Pages

Saturday, April 16, 2011

Cetusan : Hukum ALLAH dah Relevan laaaa…......



“ Ish..kalau aku dapat sape yang curi henset aku, aku akan kerat 4 !!! “ Itulah luahan hati seorang kenalan sewaktu kami bertemu satu ketika dulu.

“ Begitu geram, marah ??? “ balas saya

“ Yelah, dalam hanset tulah aku simpan macam-macam maklumat, no phone mak ayah, no phone makwe aku pun skali. Hanset tu merupakan seolah-olah nyawa aku. “

“ sampai nak kerat 4 ??? “ soal saya

“ Ha, tu memang comfirm !!! Kalau dapat aku tak lepasnye, siaplah dia aku kerjakan “ akuinya terus-terang

Melihat dia marah sampai tahap macam tu, membuatkan saya tersenyum dalam hati. Bukan ape, saya dah mengenalinya beberapa tahun lalu. Masih segar dalam ingatan saya tentang perbualan kami 5 tahun yang lalu. Time tu dia begitu ‘sinis’ dengan hukum hudud.

“ Bagi aku lah kan, ayat Quran tentang hudud ni perlu dikaji & ditafsir balik la. Realiti dunia dah berubah bro.”

Saya terdiam, berfikir bagaimana siswa jurusan Pengurusan itu begitu ‘arif ‘ dalam ilmu tafsir Quran.

“ Kenapa macamtu plak ??? Syariat tu sesuatu yang evergreen, sesuai untuk setiap waktu & zaman “ balas saya

“ Bukan pe, aku fikir hudud ni kejam sangat laa. Asal curi je potong tangan. Habis macamane pencuri tu nak teruskan kehidupan ??? “

Begitulah besarnya simapatinya kepada pencuri. Walaupun saya dah cuba menerangkan bahawa sebagai hamba kita sepatutnya akur dengan segala suruhan yang diperintahkan, namun dia tetap berkeras dengan hujahnya. Ketika saya tengah bermati-matian cuba sedarkan dia yang ilmu manusia tu terbatas dan tak mampu menjangkau ilmu ALLAH yang sangat luas, dia menambah pula :

“ Tuhankan member kita akal, so kita gunakanlah akal tu untuk menghasilkan kreativiti dan inovasi bagi menyesuaikan hukum-Nya mengikut peredaran masa dan zaman“

“ Pergh !!! Kate-kate die bleh tahan gak “ bisik hatiku


Masih segar juga diingatan tentang bagaimana reaksinya ketika saya menegaskan bahawa kitalah yang sepatutnya tunduk dengan menyesuaikan keadaan dan masa menurut hukum ALLAH, bukannya hukum ALLAH yang diubahsuai mengikut masa dan keadaan. Dia begitu marah dengan kata-kata saya itu. Muzakarah itu hamper-hampir je menjadi medan mujadalah kerana hamper timbul riak-riak perbalahan, maka saya menukar tajuk perbualan. Bisik hati saya, semoga saatnya tiba juga untuk dia memahami hakikat sebenarnya.
Ya !!! Detik itulah yang berlaku sekarang. Mengingatkan kisah tersebut, membuatkan saya tidak melepaskan peluang untuk saya memberikan penjelasan sebenar walaupun masalah itu sudah lepas.

“ Kamu berubah “ kata saya tiba-tiba

“ Berubah apenye ??? “ soalnya

“ Kamu dah menyokong hudud sekarang “ balas saya tanpa berselindung

Dia terdiam. Mungkin ingatannya mula terusik oleh imbasan ‘ muzakarah ‘ kami tentang hudud beberapa ketika yang lepas. Saya tak kesah jika die menerima hudud tetapi just berbeza pandangan dari segi pelaksanaanya, tapi masalahnya dia menolah secara TOTAL….itu yang bahaya. Dia masih diam.

“ Tak simpati ke dengan pencuri hanset kamu ??? “ soal saya

“ Bukan tak simpati tapi……”

“ Tapi geram ? Marah or kamu rasa dizalimi kan ??? pintas saya

Sebenarnya saya bukan je simpati dengan nasibnya, tapi empati dengan kecurian hansetnya itu. Saya sendiri pernah kehilangan sesuatu yang disayangi and that’s why kenapa saya boleh berempati tahap kegeramannya walaupun tahap kegeraman saya tidaklah sampai berazam mengerat 4 si pencuri tersebut.

“ Hudud tak sampailah kerat 4, just kerat sebelah pergelangan tangan. Itupun dengan syarat yang begitu ketat, teliti dan rapi. Bukan untuk menyeksa, tapi sekadar mendidik pencuri dan menegakkan keadilan untuk masyarakat.”
Malihat dia diam, saya menambah lagi :

“ Jangan apabila hak ALLAH dicabar kita diam. Tetapi apabila hak kita tercabar, barulah kita marah. Jangan hanya apabila kita atau keluarga kita yang menjadi mangsa curi, rompak, ragut, zina dan rogol….barulah kita jadi menyokong hukum ALLAH “


Namun begitulah realiti masyarakat. Bile dah terkena batang hidung sendiri, barulah manusia sedar betapa relevannya hukum ALLAH.

So, tepuk dada and Tanya IMAN….

Wallahu’allam…

Thursday, April 14, 2011

Muhasabah Remaja-Remaji : Contohilah Tsa’labah.....


Bismillahiwa'ala barokatillahi wa'alarosulillah....

Diceritakan seorang pemuda dari kaum Ansar yang bernama Tsa'labah bin Abdurrahman telah memeluk Islam. Dia sangat setia dengan Rasulullah SAW. Suatu ketika Rasulullah SAW mengutusnya untuk suatu keperluan.
Dalam perjalanannya dia melalui rumah salah seorang kaum Ansar, maka tanpa sengaja dia terlihat seorang wanita Ansar yang sedang mandi. Oleh kerana takut akan turun wahyu kepada Rasulullah SAW mengenai perbuatannya itu, maka dia terus berlari dan. menuju ke sebuah gunung yang berada di antara Mekah dan Madinah dan terus mendakinya.

Selama empat puluh hari Rasulullah SAW tidak menjumpainya. Lalu Jibril a.s turun kepada Nabi SAW dan berkata,
"Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam buatmu dan berfirman kepadamu, "Sesungguhnya seorang lelaki dari umatmu berada di gunung ini sedang memohon perlindungan kepada-Ku.""

Maka Nabi SAW berkata,
"Wahai Umar dan Salman! Pergilah cari Tsa'labah bin Aburrahman, lalu bawa kemari."

Lalu kedua-dua mereka pun pergi menyusuri bukit-bukau di sepanjang Madinah. Dalam pencarian tersebut mereka bertemu dengan salah seorang penggembala Madinah yang bernama Dzufafah.
Umar bertanya kepadanya,
"Apakah engkau tahu ( pernah lihat ) akan seorang pemuda di antara bukit-bukau ini?"
Penggembala itu menjawab,
"Jangan-jangan yang engkau maksud seorang lelaki yang lari dari neraka Jahanam?"
"Bagaimana engkau tahu bahwa dia lari dari neraka Jahanam?" tanya Umar. Dzaufafah menjawab,

"karena, apabila malam telah tiba, dia keluar kepada kami dari sempadan bukit-bukau ini dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata, "Mengapa tidak cabut saja nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti keputusan!"

"Ya, dialah yang kami maksud," tegas Umar. Akhirnya mereka bertiga pergi bersama-sama.

Ketika malam menjelang, keluarlah dia dari antara bukit-bukau itu dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata,
"Wahai, seandainya saja Engkau cabut nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti-nanti keputusan!"

Lalu Umar menghampirinya dan mendekapnya. Tsa'labah berkata,
"Wahai Umar! Apakah Rasulullah telah mengetahui dosaku?"
"Aku tidak tahu, yang jelas kemarin Baginda menyebut-nyebut namamu lalu mengutus aku dan Salman untuk mencarimu."

Tsa'labah berkata,
"Wahai Umar! Jangan kau bawa aku menghadap Baginda kecuali Baginda dalam keadaan solat"


Ketika mereka datang untuk menemui Baginda, Rasulullah SAW tengah melakukan solat, Umar dan Salman segera mengisi saf. Tatkala Tsa'laba mendengar bacaan Nabi saw, dia tersungkur pengsan. Setelah Nabi mengucapkan salam, beliau bersabda,
"Wahai Umar! Salman! Apakah yang telah kau lakukan Tsa'labah?"

Keduanya menjawab,
"Ini dia, wahai Rasulullah saw!"

Maka Rasulullah berdiri dan menggerak-gerakkan Tsa'labah yang membuatnya tersedar. Rasulullah SAW berkata kepadanya,
"Mengapa engkau mengelakkan diri dariku?"

Tsa'labah menjawab, "Dosaku, ya Rasulullah!"

Beliau mengatakan, "Bukankah telah kuajarkan kepadamu suatu ayat yang dapat menghapus dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan?"

"Benar, wahai Rasulullah."

Rasulullah SAW bersabda,
"Katakan Ya Tuhan kami, berilah kami sebahagian di dunia dan di akhirat serta peliharalah kami dari azab neraka."

Tsa'labah berkata, "Dosaku, wahai Rasulullah, sangat besar."


Baginda bersabda,
"Akan tetapi Kalamullah lebih besar." Kemudian Rasulullah membawa Tsa’labah pulang ke rumahnya. Di rumah dia jatuh sakit selama lapan hari. Mendengar Tsa'labah sakit, Salman pun datang menghadap Rasulullah SAW lalu berkata,

"Wahai Rasulullah! Masihkah engkau mengingat Tsa'labah? Dia sekarang sedang sakit keras." Maka Rasulullah SAW datang menemuinya dan meletakkan kepala Tsa'labah di atas pangkuan beliau. Akan tetapi Tsa'labah menyingkirkan kepalanya dari pangkuan beliau.

"Mengapa engkau singkirkan ( ketepikan )kepalamu dari pangkuanku?" tanya Rasulullah SAW.

"Kerana kepalaku penuh dengan dosa." Jawabnya.

Baginda bertanya lagi,
"Bagaimana yang engkau rasakan?"
"Seperti diselubungi semut pada tulang, daging, dan kulitku." Jawab Tsa'labah.

Baginda bertanya,
"Apa yang kau inginkan?"
"Hanya keampunan dari Tuhanku," Jawabnya.

Maka turunlah Jibril as. dan berkata,
"Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu mengucapkan salam untukmu dan berfirman kepadamu, "Kalau saja hamba-Ku ini menemui Aku dengan membawa sepenuh bumi kesalahan, niscaya Aku akan temui dia dengan ampunan sepenuh itu pula." Maka segera Rasulullah SAW memberitahukan hal itu kepadanya. Mendengar berita itu, terpekiklah Tsa'labah dan langsung terus meninggal dunia. Innalillah.....

Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar Tsa'labah segera dimandikan dan dikafan. Sesudah selesai disolatkan, Rasulullah SAW berjalan sambil berjingkat-jingkat ( seolah-olah berjalan dalam keadaan tersekat-sekat ). Setelah selesai pemakamannya, para sahabat berkata,
"Wahai Rasulullah! Kami lihat engkau berjalan sambil berjingkat-jingkat ( tersekat-sekat )"

Baginda bersabda,
"Demi Zat yang telah mengutus aku sebagai seorang nabi yang sebenarnya! Kerana, banyaknya malaikat yang turut menziarahi Tsa'labah.".
Allahuakbar !!!
Inilah remaja yang kita sepatutnya cita-citakan !!!

MUHASABAH

Saya ingin mengajak teman2 sekalian....mari kita muhasabah diri kita....sudikanlah mendengar nasihat IKHLAS ini....menangislah dengan dosa2 kita
( Saye galakkan anda memakai earphone supaya ada feeling Insya-ALLAH )



KATA-KATAKU BUATMU

Remaja-Remaji Sekalian….
Ayuh kita lihat ke dalam diri kita sendiri….
Selama ni kita hanya ingat ketampanan & kecantikan wajah kita….
Kita hanya bangga dengan tubuh badan yang cantik dan gagah….
Tapi kita lupa dari mana kita diciptakan kita….Dari setitis air yang HINA…..
Kita lupa siapa yang menghidupkan jantung dalam dada…..
Kita lupa siapa yang mengalirkan darah di dalam tubuh kita…..
So….bacalah dengan nama TuhanMu….
Siapa yang Maha Pemurah…
Siapa yang mengajarkanmu melalui pena dan tulisan….
Siapa yang ajar kita perkara yang tidak kita ketahui…..
Renungkan…..
Kemana kamu bawa tangan dan kakimu….???
Apa yang kau lihat dengan kedua matamu….???
Apa yang keluar dari lisanmu ketika berbicara…???
Bacalah,bacalah remaja sekalian dengan nama TuhanMu…..

RENUNGKAN

Kita tak boleh hanya menjadi seperti kapal yang bagus, indah bentuknya…
Tp tak mempunyai ( sauh ) pegangan kehidupan…
Pegangan yang kita miliki tak boleh salah……harus berdasarkan al-Quran & as-Sunnah…
Tak ade salahnya kita bina sebuah kapal yang cantik….
Tapi sebagus manapun kapal yang kita bina…
Tanpa sauh ( pegangan )….boleh jadi kapal itu akan karam atau melanggar kapal-kapal lain….

Ingatlah, kedatangan kita kedunia ini bukan begitu sahaja,
Kehadiran kita dimuka bumi ALLAH ini,
bukanlah sekadar untuk memeriahkan kehidupan,
Tapi ada tugas yang harus kita laksanakan
Dan tugas ini akan gagal,
Jika gagal mengenali tujuan kehidupan kita yang sebenar....

Wallahu’allam…..

Sunday, April 10, 2011

Ada apa pada NAMA ???



Bismillah…..

Mengingati nama seseorang bukan sahaja penting untuk tujuan membina hubungan social atau silaturrahim malah menjadi terlalu mustahak dalam hubungan yang formal seperti perniagaan, politik dan sebagainya.

Apabila mampu mengingati nama seseorang dalam sesuatu proses komunikasi kita, tentu secara tak langsung dapat menimbulkan kemesraan dan merasakan bahawa diri mereka dihargai dan diingati. Kata pepatah Melayu, “ Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.” Begitulah pentingnya nama pada manusia.

Keutamaan memberikan nama yang baik bukan sahaja kepada manusia, malah merangkumi segala benda yang wujud di dunia ini. Sebelum Nabi Adam dihantar ke dunia, beliau telah diajar oleh malaikat tentang nama-nama benda yang terdapat di muka bumi ini. Firman ALLAH yang bermaksud :

“ Dia telah mengajari Adam akan nama-nama seluruhnya “
( Surah al-Baqarah 2:31 )

Allah sendiri memiliki 99 nama ( Asma’ al-Husna ) malah ALLAH akan memberikan kita ganjaran sekiranya kita menghafal dan memahaminya. Nama-nama ALLAH ini menggambarkan kepada kita betapa hebatnya sifat-sifat ALLAH dengan kehebatan nama-Nya. ALLAH berfirman yang bermaksud :

“ ALLAH mempunyai 99 nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang memahaminya akan masuk syurga.”
( Riwayat Bukhari & Muslim )

Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa kita boleh menggelar seseorang dengan gelaran yang baik dan yang disukainya. Sebagai contoh, nama-nama gelaran para sahabat antaranya:

- Saiyyidina Abu Bakar diberi gelaran ‘Atiq’ (yang dimerdekakan daripada api neraka)
- Sayyidina Umar al-Khattab diberi gelaran ‘al-Faruq’ ( yang membezakan kebenaran daripada kebatilan )
- Sayyidina Hamzah diberi gelaran ‘Asadullah’ ( singa ALLAH )


PANGGILAN NAMA YANG DITEGAH

Kalau diperhatikan, ramai orang yang suka mempermainkan nama dengan memberikan pelbagai gelaran yang tidak baik kepada sahabat-sahabat mereka. Gelaran-gelaran ini tidak kira sama ada ia disebabkan kekurangan orang itu seperti jongang, juling, rabun, bisu, bongkok ataupun disebabkan berkaitan sifat ibubapa dan diri seseorang itu. Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa hukum memanggil dengan gelaran yang buruk tersebut adalah HARAM. Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud :

“ Dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. “
( Surah al-Hujurat 49:11 )

Namun tidak terlepas juga fenomena yang semakin menular sekarang iaitu memanggil seseorang dengan singkatan yang tidak ada ‘ Makna ‘ dan seolah-olah mempermainkan nama nabi, para isteri dan sahabat baginda antaranya :

- Muhammad dipanggil ‘ Mat ‘
- Fatimah dipanggil ‘ Timah ‘
- Salahuddin dipanggil ‘ Salad ‘
- Abu Bakar dipanggil ‘ Burn ‘
- Aminah dipanggil ‘ Minah ‘………Dan yang sama waktu dengannya…

Gelaran-gelaran sebegini tidak digalakkan menurut sebahagian ulama kerana tidak memberikan makna dan tidak memberika manfaat. Kebanyakkan masyarakat sekarang menggunakan alasan seperti ‘ tak kenal orang tu ‘ untuk menghalalkan mereka memanggil seseorang itu dengan gelaran Mat bagi lelaki dan Minah bagi wanita.


Sebaiknya, jika kita ingin memanggil seseorang yang tidak dikenali dan tidak tahu namanya, kita mengambil pendekatan yang diajar oleh Imam al-Nawawi iaitu dipanggil dengan gelaran yang baik-baik seperti ‘ Encik, Sahabat, Kawan, Tuan, Puan, Saudara, Cik, ‘ dan seumpamanya yang bersesuaian dengan keadaan.

Jelas disini, memberi dan menggunakan nama yang baik dan berunsur keislaman itu sememangnya sangat penting untuk diambil perhatian. Nampak macam remeh, tapi sangat penting. Nama yang baik akan mendatangkan semangat dan pengaruh yang baik.

So, elakkanlah menggunakan nama-nama yang buruk kerana ia secara tak langsung boleh mendatangkan pengaruh negatif kepada segenap aspek kehidupan manusia.
Wallahu’alam

Jom kita hayati 99 Nama ALLAH...

Friday, April 8, 2011

Analisis : Membongkar Pemalsuan ‘ IMEJ ‘ Sebenar al-Quds


Bismillahiwa’ala barokatillahiwa’ala rosulillah…

Anda pernah lihat gambar tersebut ???

Pasti ramai dari kalian yang sudah mengenalinya, iaitu Masjid al-Aqsa, simbol perjuangan sahabat pejuang Palestin. Namun tahukah kalian yang selama ini kita telah ditipu oleh ‘ Imej al-Aqsa ‘ tersebut ??? Dilaporkan di dunia barat, gambar ini telah diedarkan secara percuma melalui poster dan video sebagai ‘ gambar sebenar Masjid Al-Aqsa ‘. Ternyata maklumat yang kita perolehi dari BBC, CNN dan segala media antarabangsa selama ini mengenai gambar sebenar Masjidil Aqsa ini adalah sebuah bangunan seperti masjid yang ‘ berkubahkan ‘ kubah berwarna kuning seperti di bawah kan ???


Namun syukur pada ALLAH, segala penyelewengan, penipuan dan propaganda Israel dalam menghanyutkan orang-orang Islam daripada mengetahui imej Masjid Al-Aqsa berjaya dibongkar oleh ahli-ahli sejarah Islam dengan membuktikan imej sebenar masjid ke-3 paling suci umat Islam ini. Berikut merupakan imej sebenar al-Quds …






Berdasarkan imej-imej tersebut, sangat jelas kepada kita bahawa imej ‘ Kubah Kuning ‘ yang ditonjolkan selama ini bukanlah Masjid al-Aqsa yang sebenar, sebaliknya ia adalah imej bagi ‘ Kubah al-Sakhrah ‘ ataupun dikenali sebagai Masjid Umar bagi penduduk Palestin. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila umat Islam dah keliru untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenar, maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan agenda ‘ penggalian ‘ bagi melenyapkan al-Aqsa.

Apakah itu Dome Of The Rock ???

Dome of the Rock didirikan pada Dinasti Umayyah tahun 687-691 merupakan sebuah bangunan yang menyerupai masjid, dan dipercayai terdapat sebongkah batu tempat Nabi Muhammad berdiri sebelum naik ke langit ketujuh dalam peristiwa Isra' Mi'raj.



Berikut pula merupakan gambar dari dalam Dome of the rock




Dome Of The Rock ataupun ‘ Kubah al-Sakhrah ‘ lebih dikenali sebagai Masjid Umar al-Khattab bagi penduduk Palestin. Dome of the rock dan Masjid Al Aqsa terletak di dalam satu tempat iaitu Kompleks Masjidil Aqsa atau Al Haram Al Syarif. Berikut imej menunjukkan imej Kompleks Masjidil Aqsa…




Berdasarkan maklumat imej di atas, maka kita perlu mengetahui yang Dome of the rock itu bukan Masjid al-Aqsa tetapi sebahagian daripada Kompleks al-Aqsa.
Seperti yang kita ketahui, Kompleks al-Aqsa ini merupakan tempat ke-3 paling suci bagi umat Islam dan tempat paling suci bagi umat Yahudi (Kuil Sulaiman) dan Nasrani (makam Kristus). Golongan Radikal Yahudi Israel ingin menghancurkan kompleks tersebut karena tempat itu diyakini oleh mereka sebagai tempat suci selain tempat pembinaan semula Haikal Sulaiman ( Kuil Sulaiman ). Sasaran Zionis sekarang ialah untuk membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita untuk mempertahankan al-Aqsa palsu itu ( Dome of the Rock ), maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa yang sebenar.



Apakah itu Masjidil Aqsa ???

Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya merupakan tempat di mana Allah ‘ memperjalankan ‘ nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.



Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadis:

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah)

( Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari )



Sehinggalah penjajahan Zionis ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionis, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.



Konklusi

Secara tuntasnya, Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar-gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.



So, Dome of the rock memang merupakan sebahagian daripada Kompleks al-Aqsa tetapi bukannya Masjid al-Aqsa yang sebenar seperti yang digembar-gemburkan oleh media antarabangsa selama ini.

Wallahu’allam…

Sunday, April 3, 2011

Ketahui " 8 Golongan Penghina Nabi "

Bismillah....

Pada zaman moden ini, ada pelbagai pihak dan individu yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya ialah seorang pelukis kartun Denmark dan penulis seperti Salman Rushdie dan Taslima Nasreen. Dalam sejarah Islam pula, terdapat 8 golongan yang menghina Nabi iaitu :

1) GOLONGAN KAFIR
Mereka menolak Islam dan menghina Nabi. Mereka menghina Nabi kerana yakin yang Nabi itu salah dan sesat. Mereka menuduh Nabi dengan pelbagai lagi tuduhan sehinggalah ALLAH memerintahkan Nabi supaya memerangi golongan ini seperti dalam sejarah peperangan-peperangan Islam.


2) GOLONGAN MUNAFIK
Golongan yang berpura-pura menganuti Islam dan menyembunyikan kekufuran. Mereka seolah-olah Islam tetapi terdapat perkara yang mereka tidak yakini. Golongan ini juga sampai pada suatu tahap mesti diperangi.


3) GOLONGAN AHLI KITAB
Golongan yang percaya pada ALLAH tetapi tidak percaya pada kenabian Muhammad s.a.w. Walaubagaimanapun golongan ini disuruh supaya diraikan selagi mana mereka tidak mengubah hukum ALLAH. Jika mereka mengubahnya, maka golongan ini juga mesti diperangi. Namun sejarah juga membuktikan terdapat golongan ahli kitab ini yang memeluk Islam.


4) GOLONGAN BERKEPENTINGAN
Contoh terbaik orang yang berkepentingan ialah seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya. Pernah terlintas di dalam hati mereka akan kenabian Nabi, namun mereka bimbang akan kehilangan kuasa jika mereka mengakui kebenaran Islam. Akhirnya mereka memerangi Nabi kerana ingin menjaga kepentingan mereka. Golongan ini mesti diperangi jika mereka menyerang Islam dari segala aspek.


5) GOLONGAN HASAD DENGKI
Golongan ini terdiri daripada bangsa Yahudi. Ini kerana mereka merasakan yang mereka lebih mulia daripada bangsa Arab pada ketika itu. Golongan ini hendaklah didakwah terlebih dahulu. Namun jika mereka memerangi Islam, barulah kita memerangi mereka.


6) GOLONGAN JAHIL
Golongan jahil ini ialah mereka yang membenci Islam tanpa Ilmu. Mereka merasakan yang tindakan mereka betul ketika menentang dan menghina Nabi. Namun golongan ini didoakan Nabi kerana meraka dianggap seolah-olah seperti sekumpulan umat Islam di Taif.


7) GOLONGAN BONGKAK
Golongan ini menolak Islam kerana sombong. Mereka menganggap mereka cukup cerdik dan agama ini hanyalah rekaan semata-mata. Golongan ini terdiri daripada sahabat-sahabat pada peringkat awal. Pernah suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w mengajak mereka berdebat dan pada ketika yang lain Nabi mendakwah mereka melalui akhlak Baginda.


8) GOLONGAN YANG KECEWA
Ada juga golongan yang menghina Nabi kerana kecewa. Sebagai contoh : Semua anggota keluarganya telah Islam. Dia kemudiannya kecewa kerana tinggal berseorangan. Maka timbul banyak sangkaan-sangkaan buruk yang tidak benar terhadap Nabi. Namun apabila dia berhadapan dengan Nabi, hatinya tertarik dengan akhlak Baginda. Golongan ini seperti banyak terjadi ketika peristiwa Pembukaan Kota Mekah.

So, berdasarkan kepada “ 8 Golongan “ di atas….dapat kita renungkan dengan golongan masyarakat sekarang. Jika ada dalam kalangan masyarakat yang tergolong dalam salah satu golongan di atas, kita hendaklah melihat selagi wujud peluang untuk golongan ini kembali kepada Islam, maka hendaklah kita “ DAKWAH “ mereka. Tetapi jika kelihatan seperti sudah tidak dapat ditarik lagi kepada Islam ditambah lagi dengan ‘ Penghinaan ‘ mereka kepada Islam, maka golongan tersebut mesti DIPERANGI !!!

Wallahu’allam...

Saturday, April 2, 2011

Bila Mata Menyihir ???



Bismillahi wa’alabarokatillahi wa’alarosulillah….

Wahai sahabat sekalian….Tahanlah sebahagian pandangan matamu daripada apa yang tidak perlu. Awaslah, pandangan mata boleh menyihir !!! Kerana larangan pandangan mata ini berkait rapat dengan memelihara diri daripada lembah terkutuk yakni ZINA.

Tak hairanlah, sungguh hikmah peringatan ALLAH s.w.t dalam Surah al-Nur ayat 30-31 yang bermaksud :

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki beriman : ‘ Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.’ Katakanlah pula kepada wanita beriman : ‘ Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.”

Perintah ALLAH s.w.t bukan bermaksud menahan pandangan secara ‘total’ tetapi pada sebahagian pandangan yang boleh memandu seseorang kepada kerosakan. Manakala menjaga kemaluan pula ‘wajib’ secara total.

KISAH LIRIKAN MATA AL-FADHL

Berikut saya selitkan sebuah cerita mengenai bahaya ‘panahan mata’. Dikisahkan dalam al-Sahih, al-Fadhl bin Abbas pernah dalam satu perjalanan dari Mudzalifah ke Mina, menumpang unta Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan ibadah korban di sana. Dalam perjalanan itu, tiba-tiba ada beberapa ekor unta yang ditunggangi oleh kaum wanita melepasi mereka.

AL-Fadhl teruja melihatnya. Lirik matanya terpesona dengan kecantikan wanita-wanita tersebut. Rasulullah s.a.w lantas memalingkan kepala al-Fadhl ke arah lain.
Tindakan Rasulullah s.a.w ini jelas kepada kita, jika pandangan sebegitu dibolehkan, sudah tentu Rasulullah s.a.w membiarkan saja al-Fadhl menikmati pandangannya.



SIHIR MATA

Zina mata adalah dasar kepada zina tangan, kaki, hati dan kemaluan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah menetapkan atas diri anak keturunan Adam bahagiannya daripada zina. Dia mengetahui yang demikian tanpa dimungkiri “

Ketahuilah sahabat sekalian :

-Mata itu boleh berzina, dan zinanya ialah pandangan
-Lidah itu boleh berzina, dan zinanya ialah perkataan
-Kaki itu boleh berzina, dan zinanya ialah ayunan langkah ke arah maksiat zina
-Tangan itu boleh berzina, dan zinanya ialah tangkapan keras ke arah zina

Ini semuanya bertepatan seperti hadis nabi yang bermaksud :

“ Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya,”

( Riwayat al-Bukhari, Muslim, Al-Nasa’ie dan Abu Daud )

Rasulullah s.a.w bersabda dalam Musnad Ahmad bin Hanbal yang bermaksud :

“ Pandangan mata itu laksana anak panah iblis. Sesiapa menahan pandangannya daripada keindahan-keindahan wanita, maka ALLAH mewariskannya kelazatan beribadat di dalam hatinya yang akan dimilikinya hingga saat dia bertemu dengan-Nya.”

So, kengkawan sekalian….same-samelah kita renung-renungkan hadis nabi tu ye…

Wallahu’allam….

Friday, April 1, 2011

Cetusan : Artis paling seksi jadi 'SAHAM' bertemu ALLAH ???


Tanggal 25 Mac 1991, Harian Metro, akhbar petang berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan dan berada di pasaran. So, tahniah diucapkan kepada akhbar ini sempena ulang tahunnya yang ke-20. Untuk pengetahuan umum, akhbar itu kini muncul sebagai antara yang terlaris dan terbesar di pasaran tempatan dengan kira-kira 350,00 naskah terjual sehari.

Sudah agak lama diri ini tidak membaca akhbar ini apatah lagi membeli Harian Metro atau Metro Ahad, namun pada ahad lalu, agak memeranjatkan apabila melihat gambar muka depan Metro Ahad mempamerkan tubuh seksi artis Fasha Sanda dan Rozita Che Wan dengan tajuk ‘Paling Seksi’. Di dalamnya pula mempamerkan tajuk ‘Pinggul Fasha Menggoda’. Ya ALLAH….Dimana maruah wanita ini ???


Seterusnye, memasuki laporannya pula ditulis seperti berikut :

“…..Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman wab rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 mac lalu. Pilihan 5 orang artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian. Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat teratas carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak kepada Rozita Che Wan. Namun nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 % sehingga kelmarin.”

Ya ALLAH…ape dah jadi dengan artis wanita dan akhbar tempatan sekarang…???
Metro Ahad ‘terpanggil’ untuk mencari 5 artis paling seksi tanah air ??? Adakah akhbar ini seperti sudah tidak ada isu lain untuk manarik perhatian umum sehingga boleh mencetuskan isu seperti itu ??? Ke mana pula perginya maruah wanita Islam kita yang tanpa segan silu mempamerkan ‘tubuh gebu’ mereka kepada masyarakat umum ???

Secara peribadinya, keterpanggilan akhbar tersebut untuk mencari artis paling seksi itu menggambarkan betapa merudumnya minda peneraju apatah lagi dalam menyemarakkan peranan akhbar dalam membina bangsa hebat yang terarah untuk selamat di dunia & akhirat. Sebagai media massa yang berwibawa, akhbar seharusnya berperanan untuk mendidik masyarakat, bukan sebaliknya. Dalam kes yang diutarakan diatas, seolah-olah golongan artis diberi peranan untuk mencorak serta mengajar masyarakat terutama anak muda tampil seksi seperti mereka.

Apakah golongan ini hendak membawa ‘peraduan’ pencarian or title artis paling seksi tersebut sebagai saham atau bekalan untuk kita bertemu dengan ALLAH ???

Tepuk dada, Tanya Iman…….Wallahu’allam