Pages

Saturday, March 19, 2011

Banggakah Anda Sekadar Menjadi MUSLIM..???



Bismillahi wa'ala barokatillah......

Kita harus berasa bangga kerana dilahirkan daripada keluarga Islam, nama sudah pun direkodkan sebagai Islam, dan pasti kalau mati pula akan dikebumikan secara Islam di tanah perkuburan Islam. Dan kita juga harus bersyukur kerana sebaik sahaja kita boleh mendengar dan bercakap kita sudah dibiasakan dengan perkataan Allah.

Kita tidak susah untuk mencari Islam kerana semuanya sudah tersedia buat kita. Sedangkan kawan-kawan kita ada yang terpaksa bersusah payah mencari Islam, dan dalam pada itu mereka dihalang dan dihina malah disisihkan keluarga. Namun mereka tetap bersyukur kerana telah diberi hidayah walaupun sudah agak terlambat daripada kita.

Walau bagaimanapun kedudukan kawan kita itu kadang-kadang lebih baik daripada kita yang sudah lama beragama Islam. Kita hanya boleh berbangga dengan keislaman yang kita milik, tetapi kita tiada upaya menjaga iman dan agama kita. Kita belum bebas dan terselamat daripada gangguan syaitan yang tugasnya untuk menyesatkan kita.

Tahukah anda setelah kita mengucap dua kalimah syahadah maka secara rasmi kita telah digelar sebagai seorang Muslim. Bagi yang Muslim keturunan, sejak baligh dan mendirikan solat, mereka sudah direkodkan sebagai muslim secara rasmi. Tetapi setelah bergelar Muslim banyak kemungkinan boleh berlaku, ada yang boleh meningkat menjadi Mukmin atau berubah menjadi kafir atau musyrik atau munafiq.

Dalam ruang yang terbatas ini, saya cuba untuk menghuraikan kemungkinan itu semoga kita boleh berhati-hati dalam kehidupan ini:

1. Apabila anda kuat hubungan dengan Allah, tauhidnya mantap, taqwa kepada Allah pada tahap tinggi, perintah Allah dilaksanakan dan larangannya ditinggalkan, maka terbinalah sebahagian mukmin pada diri anda. Seterusnya dikuatkan hubungan dengan manusia; akhlaknya, muamalatnya, dan toleransinya sesama manusia, maka sempurnalah mukminnya.
2. Apabila anda mula meragui kekuasaan dan kehebatan Allah; perintah Allah diabaikan seolah-olah mencabar hukum Allah, dan larangan Allah dibuat secara sedar seolah-olah tidak takut kepada hukuman Allah, ketika itu jadilah anda seorang kafir.
3. Apabila anda menyembah Allah tetapi pada masa yang sama anda turut memperakui tuhan-tuhan lain setaraf dengan Allah. Anda memperakui ubat yang dimakan mampu menyembuhkan sakit anda. Meyakini bahawa jin boleh memberikan sakit dan sihat terhadap seseorang manusia. Dan juga sanggup tunduk sujud kepada manusia yang bertaraf pemimpin atau pembesar. Sedangkan semua kelakuan itu hanya layak untuk Allah, maka mereka yang berbuat begitu telah dikira musyrik.
4. Apabila anda bersifat talam dua muka, sering bermuka-muka dengan seseorang kerana sesuatu kepentingan maka anda termasuk dalam kalangan orang munafiq. Anda tahu kebenaran pada seseorang, tetapi anda selewengkan maklumat kerana hendak menjatuhkan orang itu, sahlah anda bukan Muslim yang jujur. Ketahuilah golongan itu terdapat tiga sifat berikut: Apabila berkata-kata dengannya dia berbohong; apabila dia berjanji dia akan mungkiri; dan apabila diberi amanah dia akan khianati.

Dalam sebuah hadis, ditambah satu sifat lagi iaitu sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafiq yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafiq hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengetepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).” (Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan kemungkinan di atas, mampukah kita sekadar berbangga sebagai seorang Islam atau Muslim? Anda janganlah mudah terpengaruh dengan jaminan Rasulullah bahawa setiap yang mengucap dua kalimah syahadah akan dimasukkan ke dalam syurga. Janganlah berasa senang hati dengan tawaran bahawa seseorang Islam pasti akan masuk syurga juga akhirnya.

Memang betul ada jaminan dan tawaran itu, tetapi kita perlu ingat, seorang Muslim dalam kategori kafir itu akan dicampakkan ke dalam neraka terlebih dahulu. Entah berapa tahun di situ, bukan sehari dua. Kemudian kalau masih ada terselit kalimah syahadah pada dirinya, mungkin bolehlah setelah dibakar hagus dipindahkan ke dalam syurga. Walaupun akhirnya masuk ke syurga, sanggupkah anda dibakar dalam neraka sebegitu lama?

Seorang musyrik pula, Allah memberi jaminan bahawa dosanya tidak akan diampunkan. Dosa lain boleh ampunkan tetapi dosa syirik tidak boleh diampunkan begitu sahaja. Hal ini kerana syahadahnya sudah terbatal, maka perlu diulangi syahadah yang baru. Bagaimana kalau anda mati sebelum mengucap syahadah? Kadang-kadang kita mati mengejut, tidak sempat hendak bertaubat? Apakah masih ada jaminan ke syurga? Jadi, insaflah segera.

Seterusnya seorang munafiq, mereka ini akan diazab dalam neraka jahanam pada bahagian bawah sekali. Entah berapa lama mereka akan disimpan di situ. Kalaupun mereka ada peluang ke syurga (bergantung kepada syahadahnya kalau masih ada, tentu ada peluangnya, tapi kalau tiada, melepaslah) tentulah mereka itu orang yang paling akhir masuk syurga. Mahukah begitu, orang lain sudah bersenang hati menikmati syurga, anda baru hendak bermula.

Jika anda rasa tidak senang hati dengan keadaan dan kedudukan itu, pastikan anda tidak memilih tiga jalan di atas. Sebaliknya pilih yang satu iaitu mukmin. Tidak susah untuk menjadi seorang mukmin kerana Allah hanya memberi tiga syarat untuk menjadi mukmin sejati iaitu:

1. Apabila disebut nama Allah gementar hatinya;

2. Apabila dibacakan ayat Allah bertambah imannya;

3. Dan kepada Allah mereka berserah diri.


Mungkin kita boleh menilai diri sendiri, adakah ketika kita berbuat dosa, hati kita boleh tersentak apabila diingatkan kawan atau sahabat bahawa Allah sedang memerhatikan perbuatan kita? Barangkali kita boleh tersentak apabila diberitahu bahawa polis ada membuat sekatan jalan raya, tatkala lesen kereta kita sudah tamat tempoh. Kalau begitulah keadaannyaa, taraf mukmin anda masih rendah.

Kita selalu membaca al-Quran, tetapi berapa kali anda terasa iman meningkat ketika membaca al-Quran itu. Iman boleh meningkat kalau kita faham apakah teguran Allah terhadap kita, apakah sindiran Allah terhadap kita, dan apakah pengajaran yang disampaikan kepada kita. Tetapi kebanyakan kita tidak faham mesejnya, lalu dibacakan begitu sahaja. Bolehkah dengan cara itu boleh meningkat iman? Inilah yang perlu difikirkan semula.

Seterusnya setelah berusaha dan berikhtiar dalam kehidupan ini, kita harus berserah kepada Allah, bertawakal mengharapkan kejayaan. Hasil dan keputusan sama ada jaya atau gagal hanya Allah yang menentukannya. Jadi, sebagai seorang mukmin kita perlu redha dengan apa yang tentukan Allah.

Sehingga di saat ini, di manakah anda sekarang? Anda boleh pilih mana yang anda suka tetapi ingat, Allah hanya mahu hamba-Nya berada di tempat yang terbaik di dunia dan akhirat.

Wallahu'allam

Friday, March 18, 2011

Mewujudkan Hubungan Baik ANAK dengan IBUBAPA



Bismillahiwa'ala barokatillah wa rasulillah.......

Anak wajib berbuat baik terhadap ibu bapanya. Sekiranya tidak, ia telah melakukan satu dosa. Di dalam al-Quran tidak terdapat perintah khusus agar seseorang bapa mengasihi anaknya, tetapi sebaliknya yang lebih banyak ialah perintah kepada anak supaya mengasihi ibu bapa.

Walaupun tidak banyak ayat yang memerintah ibu bapa untuk mengasihi anak, namun banyak hadis yang menyebut mengenainya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَلَمْ يُكْرِمْ كَبِيرَنَا

Ertinya: Bukan daripada golongan kami (Nabi Muhammad) mereka yang tidak mengasihi orang kecil (anak muda) dan tidak memuliakan orang besar (orang lebih umur – pemimpin).

Memang secara outomatik ibu bapa akan mengasihi anaknya. Seorang bapa, apatah lagi ibu, amat sayang kepada anaknya sehingga ia sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Ia sanggup bersusah payah bekerja siang dan malam, menggerakkan segala usaha dan tenaga, di mana semuanya itu adalah untuk kebahagiaan anaknya.

Namun ada anak yang tidak sedar atau tidak dapat merasai bahawa ibu bapanya mengasihi dan menyanginya. Teguran dan nasihat ibu bapa selalu dianggap sebagai mengganggu kebebasannya. Kesalahan mereka yang cuba dibetulkan oleh ibu bapa sering di anggap sebagai segaja mencari kesalahan mereka. Padahal kalau semua itu tidak diingatkan akan menjadi satu kebiasaan yang merosakkan masa depannya.

Menyedari keadaan ini, mereka perlu terus disedarkan hakikat ini. Maka wajarlah anak berbuat baik terhadap ibu bapa. Di sini mungkin seorang anak akan bertanya, bagaimana mereka harus berbuat baik terhadap ibu bapanya.

Imam Ghazali telah menggariskan dua belas panduan, iaitu:

* Mendengar kata mereka.
* Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.
* Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
* Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.
* Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.
* Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.
* Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.
* Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.
* Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.
* Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.
* Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.
* Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.

So.....Jika anak-anak dapat mengikut adab sopan ini, masa depan anak-anak akan terurus ke arah kejayaan. Ibu bapa tentu akan senang hati dengan kejayaan anak mereka itu.

Renung2 kan & Slamat beramal.........
Wallahu'allam

Kursus Meneroka Rahsia Diri - " Mencari Redha Ilahi "



Bismillahiwa'ala barokatillah wa'ala rasulillah

Dalam kehidupan, manusia menghadapi pelbagai masalah yang datang dalam pelbagai bentuk. Masalah menimbulkan banyak konflik; Konflik diri, rumahtangga, organisasi, masyarakat dan sebagainya. Namun, manusia tidak boleh lari dari masalah kerana dunia ini sememangnya tempat ujian.

Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang tidaklah menurunkan hambaNya ke dunia ini tanpa diberikan persediaan. Malah hamba itu dilengkapkan dengan pelbagai kelebihan. Ia perlu berusaha dan berikhtiar untuk membina kehidupan yang terbaik, namun perlu pula redha atas apa sahaja takdir Allah ke atasnya. Ujian bukanlah 'musuh' tetapi suatu kaedah tarbiyah (didikan) daripada Allah untuk meningkatkan jiwa dan pemikirannya. Soalnya, bagaimana persepsi seseorang terhadap setiap masalah yang mendatanginya? Jika tersilap pandang, maka ia akan sukar menerima keadaan tersebut dan akibatnya ia tertekan (stress), yang akhirnya menimbulkan pelbagai mudarat terutamanya dari sudut kesihatan. Menurut kajian, 70 % punca penyakit adalah disebabkan stress.

Kegagalan menangani hal ini secara berkesan bukan sahaja membawa kerugian pada individu seperti hilang ketenangan, kebahagiaan hidup, kesihatan terganggu, lemah daya fikir, kemurungan dan sebagainya, malah turut memberi kerugian terhadap organisasi seperti penurunan produktiviti dan mutu kerja, masalah disiplin, sifat amanah, keharmonian organisasi dan sebagainya.


RAHSIA ILMU DAN AMALAN KHAZANAH ULAMA

Alam Melayu dan Nusantara kaya dengan tokoh-tokoh ulamanya yang suatu ketika dulu berperanan besar dalam membina masyarakat. Para Ulama silam ini telah mempusakakan kita pelbagai ilmu dan permata berharga untuk mencapai kehidupan yang diredhai Allah.

Pusaka yang ditinggalkan dalam bentuk ilmu dan pengamalan itu telah terbukti berjaya memurnikan tauhid manusia yang membawa kepada kesucian akhlak dan pembukaan matahati (sehingga mencapai martabat ihsan seperti sabda Rasulullah SAW:

"(Ihsan itu ialah) Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihatNya (musyahadah), jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu (muraqabah)."

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Para ulama ini bukan sahaja alim dalam ilmu agama semata-mata, malah mereka jua memiliki ilmu sains manusia yang tinggi. Mereka menggali rahsia alam dan rahsia diri manusia dengan panduan Al-Quran dan as-Sunnah serta mata hati yang bersinar tajam. Banyak ilmu dan amalan mereka suatu ketika dulu tidak dapat difahami rahsianya secara saintifik, tetapi kajian sains moden membuktikan ianya amat menepati hukum alam dan sains manusia. Malahan, amalan tafakur yang diajar mereka turut diamalkan oleh orang-orang Barat (dengan pelbagai kaedah dan nama), dan telah terbukti berjaya membantu meningkatkan tahap kesihatan diri, ketenangan hidup, penyembuhan penyakit, menghilangkan stress, meningkatkan IQ dan sebagainya. (sumber : artikel majalah dan internet)

KURSUS MENEROKA RAHSIA DIRI

Kursus ini, walaupun baru berusia hampir 5 tahun namun mempunyai sejarah yang agak panjang. Sudah tentu ilmu seperti ini jarang dibincangkan secara terbuka kerana ia boleh mengundang salah faham dan fitnah. Walhal, asas yang dibincangkan adalah perkara fardhu 'ain, merujuk kepada ilmu Ihsan, ilmu Akhlak atau juga disebut ilmu Tasawuf.

Ilmu ini adalah ilmu penyucian hati dari sifat-sifat mazmumah, ilmu untuk menjernihkan tauhid dari sebarang anasir syirik, ilmu bagaimana mengecapi kemanisan iman dan ibadah, ilmu memperolehi khusyuk, ilmu yang mendatangkan akhlak mahmudah seperti redha, syukur, tawakal, sabar, qanaah dan sebagainya.

Maka yang menjadi punca kerosakan dan konflik diri manusia adalah kerana nafsu amarah yang bersarang dalam hatinya. Nafsu ini perlu disucikan sehingga ia mencapai lawwamah, mulhimah dan sekurang-kurangnya mutmainnah, barulah ia beroleh limpahan cahaya hakiki dari Allah dan diredhai-Nya.

Untuk sampai ke peringkat ini, maka wajiblah mencari kaedah pengamalan yang dapat menyucikan nafsu itu. Hanya dengan amalan akan dapat memecahkan tembok-tembok yang menghijab seseorang itu dari menerima hidayah dan cahaya kebenaran. Ia akan dapat mengenal hakikat dirinya, hakikat kehambaan, hakikat ubudiah, tipudaya kehidupan dan lain-lainnya. Apabila ia beramal, hati akan makin bercahaya dan akan terang pada penglihatan mata hatinya kenyataan KeTuhanan seperti mana yang dinyatakan Allah :

"Maka di mana sahaja kamu menghadap, di situlah Wajah Allah..." (Al-Baqarah: 115) dan ayat

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya..."
(Qaf: 16).

Apabila insan itu sudah kembali kepada hakikat kesucian ruh yang sebenar-benarnya, nescaya kehebatan-kehebatan duniawi akan datang dengan sendirinya. Tenaga rohani yang terlimpah padanya dapat digunakan untuk pelbagai tujuan. Namun ianya tidak akan dapat diperolehi jika disertakan dengan kejahilan dan kesombongan diri. Inilah ilmu rahsia yang tidak akan dapat dicapai oleh orang-orang yang bukan Islam, dan paling penting cahaya rohani itu akan memimpinnya ke jalan yang haq dan menyelamatkannya dari tipudaya halus-halus dalam batinnya.

Wallahu'allam

Adakah CINTA Pandang Pertama Membawa Bahagia...???



Bimillahi wa'ala barokatillah wa'ala Rasulillah...........

Anda selalu dengar orang berkata, cinta pandang pertama. Biasa kita dengar ungkapan itu daripada pasangan suami isteri yang bahagia. Ada juga sesuatu pasangan itu apabila ditanyakan bagaimana mereka boleh bertemu dan berkahwin, dengan bangganya mereka berkata inilah berkat cinta pandang pertama.

Apa istimewanya cinta pandang pertama?

Berdasarkan kata-kata di atas dapat kita rumuskan bahawa hasil cinta pandang pertama, sesuatu perkahwinan itu akan membawa kebahagiaan. Tetapi tahukah anda mengapa cinta pandang pertama dan bagaimana dikatakan cinta pandang pertama, dan mengapa cinta pandang pertama itu boleh menjadikan sesuatu pasangan bahagia?

Di sini saya ingin mengajak remaja termasuk pelajar universiti yang sedang mencari pasangan supaya bersama saya meneliti isu ini dengan penuh minat. Semoga dengan ini anda semua akan boleh mencapai kebahagiaan hasil cinta pandang pertama.

Pandang pertama bermaksud, seseorang lelaki atau wanita yang secara kebetulan terserepak dengan pasangan yang belum pernah kenal. Apabila dikatakan cinta pandang pertama, bererti hasil pertemuan yang tidak terancang itu sudah ada bibit cinta antara kedua, rasa cinta mula berputik di hati. Pada pertemuan itu mereka mungkin tidak sempat berkata-kata, tetapi sudah tersimpan dalam hati bahawa “dia sesuai untuk aku.”

Hasil pertemuan itu, salah seorang daripadanya akan cuba merisik dengan bertanya-tanya kawan masing-masing kalau-kalau mengenali orang yang dimaskudkan itu. Apakah yang menyebabkan seseorang itu mahu didekati dan dikenali secara lebih dekat?

Ya, sudah pasti pada lelaki atau wanita yang dipandang itu terdapat keistimewaan. Mungkin terpancar pada wajahnya akhlak yang baik, mungkin pada tingkah lakunya terserlah kasih sayangnya. Dan mungkin pada rupanya yang manis terserlah hati yang suci.

Bolehlah pandang pertama itu sudah boleh dibuat ukuran? Kenapa tidak? Lazimnya pertemuan pertama tanpa terancang akan terserlah keaslian peribadinya. Maknanya kalau kita jumpa seseorang yang kita belum kenal, kita akan kenal perwatakan asalnya. Jadi, kalau dia seorang yang baik budinya, sepanjang pertemuan itu dia akan menampakkan kebaikannya. Sebaliknya jika dia seorang yang panas baran sebagai contoh, sewaktu pandang pertama itu sudah nampak riaknya, sudah nampak kelibat buruknya. Kalaupun tidak nampak pada awalnya, akan terlihat juga sesekali kemudiannya.

Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama. Pandang mata itu biasanya tidak menipu malah orang yang dilihat juga tidak sempat menipu. Apabila hati sudah berkenan tindakan seterusnya perlu disusuli iaitu jalinan secara yang dibenarkan oleh Islam. Selagi mereka tidak mencetuskan dosa, sudah pasti mereka boleh menjadi suami isteri yang bahagia.



Memahami maksud di atas, maka pertemuan yang terancang tidak boleh dikategorikan sebagai cinta pandang pertama. Sebagai contoh, perkenalan melalui internet, SMS atau telefon, setelah sekian lama bercinta, tentu mereka merancang pertemuan empat mata. Siapa yang boleh pastikan bahawa pertemuan itu akan menampilkan watak yang tulen? Saya pasti pertemuan terancang itu akan mengundang watak pelakon yang pastinya berlainan daripada asal.

Bayangkan jika hasil pertemuan itu mereka berakhir di jinjang pelamin, adakah perkahwinan mereka boleh bahagia? Mungkin dalam kehidupan itu penuh lakonan demi cinta. Kalaupun boleh bahagia, mereka terpaksa berhadapan dengan krisis yang memeritkan.

Di sini saya sekali lagi mengajak remaja termasuk pelajar universiti yang sedang mencari pasangan agar mencari cinta, dapatkah cinta pandang pertama. Setelah ada ciri-ciri kebaikan yang dicari, risiklah secara lebih dekat melalui wakil yang jujur. Setelah itu, binalah hubungan secara lebih dekat dengan bertemankan kawan yang amanah. Setelah berpuas hati, mintalah ibu bapa rancang peminangan dan seterusnya perkahwinan.

Percayalah kalau kaedah ini dapat diikuti, pasangan itu akan bahagia sehingga ke dalam syurga.

So.....Renung2 kn & Slamat beramal..........
Wallahu'allam....Kpada kekawan skalian...jom layan vdeo ni....

Kronologi Penting Zionisme Dalam menghancurkan ISLAM



Bismillahiwa'ala barokatillah wa'ala Rasulillah

Dalam buku yang bertajuk ‘Zionisme: Orde Barat Dalam Menghancurkan Islam tulisan Haji Mohd Hanif bin Haji Ismail, pengarang telah membawa beberapa isu penting yang berkaitan dengan gerakan Zionisme yang telah berjaya menguasai dunia pada hari ini. Melalui buku tersebut, pembaca telah didedahkan dengan perkara yang berkaitan dengan sejarah Palestin dan Bait al-Maqdis, melibatkan beberapa Empayar yang telah berkembang pada peringkat awal seperti Empayar Mesir, Empayar Parsi, Rom Timur (Byzantine), da juga beberapa kerajaan awal seperti Asyur, Mesir, Babilon, Seleucids, serta Zaman pembukaan Islam, Khalifah Umawiyah, Abbasiyah, Empayar Uthmaniyah dan juga Tanah Jajahan Israel..

Selain itu, dalam buku ini turut diceritakan mengenai sejarah bangsa Yahudi itu sendiri, yang melibatkan asal-usul bangsa Yahudi, bangsa Yahudi di Mesir dan yang keluar Mesir, serta bangsa Yahudi di Palestin. Begitu juga zaman pemerintahan Hakim, beraja serta zaman perpecahan dan kehancuran yang melibatkan kerajaan Selatan (Yahuza) dan Utara (Israel).

Kemudian, turut dimuatkan dalam buku ini mengenai Zionisme, matlamatnya, apakah yang dikatakan tentang Zionisme keagamaan dan Zionisme politik (kenegaraan). Juga bagaimana bahaya Zionisme ini terhadap dunia arab.

Secara Umumnya, beberapa faktor bangsa Yahudi memilih bait al-Maqdis adalah kerana Faktor Agama, Sosio-Politik, Ekonomi. Serta nilai bait al-Maqdis itu di sisi mereka adalah kerana:

· Bait al-Maqdis adalah merupakan tanahair mereka sendiri yang telah dijanjikan oleh tuhan kepada mereka.

· Bait al-Maqdis juga adalah sebagai punca kekuatan bagi mereka untuk meneruskan kesinambungan sebagai Bangsa Yahudi.

· Seterusnya, Bait al-Maqdis merupakan biasan syurga yang telahpun dijanjikan oleh tuhan kepada mereka.

· Serta Bait al-Maqdis itu merupakan tugu kebanggaan pahlawan mereka.


Penulis juga turut memuatkan beberapa strategi penting Zionisme untuk menguasai Bait al-Maqdis dan Palestin iu sendiri dan perancangan ini telah dilakukan oleh mereka dengan begitu terancang sekali. Antaranya adalah:

· Proses penggulingan Sultan Abdul Hamid dan menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyyah melalui konspirasi dan usaha-usaha untuk mendapatkan Palestin.

· Memecahbelahkan wilayah Empayar Islam Uthmaniyyah dengan berselindungkan slogan “Seruan Revolusi Arab” untuk memcahbelahkan kesatuan Umat Islam.

· Melaksanakan proses peng ‘yahudi’ an Bait al-Maqdis melalui proses petempatan dan kependudukan, politik dan pentadbiran, Bangunan dan kemudahan Awam, Undang-Undang dan peraturan Awam, serta Sejarah dan kebudayaan.

· Permohonan terhadap pengeluaran ketetapan Antarabangsa yang mengiktiraf Negara Kebangsaan Yahudi di Palestin.

· Mewar-warkan dakwaan bangsa Yahudi daripada sudut Agama dan sejarah terhadap hak-hak merka ke atas Palestin dan bait al-Maqdis.

· Mempergunakan kekerasan, harta dan wanita sebagai senjata mengikut keadaan· Membentuk kumpulan-kumpulan Militan untuk melakukan konspirasi yang menyebarkan fitnah dan ketegangan.

· Mengekploitasi Media Massa dengan menimbulkan rasa berpuak-puak, Memperelokkan imej Bangsa Yahudi yang buruk, Menyebarkan kerosakan, Menguasai fikiran manusia, menyemarakkan api permusuhan dan perpecahan di antara kaum dan rasa syak wasangka di antara pemerintah dan rakyat, surat khabar dan majalah, filem dan pawangam, TV, Radio dan agensi berita.

· Membentuk kelab-kelab Freemason dan kumpulan-kumpulan rahsia.

· Serta mendirikan kerajaan antarabangsa untuk memerintah seluruh dunia demi kepentingan Zionis seperti peranan CIA, Lobi Bangsa Yahudi dan bantuan AS untuk Israel sendiri.


Maka, di antara beberapa kronologi penting berkaitan gerakan Zionisme dalam proses menghancurkan Islam ini adalah:

· 24 Julai 1922 M- Terjadi pemberontakan antara kumpulan pengganas Bangsa Yahudi dengan pasukan British di Palestin dalam rangka menekan British supaya membolehkan lebih banyak Imigran Bangsa Yahudi bermukim di Palestin dan segera menetapkan Deklarasi Balfour. British segera melaksanakan Deklarasi Balfour yang paling penting iaitu mengatur kemasukan dan permukiman Bangsa Yahudi ke Palestin, melatih Bangsa yahudi kemahiran ketenteraan dan membekalkan mereka dengan senjata.

· 1897 M- Konspirasi Basel, Switzeland yang ditaja oleh Hertzel.

· 1907 M- Meningkatkan aktiviti Freemason dan kelab-kelab rahsia untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid yang enggan memberikan kerjasama kepada Yahudi dalam melaksanakan perancangan mereka itu.

· 1918 M- Deklarasi Balfour yang memberikan hak kepada Bangsa Yahudi untuk berpindah ke Palestin.

· 1925 M- Demostrasi Palestin menentang lawatan Balfour ke Bait al-Maqdis.

· 1930 M- PBB membentuk dan menubuhkan jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat keadaan Bait al-Maqdis.

· 1937 M- Bangsa yahudi di Palestin mula membangunkan kekuatan keganasan bersenjata, kemudian mereka mendapat bantuan senjata dan latihan ketenteraan daripada pihak Bersekutu ketika terlibat dalam perang Dunia ke-2.

· 15 Mei 1947 M- Perhimpunan agung PBB membentuk Jawatankuasa khusus untuk urusan Palestin.

· Jun 1947 M- Jawatankuasa ini telah mengunjungi Palestin dan disambu dengan pemogokan. Semasa kunjungan tersebut juga, telah dilancarkan pelbagai demostrasi Anti penduduk kependudukan. Sudah tentulah Organisasi Bangsa Yahudi bekerjasama degan komisi ini kerana kepentingan mereka dipenuhi. Sebaliknya Negara-negara Arab tidak mempunyai komisi ini.

· 4 Mei 1948 M- Pengumuman terbentuknya egara Israel di sebuah muzium di Tel Aviv, sekaligus menandakan berakhirnya mandat British dan penguasaan Palestin sebanyak 56.47 peratus. Maka, bermulalah penderitaan rakyat Palestin. Selepas daripada peristiwa ini, Ikhwan al-Muslimin telah dibubarkan dan berlaku pembunuhan terhadap Imam Hassan al-Banna yang banyak berperanan dalam membela Palestin.

· 15 Mei 1948 M- Berlaku perang ‘1948 M’ apabila pasukan tujuh Negara, di antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan dan Lubnan memasuki Palestin tanpa Modal kekuatan dan akhirnya perang ini dimenangi oleh Israel. Namun begiu, kehadiran 10000 orang sukarelawan Ikhwan al-Muslimin yang dikirim oleh Imam Hassan al-Banna untuk membebaskan Palestin. Kehadiran pasukan ini bukan sahaja menggentarkan Israel tetapi juga egara Arab yang dikuasai oleh pemerintah sekular. Mereka bimbang kemenangan Ikhwan al-Muslimin bukan sahaja berlaku di Palestin tetapi juga di Dunia Arab. Akhirnya mereka berkomplot menyerang Ikhwan al-Muslimin daripada belakang. Selepas perang, Israel menguasai 78 peratus kawasan Palestin sementara pasukan Ikhwan al-Muslimin yang kembali ke negara masig-masing telah diperosokkan ke dalam penjara.

· 1967 M- Bermulanya perang Haziran/Jun yang menyebabkan Israel merampas baki Palestin, Semenanjung Sinai, Teluk ‘Aqabah, Tebing Barat Sungai Jordan, dan Bukit Golan. Perang Jun ini terjadi setelah penggempuran terhadap gerakan Islam dan hukuman Gantung terhadap Sayyid Qutb yang amat digeruni oleh Bangsa Yahudi.

· 1969 M-Pembakaran masjid al-Aqsa dan mimbar Salahuddin al-Ayyubi.

· 1977 M- Seranan terhadap Lebanon da pejajahan Camp David yang ditaja oleh Presiden Anwar Sadat.


Begiulah di atara Kronologi ringkas dan penting yang berlaku terhadap Palestin dan Gerakan Islam sehingga Yahudi berjaya merampas Palestin dan mendirikan Negara haram Israel di atas tanah umat Islam yang suci. Kecelakaan yang besar dan laknat buat Yahudi dan sekutunya. Moga-moga Allah S.W.T terus mencampakkan kehiaan kepada mereka Ya Allah , lindungi al-Quds, lindungi umat Palestin.Amiin…
Wallahu'allam

Please My Friends......Jangan Promosi " DOSA " di Fb & Blog...



Bismillahiwa'ala barokatillahi wa'ala rasulillah....

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar. So....scra tuntas saye hrapkan kekawanku skalian...jngan

Mendedahkan dosanya melalui gambar sperti :

1- sdang minum arak

2- sdang hadiri parti maksiat & dosa

3- sdang berpelukan lelaki & prempuan bkan mahram

4- sdang bersentuhan bg yg bkan mahram & sbagainya


Juga x dedahkan dosa melalui movies, muzik & yg sewaktu dengannya......

Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.

( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


So...jom kite refresh balik ape fungsi Fb & blog yg sbenarnye :

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islamseperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing ( YAHUDI ) untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.


Saye pham kite zman remaja-remaji ni prlukan ' teman tp mesra ' & Fb ni slah satu wadah ' trbaek ' nk dpatkannya..... Tp ingatlah.....

Fb memang banyak kebaikan,tidak kurang juga keburukannya. Hari ini kita berbalas-balas komen dngn kawan berlawanan jantina tanpa rasa bersalah. Dulu bila berhadapan,kedua-dua malu untuk bersua muka,apatah lagi bergurau senda tapi bila di Fb,benteng malu tiada lagi. Apa-apa status yang si dia tulis,kita tunggu dengan penuh sabar,bila komennya keluar kita komen dengan penuh ‘kiut’. Segala jenis emoticon ditambah supaya resepi mengorat menjadi.

Law x mengorat sekalipun,bukankah itu sudahpun digelar pergaulan bebas. Saya tegaskan sekali lagi,memang x bertepuk-tampar tp brhubung secara berlebihan antara lelaki & perempuan bkan mahram ditegah dalam Islam. Saya x nafikan saya juga kadang2 terlebih tp selepas mrujuk kpda yg lbih ' ARIF ', saya rasa tertampar. Jadi mulai hari ini,marilah kita cuba untuk meminimumkan perhubungan kita dengan bukan mahram kita di Fb, kalau tidak perlu, jangan komen. Moga dengan kita menjaga hubungan kita dengan x mahram kita di hari ini, Allah menjaga hubungan kita dengan ' si dia ' selepas kita berkahwin dengannya....
Wallahu'allam

Thursday, March 17, 2011

Bila Lelaki Menjadi " DAYUS " ???

Bismillahiwa'ala barokatillahi wa'ala rasulillah........

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

1- Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2- Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3- Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4- Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5- Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6- Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7- Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8- Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9- Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10- Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11- Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12- Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13- Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14- Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin dicoretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya. Mungkin kita akan berkata dalam hati : " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Wallahu'allam