. Dalam kalangan pemikir Islam ketika itu bersetuju dengan pendapat tersebut. Kemudian Khalifah Uthman mengutuskan seorang utusan kepada Hafsah dengan tujuan agar mengirimkan Mushaf yang ada di tangan Khalifah Abu Bakar untuk disalin ke dalam beberapa Mushaf.
Kemudian Khalifah Uthman memerintahkan kepada Zaid bin Thabit al-Ansari untuk menulis mushaf Uthman dan diimlakan oleh Sa’id bin al-Umawi, dengan disaksikan oleh Abdullah bin Zubair dan Abdurrahman bin Haris bin Hisyam al-Makhzumi.
Sesudah selesai penulisan tersebut, Khalifah Uthman memerintahkan untuk dibukukan beberapa mushaf dan dihantar ke raja-raja di Syam, Mesir, Basrah, Kufah, Mekah, Yaman dan Madinah. Sesudah mushaf-mushaf itu dikirim ke kota-kota tersebut, Khalifah Uthman mewajibkan supaya bacaan itu sahaja yang dipakai dan digunakan selain memerintahkan mushaf-mushaf yang lain dikumpul dan dibakar.
Atas tindakan itu, ramai orang yang menunjukkan ketidakpuasan hati antaranya beberapa orang sahabat dan tabi’in. Mereka mengecam Uthman kerana perkara itu tidak pernah dilakukan Rasulullah S.A.W, Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar.
Khalifah Uthman kemudian menulis surat kepada mereka dengan mengajak mereka mengikuti sahabat-sahabat yang lain yang sudah sama-sama menyetujui demi kebaikan bersama dan menghindari perselisihan.
Reaksi Ali bin Abi Thalib
“ Tidak perlu diragukan lagi apa yang dilakukan Uthman tentang penyeragaman bacaan Quran, merupakan kebijaksanaan yang luar biasa, kerana dengan tindakan tersebut, al-Quran tetap terjaga kemurniannya “
Ali menambah lagi :
“Kalau dia Khalifah Uthman tidak melakukan itu yakni penyeragaman bacaan Quran, maka aku yang akan melakukannya“
Wallahu'allam
Pengenalan Al-Quran
Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan dari langit oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril a’s. Sejarah penurunannya selama 23 tahun secara berangsur-angsur telah memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan seluruh manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai ilmu, hikmah dan pengajaran yang tersurat maupun tersirat.
Sebagai umat Islam, kita haruslah berpegang kepada Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkan serta menyebarluas ajarannya. Bagi mereka yang mencintai dan mendalaminya akan mengambil iktibar serta pengajaran, lalu menjadikannya sebagai panduan dalam meniti kehidupan dunia menuju akhirat yang kekal abadi.
Mushaf Al-Qur’an yang ada di tangan kita sekarang ternyata telah melalui perjalanan panjang yang berliku-liku selama kurun waktu lebih dari 1400 tahun yang silam dan mempunyai latar belakang sejarah yang menarik untuk diketahui. Selain itu jaminan atas keotentikan Al-Qur’an langsung diberikan oleh Allah SWT yang termaktub dalam firman-Nya QS.AL Hijr -(15):9: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan kamilah yang akan menjaganya”
Wallahu'allam...
Monday, March 21, 2011
Tujuan Tuntutan Menutup Aurat....
Bismillahiwa'ala barokatillahiwa'ala rosulillah
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :
a)Perbezaan dengan binatang :
Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan"
( Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b)Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."
c)Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut :
« .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.
e)Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya"
(Al-Mulk : 2)
Wallahu'allam.........
Sunday, March 20, 2011
Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi..???
Bismillah.......
Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.
Hak terutama dan yang tertinggi;
Adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.
Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-
فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا
Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?
Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.
Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.."
( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)
Hak kedua;
Adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut.
Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja.
Hak ketiga;
Adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :
لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف
Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)
Hak keempat dan yang ke seterusnya;
Adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.
Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.
Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian, mengikut citarasa masing-masing, canggih, tidak kiralah sama ada ia jarang memperlihatkan susuk tubuh dan warna kulit di bawah pakaian, bertudung jarang sehingga kelihatan rambut dan telinga, berseluar ketat, bert-shirt pendek dan sepertinya. Adakah apa sahaja yang cantik menurut selera, walaupun seksi dibenarkan atas dasar ia hak peribadi? Tidak boleh campuri urusan orang lain?
"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.
Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.
Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.
Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.
Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-
1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.
Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.
Sabda nabi SAW :
إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kta), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)
2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.
"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.
"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"
"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"
Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.
Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.
Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.
"come on lah, takkanlah ko nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, think big, ahead and more mature la bro" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.
Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.
"Sebenarnya, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya.
Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je, berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.
Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.
Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.
Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusawi mereka yang lemah.Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah.
Wallahu'allam
Jom layan video pantun Ustaz Akil Hayy ni....Mmang peringatan yg bermanfaat & Insya-ALLAH kepada kite smue.....
Tolong Jangan Biadab Dengan ALLAH...!!!
Bismillahiwa'ala barokatillahiwa'ala rosulillah
Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.
Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.
Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :
إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]
Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.
Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.
Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-
فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي
صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]
Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas. Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.
Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia. Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini....
Wallahu'allam...
From Uztaz Zaharuddin..........
Why Boycott McDonalds...???
Bismillahiwa'ala barokatillah wa'alarosulillah
McDonald's former chairman and CEO (1998-2002) Jack M. Greenberg was an honorary director of the American-Israel Chamber of Commerce and Industry of Metropolitan Chicago.
According to the Chicago Jewish Community Online (website of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago), McDonald's Corporation whose global headquarters is based just outside Chicago is a major corporate partner of the Jewish United Fund(JUF)/ Jewish Federation of Metropolitan Chicago. McDonald's Corporation was honoured during JUF centennial celebration in 2000 as a first tier corporate partner to the cause of Zionism.
Through its Israel Commission, the JUF "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and,when necessary, responds to counter negative media coverage of Israel".The JUF runs its "Partnership to Israel" program with its twinned Israeli Lachish region, comprising the city of Kiryat Gat and the rural areas of Lachish and Shafir. It provides financial aid annually to help the development of Kiryat Gat and to promote further illegal settlements there. This city is built on stolen Palestinian land - the lands of the villages of Iraq al Manshiya and Al-Faluja whose residents were ethnically cleansed in 1949 in contravention of International Law.
With all these facts and evidence illustrating McDonald's Corporation unrelenting support to further consolidate the existence of these illegal settlements and causing unabated oppression of the Palestinians, VPM has substantiated its demand to support the boycott of McDonald's.
Wallahu'allam...
Perbualan Antara RASULULLAH S.A.W dengan Iblis....
Bismillahiwa'ala barokatillah wa 'alarosulillah
Telah diceritakan bahwa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahwa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah...
Wallahu'allam
Bagaimana YAHUDI Melemahkan Islam...???
Bismillahiwa'ala barokatillah wa rasulillah
Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini cendekiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka.
Oleh kerana cendekiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tak boleh jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi.
Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?
Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difahami.
Yang pertama :
Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada perzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halal dan haram. Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.
Yang Kedua:
Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman. Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah mereka sebagai haiwan. Kalau mereka hidup macam haiwan, senanglah mereka mengotak-ngatikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan.
Yang Ketiga:
Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam. Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. Kalau mereka berjuang pun tidak mengikut yang dikehendaki oleh Tuhan.
Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang, tinggallah mereka di dalam kelemahan.
Di waktu itu orang Yahudi mengotak-ngatikkan umat Islam yang di dalam kelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang kita gambarkan tetapi mereka yang bertanggungjawab dalam Islam masih tidak sedar juga di mana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan. Mereka masih tercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaan Yahudi. Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpin umat Islam,maka di masa yang akan datang umat Islam di seluruh dunia akan lebih lagi malang.
Bila umat Islam lalai dengan Tuhan, lahirlah golongan-golongan, yang masing-masing ada watak dan sikap bersendirian. Akibatnya satu golongan dengan satu golongan yang lain tidak dapat disatukan dan di dalam keadaan itu musuh-musuh Islam mengambil peluang. Mereka mengotak-ngatikkan umat Islam yang tidak boleh disatukan, maka akhirnya umat Islam termasuk di dalam perangkap musuh. Akhirnya kehinaan pun datang, kehinaan itu berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung. Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan,watak setiap golongan itu seperti berikut yang akan diceritakan. Di antaranya:
Kalau dia orang politik,jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan.
Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.
Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri.
Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakkan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.
Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji. Kalau menuntut dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.
Kalau orang-orang agama pula mereka asyik sibuk dengan motivasi dan dakwah, bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang biasa menyangka mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya mereka berjuang untuk hidup mewah.
Begitu jugalah golongan-golongan lain yang kita tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian. Kita boleh carilah sendiri tidak payahlah diberitahu disini, kita akan tahu sendiri.
Begitulah umat Islam sudah tak fikirkan Tuhan, watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.
So.....Secara tuntasnya.....Same2 lah kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.
Wallahu'allam
Saturday, March 19, 2011
Banggakah Anda Sekadar Menjadi MUSLIM..???
Bismillahi wa'ala barokatillah......
Kita harus berasa bangga kerana dilahirkan daripada keluarga Islam, nama sudah pun direkodkan sebagai Islam, dan pasti kalau mati pula akan dikebumikan secara Islam di tanah perkuburan Islam. Dan kita juga harus bersyukur kerana sebaik sahaja kita boleh mendengar dan bercakap kita sudah dibiasakan dengan perkataan Allah.
Kita tidak susah untuk mencari Islam kerana semuanya sudah tersedia buat kita. Sedangkan kawan-kawan kita ada yang terpaksa bersusah payah mencari Islam, dan dalam pada itu mereka dihalang dan dihina malah disisihkan keluarga. Namun mereka tetap bersyukur kerana telah diberi hidayah walaupun sudah agak terlambat daripada kita.
Walau bagaimanapun kedudukan kawan kita itu kadang-kadang lebih baik daripada kita yang sudah lama beragama Islam. Kita hanya boleh berbangga dengan keislaman yang kita milik, tetapi kita tiada upaya menjaga iman dan agama kita. Kita belum bebas dan terselamat daripada gangguan syaitan yang tugasnya untuk menyesatkan kita.
Tahukah anda setelah kita mengucap dua kalimah syahadah maka secara rasmi kita telah digelar sebagai seorang Muslim. Bagi yang Muslim keturunan, sejak baligh dan mendirikan solat, mereka sudah direkodkan sebagai muslim secara rasmi. Tetapi setelah bergelar Muslim banyak kemungkinan boleh berlaku, ada yang boleh meningkat menjadi Mukmin atau berubah menjadi kafir atau musyrik atau munafiq.
Dalam ruang yang terbatas ini, saya cuba untuk menghuraikan kemungkinan itu semoga kita boleh berhati-hati dalam kehidupan ini:
1. Apabila anda kuat hubungan dengan Allah, tauhidnya mantap, taqwa kepada Allah pada tahap tinggi, perintah Allah dilaksanakan dan larangannya ditinggalkan, maka terbinalah sebahagian mukmin pada diri anda. Seterusnya dikuatkan hubungan dengan manusia; akhlaknya, muamalatnya, dan toleransinya sesama manusia, maka sempurnalah mukminnya.
2. Apabila anda mula meragui kekuasaan dan kehebatan Allah; perintah Allah diabaikan seolah-olah mencabar hukum Allah, dan larangan Allah dibuat secara sedar seolah-olah tidak takut kepada hukuman Allah, ketika itu jadilah anda seorang kafir.
3. Apabila anda menyembah Allah tetapi pada masa yang sama anda turut memperakui tuhan-tuhan lain setaraf dengan Allah. Anda memperakui ubat yang dimakan mampu menyembuhkan sakit anda. Meyakini bahawa jin boleh memberikan sakit dan sihat terhadap seseorang manusia. Dan juga sanggup tunduk sujud kepada manusia yang bertaraf pemimpin atau pembesar. Sedangkan semua kelakuan itu hanya layak untuk Allah, maka mereka yang berbuat begitu telah dikira musyrik.
4. Apabila anda bersifat talam dua muka, sering bermuka-muka dengan seseorang kerana sesuatu kepentingan maka anda termasuk dalam kalangan orang munafiq. Anda tahu kebenaran pada seseorang, tetapi anda selewengkan maklumat kerana hendak menjatuhkan orang itu, sahlah anda bukan Muslim yang jujur. Ketahuilah golongan itu terdapat tiga sifat berikut: Apabila berkata-kata dengannya dia berbohong; apabila dia berjanji dia akan mungkiri; dan apabila diberi amanah dia akan khianati.
Dalam sebuah hadis, ditambah satu sifat lagi iaitu sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafiq yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafiq hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengetepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).” (Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan kemungkinan di atas, mampukah kita sekadar berbangga sebagai seorang Islam atau Muslim? Anda janganlah mudah terpengaruh dengan jaminan Rasulullah bahawa setiap yang mengucap dua kalimah syahadah akan dimasukkan ke dalam syurga. Janganlah berasa senang hati dengan tawaran bahawa seseorang Islam pasti akan masuk syurga juga akhirnya.
Memang betul ada jaminan dan tawaran itu, tetapi kita perlu ingat, seorang Muslim dalam kategori kafir itu akan dicampakkan ke dalam neraka terlebih dahulu. Entah berapa tahun di situ, bukan sehari dua. Kemudian kalau masih ada terselit kalimah syahadah pada dirinya, mungkin bolehlah setelah dibakar hagus dipindahkan ke dalam syurga. Walaupun akhirnya masuk ke syurga, sanggupkah anda dibakar dalam neraka sebegitu lama?
Seorang musyrik pula, Allah memberi jaminan bahawa dosanya tidak akan diampunkan. Dosa lain boleh ampunkan tetapi dosa syirik tidak boleh diampunkan begitu sahaja. Hal ini kerana syahadahnya sudah terbatal, maka perlu diulangi syahadah yang baru. Bagaimana kalau anda mati sebelum mengucap syahadah? Kadang-kadang kita mati mengejut, tidak sempat hendak bertaubat? Apakah masih ada jaminan ke syurga? Jadi, insaflah segera.
Seterusnya seorang munafiq, mereka ini akan diazab dalam neraka jahanam pada bahagian bawah sekali. Entah berapa lama mereka akan disimpan di situ. Kalaupun mereka ada peluang ke syurga (bergantung kepada syahadahnya kalau masih ada, tentu ada peluangnya, tapi kalau tiada, melepaslah) tentulah mereka itu orang yang paling akhir masuk syurga. Mahukah begitu, orang lain sudah bersenang hati menikmati syurga, anda baru hendak bermula.
Jika anda rasa tidak senang hati dengan keadaan dan kedudukan itu, pastikan anda tidak memilih tiga jalan di atas. Sebaliknya pilih yang satu iaitu mukmin. Tidak susah untuk menjadi seorang mukmin kerana Allah hanya memberi tiga syarat untuk menjadi mukmin sejati iaitu:
1. Apabila disebut nama Allah gementar hatinya;
2. Apabila dibacakan ayat Allah bertambah imannya;
3. Dan kepada Allah mereka berserah diri.
Mungkin kita boleh menilai diri sendiri, adakah ketika kita berbuat dosa, hati kita boleh tersentak apabila diingatkan kawan atau sahabat bahawa Allah sedang memerhatikan perbuatan kita? Barangkali kita boleh tersentak apabila diberitahu bahawa polis ada membuat sekatan jalan raya, tatkala lesen kereta kita sudah tamat tempoh. Kalau begitulah keadaannyaa, taraf mukmin anda masih rendah.
Kita selalu membaca al-Quran, tetapi berapa kali anda terasa iman meningkat ketika membaca al-Quran itu. Iman boleh meningkat kalau kita faham apakah teguran Allah terhadap kita, apakah sindiran Allah terhadap kita, dan apakah pengajaran yang disampaikan kepada kita. Tetapi kebanyakan kita tidak faham mesejnya, lalu dibacakan begitu sahaja. Bolehkah dengan cara itu boleh meningkat iman? Inilah yang perlu difikirkan semula.
Seterusnya setelah berusaha dan berikhtiar dalam kehidupan ini, kita harus berserah kepada Allah, bertawakal mengharapkan kejayaan. Hasil dan keputusan sama ada jaya atau gagal hanya Allah yang menentukannya. Jadi, sebagai seorang mukmin kita perlu redha dengan apa yang tentukan Allah.
Sehingga di saat ini, di manakah anda sekarang? Anda boleh pilih mana yang anda suka tetapi ingat, Allah hanya mahu hamba-Nya berada di tempat yang terbaik di dunia dan akhirat.
Wallahu'allam
Friday, March 18, 2011
Mewujudkan Hubungan Baik ANAK dengan IBUBAPA
Bismillahiwa'ala barokatillah wa rasulillah.......
Anak wajib berbuat baik terhadap ibu bapanya. Sekiranya tidak, ia telah melakukan satu dosa. Di dalam al-Quran tidak terdapat perintah khusus agar seseorang bapa mengasihi anaknya, tetapi sebaliknya yang lebih banyak ialah perintah kepada anak supaya mengasihi ibu bapa.
Walaupun tidak banyak ayat yang memerintah ibu bapa untuk mengasihi anak, namun banyak hadis yang menyebut mengenainya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَلَمْ يُكْرِمْ كَبِيرَنَا
Ertinya: Bukan daripada golongan kami (Nabi Muhammad) mereka yang tidak mengasihi orang kecil (anak muda) dan tidak memuliakan orang besar (orang lebih umur – pemimpin).
Memang secara outomatik ibu bapa akan mengasihi anaknya. Seorang bapa, apatah lagi ibu, amat sayang kepada anaknya sehingga ia sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Ia sanggup bersusah payah bekerja siang dan malam, menggerakkan segala usaha dan tenaga, di mana semuanya itu adalah untuk kebahagiaan anaknya.
Namun ada anak yang tidak sedar atau tidak dapat merasai bahawa ibu bapanya mengasihi dan menyanginya. Teguran dan nasihat ibu bapa selalu dianggap sebagai mengganggu kebebasannya. Kesalahan mereka yang cuba dibetulkan oleh ibu bapa sering di anggap sebagai segaja mencari kesalahan mereka. Padahal kalau semua itu tidak diingatkan akan menjadi satu kebiasaan yang merosakkan masa depannya.
Menyedari keadaan ini, mereka perlu terus disedarkan hakikat ini. Maka wajarlah anak berbuat baik terhadap ibu bapa. Di sini mungkin seorang anak akan bertanya, bagaimana mereka harus berbuat baik terhadap ibu bapanya.
Imam Ghazali telah menggariskan dua belas panduan, iaitu:
* Mendengar kata mereka.
* Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.
* Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
* Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.
* Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.
* Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.
* Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.
* Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.
* Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.
* Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.
* Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.
* Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.
So.....Jika anak-anak dapat mengikut adab sopan ini, masa depan anak-anak akan terurus ke arah kejayaan. Ibu bapa tentu akan senang hati dengan kejayaan anak mereka itu.
Renung2 kan & Slamat beramal.........
Wallahu'allam
Subscribe to:
Posts (Atom)