Monday, May 30, 2011
CETUSAN : SIAPAKAH PEMBINA SEBENAR AL-AQSA ???
Regim Zionis telah sampai ke kemuncak usaha mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa. Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid ke-3 suci umat Islam dan juga tempat berlakunya Isra’ & Mi’raj Rasulullah s.a.w kini berada di ambang bahaya. Bila-bila masa je, bila-bila saat je, bila-bila waktu je kaum Zionis akan merobohkan Masjidil Aqsa dan membina kuil ( Haikal Sulaiman ) mereka di atas runtuhan tersebut. sayangnya majoriti umat Islam masih kurang memberikan perhatian tentang bahaya yang menanti al-Aqsa.
Artikel ini ditaip sebagai meniti usaha hebat yang dilakukan oleh “ Syeikh al-Aqsa “, Raed Solah, pemimpin Gerakan Islam di Bumi Palestin 1948 untuk menyedarkan umat Islam tentang bahaya-bahaya yang menanti al-Aqsa. Kempen “ al-Aqsa fi khatar “ yang dilancarkan oleh beliau telah dapat menyedarkan sebilangan daripada umat Islam tentang bencana yang bakal menimpa al-Aqsa dari ancaman Zionis. Sayangnya di Malaysia ini kempen ini tidak begitu dirasakan, mungkin kerana umat Islam di Malaysia terlalu sibuk mengirim SMS untuk AF, Mentor atau juga sibuk menjadi pengadil untuk Malaysian Idol selain menjadi penonton setia Juara Lagu dan Konsert Jom Heboh yang tumbuh mekar bagai cendawan di saluran-saluran TV di Malaysia. So, semoga dengan artikel ini, semua mendapat manfaatnya…..
Siapakah pembina yang telah membina Masjid al-Aqsa ???
Satu persoalan yang cukup menarik untuk dibongkar. Bagi kaum Yahudi, mereka beriman bahawa Daud a.s pernah bercita-cita untuk membina Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai Haikal Sulaiman atau kuil ( dalam bahasa Hebrew yakni Ibrani dipanggil sebagai HaMikdash ), tetapi telah dihalang oleh Tuhan Yahweh. Tuhan Yahweh mengkehendaki Sulaiman a.s untuk mendapatkan kemuliaan tersebut, maka menurut tanggapan mereka, Sulaimanlah Pembina Haikal atau Kuil tersebut. Ini dapat kita lihat di dalam Old Testament yang sama diimani oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian di dalam buku Kings (1) 6 : 14 yang berbunyi :
“ So Solomon ( Sulaiman ) built the temple and complete it “
Inilah juga pegangan yang diimani oleh penganut agama Kristian yang turut berpegang kepada Old Testament ( Kitab Perjanjian Lama ) atau Torah ( Taurat ) menurut bangsa Yahudi. Namun, bagaimanakah pula pendirian kita sebagai Muslim ???
Ya, memang ada diceritakan dalam al-Quran tentang pembinaan bangunan yang kemudiannya diambil menjadi Masjid al-Aqsa oleh Sulayman ( Nabi Sulaiman ) dengan menggunakan tenaga para jin. Persoalannya adakah itu menunjukkan Islam juga mengiktiraf sejarah yang diriwayatkan di dalam Old Testament itu ???
Jawapannya….NOP !!!
Sulayman ( Nabi Sulaiman ) a.s hanyalah membina semula bangunan masjid al-Aqsa tersebut setelah bangunan asalnya telah roboh sama ada kerana berlakunya bencana alam yang menimpa kawasan tersebut. Sebagai umat Islam, sudah tentulah al-Quran dan Hadis sahih sahaja yang menjadi rujukan dalam menjawab persoalan ‘ ghaibiyat ‘ seperti ini…
DALIL-DALIL BERKAITAN
Berikut adalah dalil-dalil yang menceritakan tentang siapakah yang membina Masjid al-Aqsa dan bilakah ianya dibina :
Hadis Imam Bukhari :
حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة
Maksud : Hadis Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Dzar telah meriwayatkan, saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
“ Apakah masjid pertama yang dibina di atas muka bumi ini ??? “
Rasulullah s.a.w menjawab :
“ Masjid al-Haram “
Saya bertanya lagi :
“ Kemudiannya ??? “
Balas Rasulullah s.a.w :
“ Masjidil Aqsa “
Saya bertanya lagi :
“ Berapakah jarak antara keduanya ( tempoh binaan kedua-dua masjid ini ) ??? “
Balas Rasulullah s.a.w :
“ 40 tahun, dimana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah, disana ada kelebihan ( untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut ) “
Jelas dalam hadis tersebut, ianya menunjukkan bahawa masjid yang pertama dibina ialah Masjid al-Haram di Makkah dan kemudiannya dibina pula Masjid al-Aqsa, yakni selepas 40 tahun terbinanya Masjid al-Haram.
Berdasarkan hadis di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulama’ berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.
Menurut fahaman majoriti umat Islam, Nabi Ibrahimlah yang telah membina Masjid al-Haram berdasarkan ayat 128 dalam surah al-Baqarah yang bermaksud :
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ
Maksud : Dan ketika Ibrahim mengangkat dasar al-bait ( al-Haram atau Ka’bah ) dan Ismail
Jumhur ulama’, walau bagaimanapun menyatakan ayat di atas hanyalah menunjukkan yang Nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.
Masjid al-Aqsa pula menurut fahaman majoriti masyarakat, ianya dibina oleh Sulaiman. Persoalannya, jarak antara Ibrahim a.s dengan Nabi Sulaiman a.s adalah lebih kurang 750 tahun, dan bukannya 40 tahun seperti yang telah disebutkan dalam hadis Abu Dzar tadi. Maka…….
SIAPAKAH PEMBINA SEBENAR AL-AQSA ???
Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam.
Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor bencana alam yang lain.
Jika dilihat kepada hadis Abu Dzar di atas, ternyata Masjid al-Aqsa telah dibina 40 tahun selepas Masjidil haram. Berhubung dengan kekhilafan ini, Ibnu Hajar telah membawakan beberapa andaian, tetapi akhirnya beliau telah memilih pendapat Ibnu Hisyam di dalam kitabnya al-Tijaan, termasuk memilih pendapat ulama-ulama lain seperti al-baihaqi, Abdul Razzaq, dan Wahab ibn Munaibih yang sepakat mengatakan bahawa Nabi Adamlah yang terlebih dahulu membina Masjid al-Aqsa kerana tempoh waktu 40 tahun pembinaan al-Aqsa selepas terbinanya Masjid al-Haram adalah lebih dekat dengan Nabi Adam a.s berbanding nabi-nabi yang lain.
TUNTASNYA………
Konklusinya, Masjid al-Aqsa telah dibina oleh Nabi Adam a.s ataupun anak-anaknya, yakni beribu tahun sebelum Nabi Sulaiman membinanya kembali buat kali ke-2.
Kebanyakan hujah-hujah mereka yang mengatakan bahawa Nabi Sulaiman adalah pembina asal Masjid al-Aqsa adalah tidak kuat dan tidak bersandarkan dalil-dalil yang sahih. Manakala dalil-dalil yang mengatakan bahawa Nabi Daud yang membinanya pula adalah hadis-hadis yang lemah selain diperoleh daripada sumber Israeliyyat ( ahli kitab ).
Satu-satunya hadis yang sahih dan kuat adalah seperti yang dikemukakan oleh penulis seperti diatas ( Hadis Abu Dzar ) yang diriwayatkan Imam Bukhari. So, benarlah….pembina sebenar al-Aqsa adalah Nabi Adam a.s…
Wallahu’allam...........
Wednesday, May 25, 2011
MUNAKAHAT : DASAR PEMILIHAN SUAMI & ISTERI
Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang hak mengikut lunas-lunas peraturan tertentu.
Sebab itulah ALLAH menjadikan makhluk-mahkluk-Nya khusunya manusia dengan fitrah suka kepada ketenangan yakni sakinah dengan kehidupan beristeri dan seterusnya berkeluarga. Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.
Tuntutan perkahwinan bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu mengikut batas-batas yang ditetapkan syarak semata-mata, malah untuk mendamaikan kerungsingan yang melanda hati sanubari manusia. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah kepada ALLAH pada separuh yang belum disempurnakan lagi “
Macamana nak cari calon SUAMI ???
Lelaki memainkan peranan yang cukup penting sebagai ketua keluarga bagi membimbing isteri dan anak-anak. So wanita sekalian, perhatikan tips bagi memilih calon lelaki yang berkenan antaranya :
- KUAT AGAMA DAN BERAKHLAK MULIA
Lelaki soleh ialah bakal ketua keluarga yang mampu mentadbir isteri, anak-anak dan rumah tangga dengan baik dan bertanggungjawab. Itulah asas penerimaan seorang lelaki sebagai menantu oleh keluarga pihak wanita.
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Apabila datang kepadamu seorang ( lelaki ) yang kamu redai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi “
- BUKAN KELUARGA TERDEKAT
Tidak digalakkan bakal si suami itu terdiri daripada kalangan keluarga terdekat kerana dibimbangi berkurangnya keinginan syahwat dan kemesraan.
- BEBAS DARIPADA PENYAKIT BERAT
Seorang lelaki mestilah bebas daripada penyakit-penyakit yang menghalangnya daripada berkahwin seperti gila, kusta, lemah syahwat dan yang sewaktu dengannya.
Macamana nak cari calon ISTERI ???
Peranan isteri sangat penting kerana padanya terletak segala urusan rumah tangga yang diamanahkan. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan yang sewaktu dengannya. Oleh itu terdapat beberapa point dalam memilih isteri mengikut syarak antaranya :
- Perempuan Yang Taat Beragama
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara : kerana hartanya, dan kerana keturunannya, dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, kelak kamu akan beruntung “
( Riwayat Bukhari & Muslim )
Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah s.a.w menekankan agar lelaki mencari isteri berdasarkan 4 perkara, namun faktor agama lebih diberikan penekanan supaya memperoleh keuntungan di dunia dan akhirat. Persoalannya, bagaimanakah yang dikatakan wanita yang BERAGAMA ???
Kita sebagai kaum Adam hendaklah faham konsep wanita beragama dengan sebenar-benarnya. Memetik buku ‘ Bimbingan Mu’min ‘ karangan Imam Ghazali yang diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait :
“ Hendaklah si isteri itu seorang yang solehah dan berpegang teguh dengan agamanya “
Ya, inilah sebenarnya yang dimaksudkan dengan wanita beragama, iaitu wanita yang solehah dan berpegang teguh dengan agamanya. Beragama itu tidak semestinya seseorang wanita itu ‘ hanya ‘ menuntut di Institusi Islamik atau dipamerkan agama Islamnya di ‘ MyCard ‘ atau belajar ilmu Islam semata-mata, tetapi yang dimaksudkan beragama itu ialah beramal dengan ilmu islamnya secara istiqamah.
Penulis harap kaum Adam yang sudah mula mencari pasangan diluar sana, agar tidak hanya fokus kepada luaran seseorang wanita itu. Misalnya, hanya melihat kepada tudung labuh yang dipakai wanita, ataupun status pendidikan agama mereka. Tetapi cubalah melihat kepada kecantikan dalaman ( hati & akhlak ) wanita itu disamping kemampuan wanita itu berpegang kepada Islam secara istiqamah.
Sebab itulah Islam sangat menekankan aspek wanita ‘beragama’. Ini bermakna wanita beragama itu bukannya wanita yang hanya mempunyai status agama atau belajar jurusan agama sahaja. Jika seseorang wanita itu menuntut di jurusan medik atau arkitek misalnya, tetapi dia mampu menjaga batas pergaulan sosialnya, menjaga akhlak dan adab setiap masa dengan lelaki ajnabi dan berusaha mempelajari Islam melalui pembacaan atau kuliah ustaz-ustaz di masjid, maka wanita inilah yang dikatakan beragama, kerana kemampuannya mengamalkan ilmu Islamnya dan berpegang teguh dengannya. Bukan hanya menuntut di jurusan agama, tetapi tidak langsung menjaga batas pergaulan sosial, tergedik-gedik di hadapan lelaki ajnabi, keluar ‘dating’ dengan pasangan couple sambil menaiki motosikal dan kereta tanpa ditemani mahram wanita tersebut !!!
KENAPA WANITA BERAGAMA ???
Baik, dalam menjawab persoalan ini, kita hendaklah memahami kenapa Islam sangat menekankan soal agama dalam pemilihan calon isteri. Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud :
"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."
Sekiranya seseorang isteri itu lemah pegangan agamanya, bagaimana mungkin dia dapat memelihara diri dan maruah dirinya. Misalnya, jika berlaku sesuatu insiden yang menyentuh kehormatan dirinya, tentulah muka si suami yang akan terconteng arang sambil dirinya pula akan dihiasi dengan perasaan cemburu tak bertempat. Maka akan berlakulah pertelingkahan yang memungkinkan rosaknya Istitusi Kekeluargaan !!!
Selain itu, kelemahan agama seseorang wanita itu juga akan memungkinkan wanita tersebut mempermainkan harta si suami. Misalnya, wanita itu mengahwini si suami mungkin kerana kekayaan harta si suami bukannya dinikahi kerana ALLAH dan ingin mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.
ADAKAH SEMUA WANITA YANG MENUNTUT DI INSTITUSI ISLAM ITU .........???
Terus terang, penulis melihat ramai dalam kalangan masyarakat sekarang seolah-olah sudah keliru dengan maksud wanita ‘ beragama ‘ seperti yang dimaksudkan dalam Islam. Sebenarnya, ungkapan beragama itu tidak bermaksud hanya wanita yang memiliki status agama ( Islam ), belajar di Institusi agama Islam dan yang sewaktu dengannya. Tetapi yang dimaksudkan beragama itu ialah wanita yang mempelajari Islam dan beramal dengan amalan syariat Islam secara istiqamah.
Penulis sering bertanya kepada sahabat-sahabat tentang persoalan wanita beragama ini. Majoriti daripada mereka menjawab, wanita beragama ini ialah wanita yang belajar di sekolah agama, bertudung labuh atau yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi berunsur Islamik.
Ya, betul. Penulis tidak berniat nak menafikan kata-kata mereka. Memang jawapan mereka itu ada kebenarannya. Cuma bagi penulis, jika seseorang wanita itu hanya menuntut atau belajar di sesuatu Istitusi yang berunsur Islamik, tambahan mereka menuntut dalam bidang Islamik pula seperti Syariah, Usuluddin, Tahfiz dan yang sama waktu dengannya, itu bukanlah jaminan wanita itu boleh dikatakan wanita beragama yang dikehendaki dalam Islam. Wanita harus faham, mempelajari ilmu Islam itu adalah wajib dan ia hanya merupakan ‘ langkah ‘ bagi wanita itu untuk menjadi wanita beragama, bukannya sebagai jaminan untuk ‘ dicop ‘ sebagai wanita yang beragama.
Baik, mungkin ada pembaca yang rasa marah kenyataan ini, tapi inilah realiti yang mesti difahami dengan sebaik-baiknya.
Sebabnya mudah, kalau wanita beragama yang dimaksudkan ialah semua wanita yang menuntut di Institusi islamik ( Kolej Islam or Universiti Islam ) atau yang menuntut jurusan agama sahaja, maka bagaimanakah pula nasib wanita yang mengambil jurusan lain ??? Adakah mereka tidak dikatakan beragama ???
Inilah kekeliruan yang wujud sebenarnya.
Penulis rasa, umum juga pasti pernah mendengar berita atau cerita mengenai beberapa wanita non-Muslim yang mempelajari subjek Islam di sekolah menengah dan tak lupa juga ada yang mengambil jurusan Islam seperti Syariah dan Usuluddin secara diam-diam di Istitusi Pengajian Tinggi, dan mereka ini kebanyakannya adalah perintis ( budak baru ) kepada pendakyah Kristian yang mempelajari Islam untuk mengetahui selok-belok agama ini sebagai langkah mereka merencana strategi merosakkan masyarakat Islam. So, adakah mereka yang belajar jurusan agama ini juga boleh dikategorikan sebagai wanita beragama ??? Of course not !!!
Berdasarkan pengamatan dan kajian pula, penulis melihat ada ‘segelintir’ wanita Muslim yang menuntut di bidang islamik, hanya mahukan Diploma atau Ijazah semata-mata. Ada yang hanya menuntut di bidang agama, tetapi menonjolkan aurat mereka ketika di luar dan bersosial yakni bergaul bebas antara lelaki dan wanita tanpa batasan seolah-olah mereka tidak ada perbezaan dengan wanita biasa. Senang cerita, mereka just belajar ILMU ISLAM semata-mata tapi tak beramal dengannya !!!
Oleh itu, berhati-hatilah kaum Adam sekalian. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti kekayaan harta, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah s.a.w menyifatkan wanita sebagai perhiasan sebagaimana sabda Baginda :
“ Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu ialah wanita solehah “
- BERKETURUNAN YANG BAIK DAN DIBESARKAN DALAM PERSEKITARAN YANG SEMPURNA AKHLAKNYA
Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai ALLAH s.w.t. Ini penting untuk membentuk suasana yang harmoni, saling kasih-mengasihi dan hormat-menghormati antara suami dan isteri.
- PEREMPUAN YANG SUBUR DAN BERPOTENSI MELAHIRKAN RAMAI ANAK
Nabi s.a.w akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari akhirat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertaqwa.
Justeru itu, amat tepat sekiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara-saudara mara perempuannya yang terdekat.
- SEKUFU ATAU HAMPIR SEKUFU
Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya, janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal si isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki tua daripada wanita tersebut.
Namun, jika si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri kepada si suami.
- MASIH GADIS ATAU ANAK DARA
Ya, ini merupakan antara faktor terpenting yang digariskan Islam. Rasulullah s.a.w menggalakkan umat Islam memilih bakal isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda s.a.w kepada seorang sahabat, Jabir r.a kerana perkahwinan dengan anak gadis akan menimbulkan kemesraan yang lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.
- PASANGAN BUKAN DARIPADA KELUARGA TERDEKAT
Islam tak begitu mengalakkan berkahwin dengan pasangan yang terdiri daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu. Antara sebabnya ialah mengurangkan keinginan syahwat yang sekaligus boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.
Smoga dengan perkongsian ini, kita semua mendapat manfaatnya......Wallahu’allam
Jom Dengar Lagu Ni....hayati liriknya...memang best....Salamat menonton
Tuesday, May 17, 2011
Memerangi Pemikiran ‘ Sekularisme ‘
Daripada Tamim al-Dari, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Agama itu adalah nasihat “
Kami para sahabat bertanya :
“ Untuk siapa ??? “
Baginda bersabda :
“ Untuk ALLAH, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin umat Islam dan seluruh kaum Muslimin “
( Riwayat Muslim )
Sedar atau tidak umat Islam sudah lali dengan sesuatu yang kononnya dianggap lebih baik daripada Islam. Islam yang sepatutnya menjadi ‘ way of life ‘ kini ditinggalkan dan kita sibuk mencari jalan hidup lain yang berbeza yang kononnya lebih canggih dan moden.
Sekalipun baunya sangat menyengat iman dan nurani, kita telah lali bahkan sudah tidak ambil peduli. Ia umpama racun yang menjadi ubat, umpama dadah yang terpaksa diambil untuk mengubati ketagihan. Inilah sekularisme. Sesuatu yang tidak lagi dianggap bahaya, meskipun kehadirannya telah meruntuhkan sebuah tamadun besar seperti khilafah Uthmaniyyah, kerajaan Islam negara-negara Arab seperti Mesir, Arab Saudi dan merosakkan pasak bagi pembangunan umat Islam.
MENGANGKAT MARTABAT ILMU ???
Para cendekiawan Islam telah banyak menyelidik dan mengkaji tentang ideologi ini. Tapi kebanyakan kajian hanya tinggal coretan dakwat di atas kertas tanpa tindakan. Sekalipun mereka maklum akan rosaknya ideologi ini, kita sebagai umat Islam tidak mampu bertindak. Maka tidak salah jika dikatakan bahawa sekularisme sudah menjadi duri dalam daging kepada umat Islam. Kedatangannya tidak dijemput bahkan tidak dialu-alukan langsung, namun kini kedudukannya berada pada tingkat paling atas selain Pluralisme dan Hedonisme, bahkan dihias molek agar kelihatan indah.
Dari mana datangnya ideologi ini ???
Sekular dalam bahasa Arab disebut sebagai al-‘ilmaniyyah, diambil daripada perkataan ilmu. Dari segi syarak ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, maka ia sama sekali tidak bercanggah dengan Islam yang semmengnya mengangkat martabat dan kepentingan ilmu. Bahkan sejak awal lagi Islam menyeru kepada ilmu dengan turunnya wahyu pertama.
Namun hakikatnya, perkataan sekular yang diterjemahkan sebagai al-‘ilmaniyyah tidak
lain hanyalah sati tipu helah yang berselindung di sebalik slogan ilmu.
Tokoh pemikiran Islam, Prof Dr, Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut mengenai sekularisme. Beliau menulis bahawa makna tersirat bagi pengertian sekular ini ialah al-ladiniyyah ( tanpa agama ) atau al-la’aqidah ( tanpa aqidah )....Na’uzubillah !!!
Sesungguhnya ini merupakan tipu daya yang sangat zalim. Jika dalam sebuah peperangan, kita dapat melihat siapa yang membunuh dan siapa yang terbunuh, namun dalam ghazwah al-fikr ( perang pemikiran ) ini, kita tidak tahu siapa ‘pembunuhnya‘. Akibat daripada peperangan ini, umat Islam menjadi ‘ mati ‘ iman dan aqidahnya secara separa sedar ( mengikut bahasa psikologi ).
Sangat menyedihkan apabila kita mengetahui ramai antara para cendekiawan Islam sendiri bertindak separa sedar dengan memperjuangkan sekularisme dengan belutan yang indah. Hasilnya, ramai yang tergelincir ke jurang kesesatan.
Jika benar sekularisme mengangkat martabat ilmu, mengapa ‘ masyarakat yang berilmu ‘ ini semakin ketandusan akhlak dan aqidahnya ???
Jika pada zaman jahiiliah, anak perempuan ditanam hidup-hidup, zaman ini pula janin dan bayi yang tidak berdosa dibuang tanpa mengira tempat, ibarat membuang sampah yang todak berguna. Apakah ini kebaikan yang tercetus daripada sekularisme ???
ASAL-USUL SEKULARISME
Sekularisme tercetus ketika pihak gereja Eropah mengongkong masyarakat dan bertindak menyekat perkembangan sains dan ilmu pengetahuan kerana khuatir masyarakat akan memberontak dan menjatuhkan kekuasaan gereja apabila mereka menguasai ilmu pengetahuan. Selain mengongkong, pihak gereja juga menguasai segala tindak-tanduk pengikutnya dengan meletakkan keputusan-keputusan penting di tangan pihak gereja dan mengaut keuntungan daripada penganut agama mereka dengan cara yang salah.
Masyarakat Eropah berasa tertekan dan tertindas dengan tindakan yang dilakukan oleh pendeta mereka itu. Bagi mengatasi kezaliman tersebut, maka terjadilah pemisahan antara agama ( Kristian ) dan kehidupan kerana doktrin ( pemikiran ) gereja tidak dapat menerima ilmu pengetahuan dan sains sebagai sebahagian daripada cara hidup mereka. Para pejuang sekular akhirnya menyebarkan fahaman sekular ini agar masyarakat keluar daripada kepompong gereja yang begitu mengikat serta menindas mereka. Mereka merasakan bahawa jika mereka terus-menerus berada di bawah kekuasaan gereja, maka kemajuan dalam kehidupan tidak dapat dicapai.
Setelah itu, tercetuslah ideologi sekularisme, iaitu fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan, ketuhanan atau gereja tidak harus dicampur dengan urusan negara, politik dan pentadbiran. Ringkasnya, ia adalah fahaman yang memisahkan antara urusan dunia dan urusan agama.
Seterusnya, penguasa Eropah berusaha pula menyebarkan ideologi ini ke Timur dalam misi penjajahan ke atas negara-negara tersebut. Pada mulanya, masyarakat Timur yang telah menerima Islam menolak fahaman ini. Namun para mubaligh Kristian yang dihantar untuk menyebarkan misi ini tidak pernah berputus asa, malah mereka berusaha mempelajari adat dan kebiasaan masyarakat Timur sehinggalah mereka berjaya menguasai hati penduduk-penduduk di Tanah Melayu khususnya.
Hasilnya, ramailah pedagang yang hilang kejujuran kerana mementingkan keuntungan, para pendidik yang hilang sifat kasih sayang, akhlak yang seharusnya menjadi batas antara kebaikan dan keburukan telah dilupakan, hingga akhirnya kerajaan Islam jatuh satu-persatu setelah termakan pujuk rayu para penjajah.
ADA DI MANA-MANA ???
Kepada pembaca yang budiman, bukalah mata lebar-lebar dan saksikanlah kini sekularisme berada di mana-mana. Dalam undang-undang, hukum Islam kini hanya diguna pakai untuk skop yang sangat kecil seperti hal nikah kawin dan tuntutan cerai. Tidak ada lagi hukum jenayat dan hudud yang sepatutnya menjadi teras dalam undang-undang sebuah negara Islam. Lihat sahaja bagaimana keadaan Mesir setelah mengalami pensekularan dari Barat. Negara yang telah melahirkan ratusan ribu ulama itu mengalami kemunduran setelah memisahkan urusan negara dan agama. Maka tidak hairanlah rakyat mereka bangkit memberontak.
Bukankah umat Islam ialah umat terbaik ???
Setidur-tidur singa ia akan bangkit mengaum ketika lapar. Keadaan umat Islam kini ibarat singa kelaparan yang bangkit mencari makan. Kita telah lama haus dan lapar dengan Islam, kini rasa lapar tersebut telah menyedarkan kita daripada lena yang panjang.
Dalam sistem pendidikan juga banyak berlaku kerosakan akibat daripada anasir-anasir yang berbau sekular. Misalnya percampuran antara lelaki dan perempuan ( ikhtilat ) di peringkat institusi pengajian tinggi dan sebagainya.
Dalam media massa pula, penyebaran sekularisme sudah tidak dapat dibendung lagi. Media sepatutnya menjadi medium mendidik masyarakat kini tanpa sedar telah menjadi agen penyebaran virus kerosakan akhlak dan moral.
Masyarakat menerima bulat-bulat apa yang disampaikan media dan tercetuslah pelbagai gejala sosial yang diinspirasikan oleh apa yang ditonton dan didengar. Maka tidak hairanlah, anak-anak zaman kini sangat cepat belajar mengenal hal-hal yang berhubungan dengan percintaan, hubungan lelaki dan wanita bahkan sudah hilang perasaan malu dan lain-lain sifat mulia.
KEMBALILAH KEPADA ISLAM
ALLAH berfirman yang bermaksud :
“ Wahai orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara berterusan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu “
( Surah al-Baqarah 2: 208 )
Wahai kengkawanku sekalian,
Islam sama sekali tidak membenarkan penyebaran fahhaman sekularisme ini apatah lagi sehingga memisahkan agama dan kehidupan. Satu salah faham yang besar apabila ada umat Islam yang memahami bahawa Islam hanya menguruskan urusan aqidah dan sekularisme pula mengatur urusan-urusan kehidupan. Pemisahan antara agama dan kehidupan tidak dapat diterima oleh Islam kerana Islam merupakan sebuah agama yang sempurna dan telah mengatur semua hal berkenaan kehidupan. Dalamnya telah terkandung aqidah dan syariat sekaligus. ALLAH s.w.t telah menegaskan dalam al-Quran bahawa agama yang diredhai oleh-Nya hanyalah Islam. Selamilah firman-Nya yang bermaksud :
“ Sesungguhnya din ( agama ) yang diterima di sisi ALLAH hanyalah Islam “
( Surah Ali-‘Imran 3: 19 )
Memetik kata-kata daripada al-Marhum Syeikh Mutawwali al-Sya’rawi sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir :
“ Sedarilah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara yang hak dengan yang hak, tetapi pertembungan hanya berlaku antara hak dengan yang batil “
Maka umat Islam perlulah mengikut yang hak ( kebenaran ) dengan menurut segala perintah ALLAH s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya. Untuk mengetahui yang mana hak dan batil menurut pandangan syarak, maka al-Quran dan sunahlah sumber primer sebagai panduan. Tidak ada jalan selamat di akhirat melainkan menerima seratus peratus ajaran Islam.
Melihat kebangkitan umat Islam saat ini, kita harus optimis bahawa sekularisme telah menghampiri ‘ kematiannya ‘ dan juga ‘ isme-isme ‘ lain yang tidak selari dengan Islam. Waktu itu kita akan mengorak langkah dengan penuh yakin dan bangga bahawa Islam agamaku, al-Quran pedomanku, Muhammad s.a.w telandanku, syahid cita-citaku dan ALLAH s.w.t tujuanku. ALLAHUAKBAR !!!
Artikel ini dipetik daripada ubahsuai Ustazah Ummu Sakinah yang diambil beliau daripada kitab Mauqif al-Islam min al-Tayyarat wa al-Mazahib al-Mu’asarah karangan Prof Dr. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof Dr. Hasan Muharram al-Sayyid al-Huwaini, pensyarah Jabatan Aqidah dan Falsafah, Kuliyyah Usuluddin Universiti al-Azhar, Mesir.
Saturday, May 14, 2011
MENYELAMI 63 TAHUN “ NAKBAH PALESTIN “
Ahad ini, 15 Mei 2011, genaplah 63 tahun peristiwa nakbah yang melanda umat Islam Palestin. Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat organisasi-organisasi yang prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu. So, penulis ingin membawa pembaca sekalian untuk sama-sama kita membongkar kembali peristiwa ‘ Nakbah ‘ ini yang merangkumi:
- Bila & dari mana rancangan ini bermula
- Punca berjayanya rancangan ini
- Kesan penubuhan Negara Haram Israel & pelbagai lagi perbincangan yang menarik…..
PENCETUS RANCANGAN PENUBUHAN NEGARA HARAM YAHUDI
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan berbangsa Hungary, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29 Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.
PEMANGKIN KEJAYAAN MENGUASAI PALESTIN
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 apabila kerajaan British ini telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan ketenteraan di Palestin oleh tentera British.
Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
PERANAN PBB DALAM MEMANIPULASI PALESTIN
Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa oleh British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agenda mereka. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidakadilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan “ Ketetapan 181 ” pada 29 November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya pula yang hanya 1/3 keluasan tanah diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.
Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.
KELEMAHAN LIGA ARAB SEBAGAI PUNCA ???
Tahukah kita yang rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab ketika itu pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara
Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.
Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang sebelum itu digembar-gemburkan hanyalah merupakan ‘ tragedi ‘ apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam kepimpinan tentera Liga Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % ke atas bumi Palestin, Yahudi Zionis dengan beraninya telah mengumumkan kewujudan Negara Haram Israel pada petang 14 Mei 1948. Setelah itu, British mengundurkan tentera dan pemerintahannya dari Palestin apabila Negara Haram Israel yang merdeka telah diistiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.
TERTUBUHNYA NEGARA HARAM ISRAEL ADALAH MALAPETAKA ( NAKBAH ) KEPADA PALESTIN & UMAT ISLAM
SEUSAI pengambilalihan secara haram oleh Yahudi, kesan langsung dari nakbah ( malapetaka ) ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah melancarkan pembersihan etnik ( etnic cleansing ) dengan bertindak mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan sekurang-kurangnya 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Yahudi mencabul Masjidil Aqsa, meletupkan pejuang-pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata. Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam, Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain-lain telah menemui syahid dihujung senjata Yahudi Laknatullah. Para mujahid dan pemuda-pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya di dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap. Mereka diperlakukan umpama binatang, bahkan binatang mybe lebih berhati perut berbanding mereka ( Yahudi ).
Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak secara membabi buta. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya. Allahu akbar !!!
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan :
“Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu“
Apabila pemimpin Yahudi disoal mengenai tindakan kejam itu, hujah mereka ialah :
“Yahudi ingin menjadikan Holocaust ( peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh tentera Nazi Jerman ) sebagai alasan untuk menghalalkan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin”
Serentak dengan itu, rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi di Tebing Barat yang menyekat fitrah kehidupan bersosial rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Mereka sengaja melupai sejarah bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah terancang yang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya dikembalikan hak lebih 4.4 juta pelarian Palestin iaitu dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
Enam Dekad Nakbah
Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :
1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin…lihat peta di bawah
Warna hijau di kiri sekali menggambarkan tanah milik Palestin ketika tahun 1946 diikuti perampasan secara haram oleh Israel pada gambar kanan sekali iaitu pada tahun 2000...cube kite fikirkan...dah berapa banyak tanah Palestin yang telah dirampas ???
2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis ( pelampau ) Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rancangan mereka untuk Mengyahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi ( Haikal Sulaiman ) di atas tapak masjid Aqsa sekarang.
3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.
4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.
8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.
Cukuplah penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja !!!
PERANAN KITA ???
Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sendiri.
Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke-3 yang juga merupakan bumi para anbia. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Umat Islam di seantero dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara-negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.
SENARIO DI MALAYSIA
Terus terang penulis katakan, kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik.
Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa. Sebabnya, negara kita merupakan antara yang berpengaruh dalam pertubuhan Negara Islam OIC, tapi apa yang telah dilakukan Negara kita & pertubuhan itu untuk membantu Negara Islam ??? Jawapannya……kosong…….
Umat Islam di seantero dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, politik, geografi, bahasa dan bangsa wajib diketepikan bagi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.
Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitulmaqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari oleh tangan-tangan kufur berkurun lamanya. Kini, Baitulmaqdis kembali ke tangan kufur, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam ??? Adakah akan muncul Salahuddin al-Ayyubi ke-2 ???.....Same-same kite fikir sejanak….
Wallahu’allam
Saturday, May 7, 2011
CETUSAN : Menuju Generasi Dermawan
“ Salam dik, abang nak pinjam duit sket boleh tak. Abang nak balik kampong, tapi tak cukup duit tambang. Abang baru sampai KL pagi semalam, puas dari semalam abg merayau mintak duit dengan orang, tapi tak dapat. Abang sangat-sangat perlukan duit nak buat tambang balik Kelantan pagi ni “ pinta seorang lelaki yang mungkin berpangkat abang
Kebetulan pagi itu, saya baru je sampai di Hentian Putra, KL…semata-mata untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Dalam keadaan boleh tahan letihnya, saya cuba bersembang dengan ‘ brother ‘ tu.
“ Abang merayau-rayau dari semalam ??? Tak letih ke bang ??? “ tanye saya cube membuka idea pertanyaan
“ Abang terdesak dik, abang perlukan duit cepat. Ada ‘ urgent ‘ kat kampong, keje pun tak sempat cari lagi, poket pun kosong lagi “ balasnya
Saya mengamati wajahnya. Pelbagai persepsi yang timbul. Namun saya cuba bersangka-baik ( husnu al-dzan). Sambil mengeluarkan sejumlah wang,
“ Ni je yang saya mampu bang, saya harap boleh membantu serba sedikit. Maaf jika still tak cukup “
“ Alhamdulillah, tak ape dik. Syukur pada ALLAH. Ni pun dah cukup banyak. Smoga ALLAH yang membalas jasa adik. Ok dik, abang gerak dulu, smoga abang dapat cukupkan duit ni untuk beli tiket bas nanti “ balas brother itu dalam keadaan tergesa-gesa
“ Ok bang, no hal punye. Smoga abang dapat balik dengan selamat “ balas saya pendek.
Walaupun banyak cerita yang saya dengar tentang penipuan dengan cara seperti itu, tapi hati saya tak rase yang brother tu menipu..papepun Wallahu’allam. Saya menganggap sejumlah wang yang diberi itu adalah rezeki die. Walaupun duit yang dibawa boleh dikatakan ‘ cukup-cukup ‘ je untuk shopping di pesta buku nanti, saya anggap itu sebagai sedekah selain berserah pada ALLAH, kerana bagi saya membantu orang yang memerlukan, itu lagi penting !!!
*****************************************
Seusai solat subuh berjemaah di surau stesen bas tersebut, saya ke gerai makanan berdekatan. Setiba saya di sebuah gerai makanan, saya disapa oleh seorang pak cik yang duduk berseorangan di salah satu sudut ruang gerai itu.
“ Salam dik, dari mane ??? nak penggil ape ye..Jom makan skali dengan pak cik “ pelawanya
“ Wassalam. Panggil afif je. Saya dari ganu pak cik. Baru sampai pagi tadi “ balas saya
“ Ooo, nak kemane ???
“ Saya nak ke pesta buku kat PWTC. Dengar cite hari ni last day “ ujar saya
“ Oo..betulah…last day. Takpe-takpe, pergi ambik makanan dulu. Pak Cik belanja “
Haa !! Saya macam terkejut dengan kata-kata pak cik tu. Dahlah tak pernah kenal, tapi tiba-tiba je nak belanja…mmm…pelik. Tapi saya cuba cover. Buat macam biasa je.
Ketika memesan makanan di kaunter, saya menjeling ke arah pak cik tersebut, kelihatan tak ade yang meragukan. Saya cuba bersangka baik.
Sambil menjamah makan pagi, kami bersembang tentang banyak perkara. Ternyata betollah kata-kata pujangga yang berbunyi ‘ Banyakkanlah berbual dengan orang yang lebih tua dari kamu, nescaya kamu akan mendapat pengalaman darinya ‘
“ Pak Cik nak tanye afif, kita diciptakan ALLAH kat bumi ni sebab ape ??? “ tiba-tiba soalan pak cik itu cukup mengejutkan saya.
“ Sebagai Khalifah ( pemimpin ) “ jawab saya ringkas
“ Yap, betol. Pak cik tak nafikan. Tapi afif jangan lupa, kita ni juga hamba ALLAH. Kita diciptakan ALLAH kat dunia ni untuk mengabdikan diri kepada ALLAH selain membantu sesame manusia yang dalam kesusahan. Sebab nasib setiap kita adalah berbeza“
Saya mengangguk tanda setuju. Kemudian pak cik itu menyambung lagi
“ Kita semua tak kira kaya, miskin, menteri, raja, rakyat, dan macam-macam lagi, semuanya sama disisi ALLAH. Cume mungkin kat dunia je kita berbeza, tapi kat akhirat never. Mungkin nasib kita baik, mampu beli macam-macam. Tapi sahabat kita kat luar sana, ramai yang memerlukan. Afif faham ape yang pak cik maksudkan ??? “ tiba-tiba pak cik itu bertanya
Saya cube menyelongkar kembali kata-katanya tadi.
SEDEKAH MEMBAJAI BARAKAH
“ Pasal konsep sedekah kan pak cik “ teka saya
“ Haa, tu yang pak cik maksudkan. Bukan ape, zaman sekarang ni, pak cik tengok, masyarakat kita kurang sangat dalam bab ni. Senang cite, masyarakat kita sekarang suka & sibuk sangat mencari duit, tapi sangat sukar memberi duit ( sedekah ) “
Saya mengangguk tanda setuju. Kata-katanya membuatkan saya kembali teringat tentang peristiwa seorang brother yang meminta duit untuk menampung tambang pulang ke kampungnya. Pak cik itu menambah lagi
“ Yang paling pak cik nampak sifat kedekut ni ialah orang ‘ Melayu Islam ‘ kita sendiri. Bukan pak cik nak kutuk bangsa sendiri, tapi kalau tidak dikritik, kita akan terus hanyut dengan sifat bakhil “ ujar pak cik itu tiba-tiba dengan nada serius
Saya rasa seolah-olah tersentak. Kata-kata pak cik itu saya anggap seolah-olah ‘ sebuah batu besar menghentak ke kepala saya ‘. Kemudian saya bertanya,
“ Kenapa pak cik kata macamtu ??? “
“ Ok. Afif pernah dengar tentang manusia bernama Warren Buffet atau Bill Gates ??? “ soalnya
“ Jutawan dunia tu ke…kenapa pak cik ??? “
“ Ok, afif tau tak, tahun 2008 dulu, Bill Gates pernah mewasiatkan sebanyak US$58 bilion untuk Yayasan Bill and Melinda Gates. Warren Buffet pun same gak, memberi kebajikan di yayasan tu sebanyak US$44 billion. Banyak kan. Ha, tapi pak cik bukan nak cite pasal jumlah wang yang didermakan mereka, Cuma pak cik nak tekankan kat sini yang keberanian diorang ni ‘ membudayakan ‘ derma atau dalam Islam kita panggil sedekah. Pak cik tertarik dengan kata-kata Bill Gates :
‘ We want to give it back to society in the way that it will have the most positive impact, I want to make a positive contribution to the world ‘
Menarik kan kata-kata dia. Tapi bile pak cik cakap kat masyarakat, diorang kata :
‘ Ya, tentulah boleh. Diorang tu dah ade berbilion dalam bank, bolehlah derma berjuta-juta. Kita ni baru nak merangkak, dan tak ade jaminan pun lagi pasal kejayaan. Sebab tu kami tak menderma ‘
“ Bolehke diorang cakap macamtu afif ? ” soal pak cik itu sambil terus menyambung kata-kata
“ Bagi pak cik, kita sebagai seorang Muslim tak perlu timbul soal duit banyak atau duit sikit baru nak menderma. Perasaan takut menderma tu sebenarnya adalah sifat syaitan macam dalam surah al-Baqarah ayat 268 pun ALLAH ade sebut :
‘ Syaitan menjanjikan ( menakut-nakuti ) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan ( kikir ), sedang ALLAH menjanjikan untukmu keampunan daripada-NYA dan kurnia ‘
Saya sekali lagi tergamam. Pak cik yang penampilannya simple, tapi mempunyai ilmu yang sangat hebat, siap hujahnya diselit dengan ayat Quran !!!
Mendengar hujah panjang lebar pak cik tersebut, mengingatkan saya dengan persaingan Saiyyidina Umar dalam menewaskan Saiyyidina Abu Bakar dalam bab mendermakan harta di jalan ALLAH. Namun Saiyyidina Abu Bakar ternyata lebih beruntung setelah beliau menyedekahkan seluruh hartanya just untuk Islam. Sepatutnya kisah persaingan mereka itu menjadi ikutan dalam masyarakat usahawan di Malaysia.
“ Saya setuju dengan pak cik. Sedekah tu tak semestinya bile duit dah banyak, tapi bile duit sikit pun boleh “ balas saya menambah rempah dalam perbualan kami
“ Betol tu afif, derma dari seorang yang sedikit hartanya adalah lebih besar ganjarannya berbanding derma dari individu yang banyak harta. Tapi jangan pula ganjaran yang kita kejar, biarlah keikhlasan itu yang menjadi keutamaan. “
“ Betol tu pak cik, tapi saya ade perasan jugak. Sesetengah orang tu bersedekah dengan mengharapkan ganjaran segera seperti keutungan dalam bisnes dan sebagainya. Bila sedekah yang diberikan tu tak menampakkan hasilnya, mereka dah mula merungut, mengungkit dan secara automatiknya dia dah tak bersedekah lagi..macamana tu pak cik ??? “ soal saya mengharapkan jawapan
“ Ok, dalam bab ni, pak cik lebih suke merujuk firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 262 yang bermaksud :
‘ Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkan dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti perasaan si penerima, maka mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. ‘
“ Pak cik rase afif pun mesti faham maksud ayat tu. Pendek cite, setiap pemberian sedekah mestilah diiringi dengan rasa puas, gembira, tak khuatir, tak sedih dan tak pernah kesal dengan pemberian ( sedekah ). Sebab bukan ke ALLAH dah gerakkan hati dan minda kita sama ada dengan memberi pelbagai kemudahan dan rezeki yang tak pernah putus. Jadi, kita hendaklah yakin dengan ALLAH dan bersangka baik dengan-NYA. Dalam bab sedekah ni, pak cik bukan nak lebihkan non-Muslim, tapi yang pak cik lihat, diorang lebih maju ke depan dalam memberi derma dan kebajikan berbanding orang Islam. Pak cik tertarik dengan kata-kata seorang jutawan Britain iaitu :
‘ While owning property and making money is important, it is not as important as people. The biggest thing with most people is money, but with me it is not. I want to give it up and do something more for others. We can all do something by leaving money to charity when we die, but why don’t we do something while we are still living ??? ‘
“ Dalam maknenya tu pak cik “ ujar saya
“ Ya, memang mendalam. Law afif prasan, ape yang disebutkan pada permulaan tadi bertepatan dengan tanggungjawab sosial dalam Islam. Malah dalam Islam, pembangunan jati diri individu dan rakyat sememangnya jauh lebih penting daripada pembangunan material seperti bangunan pencakar langit dan sebagainya. Yang ke-2 pula bertepatan dengan ajaran Islam agar tidak bersikap selfish dan sentiasa memikirkan manfaat yang diperoleh untuk dikongsi dengan orang ramai. Yang last skali pula bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari bermaksdu :
‘ Dan janganlah kamu bertangguh-tangguh ( dalam bersedekah ) sehingga sampai (nyawamu) di kerongkong yakni ketika hampir mati ‘
Saya cube memahami setiap kata-kata yang diungkapkan pak cik itu. Memang tak syak lagi, pak cik ini merupakan seorang yang cukup berilmu namun ditutupi ilmunya dengan penampilan yang bersahaja. Itu yang membuatkan saya betul-betul tertarik dengannya. Pendek kata pak cik itu mempunyai serba sedikit ciri-ciri seorang yang tawadduk !!!
“ Tapi pak cik, mungkin ade orang Islam yang menderma, cume mereka mungkin menyembunyikannya sesuai dengan saranan Islam ‘ tangan kanan memberi sampai tangan kiri pun tak tau ‘ “ soal saya ingin sengaja menguji pandangan
“ Ya, pak cik tak nafikan, ramai orang Islam yang ade menyumbang secara senyap atau terbuka. Memang ada macam Tan Sri Mokhtar al-Bukhari, Dato Haji Rameli Musa dan tak ketinggalan pengasas al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd, Ali Hassan bin Mohd Hassan. Pemberian secara senyap itulah yang membezakan antara dermawan Islam dengan dermawan bukan Islam. Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :
‘ Sedekah yang dilakukan secara tersembunyi memadamkan kemurkaan ALLAH ‘
Ali Hassan pernah mendedahkan rahsia kejayaannya sebagai usahawan yang berjaya iaitu:
- Penuhi hak ALLAH tanpa berkira-kira iaitu memberi zakat dan bersedekah
- Jalankan tanggungjawab kepada manusia
- Penuhi hajat ibu walaupun terpaksa mengorbankan banyak kepentingan
“ Bagaimana pula dengan orang kaya yang tak bersedekah ??? “ soal saya lagi
“ Ini satu lagi masalah orang kita. Macam-macam alasan, dulu bile bisnes baru nak mula, kata taka de duit, tapi bile dah kaye pun still tak bersedekah jugak. Hujahnya nak bagi anak-anak senang. Golongan kaya sepatutnya ingat, meninggalkan harta yang begitu banyak kepada anak-anak adalah satu tindakan yang tak rasional. Pak cik pernah terbaca satu artikel, juga mengenai seorang jutawan tentang falsafah hidupnya iaitu :
‘ Giving your children too much money is a burden, not a gift, and is not a rational thing to do with all that wealth. A very rich person would leave his kids enough to do anything, but not enough to do nothing ‘
Pak cik suke falsafah ni. Jika anak-anak terlalu disogok dengan kemewahan, kelak si anak pasti tak dapat berkongsi rasa sukar, cabaran dan jerih perih yang dilalui ayahnya dalam mencari rezeki, malah si anak itu akan hanyut dan lemas dengan kemewahan itu “
MEMBENTUK GENERASI DERMAWAN
Setelah itu, pak cik itu menjawab satu panggilan telefon, mybe dari kawannya.
“ Ok lah afif, panjang jugak kita sembang ye. Pak cik pun nak gerak dulu. Ade janji dengan kawan. Pak cik cite kat afif tentang sedekah ni bukan ape, pak cik tengok afif muda lagi. Pak cik harap golongan sebaya macam afif nilah yang akan menjadi perintis kepada ‘ generasi dermawan ‘. Kita kene ingat, menderma dan bersedekah tak akan sesekali mengurangkan harta kita, tapi akan menambah lagi harta selain mendapat pekej bonus iaitu berkat ALLAH ke atas setiap rezeki yang kita perolehi, ingat tu…ok…Assalamu’alaikum “
Kata-kata terakhir pak cik itu saya anggap sebagai satu kesimpulan yang cukup menarik setelah perbincangan panjang lebar tersebut. Teringat pula saya akan kata-kata Nabi s.a.w yang bermaksud :
“ Tiadalah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah “
Alhamdulillah, saya seolah-olah telah mendapat manfaat dari kebenaran hadis nabi tersebut. Buktinya, duit ( sedekah ) yang saya berikan tak seberapa kepada seorang brother pagi itu telah dibalas ALLAH dengan ganjaran berlipat kali ganda iaitu :
- Mendapat teguran dan peringatan yang percuma dari pak cik tersebut….cukup berguna !!!
- Makanan pagi disupport oleh pak cik tersebut…x perlu keluar modal untuk breakfast
- Sebelum pulang, saya dibekalkan oleh mak saudara dengan sejumlah wang yang nilainya 5 kali ganda dari hasil sedekah saya pagi itu……. Allahu Rabbi…..So…ape lagi….
Bersedekahlah…….tak miskinnya kita…..percayalah !!!
Wallahu’allam
Di bawah ni penulis sertakan sebuah lagu yang cukup menarik liriknya...sedekahlah walaupun 10 sen....selamat menonton
Wednesday, May 4, 2011
GERAKAN FREEMASONRY ( part 1 )
PENGENALAN
Gerakan ini dipelopori oleh orang Yahudi yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa, kemudiannya ingin melebar-luaskan pemerintahan mereka ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas dalam bidang pendidikan politik, budaya dan sosial.
Bermula daripada gerakan inilah, maka telah timbul pertubuhan-pertubuhan yang berbentuk kebajikan serta keamanan di seluruh dunia bagi mengaburi mata masyarakat terhadap pergerakan mereka ini. Gerakan ini telah menyusup masuk ke seluruh fahaman, agama, dan bangsa tanpa perlu menukar identity mereka, asalkan mereka taat setia kepada pergerakan ini. Pertubuhan ini juga bergiat cergas dalam bidang ekonomi dengan cara memonopoli dan menghalalkan riba dalam kalangan masyarakat.
Dalam bidang sosial pula, mereka lebih mengambil perhatian tentang kemanusiaan dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Mereka juga suka memberika penghargaan kepada individu yang cemerlang untuk menarik mereka menyertai pergerakan ini. Kebanyakan orang yang terjebak ke dalam pertubuhan ini adalah dari kalangan orang-orang yang berkepentingan dalam pertubuhan kerajaan dan sosial. Individu-individu yang telah terjerumus ke dalam pergerakan ini terpaksa akur dengan kehendak pergerakan ini.
PENGERTIAN FREEMASONRY
Menurut ‘ Ensiklopedia Eri dan Istilah Yahudi ‘, perkataan freemason ini diambil daripada perkataan Inggeris yang bermaksud ‘ jurubina bebas ‘ ( free and mason ). Secara khususnya, perkataan ‘ free ‘ membawa maksud ‘ tukang batu atau tukang bangunan ‘. Maka wujudlah daripada ungkapan tersebut yang membawa maksud jurubina bebas atau tukang bangunan yang merdeka sebagaimana tercatat di dalam ensiklopedia tersebut.
Pengertian ini telah disokong oleh Dr. Yahaya Mohd Rabi’e pengarang kepada buku ‘ Tayyarat Wa Mazahib Fikriyyah Mu’asoroh ‘. Freemasonry berbeza maksudnya menurut bahasa, seperti berikut :
- Bahasa Arab dipanggil masuniyah
- Bahasa Perancis dipanggil france masonerie
- Bahasa Urdu dipanggil masunik
- Bahasa Belanda dipanggil vrijmetselarij
Freemasonry ini sebenarnya tak ada kaitan dengan tukang-tukang bangunan yang terdapat pada abad pertengahan. Freemasonry juga tak ada hubungannya dengan kegiatan pembinaan kapal atau gereja besar seperti yang difahami oleh segolongan cerdik pandai.
Hakikatnya, Freemasonry ini sebenarnya adalah sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bervisi untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan kehidupan berpolitik, eekonomi dan sosial di seantero negara-negara yang dimasuki mereka. Organisasi ini berusaha untuk merosakkan bangsa dan pemerintahan Non-Yahudi (Goyim).
PENUBUHAN PERGERAKAN FREEMASONRY
Mengikut pengarang kitab ‘ Tabdid Azzolam ‘, pergerakan rahsia ini telah disaskan pada tahun 43 Masihi hasil daripada cetusan 2 orang lelaki Yahudi bernama Aheram Abyob dan Muab Lavi yang merupakan penasihat kepada Raja Herod’s Akriba ataupun dipanggil father.
Manakala pengarang kitab ‘ Rahsia pergerakan Freemasonry dan Kelab Rotary ‘ pula mengatakan bahawa pergerakan ini telah bermula sekitar tahun 37 Masihi. Tujuan awalnya adalah untuk menyekat pengaruh ajaran al-Masih ( Nabi Isa a.s ) dan menjaga keselamatan bangsa Yahudi.
Secara umumnya pergerakan ini ditubuhkan dan dirancang oleh Yahudi berdasarkan kitab Talmud untuk memusnahkan semua agama secara umum dan Katholik khusunya. Namun kemudiannya, mereka mengalihperhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama dengan menyebar-luaskan fahaman Komunisme dan Sekularisme selepas kejatuhan agama Krristian pada zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 Masihi.
Penentangan secara langsung tehadap agama Islam bermula pada tahun 1717 Masihi apabila pergerakan rahsia ini mengadakan seminar pertamanya secara rasmi di London. Dalam seminar tersebut, seorang anggota Freemasonry yang bernama Anderson telah meletakkan agama rasmi Islam sebagai musuh utama mereka. Di awal penubuhan Freemason ini, ia dianggotai oleh 9 orang yang telah bersumpah taat setia dengan nama Tuhan dan Taurat untuk menjaga segala rahsia pergerakan ini.
Berikut penulis sertakan skrip lafaz sumpah setia tersebut :
“ Saya si fulan bin si fulan bersumpah dengan nama Tuhan dan Taurat serta dengan penuh penghormatan saya, sesungguhnya saya telah menjadi salah seorang daripada anggota yang Sembilan mengasaskan pergerakan ini ( Secret Power ). Saya berjanji tidak akan mengkhianati saudara seanggota dengan apa-apa bentuk kemudaratan berdasarkan ketetapan pergerakan. Saya berjanji untuk mengikuti segala ketetapan ( peraturan ) yang telah disepakati bersama dengan penuh ketaatan, amanah dan berusaha melakukan sebaik-baiknya. Saya berjanji untuk berusaha menambahkan bilangan keanggotaan. Saya juga berjanji untuk memesongkan sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran al-Masih dan berusaha sedaya upaya saya untuk membunuh mereka yang menyebarkan ajaran ini ( ajaran Nabi Isa a.s. ) saya berjanji tidak akan membocorkan mana-mana rahsia yang tersimpan antara kami senggota kepada anasir luar mahupun daripada kalangan seanggota kami ( yang berpaling tadah ). Sekiranya saya telah didapati khianat dengan cara membocorkan rahsia pergerakan mahupun perkara-perkara yang harus diselindungi antara kami seanggota, maka saudara seanggota saya berhak utnuk membunuh saya dengan apa cara sekalipun “
Seusai saja melafazkan sumpah setia itu, maka anggota kumpulan ini mula menubuhkan markas mereka yang pertama yang diberi nama ‘ Markas Jerusalem ‘ bertempat di istana Herod’s Akriba/Father. Nama istana tersebut ialah ‘ DeHaliza ‘ yang merupakan markas operasi pergerakan ini. Maka bermulalah misi pertama mereka untuk menjalankan apa yang telah mereka janjikan.
Langkah pertama yang diambil ialah dengan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang melambangkan kemanusiaan dengan nama yang pelbagai di bawah tujuan yang satu.
Langkah seterusnya ialah melakukan perubahan pada sumpah taat setia dari yang asal bagi mengaburi masyarakat untuk menarik lebih banyak anggota menyertai pergerakan ini. Caranya ialah dengan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang cenderung kepada keamanan dan sosial.
Berikut penulis sertakan sumpah taat setia yang telah diubahsuai :
“ Saya si fulan bin si fulan bersumpah dengan nama Tuhan dan dengan sepenuh keimanan serta penghormatan saya, sesungguhnya saya bersatu bersama saudara seanggota untuk melakukan segala apa yang telah disepakati oleh kami semua. Sesungguhnya saya berjanji akan saling tolong-menolong sesame mereka dan akan sehati-sejiwa hingga ke akhir hayat “
Perbezaan antara kedua-dua sumpah taat setia ini ialah dari segi balasan orang yang didapati mengkhianati perjanjian tersebut. pada sumpah yang pertama, ianya dinyatakan secara jelas tentang hukumannya, manakala pada sumpah yang ke-2 ini dipendekkan agar tidak diketahui secara jelas isi sumpah taat setia tersebut. Di antara pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan Freemason ini ialah Rotary Club, Lions Club, St. John dan pertubuhan-pertubuhan kewanitaan, persaudaraan, kesihatan dan kanak-kanak sedunia.
Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud :
“ Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din ( peraturan hidup ) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi “
( Surah Ali Imran : 85 )
Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud :
“ Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru kea rah assobiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar asssobiyyah “
( Riwayat Muslim )
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :
“ Assobiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman “
Nantikan part ke-2 ‘ Gerakan Freemason ‘ ini dengan pembongkaran mengenai Prinsip dan Cabang Pertubuhan Freemasonry.
Wallahu'allam........
Tuesday, May 3, 2011
KhalifahTV : ( Kematian Osama ) Bergembiralah AS & Yahudi, kerana kehancuran bakal menanti Kalian !!! – MUJAHIDIN ISLAM
Tanggal 2 Mei 2011 mungkin menjadi tarikh keramat bagi kerajaan Barat diketuai Amerika Syarikat & Israel kerana telah berjaya membunuh manusia yang disifatkan sebagai paling sukar diburu didunia. Mungkin kita semua tertanya-tanya….betol ke berita ini ??? Dulu pun Amerika ada cakap tentang ni, tapi tu semua dusta !!!
Ya, Innalillah kita ucapkan kepada as-Syahid Osama bin Laden yang telah disahkan sendiri oleh wakil jurucakap al-Qaeda tentang kematian pemimpin utama mereka itu dalam serangan kilat selama 40 minit oleh unit komando Amerika di Pakistan awal pagi Isnin lalu. Ujian asid deosirikbonukleik ( DNA ) mengesahkan bahawa Osama bin Laden sudah meninggal dunia, kata seorang pegawai Amerika Syarikat semalam, sehari selepas serangan tentera khas Amerika Syarikat terhadap pemimpin al-Qaeda itu di Pakistan.
Sejurus berita kematian Osama heboh diperkatakan, dengan langkah penuh yakin, Presiden Barack Obama menuju ke Bilik Timur di White House, Washington untuk membuat pengumuman yang bakal mengundang reaksi berbeza daripada penduduk di seluruh dunia.
Menerusi saluran televisyen negara itu, dengan raut wajah yang serius Obama mengumumkan:
“Pada malam ini, saya boleh melaporkan kepada penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan dunia bahawa AS dalam operasinya berjaya membunuh Osama bin Laden, seorang pengganas yang bertanggungjawab membunuh ribuan orang yang tidak berdosa “
Obama menambah :
“Kematian itu merupakan satu pencapaian yang paling signifikan dalam usaha AS menentang jaringan Al-Qaeda. Kita juga mahu tegaskan bahawa AS tidak akan berperang menentang Islam, namun bin Laden (Osama) bukanlah seorang pemimpin Muslim sejati. Dia telah membunuh ramai orang Islam.”
Jelaslah, kajayaan membunuh Osama itu adalah keyaan politik yang cukup bermakna bagi Obama memandangkan pilihanraya Presiden Amerika akan menjelang tidak lama lagi.
Setelah kenyataan itu tersebar, ribuan rakyat AS yang membanjiri pekarangan White House bersorak kegirangan bagaikan meraikan sebuah perayaan. Malah, dalam respons segera mantan Presiden AS, George Bush kepada stesen televisyen Al Jazeera, Bush berkata, kematian musuh ketatnya itu merupakan satu prestasi terpenting AS.
Watak Osama wujud atau sekadar Boneka AS ???
Sebelum ini, tak dinafikan, penulis telah mendengar banyak cerita & berita mengenai Osama ini. Ada sumber mengatakan watak Osama ini hanya rekaan Amerika untuk menggambarkan yang Islam itu ‘ terrorist ‘ dan sebagainya. Penulis juga ada menonton sebuah dokumentari ‘ The Arrivals ‘ yang memaparkan watak Osama itu tidak wujud pun sebenarnya tetapi hanya ‘ diikonkan ‘ sendiri oleh Amerika. Baiklah, penulis tidak berhajat untuk membincangkan secara lanjut mengenai kesahihan sumber dari dokumentari tersebut, sebab mungkin ade benarnya berita tersebut dan mungkin juga sebaliknya. Kenapa penulis berkata demikian ??? Baik, cuba kita perhatikan betul-betul watak Osama ini kalau betul hanya rekaan :
- Kalau watak Osama itu hanya rekaan, kenapa Mujahidin-mujahidin Islam seluruh dunia tidak pernah ada yang tampil membenarkan fakta itu ???
- Pertubuhan-pertubuhan mujahidin Islam ada yang mendakwa pernah duduk makan sekali dengan Osama, selain merancang strategi peperangan, so ???
- Kenapa Amerika pernah menawarkan ganjaran sebanyak AS$50 juta (RM175 juta) kepada pemberi maklumat mengenai Osama ???
- Kenapa Amerika dikatakan ingin menguburkan jenazah Osama di laut ??? Adakah meraka takut tembelang penipuan tentang watak Osama yang diikonkan mereka selama ini pecah diselongkar media ???
Ok, kalau watak Osama ini dikatakan benar-benar wujud :
- Kenapa susah & lama sangat Amerika nak kesan Osama sedangkan teknologi Amerika adalah antara yang termaju di dunia ??? Sebab jika dicongak, AS sebenarnya mengambil masa hampir dua dekad sehingga bertukar tiga pemimpin iaitu dari era Bill Clinton, Bush hingga ke Obama untuk melenyapkan Osama.
- Kenapa sampai dua kali Amerika mendakwa telah berjaya membunuh Osama ??? Nampak macam rekaan bukan ???
Baiklah, berdasarkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan, penulis tidak berani mengatakan sumber yang mana betul yang mana salah ( mengenai watak Osama ). Tapi bagi penulis, mempercayai sumber dari Muslim lebih kukuh ( merujuk dakwaan Mujahidin tentang kewujudan Osama ) kerana ia boleh dipercayai ditambah pula dengan kenyataan terbaru jurucakap khas al-Qaeda, Ahsanullah Ahsan, awal pagi hari ini ( 3 Mei 2011 ) yang menyatakan Osama telah meninggal dunia dalam serangan tersebut. Wallahu’allam….terserah kepada pembaca. Namun sebelum pembaca membuat persepsi mengenai watak kewujudan Osama - dengan sedikit analisis yang dibuat, penulis ingin mengajak pembaca mengetahui profile lengkap Osama….kemudian pembaca bolehlah membuat tafsiran sendiri tentang kewujudannya….sama ada benar atau just rekaan.
JOM ketahui Profile penuh Osama
Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kematian Osama, penulis ingin memberi kefahaman kepada pembaca mengenai persoalan “ Siapa sebenarnya Osama bin Laden ? “
Osama berasal daripada sebuah keluarga hartawan. Bapanya, Mohamed bin Awad bin Laden adalah seorang ahli perniagaan bertaraf bilionair dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Arab Saudi. Mohamed berasal dari Hadramaut, selatan Yaman dan berkahwin dengan Hamida Al-Attas, seorang wanita warga negara Syria.
Osama dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi pada 10 Mac 1957. Ibunya, Hamida merupakan isteri Mohamed yang ke-10. Bagaimanapun, Hamida kemudian bercerai dengan Mohamed. Mengikut maklumat, Osama dipercayai adalah anak yang ke-17 daripada 50 adik-beradik.
Sejak kecil, Osama berpegang kepada ajaran Wahabi. Beliau digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Malah, Osama sememangnya anti-Barat. Bagaimanapun, Osama menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah sekular yang menggabungkan ( kombinasikan ) pendidikan British dan Islam di Jeddah iaitu Al-Thager Model School dari tahun 1968 hingga tahun 1976.
Sekitar tahun 1970-an, Osama telah pun mempunyai empat orang isteri. Isteri pertama yang dikahwininya ketika berusia 17 tahun adalah sepupunya, Najwa Ghanem. CNN juga melaporkan, pemimpin itu adalah bapa kepada 26 cahaya mata.
Osama kemudian melanjutkan pengajian di Universiti King Abd Al Aziz dengan mengambil jurusan ekonomi dan pentadbiran perniagaan. Sumber lain juga menyebut, beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Awam pada tahun 1981.
Semangat sebagai pejuang Islam dikatakan mula ditonjolkan secara jelas oleh Osama sejak menuntut di kampus lantaran kecenderungannya yang gemar berdebat.
Daripada mengamalkan prinsip wasatiah dalam dakwahnya, Osama yang menginjak usia 22 tahun dilihat semakin berani.
Sekitar tahun 1973, Osama mewujudkan rangkaian dengan kumpulan ekstrim Muslim dan mengembangkan empayarnya menerusi perniagaan pembinaan.
Detik Mujahidinnya bermula ketika beliau menyertai Abdullah Azzam. Abdullah merupakan pensyarahnya dan pengasas kumpulan militan Hamas di Palestin yang menentang pencerobohan penjajahan Soviet di Afghanistan pada 26 Disember 1979.
Tentera Soviet menawan Afghanistan, perang yang mengambil masa 10 tahun dan generasi radikal Islam termasuk Osama muncul. Pada 1984, Osama ke Afghanistan untuk berjihad menentang pasukan tentera Soviet. Di sana, beliau memberi bantuan kewangan dan mengetuai 20,000 pejuang Islam yang direkrut di seantero dunia. Pada tahun itu juga, Abdullah dan Osama menubuhkan Maktab al-Khaddamat untuk menentang penindasan AS dan Israel terhadap negara-negara Arab ( Jazirah Arab ).
Empat tahun kemudian, iaitu tanggal 28 Ogos 1988, Osama dipercayai menubuhkan al-Qaeda atau pangkalan. Apabila Soviet mengundurkan tenteranya dari Afghanistan pada 1989, al-Qaeda menjadi rangkaian kumpulan Mujahidin Islam dengan keanggotaan di antara 35 hingga 60 negara serta beribu pejabat di Afghanistan. Antara kumpulan yang dikatakan mempunyai kaitan secara langsung ialah Jemaah Islamiah (JI) yang pernah diketuai oleh rakyat Malaysia, Noordin Mohd. Top.
Pada 1991, tentera bersekutu diketuai Amerika melancarkan perang bagi menewaskan kependudukan Iraq di Kuwait. Osama mengisytiharkan jihad terhadap Amerika kerana menempatkan tenteranya di Arab Saudi, yang juga tanah kelahirannya selain menempatkan dua bandar suci utama umat Islam ( Mekah & Madinah ).
Pada 1992, Osama kembali ke Arab Saudi tetapi sokongannya terhadap keganasan kumpulan Mujahidin Islam di Mesir dan Algeria menyebabkan negara asalnya menggugurkan pasportnya dan dibuang dari Arab Saudi.
Keluarganya juga diminta supaya menghentikan pemberian wang secara bulanan yang keseluruhannya bernilai hampir RM20 juta setahun.
Namun perjuangannya dalam menjadi Mujahidin Islam tidak berkubur di situ, malah semakin melonjak sehingga beliau dipanggil ALLAH Ahad lalu.
Fiksyen Pengebumian Osama
“DNA Osama didapati sepadan dengan beberapa ahli keluarga dan didapati sekurang-kurangnya 99 peratus DNA terbabit menyamai Osama bin Laden,” kata seorang pegawai kedua White House. Sejurus selepas itu, dikatakan Ameriaka akan menguburkan mayat Osama di laut.
Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata keputusan berkenaan dibuat selepas mendapati sukar bagi sesebuah negara untuk menerima jenazah Osama. Ada juga spekulasi kebimbangan sekiranya kawasan kubur berkenaan bakal menjadi tumpuan militan.
Namun, cadangan mereka itu ditentang para ulama dan cendikiawan Islam seantero dunia. Ulama menyifatkan pengebumian jenazah Osama di laut bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh mencetuskan kemarahan militan untuk membalas dendam kepada Amerika Syarikat.
Walaupun banyak yang dipertikaikan membabitkan pengebumian terbabit termasuk dari segi ajaran Islam sendiri, sekumpulan cendikiawan Islam menyifatkan ia sebagai penghinaan kerana tidak mengikut amalan Islam dengan mengebumikan mayat di dalam kubur dengan mukanya mengadap Kiblat. Mereka menegaskan bahawa pengebumian di laut hanya dibenarkan dalam kes di mana kematian berlaku di dalam kapal.
Sejurus selepas itu, bagi mengelakkan ketegangan, Presiden Barack Obama berkata jenazah Obama akan dikendalikan mengikut ajaran Islam yang menuntut supaya disegerakan pengebumian. Wallahu’allam….penulis berharap agar jenazah Osama akan dikebumikan mengikut cara Islam sebagai seorang syuhada…….
Terkejut + kecewa = Marah
Penulis hari ini sangat terkejut dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Malaysia, dalam salah satu ‘ akhbar fitnah ‘ Malaysia iaitu :
” Saya berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan hari ini ( Isnin ) dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat “
Apalah jumudnya Menteri ni sehingga membuat kenyataan seperti itu ???
Bagi penulis, kenyataan Menteri Dalam Negeri Malaysia itu seolah-olah telah mengiktiraf yang Islam itu ‘ terroris ‘ !!!
Sayang seribu kali sayang, lelaki yang bergelar menteri + mengaku Islam itu tidak langsung menggambarkan tentang agamanya apabila mengucapkan kata-kata sedemikian rupa. Dia langsung tidak memikirkan tentang perasaan umat Islam & Mujahidin Islam yang selama ini telah berjuang bermati-matian memartabatkan Islam di dunia bagi menentang musuh utama Islam ( Amerika & Israel ).
Ketika mendengar melihat kenyataannya di sebuah stesenTV swasta pagi tadi, saya seolah-olah tergamam kerana tidak percaya bahawa kenyataan itu keluar dari mulut salah seorang yang mengaku Muslim + seorang berpangkat menteri di Kabinet Malaysia.
Timbul persoalan :
- Adakah menteri ini nak menjaga air muka negara di mata Amerika & Israel ???
- Adakah menteri ini nak jaga hubungan dan periuk nasi negara dengan Amerika & Israel ???
- Habistu, bagaimana pula dengan tindakan Amerika & Yahudi yang berterusan membunuh umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan, Checnya, Bosnia, Lubnan, Kosovo dan sebagainya….kenapa mereka tidak pula dilabelkan sebagai pengganas oleh menteri ini ???
Dan banyak lagilah persoalan yang timbul………..
Ok, kalau menteri ni kata yang kematian Osama itu akan membawa kepada kemanan sejagat…bolehkah dia menjamin selepas ini Amerika & Israel tidak akan mengganggu lagi Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh negara-negara Arab yang lain ???
Jawapannya comfirm tidak….of course not…sebabnya ???
- Sebab pertama dia hanya berjawatan tinggi dan lantang bersuara di sebuah negara kecil( Malaysia )….tetapi menjadi manusia biasa dan lebih pengecut daripada manusia biasa( barangkali ) ketika berada di luar negara. Penulis tidak berniat memasukkan unsur politik, tetapi kenyataan menteri ini benar-benar memanaskan darah penulis !!!
- Sebab kedua ialah kerana pengganas dunia sebenarnya adalah Amerika & Yahudi…buktinya dengan penjajahan demi penjajahan yang dilakukan mereka di sepanjang jazirah Arab sejak berkurun lamanya selain pembunuhan berjuta-juta umat Islam di seantero dunia.
Kehancuran menanti AS & Yahudi
Jurucakap al-Qaeda, Ahsanullah Ahsan dalam satu kenyataannya awal pagi hari ini menyatakan :
“ Kami telah kehilangan Osama. Namun semangat perjuangan akan diteruskan sehingga Islam mencapai kemenangan. Tindakan Amerika yang membunuh pemimpin kami akan kami balas dengan segera. Tunggulah balasan dari ALLAH dan umat Islam kerana pemimpin baru akan muncul bagi menggantikan Osama !!! “
Mendengar kenyataan bersemangat Ahsanullah tersebut, saya cukup yakin yang Mujahidin Islam seluruh dunia akan bangkit menuntut bela kematian Osama. Yakinlah pembaca, kematian Osama tersebut tidak akan mematikan semangat juang mereka, tetapi telah melonjakkan kembali semangat juang fisabilillah !!!
Tuntasnya
Kebangkitan Islam sudah kita lihat cukup membara sejak akhir-akhir ini. Pemimpin-pemimpin berfikiran sekular di negara-negara Islam telah ‘ dijatuhkan ‘ ALLAH satu persatu. Ditambah pula dengan kematian Osama ini, penulis sangat yakin yang nasib Amerika & Yahudi sudah seperti ‘ nyawa-nyawa ikan ‘….Smoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohmu wahai as-Syahid Osama bin Laden…..amin…
Wallahu’allam...........
Subscribe to:
Posts (Atom)