Pages

Wednesday, April 25, 2012

ANALISIS : Benarkah BIBLE bukan INJIL ???



Bismilillahiwa'ala barokatillahi wa'ala rosulillah.......
Kebanyakan orang menyangka bahawa kitab Bible adalah nama lain bagi kitab Injil. Ramai di khalayak umat Islam menyangka bahawa isi Bible adalah kitab Injil yang diturunkan ALLAH kepada Nabi Isa a.s, tetapi ianya telah diubah. Apakah benar pandangan ini ???

Ayuh kita selongkar sejarahnya kerana apabila disebutkan kitab ALLAH, maka ia bermaksud wahyu yakni kalamullah yang diturunkan oleh ALLAH kepada seorang Rasul. Selain al-Quran, terdapat kitab-kitab lain yang diimani oleh umat Islam iaitu Injil, Taurat dan Zabur. Adakah Bible merupakan wahyu ALLAH yang diturunkan kepada kepada Nabi Isa a.s. ???

Sebenarnya Bible adalah himpunan-himpunan kitab-kitab warisan daripada kitab-kitab Yahudi ( Old-Testament ) ataupun lebih dikenali sebagai Perjanjian Lama dan kitab-kitab yang ditulis selepas Jesus Christ ( New-Testament ) yang lebih dikenali sebagai Perjanjian Baru. Ertinya bukan wahyu ALLAH kepada Nabi Isa a.s seperti al-Quran yang merupakan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Apabila disebutkan wahyu, maka sebutannya adalah ALLAH berfirman, kerana itu merupakan ‘FIRMAN’ langsung dari ALLAH s.w.t kepada seseorang Rasul agar disampaikan kepada umat. Bible adalah tulisan manusia atau riwayat. Kerana itulah kita dapati keraguan terhadap ketulenan kitab Bible terus menjadi isu yang dibangkitkan oleh penganut Kristian sendiri.


Apakah kaitan Gospel dengan Bible ???

Gospel adalah tulisan kitab-kitab warisan yang kononnya telah ditulis oleh pengikut-pengikut Jesus Christ. Gospel merupakan kandungan atau juzuk-juzuk ( bab ) di dalam Bible. Ia merujuk kepada 4 buah kitab awal di dalam Bible pada bahagian New Testament yang merakamkan kisah hidup dan kemtian Jesus Christ iaitu Gospel of Matthew, Mark, Luke dan John yang digelar Canonical Bible atau Injil Katonik. Keempat-empat kitab ini dianggap sahih pada pandangan para ilmuan Kristian, walaupun pada awalnya terdapat beberapa kitab Gospel selain daripada itu. Bagaimanapun, tiada satu bahagian pun daripada Gospel tersebut yang masih kekal dan dapat diwarisi. Ironinya, keempat-empat Gospel yang menjadi rujukan itu asalnya dalam bahasa Greek dan bukannya bahasa Aramatic iaitu bahasa pertuturan Nabi ALLAH Isa a.s dan pengikutnya.

Apakah kesan Gospel tersebut terhadap kepercayaan kepada Tuhan ???

Adalah penting untuk kita mengetahui bahawa tedapat 10 buah kitab Gospel sebelum abad ke-4 Masihi. Termaktub di dalam sejarah, Raja Konstantin 1 telah mengumpulkan ahli-ahli agama dalam majlis Nicaea pada tahun 325 Masihi bertujuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sengit terhadap persoalan pokok di dalam soal kepercayaan dalam kalangan ahli-ahli agama Kristian iaitu bersangkutan dengan isu sama ada Jesus ( Nabi Isa a.s. ) itu Tuhan atau tidak.

Terdapat 2 golongan ilmuan Kristian pada ketika itu. Satu golongan ilmuan mempercayai Jesus adalah seorang insane ( hamba Tuhan ), dan satu golongan lagi mempercayai ketuhanan Jesus (memiliki unsur ketuhanan/anak Tuhan). Golongan majoriti dalam kalangan ilmuan ketika itu mengatakan bahawa Jesus adalah hamba Tuhan.

Walaubagaimanapun, dalam majlis tersebut, golongan majoriti ( ramai ) ini telah dipaksa supaya tunduk dan mengalah kepada golongan minoriti ( sedikit )yang mempertuhankan Jesus. Golongan ilmuan majoriti terpaksa mengalah kepada golongan minoriti. Sesuatu yang sangat bertentangan dengan ‘disiplin ilmu’ dan amat tidak masuk AKAL !!!


Cuba kita bayangkan bahawa, semua prinsip ilmu terpaksa tunduk kepada kehendak Raja Konstantin 1. Beliau merupakan maharaja Rom yang pertama sekali memeluk agama Kristian. Sebagai Raja Rom, kepercayaan pagan dan mitos yang berasal daripada mitologi Romawi yang percaya kepada pelbagai Tuhan dan dewa-dewi masih bertapak dalam dirinya. Ini mempengaruhi keputusan Majlis Nicaea tersebut. Peranannya dalam mencari penyelesaian kepada pertelingkahan golongan agamawan membawa kepada satu resolusi Majlis Nacae ( 325 Masihi ) yang menerima pakai doktrin (pemikiran) bahawa ketuhanan Jesus dan konsep ‘Triniti’ yakni mempercayai Tuhan itu TIGA, terdiri daripada Tuhan Bapa ( God/Father ), Tuhan Anak ( Jesus Christ/The Son/The Word ) dan Ruhul Qudus ( The Holy Ghost/ Holy Spirit ).

Serentak dengan itu, Majlis Nicaea juga telah menafikan kesahihan beberapa kitab Gospel selain daripada Gospel of Matthew, Mark, Luke dan John, di antaranya ialah The Letter of Barnabas, Didache, Thomas dan Mathias ( sekadar menyebutkan beberapa nama ). Bible yang lain ini dianggap palsu, menyimpang, tidak asli atau dongeng. Mereka menggolongkannya ke dalam istilah seperti Gnostik atau Apocrypha.

Peristiwa ini berlaku sekitar 300 Masihi setelah kematian Jesus Christ !!!
Bertitik tolak dari situlah berkembangnya segala kekeliruan dan pertentangan akidah dengan kepercayaan yang telah dipegang oleh majoriti penganutnya sebelum tarikh tersebut.


TUNTASNYA

Konklusinya, sangat jelas di sini bahawa Kitab Injil dan Bible itu adalah dua kitab yang BERBEZA. Kitab Injil adalah wahyu daripada ALLAH s.w.t kepada Nabi Isa a.s sementara Bible pula adalah ‘rekaan’ manusia yang dicipta mengikut kepentingan dan nafsu golongan Kristian bertujuan untuk memusnahkan tamadun manusia. Wallahu’allam……

10 comments:

  1. salamuna'laik..maaf nak tanyer...adakah injil yang asal pernah ditulis oleh hawariyyun?

    ReplyDelete
  2. Wassalam'alaik......wallahu'allam....bnyak pndapat...ade yg mengatakan ya...& ade yg mengatakan tidak....krana dlam kitab injil yg ade skrang ( Bible ), pn brtelagah mngenai prkara ini...adkah ksemua ( 12 orang ) hawariyyun itu mrupakan hawariyyun yg asli atau tak....pndekatannye, klau benar mereka adalah hawariyyun, maka injil asal ditulis oleh mreka...tp jika tak, maka sebaliknya pula...bgaimanapun, saudara bleh bertanya kpada yg lebih ARIF....ana msih dlam proses BELAJAR...asifun jiddan....Wallahu'allam...

    ReplyDelete
  3. syukran diatas perkongsian... semoga Allah redha...

    ReplyDelete
  4. Our online software guides you through setup, and our live customer support team is available if you need help.
    Some of the best apple models which are gaining popularity and
    which are driving the people crazy include Mac - Book Pro and Mac -
    Book Air. The Macbook is a part of the transition of Apple-Intel products, aimed to be
    used for the consumers in the educational markets.


    Also visit my homepage: mac book air

    ReplyDelete
  5. However it is not so with the new Samsung galaxy note 2.
    In fact there is everything perfect about this gizmo.
    When you finish with the app, most people just hit
    the Home button or the back arrow button go to the main menu.

    ReplyDelete
  6. The WI-FI enabled chromebooks, by Acer will come somewhere around
    $350. If you are using a DSL modem, are tethering through a cell phone, or are still on dial-up, you probably have a static IP address, and will actually have to enter in
    information to this device to get connected to the Internet.
    Properly, it has every little thing to try and do with on the web storage.


    Here is my homepage samsung chromebook review

    ReplyDelete
  7. Simply click on the program that you want to watch and go directly to the
    channel it's playing on. Hulu have made sure set-top boxes such as roku cannot stream its content on your big screen tv. A stable internet connection is needed, may it be using a cable-powered connection or wifi.

    ReplyDelete
  8. 3 inches screen of Zopo ZAP900h is really a cool thing about Zopo ZP910 and as it is having a Quad Core processor you
    should really check out its features. Smartphone survey is an
    important app for Smartphone users that may keep them busy while giving some beneficial results.
    Though it cannot offer you emailing, application downloading, etc.


    Feel free to surf to my web-site samsung galaxy s4

    ReplyDelete
  9. Its appearance is note-bookish and minimalistic
    having no front button. If you little bit understand technologies, you can
    easily root your Black - Berry. Blackberry Playbook runs on Blackberry tablet operating system.


    Take a look at my website - blackberry playbook review

    ReplyDelete
  10. To start with, see if it is possible to sell your car or cars.
    This removes mold, dirt, fungi or other debris from entering the home.
    You paid a lot of money for the compressor to cool these
    coils, right.

    Feel free to visit my site :: nest thermostat

    ReplyDelete