Pages

Tuesday, March 16, 2010

ULUM QURAN





















PENYUSUNAN AYAT & SURAH AL-QURAN

Para ulama tidak berselisih pendapat tentang panyusunan ayat al-Quran, bahawa penyusunan tersebut merupakan ketetapan daripada Rasulullah S.A.W berdasarkan hadis dan ijmak

Uthman r.a. meriwayatkan bahawa adalah Rasulullah S.A.W pada masa yang berlalu ke atasnya, diturunkan kepadanya surah-surah yang mempunyai bilangan, maka apabila diturunkan keatasnya sesuatu daripadanya, Baginda akan memanggil sesetengah daripada penulis wahyu lalu bersabda yang bermaksud: “ Letakkanlah ayat ini pada surah yang disebutkan padanya kisah ini.” ( Riwayat Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasa’i ). Bagaimana pula dengan penyusunan surah-surah dalam al-Quran??? Ulama berselisih pendapat tentang hal ini kepada 3 pendapat iaitu:


1-PENDAPAT PERTAMA

Penyusunan surah adalah TAUQIFI ( berdasarkan arahan Rasulullah S.A.W sebagaimana diberitahukan Jibrail kepadanya atas perintah Tuhan ) seperti penyusunan ayat.


2-PENDAPAT KEDUA

Ijtihad para sahabat berdasarkan perbezaan susunan surah dalam mushaf para sahabat. Contohnya: Mushaf Saiyyidina Ali: Disusun mengikut penurunan ayat iaitu bermula dengan surah Iqra’ kemudian al-Muddaththir.

Mushaf Ibnu Mas’ud, susunan bermula dengan surah al-Baqarah, al-Nisa’ kemudian Ali-“Imran


3-PENDAPAT KETIGA

Sebahagian surah adalah TAUQIFI ( berdasarkan arahan Rasulullah S.A.W sebagaimana diberitahukan Jibrail kepadanya atas perintah Tuhan ) dan sebahagian surah disusun berdasarkan ijtihad para sahabat.

Konklusinya: Menurut Manna’ al-Qattan, setelah membicarakan tentang dalil dan kekuatan dalil yang dikemukakan bagi setiap pandapat, pendapat yang pertama lebih tepat, Wallahua’lam…….

No comments:

Post a Comment