Pages

Thursday, January 5, 2012

Jom KETAHUI Syarat-Syarat Nak Lamar 'Si Die'....


Apa itu LAMARAN ???
Lamaran atau peminangan daam ilmu fiqh disebut sebagai ‘khitbah’ yang bermaksud permintaan. Menurut istilah, makna khitbah atau lamaran adalah sebuah permintaan atau pernyataan dari pihak lelaki kepada pihak wanita untuk mengahwininya, sama ada baik dilakukan secara langsung ataupun melalui perantaraan pihak lain selagi tidak melanggar syariat agama.

Syarat melamar dalam Islam........

Secara ringkasnya, terdapat dua syarat untuk melakukan lamaran mengikut Islam iaitu :

1.Syarat Muhtasinah

Syarat Muhtasinah ini bermaksud syarat yang ‘disarankan’ kepada seseorang lelaki yang akan melamar seorang wanita agar lelaki tersebut meneliti terlebih dahulu wanita yang akan dilamarnya itu supaya segala urusan rumah tangga yang akan dibina akan menuju matlamat yang diinginkan syariat. Syarat Muhtasinah ini bukanlah syarat yang wajib dipatuhi tetapi ianya merupakan anjuran atau galakan dengan niat yang baik iaitu bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang mungkin timbul ketika berumah tangga kelak. Antara perkara yang termasuk di dalam syarat Muhtasinah ini adalah seperti :

- Wanita yang akan dilamar itu sebaik-baiknya adalah setaraf dengan lelaki tersebut. Ini bermaksud, kedua-dua wanita dan lelaki adalah sama ‘darjat’ dari segi sama cantik rupa paras, sama taraf dari sudut taraf hidup sosial dan ekonominya, dan sebagainya.
- Perempuan yang akan dilamar hendaklah seorang wanita yang mempunyai sifat kasih sayang dan mampu memberikan zuriat ataupun keturunan ( subur ), sebagaimana anjuran Rasulullah s.a.w yang menggalakkan setiap lelaki mencari wanita yang mampu melahirkan anak yakni subur.
- Wanita yang akan dilamar itu sebaiknya hendaklah bukan ‘saudara dekat’ dengan lelaki tersebut. Islam tidak menganjurkan ( menggalakkan ) perkahwinan yang membabitkan saudara terdekat kerana ia akan menyebabkan hubungan silaturrahim sesebuah istitusi keluarga itu tidak berkembang.
- Seelok-eloknya setiap lelaki yang ingin melamar seseorang wanita itu mengetahui terlebih dahulu budi pekerti wanita tersebut.


2.Syarat Lazimah

Syarat Lazimah pula adalah syarat yang wajib dipenuhi sebelum proses melamar atau khitbah dilakukan. Ini bermaksud, pengesahan ( syarat sah ) sesuatu lamaran itu bergantung kepada ‘wujudnya’ syarat-syarat Lazimah ini. Antara perkara yang termasuk di dalam syarat Lazimah adalah seperti berikut :

- Wanita yang akan dilamar itu hendaklah ‘free’ ataupun bebas daripada lamaran lelaki lain. Pendek kata, wanita tersebut bukanlah tunangan orang ataupun sudah menjadi tunang orang lain. Islam melarang keras perbuatan ‘masuk daun’ ataupun mencuri tunang orang lain.
- Wanita yang akan dilamar itu hendaklah tidak dalam keadaan tempoh ‘iddah’ yakni dalam keadaan waktu menunggu seseorang wanita yang ditalak bekas suaminya. Ringkasnya, haram hukumnya bagi seseorang lelaki melamar wanita yang masih dalam keadaan iddah.
- Wanita yang akan dilamar itu hendaklah wanita yang ‘boleh dinikahi’. Maksudnya ialah wanita tersebut bukan muhrim bagi lelaki tersebut seperti adik-beradik, ibu, nenek dan sebagainya.

Bila dah selesai melamar.......

Setelah proses melamar berjalan atau khitbah berjaya dan diterima oleh pihak yang dilamar, ini secara tidak langsung telah menggambarkan bahawa kedua-dua belah pihak dengan kerelaan hati telah mengadakan satu perjanjian untuk melaksanakan proses seterusnya yakni akad nikah ( perjanjian melaksanakan perkahwinan ). Biasanya, tempoh lamaran ( pertunangan ) ini sebaiknya tidak terlalu lama sementara menunggu waktu diijabkabulkan.


TAPI INGAT YE !!!

Harus difahami dengan jelas, bahawa setiap pertunganan atau lamaran itu bukanlah ‘tiket’ untuk menghalalkan hubungan seperti suami isteri. Meskipun sudah terikat dengan kalimah ‘pertunangan’, tetapi hubungan kedua-dua ( lelaki & wanita ) itu tetap sama yakni masih seperti hubungan bukan muhrim. Ketika waktu ini juga, pihak wanita dilarang keras untuk menerima ‘tawaran’ pertunangan daripada lelaki lain. Selain itu, hantaran ketika majlis pertungan TIDAK WAJIB dikembalikan sekiranya pertunangan itu terputus samada sengaja atau sengaja.
Wallahu’llam.

2 comments:

  1. nk tgur sikit 'bukn muhrim' sepatut ye 'bukn mahram' muhrim tu org yg menunaikn haji

    ReplyDelete