Pages

Sunday, March 14, 2010

Hukum Ber”COUPLE”

Bismillahiwa'ala barokatillahiwa'alarosulillah

Apakah hukum ber”couple”?? Ada yang mengatakan hukumnya haram. Sejauh manakah kebenarannya?

Jawapan : Ber”Couple” yang dimaksudkan di atas ialah berdua-duaan antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Sesiapa yang beriman kepada ALLAH S.W.T dan hari akhirat, maka janganlah ia berkhalwat dengan seorang wanita tanpa ada mahram wanita tersebut kerana syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua.”
( Riwayat Ahamad daripada Jabir,3/339).



Daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “ Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali jika bersama dengan mahram wanita tersebut.” Lalu berdirilah seseorang dan berkata : “ Wahai Rasulullah, isteriku keluar untuk berhajidan aku telah mendaftarkan diriku untuk berjihad dalam peperangan.” Maka Rasulullah S.A.W bersabda : “ Kembalilah dan hajilah bersama isterimu.”
( Riwayat Al-Bukhari no.5233 dan Muslim, 2/975).

Persoalannya. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Nabi, “ Syaitan menjadi orang ketiga di antara mereka berdua”? Al-Munawi berkata, “ Iaitu syaitan menjadi perantara ( orang ketiga ) di antara keduanya dengan membisikkan kepada mereka ( supaya melakukan maksiat ) dan menjadikan syahwat mereka berdua bergejolak dan menghilangkan rasa malu daripada kedua-duanya serta menghiasi kemaksiatan sehingga nampak indah di hadapan mereka berdua. Akhirnya syaitan pun menyatukan mereka berdua dalam kenistaan ( berzina ) ataupun setidak-tidaknya menjatuhkan mereka ke dalam perkara yang lebih ringan daripada zina iaitu perkara pembukaan zina iaitu hampir-hampir menjatuhkan mereka kepada parzinaan.”
( Faid Al- Qadir,3/78)

Al-Syaukani berkata, “ Sebanya adalah lelaki senang kepada wanita. Kerana itulah ia telah diciptakan memiliki kecenderungan kepada wanita. Demikian juga kerana sifat yang telah dimilikinya berupa syahwat untuk berkahwin. Demikian juga wanita suka kepada lelaki kerana sifat-sifat semulajadi dan naluri yang telah tercipta dalam dirinya. Oleh sebab itu syaitan mencari jalan untuk menaikkan syahwat yang satu kepada yang lainnya, maka terjadilah maksiat.”
( Nail Al-‘Autar, 9/231).

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap lelaki daripada fitnah wanita.”
( Riwayat al-Bukhari no.5096 dan Muslim no. 97 dan no. 98 )

Sungguh syaitan sentiasa mengajak anak Adam untuk melanggar perinyah ALLAH. Jadi bersamalah kita hindari berdua-duaan antar lelaki dan perempuan ajnabi terutamanya di tempat tertutup,
Wallahu'alam……Kepada Remaja-remaji yg dlam prses " bercouple " tu,jom layan video ni.....Try faham liriknye....x de hal pnye

video

No comments:

Post a Comment