Pages

Sunday, March 14, 2010

MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN


Terdapat beberapa hasil kajian menangis dari sudut saintifik antaranya :

1-MENYAHKAN ZAT BERBAHAYA DARI TUBUH BADAN

Menangis merupakan kaedah semulajadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.

2-MENINGKATKAN KADAR DEGUPAN JANTUNG

Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga manimbulkan perasaan yang tenang.

3-MENGHALANG PENYAKIT

Satu kajian oleh Universiti Temple, Amerika Syarikat kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Hasil kajian mendapati jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semulajadi jika dilakukan pada waktu dan untuk tujuan yang sesuai.

4-MEMBEBASKAN RACUN DARI BADAN

Arthur Frank, seorang ilmuan Amerika berkata, “ Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur baracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti mambiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh melalui tangisan.”

Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mangandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh dengan malalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun tersebut.

5-AIR MATA MENGANDUNGI 25% PROTEIN

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis, Wallahua’llam…….

No comments:

Post a Comment