Pages

Monday, October 24, 2011

REMAJA MUSLIM : IYAS BIN MU’AWIYAH MEMATAHKAN HUJAH GURU YAHUDI


Pada ketika pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Iyas bin Mu’awiyah al-Muzani telah dipilih menjadi kadi iaitu hakim agung daerah Basrah. Beliau terkenal sebagai seorang hakim yang amat bijaksana.

Profile Iyas……..
Nama sebenarnya ialah Iyas bin Mu’awiyah bin Qurrah al-Muzani, lahir pada 46H di daerah Yamamah, Najd. Kemudian beliau berpindah ke Basrah bersama-sama seluruh ahli keluarganya. Di sanalah beliau membesar dan belajar. Beliau sering pergi ke Damsyik ketika masih remaja untuk menimba ilmu daripada para sahabat yang mulia dan tokoh-tokoh tabi’in yang masih hidup pada waktu itu.

Kecerdasan dan bakatnya telah terserlah sejak kecil lagi. Orang ramai sering membicarakan tentang kehebatan dirinya ketika beliau masih kanak-kanak. Telah diriwayatkan ketika kecil, beliau belajar ilmu matematik di sebuah sekolah yang diajar oleh Yahudi atau ZImmah.


Alkisah tumpasnya guru Yahudi………….
Pada suatu hari, berkumpullah teman-temannya daripada kalangan Yahudi itu, lalu mereka asyik membicarakan tentang masalah agama mereka tanpa menyedari yang Iyas juga turut sama mendengar perbualan mereka. Guru Yahudi berkata kepada anak-anak muridnya:

“ Tidakkah kalian hairan dengan orang Islam ? Mereka berkata bahawa mereka akan makan di syurga sebanyak yang dikehendaki tanpa membuang air besar “

Kata-kata gurur Yahudi itu membuatkan semua anak muridnya ketawa besar kerana guru tersebut telah memperbodohkan umat Islam. Iyas yang berada di situ berkata :

“ Bolehkah saya turut serta dalam perbincangan ini wahai guru ??? “

“ SIlakan “ jawab guru tersebut

Kemudian Iyas berkata :

“ Adakah semua makanan yang dimakan di dunia ini keluar menjadi najis dan kotoran yang keluar dari tubuh ??? “

“ Tidak “ jawab guru itu

Iyas berkata lagi :

“ Lantas kemana perginya makanan yang tidak keluar itu ??? “

Guru itu mla terjerat dengan kebodohannya sendiri. Dia menjawab :

“ Ia akan bertukar menjadi zat kepada jasmani “

Iyas terus menambah :

“ Lantas mengapa kalian mengingkari bahawa makanan itu boleh kekal dalam tubuh ? Jika makanan yang kita makan di dunia sebahagiannya diserap oleh tubuh, maka tentulah tidak mustahil di syurga seluruhnya diserap oleh tubuh untuk menjadi zat jasmani “

Merasai bahawa dia telah tewas oleh jawapan anak muridnya yang masih mentah itu, guru itu memberikan isyarat dengan tangannya sambil berkata kepada Iyas :

“ Semoga Allah mematikan kamu sebelum dewasa “


Sejak peristiwa itu, beliau menjadi semakin tersohor sehinggakan ramai yang dating menziarahi beliau dari seluruh pelsok tempat untuk menyaksikan sendiri kehebatan dan keluasan ilmu, kewarakan dan kecerdasan beliau. Sebahagiannya ingin belajar dengannya, sementara yang lainnya pula ingin menguji dan ada pula yang hendak berdebat dengannya.

Diuji dengan soalan……….
Pernah seorang bertaraf pemimpin kaum datang ke majlisnya sambil berkata :

“ Wahai Abu Wathilah ( gelaran buat Iyas ), apa pendapatmu tentang minuman yang memabukkan ??? “


Bagi orang yang soleh dan tinggi kedudukannya di sisi ALLAH, Iyas telah diberikan firasat yang benar menyebabkannya merasakan bahawa pertanyaan lelaki itu hanya bertujuan untuk menguji dan seterusnya ingin menghinanya. Lantas Iyas menjawab dengan tegas :

“ Haram !!! “

Pemimpin itu terus bertanya :

“ Dari sisi mana dikatakan haram, sedangkan ia buah dan air yang diperam. Kedua-duanya berasal daripada bahan yang halal “

Iyas menjawab :

“ Adakah engkau sudah selesai berbicara, wahai saudara atau masih ada yang hendak engkau tanyakan ??? “

Pemimpin itu menjawab :

“ Sudah, silakan menjawab “

Iyas kemudian lantas berkata :

“ Seandainya kuambil air dan kusiramkan ke mukamu, apakah engkau berasa sakit ??? “

Jawapan lelaki itu : “ Tidak “

Iyas berkata lagi : “ Jika kuambil segenggam pasir lalu ku lemparkan kepadamu, adakah engkau merasa sakit ??? “

Dia menjawab dengan penuh yakin : “ Tidak ! “

Iyas bertanya lagi :

“ Sekarang jika kuambil pasir, dicampurkan dengan sebekas air, lalu digaulkan. Adunan itu aku pukulkan kepada kepalamu, adakah engkau berasa sakit ??? “

Lelaki itu terkejut lalu berkata : “ Tentulah sakit, bahkan ia boeh membunuhku ! “

Iyas kemudian menerangkan :

“ Begitulah halnya dengan khamr iaitu arak. Apabila dikumpulkan bahagian-bahagiannya dan diolah menjadi minuman yang memabukkan dan merosakkan pemikiran waras, maka ia menjadi haram “

Subhanallah....itulah kehebatan remaja-remaji Islam.....Wallahu’allam

1 comment: