Wednesday, June 8, 2011
ANALISIS : SEJARAH PENGGALIAN HARAM DI BAWAH KOTA BAITULMAQDIS
Usaha rejim Zionis untuk merobohkan Masjid al-Aqsa sambil mengYahudikan Baitul Maqdis adalah sangat serius. Usaha siang malam mereka amat memalukan umat Islam sedunia yang just memandang apa yang telah, sedang dan bakal berlaku terhadap kota suci itu. Pelbagai usaha telah dilakukan mereka dan proses penggalian ini terus berjalan sehingga kini. Bermula dengan merobohkan penempatan kaum Arab Muslim dan Kristian di kota tersebut, membina penempatan Yahudi dan membawa warga Yahudi dari seantero dunia untuk ‘ menjajahnya ‘, membawa tulang belulang datuk nenek mereka dari Eropah dan Amerika untuk ditanam di dalam kawasan kota Baitul Maqdis, kini mereka telah sampai ke tahap yang lebih agresif dengan membina tembok untuk memisahkan umat Islam Palestin dengan dunia luar selain penggalian secara senyap di dasar masjid tersebut.
Namun jika dilihat secara kasar pun, di antara semua usaha yang dilakukan itu, tidak syak lagi, usaha penggalian terowong di bawah Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsalah yang paling merbahaya kerana iainya bukan hanya mengancam masjid suci tersebut, malah ia sekaligus juga telah mencabar maruah & memadamkan sejarah tamadun suci umat Islam yang telah terbina sejak 1400 tahun yang lalu. Sayangnya, isu ini tidak begitu diambil berat oleh umat Islam, walaupun ia telah mula berlaku sejak tahun 1967 lagi. Umat Islam hanya menyedari proses ini apabila kerajaan regim Zionis Israel merasmikan terowong yang mereka gali sejak 1967 itu, pada 24 September 1996, sempena sambutan ulangtahun ‘ 3000 tahun bandar Daud ‘. Ini sekaligus membuktikan pemilikan mereka terhadap kota berkenaan. Sayangnya, ketika majlis itu berlangsung, proses penggalian telahpun menjangkau sepanjang 488 meter dengan ketinggian melebihi 13 meter selain 20 meter di sesetengah tempat. Oleh itu, penulis ingin mengajak pembaca yang budiman sekalian supaya kita sama-sama menyelusuri kembali proses bermulanya penggalian HARAM ini.......
FASA-FASA PEMBINAAN
Usaha jahat Zionis ini sebenarnya telah bermula sejak tahun 1967 lagi, ketika mereka mula-mula menawan kota al-Quds dan al-Aqsa dari umat Islam. Bermula dari tarikh tersebut, mereka telah memulakan penggalian di bawah Masjid al-Aqsa dengan alasan untuk mencari kuil lama ( Haikal Sulaiman ) yang didakwa mereka telah tertimbus di bawah bangunan Masjid al-Aqsa. Selepas itu, pelbagai lagi usaha rakus dilakukan mereka seperti membakar, pengeboman, merempuh masuk, menyembelih umat Islam yang bersolat di masjid berkenaan & yang terakhir ialah ugutan golongan fundamentalis Yahudi untuk merobohkan al-Aqsa sebanyak lebih 6 kali pada tahun 2005. Namun usaha penggalian dilihat masih bergiat aktif dan berterusan sehingga saat ini. Ayuh kita kupas satu persatu fasa-fasa pembinaan ini....
- Fasa Pertama ( penghujung 1967 – 1968 )
Terowong sepanjang 70 meter di bawah tembok sebelah barat bangunan al-Haram al-Sharif ( Masjid al-Aqsa ), di sebelah belakang kawasan solat muslimah dan di bawah muzium Islam sehingga ke kubah al-Fakhriah
- Fasa ke-2 ( 1969 )
Terowong sepanjang 80 meter pula digali bermula daripada terowong yang telah digali sewaktu fasa pertama. Terowong ini digali sehingga mencecah pintu ‘ Magharibah ‘, juga disebelah barat bangunan al-Haram al-Sharif. Ianya berada di bawah bangunan-bangunan milik Zawiyyah Fakhriah ataupun lebih dikenali sebagai Institusi al-Shafie.
- Fasa ke-3 ( bermula 1970, tergendala seketika sehingga 1974, disambuang kembali pada 1975 sehingga kini )
Ketika ini, dibina pula sejauh 180 meter di bawah Mahkamah Syariah, bersebelahan dengan bangunan al-Haram al-Sharif, yang merupakan bangunan tertua dalam kota Baitul Maqdis. Terowong yang digali ini berada di bawah 5 pintu pagar utama Majid al-Aqsa dan beberapa bangunan bersejarah serta 4 buah masjid, kubah-kubah Qayt Bay, pasar al-Qatanin, beberapa buah sekolah dan juga kawasan-kawasan perumahan di sekitar Masjid al-Aqsa. Dianggarkan 3 ribu orang Arab Muslim yang menetap di perumahan tersebut.
- Fasa ke-4 & ke-5 ( dari tahun 1973 – 1974 di 4 tempat berlainan )
Tempat pertama : di bawah mihrab Masjid al-Aqsa dengan kadar ketinggian 20 meter
Tempat ke-2 : di kawasan tenggara Masjid al-Aqsa yang utama
Tempat -3 : di kawasan sebelah barat Masjid utama
Tempat ke-4 : di sekitar keempat-empat pintu masuk utama ke Masjid utama
Di ketiga-tiga tempat tersebut, ketinggian terowong yang digali itu telah menjangkau 13 meter ke bawah. Penggalian ini telah menyebabkan keretakan yang nyata di dalam kawasan masjid utama (Masjid Umar & Masjid al-Aqsa). Sebarang gegaran yang kuat sedah cukup untuk meretakkan masjid tersebut sekaligus mampu merobohkannya pada bila-bila masa.
- Fasa ke-6 ( dari tahun 1975 sehingga kini )
Terowongnya bermula dari tembok sebelah timur, di antara tembok Mariam dan juga kawasan timur laut tembok kota Baitul Maqdis. Penggalian terowong ini menjejaskan kawasan perkuburan yang terdapat di atas terowong tersebut ( bersebelahan al-Aqsa ).
- Fasa ke-7 ( dari 1975 sehingga kini )
Ianya bertujuan untuk meluaskan medan al-Buraq ( ataupun dipanggil KOTEL oleh Yahudi yang bermaksud tembok ratapan ). Pembinaan medan tersebut sahaja telah memusnahkan beberapa bengunan milik umat Islam, seperti perpustakaan al-Khalidiya (perpustakaan tertua di Baitul Maqdis), Mahkamah Syariah, dan juga 35 buah bangunan penempatan yang menempatkan seramai 250 orang Arab Muslim. Terowong yang dibina ini juga adalah sebagai simbol kesinambungan daripada medan al-Buraq tersebut dan menjadi sebahagian daripada kawasan suci bagi penganut agama Yahudi yang pro-Zionis.
- Fasa ke-8 ( dari tahun 1976 hingga kini )
Fasa ini bertujuan untuk mencari kubur-kubur lama milik raja-raja Yahudi yang mereka dakwa ditanam di bawah kota lama Baitul Maqdis mengelilingi kawasan sebelah barat Masjid al-Aqsa. Moto utama penggalian ini ialah ‘ Discover the Graves of the King of Israel in David’s City ‘. Penggalian ini juga telah menyebabkan keretakan di beberapa bahagian barat bangunan Masjid utama ( al-Aqsa )
FASA PEMBINAAN KINI
Sehingga kini, pihak rejim Zionis still meneruskan usaha penggalian terowong di dasar al-Aqsa. Panjang terowong pertama, hasil daripada kerja-kerja 8 fasa tersebut, telah menjangkau 500 meter dari tembok al-Buraq ( KOTEL bagi agama yahudi ) sehinggalah ke kawasan sebelah timut baitul Maqdis. Terowong ke-2 pula yang bermula dari pintu al-Ghawanim di dalam bangunan masjid telah menjangkau sehingga kawasan perumahan Arab Kristian di dalam kota lama. Terowong ke-3 pula bermula dari pintu Magharibah sehingga ke pintu al-Amud. Terowong-terowong ini pada asalnya hanyalah sebagai kawasan laluan air yang telah dibina sejak zaman-berzaman untuk mengalirkan air hujan yang turun sewaktu musim sejuk. Malangnya, apabila pihak rejim Zionis berkuasa penuh ke atas Baitul Maqdis, mereka mendakwa ianya adalah sebahagian daripada bangunan lama kuil Sulayman mereka. Terowong yang telah dibuka secara rasmi oleh kerajaan rejim pada 24 September 1996 sebenarnya hanyalah penemuan 3 saluran air bawah tanah yang wujud sejak pemerintahan Islam lagi, dan berakhir di pintu Alwad berdekatan dengan kubah batu ( Qubah al-Sakhra ). Usaha rejim Zionis hanyalah membesarkan terowong tersebut sehingga boleh dilalui oleh para pengunjung, dan kemudiannya mendakwa bahawa itu adalah sebahagian kuil Sulayman mereka, seterusnya menjadikan kawasan tersebut sebagai kubu suci mereka.
PENDEDAHAN SYEIIKH RAED SOLAH
Usaha jahat rejim Zionis ini telah didedahkan oleh Syeikh Raed Solah, iaitu datuk bandar Umm al-Fahm merangkap ketua Harakah Islamiyyah ( gerakan Islam ) di Palestin. Menurut Syeikh Raed Solah :
“ rancangan jahat Zionis yakni menggali terowong-terowong yang wujud adalah sebahagian rancangan mereka untuk membina kembali Haikal Sulaiman yang mereka dakwa. Selain itu, mereka juga merancang untuk menukarkan Masjid Marwani ( tingkat bawah Masjid al-Aqsa yang dibina sejak zaman Marwan al-Hakkam, iaitu saah seorang pemimpin Bani Umayyah ), kepada Kuil Sulayman mereka di bawah tanah. Mereka juga bercadang untuk menghubungkan antara Masjid Marwani dengan tembok al-Buraq menerusi sebuah terowong yang akan merentasi Masjid al-Aqsa “
Syeikh Raed Solah juga telah mendedahkan satu dokumentari yang pernah ditayangkan oleh salah sebuah saluran televisyen Zionis mengenai keruntuhan al-Aqsa yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat.
Menurut Syeikh Raed lagi, tujuan utama penggalian terowong ini adalah untuk merobohkan al-Aqsa secara semulajadi, kerana sebarang gegaran sama ada berpunca daripada gempa bumi atau letupan yang kuat, sudah cukup untuk merobohkan Masjid al-Aqsa. Jika al-Aqsa runtuh dengan cara sedemikian, pihak rejim Zionis bolehlah berlepas tangan & tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dengan alasan al-Aqsa runtuh dengan sendiri, selain membina dengan segera kuil Sulayman yyang diidam-idamkan mereka selama ini. Di bawah ini merupakan lakaran Kuil Sulayman yang ingin dibina Zionis
Pendek kata
Secara tuntasnya, pembinaan terowong haram ini dilihat telah sampai ke tahap paling maksimum. Sedarlah kita yang al-Aqsa sekarang memang dalam keadaan ‘ sangat kritikal & tenat ‘....namun, apakah tindakan kita ????? Smoga dengan artikel ini, kita semua kembali sedar akan bahaya yang menanti qiblat pertama Muslim ni.........Wallahu’allam
Subscribe to:
Posts (Atom)